Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 44

Suratkhabar Sinar Harian.


Pihak polis menemukan senjata api di sebuah bangunan lama yang dijadikan markas oleh satu kumpulan pengganas. Khairul atau dikenali sebagai Tiger telah berjaya ditahan oleh pihak polis di atas kesalahan menyimpan senjata api tanpa lesen, memeras ugut, menyamun dan lain-lain lagi. Kini, tiada lagi kumpulan pengganas yang akan menganggu-gugat ketenteraman orang awam. Tiger dan konco-konconya telah berjaya ditumpaskan dan akan dipenjarakan selama beberapa tahun.


Yana tersenyum sinis membaca keratan suratkhabar tersebut. "Banyak kes jugak si Tiger ni..." omelnya, sendirian. Helaian demi helaian suratkhabar tu di buka dan dibaca satu persatu.


4 orang warga Cina telah ditahan kerana cuba memecah masuk sebuah rumah mewah milik salah seorang usahawan berjaya.


"Bodoh punya apek!" Yana berdecit. Nasib baik dia tergerak hati nak hantar budak-budaknya tu ke rumah. Kalau tak, mahu encik suaminya bertarung sendirian. Haish!


Helaian suratkhabar diselak lagi. Mencari satu cerita yang dia ingin sangat nak tahunya. Hmm....


Tilik punya tilik, akhirnya senyuman sinis terukir di dua ulas bibirnya yang merah bak delima tu.


Mayat seorang wanita yang ditikam di bahagian perut telah dijumpai oleh orang awam pada malam semalam. Mangsa mungkin diragut dan dibunuh oleh penjenayah yang masih tidak diketahui identitinya. Mangsa bernama Khatijah Binti Musa dan masih berumur 27 tahun.


"Khatijah? Katy ke?" Yana tertanya-tanya sendirian.


Matanya ligat mencari sesuatu. Mungkin gambar mangsa pembunuhan tu tapi tiada di ruangan akhbar tersebut. Ish! Katy ke tu? Ke orang lain? Errr...


Telefon bimbit segera dicapai lalu peti WhatsApp di buka. Nama encik suami ditekan dan jari-jemarinya ligat bermenari di atas keypad yang tertera di skrin.


Imran yang sedang leka menghadap komputer riba segera mencapai telefon bimbitnya apabila mendengarkan bunyi pesanan ringkas dari aplikasi WhatsApp masuk. Bibirnya tersenyum simpul apabila memandang nama yang tertera di skrin. Si isteri tercinta duk hantar WhatsApp lah... Butang 'READ' segera ditekan.


My Beloved Wife

Abang, Yana nak tanya ni...

Nama sebenar Katy apa ek???

Khatijah Binti Musa ke???

🤔🤔🤔


Berkerut dahi Imran apabila membacanya. Dah kenapa dengan isteri aku ni? Sibuk duk tanya pasal si Katy pulak. Ish! Laki sendiri tak nak tanya ke sayang oii, omelnya sekadar di dalam hati sahaja.


Dalam dia mengomel tu, jari-jemarinya ligat bermenari di skrin.


Butang 'SEND' ditekan.


Tutt Tuttt

WhatsApp masuk.


Yana pantas buka peti pesanan ringkas tu.


Encik Suami

Waalaikumusalam sayang.

Abang ada dekat office ni...


Yana sudah ketap bibir. Terasa kena  sindirlah pulak. Eeeiii... Laju jarinya mendail nombor encik suami.


Panggilan bersambung.


Imran mengulum senyum sebelum menjawab panggilan daripada isteri tercinta tu.


"Amboi, abang. Main sindir-sindir nampak." Sergah Yana dihujung talian.


Imran tertawa halus.


"Khatijah Binti Musa tu nama Katy ke bang?" Soal Yana penuh minat. Selagi dia tak dapat jawapan, selagi tulah dia akan tanya.


Imran mengeleng kepala. "Iya, sayang. Nama dalam I/C dia tu. Kenapa?"


"Okay, abang. Thank you and love you lah..." Terus panggilan dimatikan dengan serta-merta.


Imran terkedu. Ek??? Bertuah punya isteri. Balik nanti, siaplah dia tau, omel Imran sebelum menyambung kembali tugasnya yang tergendala tadi.


