Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 16

Hidangan untuk makan petang mereka sekeluarga sudah pun tersedia di atas meja. Hanya tinggal minuman sahaja yang masih belum disediakan lagi. Itu tugas bibik Riyanti yang daripada tadi lagi duk sibuk nak menolongnya di dapur. Katanya, 'Apa guna ada bibik kalau semua benda puan lakukan sendirian.'


"Airnya sudah siap." Beritahu bibik Riyanti sambil  meletakkan sejug air fresh oren di atas meja.


Yana hanya menoleh sekilas sahaja.


"Bik, air suam jangan lupa. Letak sekali atas meja, okay?" Suruh Yana dengan nada lemah lembutnya.


"Baik, puan." Bibik Riyanti menurut perintah.


"Mamaaa..." panggil Sofea, separuh merenggek.


Pantas Yana menoleh ke arah empunya suara. "Hai, anak mama sayang."


"Maaa, adik lapar." Adu Sofea sambil menempel di kaki Yana.


"Alolo... Lapar ya. Okay-okay. Jom makan." Yana terus menyuruh anak bongsunya itu duduk di salah satu kerusi di meja makan.


"Wow! Sedapnya..." kata Haikal yang baru muncul. Tanpa di suruh, dia terus menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ.


"Abang tu semuanya sedap. Kayu, batu dengan besi pun abang kata sedap jugak kan. Semua ditelannya kan." Usik Suhaila yang baru muncul. Dia sudah pun melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan adik lelakinya tu.


"Mana ada abang makan tu semua. Tipu jer akak ni tau." Sanggah Haikal sambil memuncung.


Yana mengelengkan kepala melihat telatah mereka berdua.


"Eleh! Macam akak tak tahu kan. Abang makan ubi KAYU. Lepas tu makan pulak jambu BATU dan belimbing BESI kan kan kan... Ngaku jer lah abang oii." Suhaila sudah ketawa halus di hujung ayatnya.


"Erk? Hahaha..." berdekah-dekah Haikal gelak duk dengarnya.


Yana sudah tersenyum. Ada-ada ajalah anak-anaknya ni.


"Amboi! Gelak sakan nampak. Apa yang kelakar sangat tu?" Tegur Imran yang baru muncul.


Yana segera mempelawa encik suaminya duduk dan makan bersama mereka.


"Tak ada apa lah, pa. Akak ni ah... Buat lawak pulak." Beritahu Haikal sambil menyenduk nasi ke dalam pinggan.


Imran tersenyum.


"Makan, pa." Pelawa Suhaila, pulak.


Imran mengangguk. Dia segera menyenduk nasi ke dalam pinggan selepas anak sulungnya itu.


"Ma, adik nak makan. Laparrr..." renggek Sofea.


Ops!

Yana terlupa pulak.


"Okay-okay. Sorry, sayang." Yana segera menyenduk nasi ke dalam pinggan anak bongsunya itu. Lauk ikan masak kicap diletakkan sedikit sahaja. "Adik nak sayur tak?" Tanyanya.


"Adik tak nak cayur." Jawab Sofea sambil mengelengkan kepala.


"Ayam nak tak?" Tanya Yana lagi.


"Tak nak." Digelengkan kepalanya sekali lagi.


Yana terus menuangkan air untuk ahli familynya tu.


"Sayang tak makan ke?" Tanya Imran yang pelik melihat isterinya yang hanya sekadar meneguk fresh orange je.


Yana mengelengkan kepala. "Diet." Jawabnya, sepatah.


Imran merenung si isteri dengan mata yang semakin mengecil. "Tak payah nak diet sangatlah. Sayang tu bukannya gemuk sangat pun. Sedap mata memandang je abang tengok ni ah." Katanya dengan kening yang terangkat.


Yana yang melihat terus mengecilkan matanya seboleh yang mungkin.


Imran sudah tergelak kecil melihatnya.


"Jangan nak ngada-ngada. Makan ya sayang..." Imran cuba menyenduk nasi ke pinggan isterinya tetapi di tolak isterinya tu. "Makan." tegasnya lalu nasi berjaya diletakkan di atas pinggan.


"Sikit jer." Yana akur juga.


Imran menyenduk lauk pulak.


"Dah-dah. Cukuplah tu bang." Kata Yana lagi.


Imran kembali menyambung makannya. Mereka begitu berselera menjamu hidangan yang telah disediakan tu.


Selesai sahaja menjamu selera, mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu.


"Malam ni, kita keluar nak tak sayang?" Saran Imran sambil memegang tangan isterinya yang berada di sebelah.


"Nak... Nak... Nak..." jawab Suhaila, Haikal dan Sofea serentak.


Tak sempat Yana nak jawab, anak-anaknya sudah jawab dahulu.


"Nak tak sayang?" Tanya Imran sekali lagi.


Anak-anak sudah memandang Yana dengan pandangan penuh mengharap. Bukan selalu mereka dapat keluar bersama.


Akhirnya, Yana menganggukkan kepala juga.


Melihat anggukkan tersebut, terus anaknya melonjak gembira. Yang si kecik pun, boleh tahan juga. Suka benar dapat keluar kan. Siap ajak papanya pergi tengok wayang lagi. Amboi! Kemain lagi dia kan...


