Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 38

"Papa dah balik?" Tegur Suhaila.


Imran mengangguk. Dia mendekati anak-anaknya yang sedang berada di ruang tamu. Raut wajahnya yang penuh dengan kerisauan tu amat terserlah sekali sehingga bisa dibaca oleh anak daranya tu.


"Papa kenapa? Macam ada masalah jer?" Tanya Suhaila, ingin tahu. Matanya ralit merenung raut wajah papanya tu.


Huh! Imran mengeluh, lemah.


"Pa, adik mana? Abang rindulah dengan budak kecik tu..." tanya Haikal, pulak. Daripada tadi lagi dia duk carik adiknya tu tapi tak jumpa-jumpa. Hmm...


"Ha'ah, pa. Mana adik?" Tanya Suhaila. Dia pun rindukan adik bongsunya yang keletah tu.


Imran tak tahu nak jawab apa. Maka, dibiarkanlah soalan tu tanpa sebarang jawapan. Baginya, itulah yang terbaik. Dia tak nak anak-anaknya turut merasa risau. Biarlah dia dan isterinya sahaja yang risau akan kehilangan anak mereka tu.


"Kakak dengan abang dah makan belum?" Imran sengaja menukar topik perbualan. Raut wajah anaknya dipandang silih-berganti.


"Dah." Jawab mereka sepatah.


"Okaylah! Papa naik atas dulu. Nak mandi. Kakak dengan abang jangan lupa siapkan kerja sekolah tau." Pesan Imran sebelum berlalu pergi.


Suhaila dan Haikal menganggukan kepala, tanda mengerti.


Yana, Rozy dan budak-budak mereka sudah pun bergerak menuju ke arah gedung yang dah lama terbengkalai tu. Malam ni merupakan malam penentuan diantara mereka dengan Tiger and the geng. Ketika ini, hanya satu yang mereka fikirkan iaitu ingin menyelamatkan Sofea yang telah menjadi mangsa keadaan. Huh! Dasar Tiger tak berguna. Dengan budak kecik pun jadi kan. Budak tu bukannya tahu apa-apa pun. Grrr...


"Zack, lu kasi berhenti sini aja." Suruh Ai Lin.


Zack pelik tapi dia tetap menurut perintah. Keretanya segera diparkingkan di bahu jalan yang tidak berapa jauh daripada rumah Yana tu.


"Kenapa berhenti dekat sini? Rumah bos kau orang kan dekat situ?" Soal Joe sambil menunding jari ke arah rumah Yana yang tersergam indah tu.


"Kalau kita berhenti dekat sana, budak Tiger pasti tahu lorrr..." jawab Ai Lin.


Zack dan Joe menganggukkan kepala, tanda mengerti. Begitu juga dengan Lashmi.


Taha masih tak senang duduk. Otaknya ligat memikirkan pasal budak-budak Achong. Hatinya bimbang kalau segala rancangannya gagal begitu sahaja. Matilah... Air setan yang masih tersisa segera diteguk dengan begitu rakus tapi tetap tidak mampu mengurangkan rasa dahaga dan rasa bimbangnya tu. Air peluh yang menitik di dahi segera diseka dengan jemarinya. Suhu badannya sudah terasa berbahang. Panas! Mungkin disebabkan minuman keras yang diteguknya tu.


Kelakuannya itu dipandang aneh oleh kawannya, Daud. Dia ingin bertanya tapi malaslah. Nanti dikatanya kita ni menyibuklah pulak. Huh!


"Bos, apa pasal kita datang sini? Mahu mati ka? Kalau Yana nampak, habis kita lorrr..." kata Lim sambil matanya meliar memandang sekeliling.


"Haiya! Kalau lu takut sama itu perempuan, lebih baik lu kasi potong lu punya lorrr... Huh!" Balas Wayson sambil tersenyum sinis.


Lim berdecit, geram.


Achai pulak sudah tak tentu arah. Mereka datang rumah Yana bererti mereka datang menyerah diri namanya. Yana tu bukan calang-calang orang. Kalau dah kena, paduuuu oiii...


"Itu perempuan tak ada dekat rumah. Wa yakin yang dia sudah pergi jumpa  itu Tiger. Mahu selamatkan anak dia meh. Yang ada dekat rumah sekarang cuma husband dan anak-anak dia. Takkan itu pun lu masih takut, Lim?" Jelas Achong.


Lim diam membisu. Hatinya masih merasa bimbang.


"Lu mahu bikin apa sekarang ni, bos?" Soal Wayson, ingin tahu.


"Kasi pecah masuk ni rumah lah!"


