Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 32

Imran memapah si isteri sehingga ke muka pintu rumah kediaman mereka tu. Dia tahu sangat yang si isteri sedang menanggung kesakitan gara-gara bergelut dengan orang suruhan si Katy tadi. Hmm... Kesiannya dia...


Sampai sahaja di muka pintu, Imran terus meraba poket seluarnya. Aik? Mana pulak kunci spare rumah ni? Bukan aku letak dalam poket seluar ke tadi?


"Kunci tertinggal dalam kereta kut." Kata Yana dengan nada tak berdayanya tu.


"Sayang tunggu sekejap. Abang pergi ambil kunci." Baru Imran ingin melangkah, pintu telah pun dikuak dari arah dalam. Raut wajah pembantu mereka kelihatan di sebalik pintu.


Bibik Riyanti kaget melihat majikannya tu. "Waduh! Puan kenapa?" Tanyanya dengan penuh kerisauan.


Yana melangkah masuk manakala Imran membuntutinya dari belakang. "Excident tadi, bik." Bohongnya.


"Apa? Kecelakaan? Puan okay tak ni? Dah pergi rumah sakit ke belum?" Tanya bibik Riyanti bertalu-talu. Hatinya risau memikirkan majikannya tu. Nampak lemah tak berdaya sangat...


"Jangan risaulah, bik. Saya okay aja. Saya naik atas dululah. Nak rehat." Yana tak larat nak menjawab pertanyaan daripada pembantunya tu. Dah ler badan sakit-sakit. Otak pulak serabut duk fikirkan pasal anak bongsunya ni. Huh! Keluhnya lemah.


Bibik Riyanti mengangguk. Dia hanya memerhati langkah sepasang suami isteri tu sehingga bayangan mereka hilang daripada ruangan matanya ni. Dia berharap sangat agar majikannya tu cepat sembuh seperti sediakala.


Masuk sahaja ke dalam kamar, Yana terus melabuhkan punggungnya di birai katil. Raut wajahnya diraup dengan kedua belah tangan sebelum menghamburkan tangisannya.


Sayu hati Imran melihat si isteri yang sedang menangis tu, lalu dia segera melabuhkan punggungnya disisi kiri si isteri. Bahu kanan si isteri dipeluk dengan penuh erat.


Tak berlengah lagi, Yana terus melentokkan kepalanya di bahu encik suami. Tangisannya dihamburkan sepuas hati. Ya Allah... "Anak kita bang..." rintihnya dalam esakkan.


"Sabar sayang. Abang yakin sangat yang kita akan jumpa adik nanti. Percayalah..." ujar Imran penuh dengan keyakinan. Walau bagaimana sekali pun, hati seorang ayah mana yang tak risau akan kehilangan anaknya tu, kan. "Sayang janganlah nangis. Kata kakak kawasan, kan?" Usiknya, cuba menghiburkan hati si isteri.


Terus tegak kepala Yana apabila mendengarkan usikkan tersebut. Pinggang encik suami yang jadi mangsanya. Di cubit bagai tak mau.


"Auwww..." jerit Imran. "Sakitlah, yang." Adunya.


"Padan muka." Ejek Yana.


Imran tersenyum. Airmata si isteri yang masih tersisa segera diseka. Hatinya pedih sangat melihat si isteri menangis. "Sayang pergilah mandi. Sekejap lagi abang tuamkan lebam kat pipi tu yea."


Yana mengangguk. Dia segera bangun dan beredar menuju ke bilik air.


Imran mengeluh lemah. Tuala yang tersangkut terus di ambil. "Sayanggg..." panggilnya.


Yana menoleh.


"Sayang lupa bawak towel ni. Nah..." Imran menghulurkan tuala kepada si isteri.


Yana menyambut huluran encik suami sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air.


Kini, giliran Imran meraup wajahnya. Dia duduk termenung di birai katil. Ya Allah, engkau lindungilah anakku walau dimana pun dia berada. Semoga anakku tidak diapa-apakan oleh mereka. Sofea... Jangan nangis yea sayang. Nanti papa dengan mama datang jemput Sofea. Papa rindu sangat dengan anak bongsu papa yang manja ni..., monolognya sendirian. Airmata lelakinya tumpah tanpa disedari. Hmm...


