Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 33

Vroommm Vroommm

Vroommm Vroommm


Mereka bertiga sudah bersiap sedia. Kalau lelaki tu melarikan diri lagi, mereka akan kejar sampai dapat. Jangan harap dapat terlepas daripada mereka hari ni.


Lelaki itu dan kawannya meneguk air liur. Begitu payau rasanya. Mereka masih setia di dalam kereta. Tak berani nak keluar. Nasib mereka memang malang ketika itu kerana jalan yang mereka pilih tadi sangatlah lenggang. Tiada kenderaan lain yang kelihatan selain kenderaan mereka. Itu membuatkan mereka semakin cemas.


Lisa merengus kecil. Kalau takat menunggu macam ni, memang taklah lelaki tu nak keluar dengan sendirinya. Huh! Tak berlengah lagi, dia segera turun daripada motorsikal kesayangannya tu sebelum mendekati kereta tersebut. Cermin kereta di sisi lelaki di bahagian belakang di ketuk dengan penuh berhemah.


GULP!

Lelaki itu meneguk air liur untuk sekian kalinya. Dia langsung tidak menoleh ke sisinya.


Tukkk Tukkk

Tukkk Tukkk


Di ketuknya lagi.


Ema dan Thia saling berpandangan sebelum mereka kembali menoleh ke arah kereta di hadapan mereka ni.


Lisa mulai bengang apabila melihat lelaki itu masih membeku di dalam perut kereta. Dia merengus kasar sebelum mencuba membuka pintu kereta tersebut tetapi malangnya pintu itu telah di kunci dari arah dalam. Grrr... "Hoi! Keluarlah." Jerkahnya sambil menepuk cermin kereta tu dengan penuh tenaganya.


Lelaki itu dan kawannya buat endah tak endah sahaja. Mereka masih setia membeku di dalam kereta dan kemungkinannya, mereka takkan keluar kerana nyawa mereka dalam bahaya sekarang ni. Lagipun, budak-budak Yana ni bukan boleh di buat main. Bagi mereka, budak-budak Yana ni terlalu agresif dan tak boleh di bawak berbincang langsung. Hmm...


Helmet yang masih di kepala segera di buka.


Ema dan Thia sudah tersenyum sinis. Mereka berdua sudah tahu apa yang bakal terjadi selepas ni. Nasib kau oranglah. Tak nak keluar sangat, kan. Redha jer lah yea...


Tukkk Tukkk


Lisa mengetuk cermin kereta sekali lagi dan masih tiada respon daripada penggunanya. "Ini makan dia..." katanya sebelum menghayunkan helmet yang dipegangnya tepat ke arah cermin kereta tersebut.


CRACKKK


Lelaki itu dan kawannya terkejut mendengarkan bunyi hentakkan tu lalu mereka menoleh secara serentak. Terbeliak biji mata mereka melihat aksi budak Yana yang sedang bertalu-talu menghentakkan helmet di cermin keretanya ni sehingga cermin itu retak sikit demi sedikit. "Matilah kita..." desis hati mereka.


Lisa tersenyum sinis apabila melihat cermin kereta yang semakin retak itu. Hanya tunggu masa nak jatuh berderai sahaja. Sebelum hentakkan terakhir dilakukan, dia sempat mengangkat kening dengan senyuman sinis yang terukir di bibir.


GULP!

Lelaki itu dan kawannya semakin kalut di dalam kereta. Habislah...


Dengan penuh bertenaga, Lisa terus menghayunkan helmetnya tepat di cermin dan akhirnya cermin tersebut terus jatuh berderai.


Ema dan Thia sudah menanti di sebelah pemandu. Kehadirannya di situ tidak disedari oleh kawan lelaki itu.


Pantas Lisa menarik punat kunci kereta tersebut lalu dia segera membukakan pintu kereta tu. "Kau keluar sekarang." Arahnya, tegas.


Lelaki itu masih membeku dengan mata yang tidak berkelip daripada tadi lagi.


"Hey, jantan. Kau keluar sekarang." Jerkah Lisa.