"Katy dah mati, kena bunuh. Siapa pembunuhnya? Kenapa dia bunuh Katy? Nak kata kena ragut, budak-budaknya ada sekali kut. Hmm..." monolog Yana sendirian. Sakit kepala dibuatnya. "Ke pembunuhan ni telah dirancang dari awal lagi? Siapa yang rancang? Musuh Katy atau musuh Tiger? Atau musuh aku? Sebab Katy dibunuh ketika bersama dengan budak-budak aku? Mungkin ni adalah amaran pertama buat aku? Siapa kau sebenarnya?" Desis hati kecilnya pulak.


"Mama tengah fikir apa tu?" Sergah Suhaila yang baru muncul.


Yana kaget. "Tak adalah. Kakak dengan adik-adik dah siap ke belum?" Soalnya, cuba mengalih topik perbualan.


"Kami dah siap pun, maa." Jawab Suhaila serentak dengan Haikal.


"Jom!" Ajak Yana sambil menutup suratkhabar Sinar Harian tu.


Kentucky Fried Chicken (KFC) kini penuh dengan budak-budak Yana dan budak-budak Rozy sahaja. Meriah suasana di KFC tu dibuatnya. Riuh rendah dengan suara dan hilai tawa mereka tu. Mereka berkumpul di situ untuk meraih kejayaan mereka yang telah berjaya menumpaskan kumpulan Tiger dan Achong.


"Mana kak Yana ni?" Tanya Sherry yang dah tak sabar nak hadap ayam KFC yang berada di hadapannya ni. Dah banyak kali dia telan air liur gara-gara tengok ayam yang nampak crispy tu tau. Haish!


"Sabar, beb. Sekejap lagi sampai ler tu..." tegur Lisa sambil memeluk bahu kawannya tu.


Sherry mengangguk, lemah.


Rozy yang melihat ragam mereka sudah mengelengkan kepala.


"Sorry, lambat." Sapa Yana yang baru muncul sambil diapit oleh anak-anaknya.


Budak-budaknya segera menyambut kedatangannya tu. Sebelum dia melabuhkan punggung, dia sempat bersalaman dengan mereka semua dengan diikuti oleh anak-anaknya tu.


"Alolo, comelnya dia..." puji Rozy sambil mengusap rambut ikal Sofea itu.


Sofea malu dengan mereka semua lalu dia segera menempel di sisi kakaknya.


"Hai, kak Lisa." Tegur Suhaila.


"Hai, Ila. Apa khabar?" Lisa cuba beramah mesra dengan anak sulung bosnya tu. Hanya Suhaila dan Sofea sahaja yang dikenalinya.


Suhaila semakin rancak bersembang dengan Lisa manakala Haikal hanya buat hal sendiri sahaja. Kadang kala dia di tegur oleh Zack dan Joe. Pada mulanya dia nampak segan tapi lama kelamaan dia semakin selesa dengan abang-abang tersebut.


"Terima kasih sebab kau dengan budak-budak kau dah tolong aku hari tu." Ucap Yana untuk sekian kalinya. Kalau tak ada Rozy dengan budak-budaknya, pasti sukar untuk mereka kalahkan kumpulan Tiger tu.


Rozy tersenyum manis sebelum menepuk bahu Yana. "Sama-sama, beb. Kita kan dah jadi satu geng. Time kau susah, aku tolonglah. Nanti kalau aku pulak yang susah, kau jangan tak tolong pulak eh. Mahu aku seligi kau nanti."


Tertawa kecil Yana dibuatnya.


Rozy yang melihat turut tertawa sama.


"Berani ke kau nak seligi aku, beb?" Tanya Yana sambil mengangkat keningnya.


"Memang TAK lah..." laju Rozy menjawab.


Yana yang sedang minum, hampir tersembur apabila mendengarkan jawapan drastik daripada Rozy tu.


Rozy sudah ketawa berdekah-dekah   melihat tingkah Yana yang dahulunya pernah menjadi musuhnya itu.


"Ingatkan berani sangatlah tadi, kan?" Usik Yana.


