Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 25

Pintu di kunci. Yana tersenyum sinis sebelum melangkah mendekati sinki. Pili air di buka dan dia segera mencuci tangannya yang tak kotor tu. Saja nak main air... Setelah itu, tisu yang disediakan segera di ambil dan tangan yang masih berair dilapkan sehingga kering. Tisu yang sudah lunyai itu terus dihumbankan ke dalam tong sampah yang berdekatan. "Aku cuma nak cakap dengan kau, yang Imran tu SUAMI aku. Dia HAK aku. Tak ada orang lain yang boleh RAMPAS dia daripada aku termasuk kau. Faham?" Yana memberi amaran tegas sambil memandang Katy di sebalik cermin yang berada di hadapannya ni.


Katy tersenyum sinis. "Kau jugak kena tahu yang aku ni CINTA PERTAMA dia dan untuk pengetahuan kau, cinta pertama ni tak mudah dilupakan. So, kau dah boleh say hai hai bye bye lah yea..." katanya sambil tersenyum mengejek.


Yana tertawa kecil sambil garu dahinya yang tak gatal.


Katy merengus kasar melihatnya.


"Cinta pertama tak semestinya harus dimiliki dan bagi laki aku, cinta pertama dia dah lama MATI. Dah tinggal sejarah buat dia dan kau tak payahlah terhegeh-hegeh nak meraih cinta dia kembali sebab cinta dia hanya untuk aku, isteri dia. So, kau bolehlah lupakan impian kau tu. Memang takkan tercapai selagi aku masih bergelar isteri dia. Faham tak ni?" Panjang lebar Yana menjelaskannya.


"Yakin betul kau ni." Katanya penuh sinis.


Yana tertawa halus. Barangkali, lucu agaknya. "Aku memang yakin sangat pun sebab dia suami aku kut. Hati dan cinta dia hanya untuk aku seorang jer. Tak ada perempuan lain selain aku. Kalau dia tak cintakan aku, dah lama dah dia carik kau balik. Kata cinta pertama, kan?" Sindirnya.


Huh! Rengus Katy.


Suasana sepi seketika.


"Aku tak nak tengok kau dekat lagi dengan laki aku." Yana memberi amaran.


"I don't care. Imran akan jumpa aku setiap hari dekat office sebab aku ni client dia tau. Kau tak boleh nak buat apa kan, sebab bisnes is bisnes." Jawab Katy penuh bangga.


Yana tersenyum sinis. "Aku boleh buat satu jer kat kau ni."


"Apa jer yang kau boleh buat?" Tanya Katy sambil tersenyum mengejek.


"Aku boleh buat kau menyesal seumur hidup." Jerkah Yana sambil terus menerkam ke arah Katy lalu ditolak tubuh kecil tu merapat ke dinding.


"Aduh!" Katy mengaduh apabila badannya terhentak dengan dinding.


Kedua belah tangan Yana masih berada di atas bahu Katy. Dia mungunci pergerakkan minah tu dan matanya mencerlung tajam merenung minah yang tak reti bahasa ni.


Katy cuba meronta mintak dilepaskan tapi tidak dihiraukan oleh Yana.


"Aku tak suka orang ambil hak aku. Imran milik aku dan kau jangan berani cabar aku." Ujar Yana penuh tegas.


"Aku akan pastikan Imran jatuh ke tangan aku dan kau boleh blah dari hidup dia." Katy menjawab. Tak nak mengaku kalah.


Yana merengus kasar. Tahap kesabarannya semakin menipis. Yana terus melepaskan bahu minah yang tak reti bahasa tu.


Katy tersenyum bangga. Dia berjaya buat Yana rasa tercabar. Ini Katylah. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, selagi tu aku takkan menyerah kalah. Huh! "Hey! Kau sedar tak yang aku ni cinta pertama Imran. Kau tu hanya cinta kedua yang tak ada makna apa-apa pun. Lagipun, kau ni bukannya cantik mana pun berbanding aku ni. Aku rasa Imran pilih kau pun sebab nakkan keturunan aja. Taraf kau ni takat buat anak jer. Lepas tu kasi tinggallah. Hahaha..." gelaknya, berdekah-dekah.