Lim dan Achai sudah tergamam manakala Wayson sudah tersenyum sinis.


Tanpa membuang masa, Achong dan Wayson segera memanjat pagar rumah Yana manakala Lim dan Achai masih was-was di belakang mereka.


"Hoi, apek! Lu mahu bikin apa tu?" Jerkah Zack yang baru muncul.


Achong, Wayson, Lim dan Achai pantas menoleh.


"Lu siapa? Kalau lu tak nak mati, jangan masuk campur urusan wa." Wayson memberi amaran kepada lelaki melayu yang muncul tanpa diundang itu.


Zack tersenyum sinis. "Turun... Turun... Turun..." arahnya dengan lagak bersahaja.


Wayson merengus kasar. Begitu juga dengan Achong.


"Turunlah oiii..." jerkah Zack.


Wayson bengang lalu segera melompat turun dengan diikuti Achong.


Zack masih setia ditempatnya.


"Hey!  Lu siapa? Ni rumah lu ka? Manyak bisinglah." Marah Wayson sambil menolak bahu Zack.


"Apa pasal lu diam? Lu takut ka?" Soal Achong, sinis.


"Wa kasi lu mampus ni malam." Kata Wayson sambil melayangkan penumbuk sulungnya tepat ke muka Zack tapi pergerakkannya terhenti apabila ada suara lain yang menegahnya. Dia segera menoleh ke arah empunya suara.


Lim dan Achai sudah menelan air liur manakala Achong masih kelihatan bersahaja.


Ai Lin, Lashmi dan Joe sudah pun muncul di belakang Zack. Sebelum ni, mereka berada di dalam kereta sambil memerhatikan tingkah Achong dan budak-budaknya tu. Disebabkan Achong dan budak-budaknya tak makan saman, itu yang mereka keluar jugak.


"Hey, apek! Muka sudah kemek, masih lagi nak cari pasal ke?" Tanya Joe yang sudah berdiri di sebelah Zack.


"Lu tak rak serik lagi ka Achong?" Tanya Ai Lin sambil bersilang tangan.


Lashmi sekadar memerhati sahaja.


Achong bengang.


"Haiya! Amoi cantik sudah mari meh..." Wayson cuba mendekat.


Ai Lin sudah bersiap siaga.


Wayson ingin cuba memegang wajah Ai Lin tetapi dengan pantas tangannya dicengkam dan dipulaskan ke belakang.


ARGH!


Wayson terjerit kecil, gara-gara terkejut.


Lim dan Achai sudah mengelabah. Mereka yakin yang di hadapannya ni adalah budak-budak Yana. Kalau Yana sudah hebat dalam ilmu pertahankan diri, bermakna budak-budaknya pun turut sama hebatnya.


Achong yang melihat, segera menyerang. Penumbuk sulungnya dihayunkan tepat ke wajah Zack tapi Zack tangkas mengelak.


Joe dan Lashmi sudah mendekati Lim dan Achai.


Wayson merengus kecil lalu cuba menghayunkan siku tangan kirinya ke belakang. Ai Lin terkejut dan segera melepaskan tangan lelaki itu dan dia berjaya mengelak daripada terkena serangan tersebut.


"Apa pasal lu banyak mengelabah? Takut ka?" Tanya Joe sambil tersenyum sinis.


Lim dan Achai sudah berpecah. Nak tak nak, mereka kena hadap budak-budak Yana ni jugak. Dalam takut-takut, mereka segera menghantar serangan secara serentak.


Joe dan Lashmi hanya menanti.


Setiap serangan yang dihantar, berjaya dielakkan dan setelah puas menerima serangan, kini tiba giliran mereka untuk berbalas serangan pulak.


Lim dan Achai semakin mengelabah apabila mereka telah menerima serangan yang bertalu-talu. Silap langkah sikit, habislah mereka...


"Amoi cantik manyak garang lorrr..." kata Wayson sambil tersenyum senget.


"Lu baru tahu ka?" Soal Ai Lin, tersenyum sinis.


"Wa manyak suka..." Wayson cuba mendekat tetapi selangkah dia mara, selangkah jugaklah Ai Lin berundur.


ARGHHH!


Jeritan Achong bergema setelah menerima habuannya. Perutnya yang senak akibat ditendang segera ditekan dengan kedua belah tangannya tu.


Zack takkan lepaskan peluang yang sedia ada, lalu dia segera berlari ke arah Achong yang sedang terbongkok menahan sakit tu. Dan untuk sekian kalinya, Achong menerima habuannya secara berterusan sehinggalah dia jatuh tersungkur di atas jalan tar.


