Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 14

"Ada pun kau kat sini." Katanya sambil tersenyum sinis.


"Dah nama pun kawasan aku. So, kau orang nak apa datang sini? Mana bos kau orang yang berlagak hebat tu? Mana Tiger?" Tanya Yana berturut-turut.


"Orang hebat macam Tiger tak layak jumpa kau orang yang biasa-biasa ni. Low class katanya." Jawab mamat botak berbadan sado tu.


Yana tersenyum sinis.


"Bongkaknya." Desis Sherry.


"Ni bukan bongkak tapi bongok. Huh!" Sampuk Lisa sambil buat muka meluatnya.


"Hoi! Kau diam..." jerkah kawan mamat botak berbadan sado tu.


"Mulut aku, suka hati akulah. Kau apa hal?" Lisa melenting.


Mamat berambut perang tu memandangnya dengan bengis.


"Lisa..." panggil Yana, lantang.


Lisa menundukkan kepalanya apabila melihat renungan tajam ketuanya itu.


"Behave yourself!" Pesan Yana, serius.


"Sorry kak." Dia cuba menyabarkan dirinya agar tidak tertarik emosinya.


"Sabar,beb." Pujuk Thia sambil menepuk bahu kawannya itu.


Lisa menganggukan kepalanya.


"Kau orang nak apa sebenarnya ni?" Tanya Yana sekali lagi sambil berpeluk tubuh.


"Kau tahu apa yang kami nak, kan?" Tanya mamat botak berbadan sado tu pulak.


Yana sudah tersenyum sinis.


"Tak semudah tu aku nak baginya." jawab Yana dengan lagak bersahaja.


Mamat botak berbadan sado tu merengus kasar.


"Nak tak nak kau kena serahkan juga pada kami." katanya dengan separuh memaksa.


"Apa hal main paksa-paksa ni?" Sampuk Lisa yang masih bengang dengan mereka.


Mamat botak berbadan sado dan kawan-kawannya menoleh ke arah Lisa dengan renungan tajam.


"Lisa..." panggil Yana lagi.


"Orang macam mereka ni memang tak makan dek saman lah kak. Kasi hentam sajalah. Bukan kuat mana pun mereka ni. Harap badan jer sado tapi yang hadooo..." kata-katanya itu membuatkan mereka bengang dengannya.


Yana sudah mengelengkan kepala.


"Hei, betina. Aku tak ada urusan dengan orang bawahan macam kau ni. Lebih baik kau diam sebelum aku siat-siat mulut kau tu." Jerkah mamat botak berbadan sado tu. Raut wajahnya kelihatan bengis sekali.


Lisa mencemik.


"Kalau aku orang bawahan, kau tu apa pulak? Orang atasan ke? Hei, jantan. Sedarlah diri tu sikit. Kau tu pun orang bawahan jugak lah. Kau orang semua ni macai si Tiger tu. Sedarlah sikit." Lantang sekali dia bersuara. Tiada langsung riak takut yang terpamer di raut wajahnya itu.


Mamat botak berbadan sado dan kawan-kawannya semakin bengang dengan Lisa yang berani melawan cakap mereka.


"Kau ni memang nak kenalah." Kata mamat botak berbadan sado tu. Dia sudah melangkah mendekati Lisa.


Mata Yana sudah terbeliak. Dia tahu sangat dengan perangai budak-budak Tiger ni. Pantang di usik, terus nak melenting aja. Sekejap lagi, confirm mereka beradu domba dengan budak-budaknya. Haish! Menyampah betullah. Suka sangat buat onar kat tempat aku. Grrr...


Mamat botak berbadan sado itu semakin hampir dan Lisa masih kelihatan bersahaja. Tiada langsung perasaan cuak yang singgah dihatinya ni.


"Aku tahulah aku ni cun sangat kan. Tak payahlah nak tengok lama-lama." Kata Lisa sambil tersenyum sinis.


"Hehehe..." gelak Thia, halus sahaja. Sempat lagi kawannya tu masuk bakul kan. Aduhai! Lisa... Lisa...


Mamat botak berbadan sado itu semakin bengang. Tanpa berfikir panjang, dia terus melepaskan satu tumbukan padu ke arah musuhnya itu.


Lisa yang melihat sudah bersiap siaga lalu dengan pantas dia menggelak daripada terkena serangan tersebut.


Tumbukan mamat botak berbadan sado itu tersasar.


"Tak kena pun. Hahaha..." Lisa mengejek. Saja bikin panas line.


Mamat botak berbadan sado merenung tajam perempuan di hadapannya ni.


"Tak payah nak tenung lama-lama sangat. Takut jatuh cinta pulak nanti. Hahaha..." Lisa semakin asyik memanaskan line budak-budak Tiger tu.