"Kaulah kakak kawasan yang paling ditakuti tau. Bukan calang-calang orang kau ni. Nampak jer lemah lembut, penuh dengan sifat keibuan tapi bila dah kena serang, bertukar terus kau kan. Kalah harimau yang tengah mengaum derr..." kata Rozy dengan penuh bersahaja. Tapi, memang itulah kenyataannya... Dia memang tabik spring dekat Yana dan budak-budaknya yang tak pernah gentar dengan sesiapa yang datang buat onar.


"Kalau aku harimau, kaulah singanya. Sebab kau ni cepat sangat nak menyinganya. Pantang usik sikit, melenting terus... Hahaha." Yana sudah tertawa kecil.


"Ceh!" Rozy berdecit.


Borak punya borak, tahu-tahu jer dah sampai satu jam lebih mereka bertapa di KFC ni. Sakan sangat berboraknya. Sampai masa berlalu pun mereka tak sedar. Lagipun, bukan selalu dapat berkumpul macam ni tau. Hmm... Pekerja-pekerja di KFC tu mesti bengang dengan mereka kan. Mesti ada yang kata,"Tak reti nak balik ke?" Kan? Hahaha... Nasiblah!


"Kak Lisa, nanti ajar Ila lagi ya." Pinta Suhaila separuh berbisik.


Dahi Lisa sudah berkerut seribu. "Ajar apa?"


"Ajar yang macam hari tu, tu..." Suhaila sudah buat muka comel.


Lisa yang mulai faham akan maksudnya, terus mengulum senyum.


"Ajar Ila tau."


"Tengoklah macam mana ti." Jawab Lisa, bersahaja.


"Alaa... bolehlah." Renggeknya.


Lisa sengaja mengecilkan matanya.


"Bolehlah kak..." rayunya.


"Kena tanya mama dulu. Sekarang ni akak hanya mampu kata NO KOMEN jer." Jawab Lisa.


Apabila melihat muka tak puas hati Suhaila, terus terhambur tawanya tu.


Suhaila berdecit.


Lisa yang melihat terus menggosok kepala Suhaila.


Suhaila cepat-cepat melarikan kepalanya. Ish! Kak Lisa ni... Ingat kita ni budak baya Sofea agaknya. Malulah... Eeeiii!


Nak tak nak, mereka terpaksa beredar juga apabila melihat lirikkan mata pekerja-pekerja di situ. Ek eleh! Kita bayarlah oiii...


"Hati-hati balik tu. Apa-apa hal, roger tau." Pesan Yana sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta.


"Okay, bos!" Jawab Lisa penuh bersemangat. Manakala yang lain sekadar menganggukkan kepala sahaja.


Mereka berpisah di situ. Semoga mereka kekal bersahabat dan semoga tiada lagi ujian yang harus mereka tempuhi selepas ni. Aamiin...


Keesokkannya...


"Cepatlah maa, paa..." jerit Haikal yang sudah lama menunggu di samping kereta papanya tu.


Suhaila mengelengkan kepala melihat ragam adik lelakinya tu.


"Cepatlah..." jeritnya, lagi.


"Bicinglah abang ni." Marah Sofea yang turut berada di situ.


Haikal tergamam.


Suhaila sudah menutup mulutnya, menahan tawa.


Tak lama kemudian, Yana dan Imran muncul sambil mengheret bagasi.


Imran segera memasukkan bagasi mereka ke dalam bonet kereta.


"Kenapa dengan anak mama ni? Masam jer muka tu. Cuba senyum sikit." Suruh Yana sambil mencuit pipi gebu anak bongsunya tu.


Sofea diam membisu.


Berkerut dahi Yana melihatnya.


"Adik marah abang maa. Bising katanya." Adu Suhaila.


Yana mengeleng kepala. Macam-macam tau... "Dah-dah. Masuk dalam kereta, cepat! Kalau lambat, tinggal."


Masing-masing bergegas masuk dalam perut kereta. Takut kena tinggal ler tuuu...


Yana tersenyum simpul melihat ragam anaknya tu.


Kenderaan yang berpacuan 4 roda tu terus bergerak meninggalkan kawasan halaman rumah mewah tersebut. Destinasi percutian mereka adalah Port Dickson. Yahooo!