"Kesian kak Yana, kan?" Kata Thia yang sudah duduk bertenggek di atas motorsikalnya tu.


"First time aku tengok kak Yana menangis sampai macam tu sekali tau. Kesian giler weiii..." ujar Ema pulak.


"Aku yakin sangat ni mesti ada kena mengena dengan si Tiger tu. Kalau bukan dia yang culik Sofea, siapa lagi kan?" Lisa mengepal penumbuknya. Sakit pulak hati kita tau. Budak yang tak tahu apa-apa tu yang jadi mangsanya. Grrr...


"Tapi yang peliknya, macam mana dia kenal Sofea? Macam mana dia tahu sekolah Sofea tu?" Pelbagai persoalan yang muncul di ruang fikiran si Ema ni.


Lisa dan Thia berpandangan buat seketika. Betul jugak tu. Macam mana dia boleh tahu kan??? Musykil ni... Otak mereka ligat berfikir untuk mencari jawapan di setiap persoalan.


"Achong pergi mana ek?" Tanya Thia dengan tiba-tiba.


Lisa dan Ema menoleh ke arah kawannya tu dengan dahi yang berkerut. "Pergi honeymoon kut..." jawab Lisa, bersahaja.


Ema tertawa kecil mendengarnya.


"Kau tak rasa pelik ke? Si apek tu tiba-tiba menghilang. Ke..." Thia memandang kawan-kawannya.


"Dia berpakat dengan Tiger tuk kenakan kak Yana?" Pertanyaan tu serentak keluar daripada mulut mereka bertiga.


Terbeliak biji mata masing-masing.


"Boleh jadi jugak tu. Tak si apek, si Rozy tu kan? Hmm..." Lisa membuat andaian. Kena tak kena belakang kira.


"Kita kena tolong kak Yana jugak ni." Saran Ema.


"Kita nak buat apa?" Tanya Thia, kebingungan.


"Siasat!" Jawab Lisa.


"Aku setuju." Jawab Thia dan Ema serentak.


"Eh! Dah pukul berapa ni?" Tanya Lisa dengan raut wajah terkejutnya.


Thia menilik jam di tangan. "Nak dekat pukul dua." Jawabnya.


Ema hanya pasang telinga.


"Budak sekolah menengah balik pukul dua setengah, kan?" Tanya Lisa, lagi.


Thia mengangguk.


Lisa memandang kawan-kawannya tu silih berganti.


"Suhaila." Nama anak sulung kak Yana terpacul daripada mulut mereka secara serentak.


"Segala persoalan akan terjawab dekat situ nanti. Jom!" Ajak Lisa sambil menaiki motorsikalnya tu lalu enjin segera dihidupkan.


Thia dan Ema sudah bersiap sedia.


Mereka memecut pergi dengan kenderaan dua roda kesayangan mereka tu.


"Bro, kau bagi budak kecik ni makan." Suruh Malik sambil menghulurkan makanan yang dibelinya tadi.


"Apasal aku pulak?" Bantah Zen.


"Bos dah suruh tu, kau buat aja lah. Banyak bunyi pulak kau ni." Omel Malik.


Huh! Zen merengus kasar. Nak tak nak, dia terpaksa akur jugak. Kalau tak, mahu dia kena belasah dengan Tiger nanti. Haish!


Dia menoleh kearah Sofea yang nampak lemah tak berdaya tu. Raut wajahnya sudah sememeh gara-gara terlalu banyak menangis. Huh! Bingit telinga oii... "Hoi, budak. Kau lapar eh?" Tanyanya, kasar.


Sofea diam membisu.


"Hey!" Zen mengangkat dagu budak kecik tu supaya melihatnya. "Aku tanya kau ni. Kau lapar ke?" Ulangnya, lagi.


"Nak mamaaa..." rengek Sofea. Dia sudah mencemik.


Zen mulai hilang sabar. "Kalau kau rasa nak kena penampar, kau nangis lah." Ugutnya, sambil mencerlung tajam ke arah Sofea.


Sofea terus menunduk memandang lantai, gara-gara takut dengan renungan maut lelaki di hadapannya ni.


Bungkusan makanan di buka dan sudu di ambil. Nasi kosong dan ayam goreng jer? Bolehlah daripada tak ada. Budak kecik mana boleh makan banyak-banyak, kan. Sudu yang sudah berisi nasi tu terus disuakan ke mulut budak kecik di hadapannya ni. "Makan cepat." Paksanya.