Lelaki itu masih buat dont know aja.


"Tak gunalah kau ni. Huh!" Lisa terus menyelinap masuk ke dalam perut kereta lalu kolar baju lelaki itu di tarik kasar. Diheretnya lelaki itu tanpa belas kasihan.


Nak tak nak, lelaki itu terpaksa keluar jugak. "Lu apa hal?" Marahnya sambil menepis tangan Lisa yang masih menarik kolar bajunya tu.


"Wow!" Lisa acah-acah terkejut. Dia memandang kawannya sebelum dia kembali menoleh ke arah lelaki tersebut. "Kau apa hal?" Marahnya pulak sambil menolak kedua belah bahu lelaki itu.


"Wa tak kacau sama lu tapi..."


PUKKK!


Tak sempat dia nak habiskan ayatnya, penumbuk sulung Lisa sudah melayang ke pipi kananya.


Lelaki itu merengus kasar sebelum meludah ke sisi. Berdarah? Huh! "Lu ni manyak langsilah amoi." Dia terus mendekat tetapi Lisa berundur dengan penuh berhati-hati.


Tukkk Tukkk


Ema mengetuk cermin kereta di sisi kawan lelaki itu.


Kawan lelaki itu kaget lalu menoleh.


Ema tersenyum manis sambil mengamitkan jari-jemarinya tu. Dia meminta kawan lelaki itu keluar dari dalam perut kereta.


GULP!

Dia meneguk air liur dan raut wajahnya itu kelihatan begitu cemas sekali.


Tukkk Tukkk


Dia mengeluh lemah sebelum menurut. Pintu kereta di buka dengan penuh perlahan manakala Ema dan Thia menanti dengan penuh sabar.


Lelaki itu sudah mulai menyerang tetapi setiap serangannya tu mudah dipatahkan oleh Lisa.


Bengang?

Iya. Memang itu yang dirasakan. Jadi, lelaki itu terus melayangkan tendangan padunya di bahagian betis perempuan yang berlagak hebat tu.


Belum sempat tendangan itu singgah di betis, kaki kanannya lagi pantas melayang dan menendang tepat di bahagian lutut si lelaki itu.


Lelaki itu mengaduh sambil membongkok memegang kepala lututnya.


Kesempatan yang ada, Lisa takkan sia-siakan dengan begitu sahaja maka dia terus menghantar serangan balas. Dia berlari dengan penuh bersemangat dan membuatkan lelaki itu terkejut. Tak sempat lelaki tu nak mengelak, Lisa sudah mula memijak lutut lelaki itu dan terus dia melompat ke belakang lelaki yang sedang terbongkok itu. Sekelip mata sahaja dia sudah bersengayut di belakang lelaki tersebut.


Lelaki itu terkejut. Dia meronta minta dilepaskan tetapi Lisa tidak mempedulikannya dan disebabkan itu dia cuba meleraikan pegangan Lisa di lehernya itu. Setelah dia berjaya, dengan segala kekuatan yang dimiliki, dia terus menarik kedua belah tangan Lisa sehingga Lisa terangkat ke atas dan tanpa dia duga, Lisa kini sudah pun berada di atas bahunya. Baik punya duduk. Gayanya seakan sedang di dukung oleh lelaki itu. Huh! Lelaki itu merengus kasar.


Lisa tersenyum sinis sebelum merebahkan dirinya ke hadapan dan kedua belah kakinya pantas memeluk leher lelaki tu manakala kedua belah tangannya sudah memaut kedua belah kaki lelaki itu.


Lelaki itu terkejut.


Dengan penuh bertenaga, Lisa terus menarik kedua belah kaki lelaki itu sehingga lelaki itu hilang keseimbangan diri lalu mereka jatuh serentak di atas jalan raya.


ARGHHH!

Lelaki itu menyingai menahan sakit akibat jatuh terhentak dan di hempap pulak dengan budak Yana tu. Aduh!


Lisa tangkas bangun dan segera menarik pergelangan tangan kanan lelaki itu. Dia terus mengepit pergelangan tangan lelaki itu dengan kakinya lalu dipulaskan dengan sekuat hati.