"Kita check in hotel mana maa?" Tanya Suhaila sekadar ingin tahu.


"Entah!" Jawab Yana, sepatah.


Berkerut dahi Suhaila dibuatnya. Begitu juga dengan Haikal.


"Percutian ekspres ni memang macam tu sayang oiii... Percutian yang tak dirancang dari awal kan. Main redah jer. Harap-harap adalah bilik kosongnya. Kalau tak, kita tidur dalam khemah jer lah..." kata Yana sambil tertawa kecil dihujung ayatnya tu.


Ternganga mulut Suhaila mendengarkan kata-kata mamanya tu. Berbeza pulak dengan reaksi Haikal yang nampak begitu teruja tu.


"Tidur dalam khemah pun best jugak maa. Asalkan dekat dengan laut. Yeah!" Haikal sudah terbayang-bayang berkhemah di tepi pantai.


Suhaila mencemik. Tak sukanya... Harap adalah bilik kosong tu nanti. Tak nak tidur dalam khemah. Panasss..., omelnya sekadar di dalam hati sahaja.


1 jam 30 minit kemudian...


Eagle Ranch Beach Resort menjadi pilihan mereka akhirnya. Niat di hati nak bermalam di Grand Lexis Hibicius tapi apakan daya, biliknya sudah FULL lor. Melepas sudaaa...


"Paa, nanti kita naik kuda ya." Ajak Haikal, penuh teruja.


Imran mengangguk sambil tersenyum senang.


Haikal tak sabar nak menunggang kuda. Sudah terbayang-bayang aksi Zorro di ruangan matanya ni. Haish!


"Maa, nanti kita pergi Telok Kemang tau. Ada ekspo kat situ. Mesti ada jualan murah, maa." Ajak Suhaila, pulak.


"Iyalah!" Jawab Yana, sepatah sambil berbaring di kusyen tiga yang terletak di ruang tamu tu.


Suhaila sudah tersenyum senang mendengarnya.


"Jom kita jalan-jalan cari makan..." ajak Imran sambil memandang anak-anaknya.


"Jommm..." sahut Haikal, riang.


Suhaila sudah mendekati si adik bongsu manakala Yana yang baru nak memejamkan mata, terus merengus kecil. "Abang ni..."


"Kenapa sayang?" Tanya Imran, ingin tahu. Matanya merenung si isteri yang masih terbaring di kusyen tu.


"Kita baru sampai, kan. Bawak-bawaklah berehat dulu. Letih duduk dalam kereta pun tak hilang lagi tau." Omelnya sambil menjeling encik suami.


Imran tertawa kecil sebelum mendekati si isteri tercinta. "Masa tu emas, sayang. Jom." Ajaknya sambil menghulurkan tangan kanannya tu.


Yana hanya memandang sepi tangan encik suaminya tu. Tiada niat pun nak sambut huluran tersebut.


"Demi anak-anak, please..."


Renungan redup encik suaminya tu di balas dengan renungan yang sama.


Suhaila yang melihat sudah tersipu malu. Aduhai! Papa dengan mama ni... Tanpa berfikir panjang, dia terus menarik lengan adik-adiknya dan dibawa keluar dari situ. Lebih baik mereka tunggu dekat luar sahaja.


"Sayang letih sangat ke? Kalau letih, biar abang hilangkan keletihan sayang tu, ya." kata Imran penuh bersahaja.


Yana terkedu.


Imran mendekatkan mukanya ke muka si isteri yang masih terbaring tu.


Terbeliak mata Yana dibuatnya lalu dia bergegas bangun daripada pembaringannya tu. "Yana tak letih pun. Jomlah!" Ajaknya, separuh kelam kabut.


Imran tertawa besar melihat si isteri yang sedang kelam kabut tu. Tahu takut, kan.


Yana ketap bibir, menahan geram. Tas tangan yang diletakkan di atas meja kopi segera di ambil dan dikepitkan dicelah ketiaknya.


Imran segera memeluk bahu si isteri dan mereka beriringin keluar dari bilik resort tersebut.


Suhaila dan Haikal tersenyum lebar ketika melihat bayangan mama dan papa mereka tu manakala Sofea hanya memerhati dengan renungan kosongnya.


Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.