Tangan kanan Achai berjaya di pulas ke belakang oleh Lashmi. Kemudian, dia menghadiahkan tendangan padu di betis kanan Achai sehingga musuhnya itu jatuh melutut di hadapannya.


Achai melawan. Dia menghayunkan tangan kirinya ke belakang tetapi Lashmi pantas bertindak dengan menolaknya sekuat hati sehingga dia terbaring meniarap di atas jalan tar. Lashmi tak melepaskan peluang lalu dia segera menghenyakkan punggungnya di belakang badan Achai dan tangan kanannya segera memeluk erat leher Achai dan menyebabkan Achai sukar untuk bernafas.


ARGHHH!


Lim dan Wayson menjerit serentak. Mereka berdua telah menerima habuan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Wayson yang pada mulanya memandang remeh terhadap Ai Lin, kini tumpas di tangan wanita itu sendiri. Begitu jugak dengan Lim. Keadaannya sudah lemah tidak berdaya dan tidak mampu untuk bergerak kerana Joe telah memijak belakang badannya.


Sesudah mandi, Imran menghampiri balkoni untuk menghirup udara malam. Baru selangkah dia keluar di balkoni, matanya telah dijamukan dengan aksi-aksi yang tak terduga, yang berada di hadapan rumahnya itu. Berkerut dahinya melihat mereka yang tidak dikenali. Tanpa berfikir panjang, dia kembali ke biliknya dan telefon bimbit yang berada di atas meja solek segera di ambil dan dia terus berlalu keluar.


"Papa nak pergi mana?" Tegur Haikal yang melihat papanya menonong ke arah pintu.


"Papa ada hal sekejap. Abang dengan kakak duduk dediam dekat rumah. Jangan keluar. Faham?" Pesan Imran, tegas.


Haikal dan Suhaila mengangguk.


Imran melangkah keluar sambil menelefon seseorang.


Panggilannya berjawab.


"Hello! Saya Imran dan saya ingin membuat laporan..." katanya sambil melangkah menuju ke arah pagar rumahnya.


Butang hijau ditekan dan pagar automatiknya segera terbuka.


Ai Lin, Lashmi, Zack dan Joe pantas menoleh ke arah pagar yang sudah terbuka.


"Iya! Baiklah. Saya tunggu." Panggilan segera dimatikan dan mata Imran tajam merenung mereka yang berada dihadapannya ni. "Ada apa ni? Siapa kau orang ni?" Tanya Imran, tegas.


"Kak Yana yang suruh kami datang ke sini dan mereka ni pulak cuba memecah masuk rumah encik tadi." Bagitahu Lashmi tanpa berselindung.


Ai Lin, Zack dan Joe hanya mengangguk, mengiyakan apa yang Lashmi katakan...


Imran mengeluh kecil. "Pihak polis dalam perjalanan ke sini. Terima kasih atas bantuan kau orang ni." Ucapnya, ikhlas dari hati.


Achong, Wayson, Lim dan Achai sudah meneguk air liur apabila mendengarkan perkataan , 'POLIS'. Habislah...


"Tunggu sekejap." Imran berlari anak menuju ke rumahnya dan datang kembali dengan membawa tali. "Ambil ni." Tali yang dibawa segera diberikan kepada Zack.


Zack menyambut huluran tersebut lalu dia segera mengikat Achong dan budak-budaknya yang sudah lemah tidak berdaya tu.


Mereka semakin hampir ke destinasi walaupun waktu sudah pun berganjak.


"Stop!" Arah Yana.


Rozy dan budak-budak mereka hanya menanti arahan seterusnya. Mereka sudah pun hampir dengan gedung yang dah lama terbengkalai tu.


"Parking dekat sini jer. Kita jalan kaki menuju ke sana. Lagipun, dah tak jauh tempatnya kan." Kata Yana sambil memandang mereka semua.


"OK!" Jawab mereka, sepatah.


Kenderaan mereka segera diparkingkan di satu tempat lalu mereka bergerak menuju ke gedung yang sudah terbengkalai tu dengan langkah yang penuh berhati-hati.


Dari duduk, dia kembali berdiri. Kemudian, dia berjalan ke hulu ke hilir sambil tangan meramas kepalanya yang sedang berserabut tu.


Daud yang melihat sudah merengus kecil. "Hoi, bro! Kau dah kenapa? Tak senang duduk aku tengok kau ni. Ada masalah ke?" Soalnya.


Taha menoleh ke arah kawannya. "Habislah aku, bro..."


"Apa yang habisnya? Cuba kau cerita dengan aku ni." Daud bertanya dengan dahi yang berkerut.