Sofea mengemamkan bibirnya, menandakan yang dia tidak mahu makan tetapi Zen memaksa jugak. Dia main suap jer sehingga comot mulut si comel tu. Masuk tak masuk, telan tak telan, janji dia jalankan tugas yang diperintahkan kepadanya tu. Huh!


"Auwww..." jerit Yana dengan dahi yang berkerut.


"Sorry-sorry. Abang tak sengaja. Sakit ke?" Imran gelabah. Dia baru nak tuam, isterinya dah menjerit.


"Taklah. Tak sakit pun." Jawab Yana sambil mengetap bibir. Geram ler tu...


"Kakak kawasan marah ke?" Tanya Imran sambil mengangkat keningnya.


Yana memicingkan matanya.


Imran tersenyum sumbing. Tuala yang berisi ais tu kembali dituamkan di pipi si isteri yang lebam gara-gara pergelutan tadi.


"Abang..." panggil Yana, perlahan.


"Iya." Sahut Imran, lembut.


"Abang rasa adik dah makan ke belum?" Tanya Yana dengan nada penuh sebak di dada.


Imran terkedu. Tangannya yang sedang leka menuam itu, serta-merta berhenti. Dia tak tahu nak jawab apa? Dia tak ada jawapan untuk soalan tersebut. Hmm... Sofea kat mana, sayang? Desis hati kecilnya ni.


"Yana rindu dengan anak kita..."


Sayu hati Imran mendengarnya.


"Anak?" Yana terjerit kecil.


Imran terkejut. Terus terbeliak biji matanya memandang si isteri yang nampak kelam kabut semacam tu.


"Pukul berapa dah ni bang?"


Imran melirik ke arah jam tangannya.


"Pukul 2.25 minit sayang oii... Kenapa?" Tanya Imran, ingin tahu.


Terjegil biji mata Yana dibuatnya. Cepat-cepat dia bangun dari duduknya. Handbagnya di capai dan dia terus menonong keluar dari kamarnya tu.


Imran berlari anak mengejar langkah si isteri. "Sayang nak pergi mana?" Tanyanya penuh risau.


"Ambil anak kat sekolahlah." Jawab Yana, tergesa-gesa menuruni anak tangga.


Imran baru teringat. Mereka masih ada Suhaila dan Haikal. "Abang ikut." Dia terus menarik tangan si isteri menuju ke arah garaj.


Lisa, Ema dan Thia hanya memerhati dari kejauhan. Budak-budak dah keluar. Itu bermakna mereka datang tepat pada waktunya. Mata mereka meliar mencari Suhaila. Aduh! Ramainya... Kalau macam ni, mana nak nampak si Suhaila tu. Haish!


"Wei, kita tunggu dia dekat depan gate lah." Saran Thia.


"Jom." Ajak Lisa serentak dengan Ema.


Baru mereka nak gerak mendekati gate, tiba-tiba mereka ternampak seorang lelaki berbadan kurus tetapi tegap sedang menoleh ke kiri dan ke kanan. Lelaki itu berpakaian serba hitam dan bercermin mata hitam. Hmm, gayanya itu sudah cukup mencurigakan.


"Kau orang nampak tak apa yang aku nampak?" Tanya Ema sekadar inginkan kepastian.


Lisa dan Thia diam membisu. Hanya mata mereka sahaja yang memerhati gerak geri lelaki tersebut.


Budak-budak semakin berkurangan. Begitu jugak dengan kaum ibu bapa yang menanti anak-anak mereka di luar gate.


Suasana yang riuh pada awalnya, kini bertukar menjadi sepi.


Suhaila mengeluh lemah apabila kereta mamanya tidak kelihatan di situ. "Alaa..." Raut wajahnya nampak kecewa sekali. Dengan langkah yang tidak berdaya, dia berjalan menuju ke bus stop. Mungkin dia patut balik naik bas aja. Hmm...


Baru beberapa tapak dia bergerak, pergelangan tangannya di tarik dengan kasar oleh seseorang. Dia menoleh tapi belum sempat dia nak menjerit, mulutnya ditekup dengan telapak tangan lelaki yang tak dikenalinya tu. Kemudian, dia diheret sehinggalah ada sebuah kereta yang berhenti di sebelah mereka. Pintu kereta di buka dan lelaki itu mengesa Suhaila agar masuk ke dalam perut kereta dengan segera.