Lelaki itu terus berpusing dan meniarap di atas jalan sambil terkapai-kapai menahan sakit.


ARGHHH!!!


Kawan lelaki itu ingin menolong tetapi dia di halang oleh Ema dan Thia.


"Kalau lu tak nak kena benda yang sama, lebih baik lu duduk diam. Jangan berani melawan. Faham?" Ema memberi amaran dengan senyuman sinis yang terukir di dua ulas bibirnya tu.


Kawan lelaki itu merengus kasar. Kalau dia mara setapak, bererti dia menempah bala untuk diri sendiri. Budak Yana ni bukan jenis cakap kosong. Silap cakap mahu lunyai dia sekejap lagi. Hmm...


Lisa tersenyum puas kerana berjaya menyakiti lelaki tersebut. "Sekarang lu bilang sama wa, siapa yang suruh lu culik Suhaila?" Tanyanya, ingin tahu.


"Lepaslah..." suruhnya tanpa menjawab soalan yang ditujukan kepadanya tu.


Lisa merengus kasar sebelum memulas pergelangan tangan lelaki itu dengan sekuat tenaganya.


ARGHHH!!!

Jeritannya bergema sekali lagi. Mukanya berkerut seribu, menahan rasa sakit di tangannya.


"Siapa?" Tengking Lisa.


"Achongggg..." jeritnya.


Kawan lelaki itu pantas menoleh.


Lisa berdecit, geram. Tak guna punya Achong, desis hati kecilnya. "Si apek bodoh tu ada dekat mana sekarang ni?" Tanyanya, lagi.


Lelaki itu terkial-kial nak menjawabnya.


Itu membuatkan Lisa semakin berang. "Lebih baik lu bagitahu sebelum wa patahkan tangan lu ni." Ugutnya sebelum kembali memulas pergelangan lelaki itu.


Lelaki itu menjerit sakit dengan dahi yang berkerut seribu. "Okay-okay, wa bagitahu sama lu."


"Lu mau mati ka Lim?" Jerit kawan lelaki itu.


"Habis tu, lu mau wa mati ka Achai?" Marah Lim sambil menahan sakit.


Achai merengus kecil.


Ema dan Thia saling berpandangan sebelum menganggukkan kepala sesama sendiri.


Thia mendekati Achai yang sudah membelakanginya tu lalu ditolaknya badan lelaki itu dengan kasar sehingga tersentak di dinding kereta miliknya tu.


Achai terkejut. Dia cuba berpusing tetapi Thia berjaya menghalanginya dengan menekankan tangan kanannya di bahagian belakang badan budak suruhan si apek bodoh tu. Huh!


Achai meronta minta dilepaskan.


Thia merengus kecil.


Ema yang melihat segera membantu. Kepala Achai ditekankan ke arah bumbung kereta. "Lu mau mampus ka?" Jerkahnya, garang.


Setelah mendengarkan jerkahan tersebut, rontaannya terus terhenti dengan mendadak.


Ema dan Thia tersenyum sinis.


"Achong ada dekat mana?" Tanya Lisa, penuh minat.


Tanpa berfikir panjang, Lim segera memberitahukan keberadaan Achong.


"Kalau lu tipu, lu mati..." ugut Lisa sambil melepaskan pergelangan tangan Lim.


Lim mengibaskan tangannya yang terasa sakit itu.


"Mana lu punya telefon?" Tanya Lisa dengan tiba-tiba.


"Lu mau bikin apa sama wa punya  telefon?" Tanya Lim balik.


Lisa menjegilkan matanya.


Lim merengus kecil sebelum menyerahkan telefon bimbitnya tu.


"Kan bagus ini macam." Telefon yang dihulurkan segera di rampas lalu dicampakkan sekuat hati.


Terbeliak biji mata Lim melihat telefon bimbitnya yang sudah terburai di atas jalan raya tu. Pantas dia menoleh ke arah Lisa.