Yana yang mendengar sudah menepuk dahi. Bertuah punya budak...


"Belasah jer minah tu bro." Suruh kawan mamat botak berbadan sado tu.


Mamat botak berbadan sado tu cuba melepaskan tendangan padu di bahagian betis sebelah kanan Lisa tetapi serangannya itu terhenti apabila mendengar jeritan Yana.


Semua yang berada di situ sudah menoleh ke arah Yana.


Mamat botak berbadan sado dan kawannya sudah bersiap siaga apabila Yana datang mendekati mereka tanpa sebarang riak diwajahnya.


Kini, Yana sudah pun berada di hadapan mereka.


"Aku nak kau cakap dekat Tiger yang aku takkan serahkan apa yang dia nak tu. Kawasan tu tetap akan jadi milik aku. Tak ada sorang pun yang boleh ambil kawasan tu. Faham? Sekarang, kau orang semua boleh berambus..." Riak wajah Yana kelihatan tegang sekali.


Huh! Rengus mamat botak berbadan sado tu.


"Kau orang tunggu apa lagi? Berambuslah..." jerkah Lisa yang berada di belakang budak-budak Tiger.


"Aku takkan berambus selagi aku tak dapat apa yang aku mahukan. Kau faham tak?" Jerkah mamat sado berambut perang tu.


Lisa mendengus kasar.


"Kau nak berambus atau..." Tak sempat Yana nak habiskan ayatnya, dia sudah pun diserang oleh mamat botak berbadan sado tu.


Tumbukan yang dilepaskan ke arahnya dapat dielak dengan begitu cekap sekali.


Mamat botak berbadan sado itu melepaskan serangannya berturut-turut tetapi satu pun tidak mengena ke sasarannya. Itu membuatkannya semakin berang.


"Kakkkk..." panggil Ai Lin, lantang.


Pantas Yana menoleh.


"Nah." Ai Lin terus baling satu batang kayu baseball.


Dengan penuh bergaya, Yana terus menyambut kayu baseball tu lalu dia segera menghayunkan kayu baseball tersebut tepat ke arah kepala musuhnya ni.


Mamat botak berbadan sado tu kelam kabut nak mengelakkan dirinya daripada terkena libasan kayu baseball tu.


Yana tak berputus asa. Dia semakin mengganas menghayunkan kayu baseball itu. Setiap serangannya berjaya dielakkan tapi...


"Hoi, jantan botak yang berlagak hebat." sergah Mona selantang yang boleh.


Konsentrasi mamat botak berbadan sado itu terganggu dengan sergahan lantang itu. Automatik dia menoleh ke arah empunya suara.


Yana tidak melepaskan peluang lalu dia segera melibaskan kayu baseball itu tepat di bahagian betis kaki kanan musuhnya itu.


"Arghhhhh..." jeritnya sambil merengkut memegang betisnya yang sakit.


"Yes! GOTCHA." Jerit Mona sambil melonjak gembira.


"Tak guna kau perempuan." Marah mamat sado berambut punk pulak. Dia mara ke hadapan dan cuba menyerang Yana tetapi belum sempat dia bertindak, dia telah di tendang dari arah belakang oleh Thia dan Ema.


Tak sempat dia nak tarik nafas, dia telah diserang oleh Yana dari arah hadapan. Kayu baseball yang telah dihayunkan dengan cukup padu, tepat mengena di bahagian perutnya.


"Hukk hukkk... Hukk hukkk..." Mamat sado berambut punk itu sudah terbatuk-batuk kecil sambil merengkut memegang perutnya yang sakit.


Yana ingin melibas di bahagian belakang musuhnya itu tetapi gerakkannya terhenti apabila mamat botak berbadan sado itu cuba datang mendekatinya.


Mona yang melihat terus berlari dengan lajunya, lalu dia segera melompat dengan kaki kanannya diluruskan ke hadapan dan tepat mengena di bahagian belakang mamat botak berbadan sado tu.


Gedebuk!

Mamat botak berbadan sado jatuh tersungkur di hadapan Yana.


Kesempatan yang ada tidak dilepaskan. Yana terus menghayunkan kayu baseball yang masih dipegangnya itu tepat ke arah belakang badan musuhnya itu. Bukan sekali tetapi berkali-kali sehingga musuhnya itu lemah tidak bermaya.


Mamat sado berambut perang cuba menyerang Yana tetapi dia di halang oleh Lashmi, Sherry dan Lisa manakala mamat botak tak berapa nak sado itu telah di halang oleh Lynn, Ai Lin, Rita dan Nani.


Yana tersenyum sinis ke arah mereka semua. Dia mendekati musuhnya yang sudah di kepung oleh budak-budaknya itu.