"Hoiii!!!" Jerit Lisa, lantang.


Lelaki tu terkejut. Dia menoleh dengan sepantas kilat. "Ceh!" Terus dia menolak Suhaila sehingga jatuh terduduk di atas jalan sebelum dia meloloskan diri ke dalam perut kereta. Bahu kawannya di tepuk berkali-kali, agar kawannya memecut pergi dengan kenderaan empat rodanya tu. Raut wajahnya nampak begitu cemas sekali.


"Budak tu macam mana?" Tanya kawannya tu.


"Lu mau mati ka? Budak Yana sudah mari lorr..." jawab lelaki tu, cemas.


"Budak Yana?" Terus matanya melirik ke arah cermin pandang belakang. Terbeliak biji matanya apabila melihat budak-budak Yana yang sedang mengejar mereka dari belakang. Matilah... Pedal minyak di tekan sehabis yang boleh dan menyebabkan keretanya memecut dengan kelajuan yang maksima.


Lisa, Ema dan Thia turut memecut dengan kelajuan maksima. Mereka takkan biarkan lelaki tu terlepas. Ada hati nak culik Suhaila, kan? Memang mendapat kau hari ni. Huh!


"Akak, kenapa ni?" Tanya Haikal yang baru muncul.


Suhaila bangun sambil mengibas bajunya yang sedikit kotor tu sebelum menoleh ke arah adiknya.


"Kenapa? Akak jatuh?" Tanya Haikal, lagi.


Suhaila mengeleng.


"Dah tu?" Tanya Haikal, masih tidak berpuas hati.


Suhaila diam membisu. Dia masih terkejut dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Dia hampir di culik oleh seseorang dan nasib menyebelahinya apabila dia diselamatkan oleh kawan-kawan mamanya tu.


PONNN PONNN

PONNN PONNN

PONNN PONNN


Lelaki tu menoleh ke belakang dengan penuh cemas. Budak-budak Yana masih mengejar mereka. Siap bunyi HON lagi. Aduh!


Matanya sentiasa melirik ke arah cermin pandang belakang. "Manyak suwei ini hari lorr..." Pedal minyak di tekan semahunya.


Kawannya merengus kecil apabila banyak simpang di hadapan. Dia tak tahu nak masuk simpang yang mana satu. Haish!


PONNN PONNN

PONNN PONNN

PONNN PONNN


Stereng kereta di hentak sebelum masuk simpang di sebelah kirinya.


Lisa, Ema dan Thia saling berpandangan. Hanya mata yang berbicara sebelum mereka mengangguk secara serentak.


Mereka berpecah dan mereka jugak takkan biarkan lelaki tu berjaya melepaskan diri. Kalau mereka dapat tangkap lelaki tu, kemungkinan besar tuk tahu keberadaan Sofea sangatlah tinggi walaupun nyawa mereka dalam bahaya.


Matanya kembali melirik ke arah cermin pandang belakang. Dahinya berkerut seribu. "Mana lagi dua oglang?" Tanyanya apabila dia melihat hanya seorang sahaja yang masih mengejar mereka dari belakang.


Lelaki itu pantas menoleh ke belakang. "Matilah kita..." katanya penuh cemas.


SRETTTT

Brek kecemasan di tekan apabila dia terpandangkan salah seorang budak Yana yang berada di hadapan dan menyebabkan kereta mereka hilang kawalan dan berpusing di tengah jalan tu. Dia ingin patah balik tetapi budak Yana sudah menanti. Terpaksa mereka berhenti di tengah jalan.


PONNNNNNN


Lelaki itu dan kawannya menoleh ke sisi kiri, terbeliak biji matanya apabila melihat seorang lagi budak Yana yang memecut ke arah mereka dengan kelajuan maksima. Setelah semakin hampir, budak Yana tu terus brek kecemasan sehingga menyebabkan motornya di bahagian belakang terangkat seakan sedang willy gitu dan dia mendarat dengan penuh bergaya.


Lelaki itu dan kawannya tergamam buat seketika. Mereka ingin melarikan diri tetapi tak bisa kerana mereka telah pun di kepung.


Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.