Ini melampau. Mendidih darah Yana mendengarnya. Tanpa sepatah kata, terus Yana melayangkan penampar sulungnya tepat ke pipi kanan milik Katy tu.


PUKKK!

Padu giler oiii...


Katy bengang. Sakit di pipi tak sesakit hatinya ni. "Tak guna kau, perempuan." Marah Katy sambil melayangkan penamparnya pulak tapi pergelangan tangannya pantas disambar oleh Yana. Bukan itu sahaja. Lehernya jugak turut di cekik dan ditolak badannya tu sehingga tersentak ke dinding sekali lagi.


Katy terkapai-kapai mintak dilepaskan.


Tumpuan Yana terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Dia merengus kecil sebelum melepaskan Katy. Huh!


"Uhukk... uhukkk..." Katy terbatuk-batuk sambil memegang pangkal lehernya yang sakit tu.


Yana mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar jeans. Nama 'encik suami' tertera di skrin. "Hoi!" Panggil Yana.


Katy menoleh dengan raut wajah bengangnya.


"Aku nak kau diam sekarang. Kalau tak, mati kau aku kerjakan." Ugut Yana.


Katy merengus kecil melihat Yana menjawab panggilan tersebut.


"Sayang, lama lagi ke?" Tanya Imran yang sudah bosan menanti.


"Abang tunggu sekejap tau. Nanti sayang datanglah. Kenapa? Abang dah rindu sayang ke?" Jawab Yana dengan lenggok manjanya. Hujung matanya melirik ke arah Katy yang sudah bengang tu.


Imran tergelak kecil di hujung talian. "Abang sentiasa merinduimu sayang. Cepatlah, sayang." Rengeknya.


Katy meluat mendengarnya. Yana sengaja membuat loudspeaker supaya dia dengar akan kata rindu tu. Huh! Tanpa membuang masa, dia terus mengambil handbagnya lalu ingin beredar pergi tapi jangan harap dapat lepas macam tu aja. Pergerakkannya terhenti apabila Yana sudah melayangkan kakinya tepat di hadapan mukanya ni.


Yana menghalang Katy daripada terus bergerak gara-gara perhitungan belum selesai lagi.


Katy merengus kasar. Dia cuba meloloskan diri tetapi tidak berjaya kerana Yana sudah pun berdiri terpacak di hadapan pintu. Macam mana dia nak keluar kalau isterinya Imran sudah berada di pintu. Grrr...


"Cepatlah, sayanggg..." rengek Imran lagi. Dia dah bosan duduk seorang diri di bilik karaoke tu.


"Abang ni... Suka sangat buat suara macam tu tau." Kata Yana penuh manja.


"Kenapa? Sayang tergoda ke?" Imran sengaja mengusik si isteri.


"Tahu tak apa. Eeeiii, sayang rasa nak terkam jer abang sekarang ni tau. Rasa macam nak gomol-gomol jer abang tu..." jawab Yana sambil menggigit bibir, sengaja menunjukkan reaksi gediknya tu.


Katy bengang. Panas hatinya apabila mendengarkan perbualan tersebut.


"Hmm... Sayangggg..." Imran dah tak tenang di hujung talian. Nada suaranya pun dah lain macam.


Yana tahu yang encik suaminya sudah tergoda dengan dirinya ni. "Iya abangggg..." Yana menyahut panggilan encik suaminya dengan nada yang meleret.


"Jom." Ajak Imran.


Yana faham maksud encik suaminya tu tapi dia sengaja buat-buat tak faham. Saja nak bikin panas si minah tak reti bahasa tu. "Jom? Nak pergi mana abang oiii..."