"Akak nak naik atas dululah ma, pa. Nak cari baju tuk malam ni." Pamit Suhaila sebelum beredar.


"Abang pun." Haikal pun dah berlari anak meniti anak tangga.


"Adik pun nak juga." Terus dia berlari mengekori kakak dan abangnya.


Yana hanya mampu mengelengkan kepala.


"Sayang..." panggil Imran.


Pantas Yana menoleh.


"Jom!" Ajak Imran.


Yana pelik. "Jom kemana? Awal lagi ni? Malam kang baru keluar kan?"


"Jom... Masuk... Biliklah." Jawab Imran sambil tergelak kecil.


Tanpa menunggu lama, Yana terus mengutil peha suaminya. Kan dah kena...


Menjerit Imran dibuatnya.


Rasakan. Padan muka. Hahaha!


Yana malas nak layan nakal encik suaminya itu. Lebih baik dia layan movie aja. Dia mulai menukar siaran dan movie My Wife Is A Gangster III menjadi pilihan hati. Lakonan Shu Qi itu menarik minatnya. Korea campur China memang terbaik.


'Amboi, isteri aku ni. Tak ada cerita lain ke nak tengok. Asyik cerita ni jer yang dia nak tengok kan.' Desis hati kecil Imran.


Ingin sahaja Imran menukar channel tapi isterinya tu tengah leka menonton lah pulak. Jadi, berhuhulah kita... 


Dihentaknya meja empat segi di hadapannya tu. Raut wajahnya kelihatan tegang sekali. Perasaan bengangnya terhadap Yana semakin menjadi-jadi. "Tak guna punya Yana. Susah sangat ke kau nak bagi tempat tu dekat aku. Kau tu tak layaklah jaga tempat tu. Bodoh punya perempuan. Huh!" Marahnya sambil menendang kerusi plastik yang didudukinya tadi.


"Relax lah, bro." Suruh Taha, orang kanannya itu.


Tiger merengus kasar.


"Kenapalah perempuan tu bodoh sangat? Dia tu tak layak jadi kakak kawasan, kau tahu tak? Dia tu perempuan. Sekali aku bagi sebijik, konpem dia pengsan. Huh!" Tiger mulai cakap besar.


"Dia tu kuat bos." Budaknya menyampuk.


Sekali lagi Tiger menghentak meja dengan kuat.


Telan air liur budak-budaknya tu.


"Hey! Dia tu bukan lawan aku, tahu tak? Dengan yang lain, dia boleh kalahkan tapi Tiger, jangan haraplah. Mati dia aku kerjakan nanti. Tunggulah..." Tiger menyimpan dendam terhadap Yana.


Budak-budaknya hanya mampu menundukkan kepala sahaja apabila Tiger merenung tajam ke arah mereka. Tiada seorang pun yang berani angkat kepala.


"Kau nak buat apa lepas ni, bro?" Tanya Taha, ingin tahu.


Tiger sudah tersenyum sinis.


"Aku nak jumpa dia. Aku sendiri yang akan turun padang. Kalau dia masih berdegil, tahulah nasib dia nanti." Macam-macam idea jahat yang datang menyinggah di kepala otaknya ni. "Aku akan buat perempuan tu menyesal." Sambungnya lagi.


Taha menganggukkan kepalanya, tanda mengerti.


Renungan mata Tiger penuh berapi. Tiada siapa yang boleh menentang kemahuannya itu. 'Habislah kau Yana oiii...' desis hati kecil Taha pulak.


Hukkk Hukkk...

Hukkk Hukkk...

Yana tersedak.


Imran kaget. Laju tangannya mengusap belakang badan isterinya itu.


Hukkk Hukkk...

Batuknya.


"Bik..." laung Imran.


Bibik Riyanti berlari anak menuju ke ruang tamu. "Iya, tuan."


"Ambilkan air suam segelas. Puan awak ni boleh pulak tersedak-sedak. Entah siapalah yang duk sebut namanya tu. Cepat, bik." Suruh Imran.


Yana sempat menjerling ke arah encik suaminya itu manakala bibik Riyanti sudah berlari anak ke dapur.


"Ini airnya, tuan." Bibik Riyanti kembali ke ruang tamu sambil menghulurkan segelas air suam.


"Terima kasih." Imran terus menyambut huluran tersebut lalu diserahkan kepada isterinya.


Yana menyambut huluran itu tanpa banyak songeh. Diteguknya air suam itu sekali lalu sahaja. "Leganya..." katanya sambil menghembus nafas lega. Gelas tersebut di hulurkan kembali kepada bibik Riyanti yang masih menanti. "Terima kasih, bik." Ucapnya seikhlas hati.


"Sama-sama, puan." Bibik Riyanti beredar ke dapur.


"Dah okay ke sayang?" Tanya Imran yang masih mengurut belakang badannya tu.


Yana mengangguk.


"Siapalah yang duk sebut nama sayang ni kan? Tak pasal-pasal sayang abang ni tersedak. Ish!" Omel Imran masih setia mengurut belakang badan isterinya tu.


Yana hanya mampu mengangkat bahu sahaja. Kalau dia tahu siapa yang sebut namanya, memang dia takkan lepaskan orang tu tau. Ingat best ke kalau dah tersedak ni? Sakit tekak oii... Perit jer rasanya tau. Huh! Rengus hatinya pulak.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.