"Rancangan aku dah GAGAL, bro." Perkataan gagal tu sengaja ditekankan suaranya.


"Gagal? Apa yang gagal?" Tanya Daud lagi.


"Aku suruh budak-budak Achong culik anak sulung Yana tapi sampai sekarang masih tak ada khabar berita. Kau rasa? Matilah aku, bro..." Taha sudah mundar-mandir di hadapan Daud.


Daud yang mendengar sudah menepuk dahi. "Yang kau suruh budak-budak Achong tu dah kenapa? Dia orang tu semua mana boleh pakai. Aduhai! Aku cakap kau bodoh, kau marah tapi kau memang bodohlah. Tahu dek Tiger, mampus kau bro..." omelnya.


Semakin tak tentu arahlah Taha dibuatnya. "Apa aku nak buat ni, bro?"


Daud buntu.


"Aku siap suruh dia bawak anak Yana tu kat sini lagi. Habislah..." Taha menepuk dahinya kerana sikapnya yang terlalu cuai tu.


Daud sudah tak terkata dengan sikap kawannya tu.


"Macam mana ni, bro?" Tanya Taha.


Daud merengus kasar.


"Macam ni haa..." Tiger terus meluru ke arah Taha sambil menghayunkan tangannya tepat ke muka budaknya tu.


BUK!


Kan dah kena...


Taha terkedu. Begitu jugak dengan Daud.


"Bodoh!" Tempik Tiger. Hatinya mendidih setelah mendengar semuanya. Tak cukup dengan satu tumbukkan, dia hayunkan tangannya lagi ke bahagian perut pulak.


ARGH!


Taha menyingai sakit sambil memegang perutnya.


"Kebodohan kau ni, boleh bahayakan kita semua. Kau tahu tak? Achong dengan budak-budaknya tu lembik. Tak mustahil boleh kalah dengan budak-budak Yana dan tak mustahil jugak dia orang boleh tahu tempat persembunyian kita ni. Huh!" Tiger bengang.


Taha tidak melawan apabila Tiger melepaskan penumbuknya untuk sekian kalinya manakala Daud hanya sekadar memerhati. Dia tak berani nak masuk campur.


"Macam mana kalau Yana report polis? Tak pasal-pasal kita semua tidur peluk tiang besi, bro. Setanlah kau ni..." marah Tiger. Kali ni, dia menghadiahkan tendangan padunya di bahagian perut Taha pulak.


Taha mengaduh, sakit.


"Kita nak buat apa ni, Tiger?" Tanya Daud, ingin tahu.


Tiger merengus kasar. Otaknya ligat berfikir. "Kita kena berambus daripada sini sebelum mereka sampai." Ujarnya sebelum beredar masuk ke dalam gedung dengan raut wajah bengisnya tu.


Taha mengesat tepi bibirnya yang sudah berdarah tu manakala Daud segera membuntuti langkah Tiger. Nak tak nak, dia kena pergi juga daripada sini. Dia yakin bahawa Yana takkan lepaskan mereka malam ni. Jikalau mereka tak pergi bererti akan berlakunya pertumpahan darah dekat sini. Hmm...


Yana tersenyum sinis melihat aksi yang terpampang di hadapan matanya tu. Aku dah jumpa kau, Tiger! Mana kau nak lari? Monolog hati kecilnya.


"Adib, Bad, Fad dengan kau Ram, follow aku. Kita ke arah sana." Arah Rozy.


"Sekejap!" Tahan Yana.


Langkah Rozy dan budak-budaknya terhenti serta-merta.


"Mona dengan Lynn akan follow kau, beb. Nani, Lisa dengan Sherry stay dekat sini. Mereka pasti akan lalu jalan ni. Pandai-pandailah kau orang bersembunyi dan Thia, Ema dengan Rita, kau orang follow akak. Kita akan ke arah sana. Ikut apa yang kita dah plan. Jangan biarkan mereka terlepas. Malam ni akan jadi malam penentuan. Faham?"


Mereka mengangguk, serentak.


"Semua dah ada senjata kan?" Tanya Yana inginkan kepastian.


Mereka terus menayangkan senjata yang berada di dalam genggaman mereka tu.


"Hati-hati." Suruh Yana.


Mereka segera berpecah.


Taha merengus kecil apabila dibelasah oleh Tiger. Kepalanya yang sudah pening tu diramas bagai tak  mahu. Air setan yang berada di hadapan mata ingin diteguk tetapi setitik air pun dah tak ada. Huh! Terus dicampaknya tin kecil carlsberg tu.


Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.