"Jom ehem-ehemlah." Jawab Imran sambil tergelak kecil.


Yana turut tergelak sama. "Ish! Abang ni. Gatal tau. Nak ehem-ehem apanya? Kita kat luar ni kan. Bukannya kat dalam bilik."


"Kalau macam tu, jomlah balik. Abang dah tak sabar nak bercengkerama di sisi lampu tidur ni. Jom-jom." Ajak Imran sambil tergelak kecil.


"Nakal tau abang ni..."


Di ketika itu, muka Katy sudah merah menyala. Nampak sangat tengah menahan marah, kan. Sakit betul hatinya...


"Alaa, abang nakal dengan isteri tercinta abang ni jer. Dengan orang lain tak tau." Jawab Imran, jujur.


Yana tersenyum manja.


"Jom balik, sayang." Ajak Imran lagi.


"Sayang okay jer lau abang nak balik tapi kesianlah dengan client abang tu. Dia kan nak discuss hal bisnes dengan abang. Takkan nak balik pulak." Ujar Yana panjang lebar. Matanya terus merenung tajam ke arah Katy yang sudah berpeluk tubuh di hadapan sinki.


"Lantaklah dia. Abang malas nak layan dia tu sayang. Menggedik sangat." Kutuk Imran manakala Yana sudah tertawa besar melihat Katy yang sudah terbeliak biji matanya tu. Rasakan...


"Abang ni, tak baik tau. Kesian dia tu..."


"Abang sebenarnya rimas tau dengan dia tu. Menggedik sangat. Ada ke patut depan sayang dia bergesel-gesel dengan abang. Eeeiii, geli sayang oiii... Kalau sayang yang bergesel dengan abang, tak apalah juga. Abang suka. Untung-untung dapat kan..." omel Imran sambil tergelak kecil di hujung talian.


Yana tergelak besar. "Ada-ada jer tau abang ni. Okaylah. Sekejap lagi sayang datang yea. Abang tunggu tau. Love you my lovely husband."


Imran tersenyum senang. "Okay sayang. Abang tunggu. Cepat sikit. Tak payah lama-lama kat toilet tu sangat yea. Abang rindu ni... I love you too my sweetheart. Mmuaahhh..."


Ops!


Makin berbulu telinga Katy mendengarnya.


"Mmuahhhh mmuuahhhh mmuuahhhh..." Yana terus mematikan talian dan menyimpan kembali telefon bimbitnya tu.


Huh! Keluh Yana sebelum mendekati Katy yang sedang berpeluk tubuh di sinki tu. Mereka saling bertatapan. "Kau sendiri dengar, kan. Imran cintakan aku bukannya kau. Dia siap cakap lagi yang dia RIMAS dengan perempuan macam kau ni. Kalau kau cinta pertama dia, kau pasti tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka kan. Lagi satu, dia tak pandanglah perempuan yang pakai baju tak cukup kain macam kau ni. Bajet seksi konon. Kalau dah duk tayang depan jantan lain, kau ingat dia suka ke? Kau bergesel-gesel dengan dia, kau ingat dia tergodalah.  Silap besar weiii... Dia hanya tergoda dengan perempuan yang dah halal dengan dia macam aku ni. Isteri dia yang SAH. Kau faham tak ni?"


Katy merengus kasar.


"Aku rasa kau tak faham. Jadi ini makan dia..." Yana terus melayangkan tumbukkan padunya di hadapan muka Katy.


"Fahammm!" Jerit Katy sambil memejamkan matanya.


Yana tergelak kecil. "Tahu takut. Nak rampas laki orang, kau tak takut pulak."


Katy merengus lagi.