"Apa pandang-pandang?" Jerkah Lisa.


Lim terus menunduk dengan mulut yang berdecit, geram.


Ema meraba poket seluar lelaki cina itu untuk mencari alat komunikasi milik lelaki tersebut tetapi dia tidak menjumpainya. "Mana telefon lu?" Tanyanya, ingin tahu.


Achai mendiamkan diri.


Ema mendengus sebelum rambut lelaki itu ditarik dengan kasar.


ARGHHH!!!

Jeritnya, lantang.


"Mana telefon lu?" Ulang Ema, sekali lagi.


"Dalam itu kereta." Beritahunya.


Ema bergegas masuk ke dalam perut kereta untuk mencari telefon bimbit milik lelaki cina yang bernama Achai itu. Setelah dia menjumpainya, dia terus keluar dan menayangkan telefon bimbit itu kepada ownernya dengan senyuman sinis terukir di bibir.


Achai merengus kecil.


Dengan lagak bersahaja, Ema terus melepaskan telefon bimbit itu.


CRACKKK


Bersepai telefon bimbit Achai. Tak cukup dengan itu, Ema terus melenyekkan telefon bimbit itu dengan kasut sport miliknya pulak.


Achai memejamkan matanya kerana tak sanggup hendak melihat kekejaman budak Yana tu.


Thia segera melepaskan Achai.


"Jom blah, beb." Ajak Lisa.


Ema dan Thia mengangguk.


Mereka bertiga terus menunggang motorsikal masing-masing dan beredar dari situ tanpa mempedulikan budak-budak Achong tu lagi. Rasakan...


"Akak, tu kereta papa kan?" Tanya Haikal sambil menunding jari ke arah pintu gate yang sudah terbuka luas tu.


Suhaila menoleh sebelum menganggukkan kepala. Mereka bergegas menghampiri kereta tersebut.


"Maa, tadi akak jatuh." Haikal melaporkan kejadian tadi selepas mereka selamat meloloskan diri ke dalam kereta papanya tu.


Yana terus menoleh ke belakang. Matanya tertumpu kepada anak sulungnya.


Haikal terkejut melihat keadaan mamanya itu. Mata bengkak? Pipi lebam? Kenapa dengan mamanya ni???


"Kakak..." panggil Yana, lembut.


"Ada orang nak culik akak tadi maa." Beritahu Suhaila tanpa berselindung lagi.


"WHATTT???" jerit Yana, lantang.


Imran dan Haikal terus menoleh ke arah Suhaila dengan dahi yang berkerut seribu.


"Lelaki tu paksa akak masuk dalam kereta tapi bila dia dengar ada orang sergah, terus dia tolak akak. Tu yang akak jatuh maa." Panjang lebar Suhaila bercerita.


Yana merengus kasar manakala Imran sudah memegang tangan kanan si isteri. "Akak kenal mere..." kata-katanya terus terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring.


Nama 'Lisa' tertera di skrin.


Butang hijau di tekan dan telefonnya itu segera dilekapkan di cuping telinga. "Hello." Sapanya.


Lisa terus menceritakan apa yang dah terjadi kepada bosnya tu. Tiada satu  pun yang tertinggal.


"Tak guna punya Achong." Marah Yana dalam nada yang tertahan. Bibir di ketap dengan penuh geram.


Semakin erat Imran memegang tangan si isteri manakala Suhaila dan Haikal terpinga-pinga di belakang.


"Akak nak kami uruskan Achong atau akak sendi..."


"Akak datang sana. Kau orang tunggu sampai akak datang. Akak sendiri yang akan settlekan si Achong tu. Huh!" Yana memotong kata Lisa dengan penuh tegas.


"OK!" Jawab Lisa.


Talian segera dimatikan.


Yana meminta encik suami membawanya ke suatu tempat. Dia sudah tekad. Hari ni jugak dia akan buat perhitungan dengan si Achong bodoh tu. Grrr... Mati kau, aku kerjakan sekejap lagi. Dasar jantan tak gunaaa..., monolog hati kecilnya.


Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.