"Aku nak kau sematkan apa yang aku nak cakap ni kat dalam kepala otak kau ni..." kata Yana sambil menunjal kepala Katy. "Aku tak suka orang rampas hak aku. Kalau kau rasa nak hidup lebih lama lagi, lebih baik kau jauhkan diri kau tu daripada laki aku. Ingat! Kali ni, aku lepaskan kau. Kalau kau masih tak faham bahasa lagi, tahulah nasib kau nanti. Aku sendiri yang akan jahanamkan hidup kau. Faham?" Ugutnya sambil menjegilkan mata.


Katy menunduk. Tak berani memandang mata isterinya Imran. Hatinya mendongkol geram. Tak guna betullah...


"Hey, betina. Aku cakap dengan kaulah, bodoh. Kau pekak ke apa? Tadi, kemain lagi kau bersuara. Sekarang, mana suara kau? Takkan takut." Jerkah Yana.


Katy bengang. Dia beranikan diri untuk merenung mata Yana di hadapannya  ni.


"Apa tengok-tengok? Tak puas hati?" Jerkah Yana lagi. Dia sudah menjauhkan dirinya daripada Katy. "Kalau tak puas hati, meh sini. One by one tapi kalau rasa nak buat scene tarik-tarik rambut, aku rasa lebih baik kau lupakan aja sebab tu bukannya aku. Masuk!" Suruh Yana sambil mempersilakan Katy masuk ke dalam gelanggang.


Katy mengetap gigi. Kalau dia masuk, dia mati. Lebih baik dia berdiam diri saja. Isteri si Imran ni bukan calang-calang orang. Nampak lembut tapi ganasss... Itu kenyataannya.


Yana tersenyum sinis apabila melihat Katy yang tak berkutik tu. Dia datang mendekatinya.


Katy tak tentu arah di tempatnya.


"Dengan orang lain kau boleh memain tapi dengan aku, kau jangan nak buat main. Aku pantang betul dengan perempuan spesis macam kau ni. Mengeletis lebih macam tak ada laki lain yang kau nak kan. Ni last warning untuk kau. Jangan berani dekat dengan laki aku. Kalau aku nampak kau masih dekat dengan laki aku, tahulah nasib kau nanti. Faham?" Tengking Yana, tegas.


Katy masih mendiamkan diri. Itu membuatkan Yana makin bengang.


"Hey! Kau faham tak ni?" Tengking Yana sambil menunjal kepala Katy.


Katy masih membeku.


Yana malas nak cakap banyak, dia terus melayangkan penamparnya tepat ke pipi gebu milik minah tak reti bahasa tu.


Katy mengaduh. Pipinya di pegang. Air jernih sudah bergenang di tubir matanya ni. "Sakitlah." Adunya.


"Eh! Ada suara rupanya. Ingatkan dah bisu tadi. Tahu pun sakit. Jadi, kau jangan nak macam-macam dengan aku. Itu baru penampar aku bagi, belum lagi aku tumbuk muka kau sampai pecah. Lepas ni, jangan kau berani tunjuk muka kau depan aku lagi. Mampus kau aku kerjakan nanti. Huh!" Yana memberi amaran sebelum melangkah pergi dengan hati yang puas. Perempuan macam tu memang patut kena ajar supaya tak buat lagi benda bodoh macam tu. Punyalah ramai lelaki bujang kat luar tu, laki aku jugak yang kau nak kebas. Memang patut pun kau kena dengan aku. Huh!


Katy sudah teresak kecil di dalam toilet. Sakit di pipinya masih terasa lagi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam handbag dan segera menjawab panggilan tersebut. "Hello!" Sapanya dengan cuba mengawal suara esakkannya tu.


"Hello! Weii, kau dekat mana? Puas aku carik kau." Tanya Safura di hujung talian dengan cemas.


"Aku on the way balik. Tiba-tiba tak sedap badan. Kita jumpa kat rumah tau. Okay! Bye." Jawab Katy sebelum memutuskan talian.


Safura merengus kecil.


Airmata yang mengalir segera dihapuskan sebelum melangkah pergi. Hilang sudah moodnya untuk enjoy dekat sini. Huh!



Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.