Baru dua tiga tapak dia melangkah, tiba-tiba mamat sado berambut punk tu berlari ke arahnya dari belakang, cuba menghantar serangan.


"Hati-hati kak..." jerit Mona yang kaget melihatnya.


Satu...

Dua...

Tiga...


Yana pantas berpusing sambil melayangkan tendangan padunya tepat di bahagian muka musuhnya itu.


"Arghhh..." jerit mamat sado berambut punk tu. Dia telah pun jatuh terduduk sambil memegang pipinya yang sakit. Cairan merah kelihatan mengalir dari arah hidungnya. Bengang. Dia cuba bangkit tetapi gerakkannya terhenti serta-merta.


"Jangan bergerak kalau kau tak nak mati sia-sia." Ugut Mona yang sudah mengacukan pisau di leher mamat sado berambut punk tu.


Huh! Mamat sado berambut punk tu merengus kasar. Dia tidak boleh bergerak sedikit pun. Kalau bergerak jer, nyawanya yang akan melayang.


Mamat sado berambut perang dan mamat botak tak berapa nak sado tu turut merengus kasar. Mereka tidak boleh menolong kawan-kawannya itu kerena mereka sendiri sudah dikepung. Budak-budak Yana bukan calang-calang orang. Walaupun tubuh badan mereka bersaiz kecik tetapi tenaga mereka hebat. Semangat mereka kental. Kalau mereka menyerang, mereka pun akan terima nasib yang sama. Daripada tubuh badan mereka sakit, lebih baik mereka berdiam diri sahaja.


"Aku tak suka orang kacau tempat aku. Kau cakap kat Tiger, tempat sendiri kasi jaga dulu. Jangan sibuk-sibuk nak ambil tempat orang jer kerjanya." Kata Yana sambil memandang musuhnya satu demi satu.


"Tiger takkan mengalah..." sergah mamat sado berambut perang.


Yana tersenyum sinis. Dia mendekati mamat sado berambut perang tu.


"Aku pun tak kan mengalah lah, bodoh." Tengking Yana sambil menghayunkan kayu baseball tepat di bahagian perut musuhnya tu.


"Arghhh..." jerit mamat sado berambut perang tu sambil merengkut memegang perutnya yang sakit.


Mamat botak tak berapa nak sado tu cuba nak menyerang tetapi Yana pantas mengacukan kayu baseball tu tepat di hadapan matanya, mematikan niatnya untuk menyerang.


Budak-budak Yana sudah tersenyum sinis melihatnya.


"Kau datang tempat aku, lepas tu kau nak buat taik pulak. Hei, ini Yana lah... Kau ingat aku nak berdiam diri jer ke? Dasar manusia bodoh." Marah Yana. Matanya tajam merenung musuhnya tu. "Aku tak nak tengok muka kau orang ada dekat sini lagi. Kalau aku nampak salah seorang daripada kau orang ni, mati aku kerjakan. Huh! Berambus kau orang daripada sini. Berambus..." halau Yana dengan suara lantangnya.


Budak-budak Tiger masih tidak berpuas hati tapi apa kan daya, mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong. Huh! Tak apa. Mereka akan tebus balik kekalahan ni. Jangan ingat kemenangan tu milik dia aja. Tunggu dan lihat saja nanti...


"Lepas ni, akak nak kau orang semua berjaga-jaga. Hati-hati kalau nak keluar sebab akak dapat rasakan yang budak-budak Tiger ni takkan duduk diam jer. Mereka pasti akan balas balik. Ingat tu. Carefully, okay?" Pesan Yana kepada semua budak-budaknya tu.


Budak-budaknya sekadar menganggukkan kepala sahaja.


"Kalau ada apa-apa, kau orang call akak ya. Lagi satu, akak nak kau orang perketatkan jagaan kawasan. Jangan biarkan mereka bersenang-lenang masuk kawasan kita. Faham tak?" Suruhnya dengan nada penuh tegas.


"Faham kak." Jawab mereka serentak.


"Bagus. Semangat." Kata Yana sambil menghulurkan tangannya di hadapan mereka.


Budak-budaknya mengerti lalu seorang demi seorang turut menghulurkan tangannya dan tangan mereka bertindih di antara satu sama lain.


"Jangan biarkan mereka pijak kepala kita. Walaupun kita ni perempuan, tak semudah itu untuk mereka tindas kita ni. Jangan harap mereka boleh rampas kawasan kita tu. Kita perempuan bukan selemah yang disangkakan. Kita akan lawan apa sahaja yang datang. Yana and the geng takkan menyerah kalah. Pantang menyerah sebelum berjuang. Semangat." Yana berkata dengan penuh bersemangat.


Budak-budaknya menganggukkan kepala sekali lagi.


"Satu... Dua... Tiga..." jerit Lisa.


"Huh!" Jerit mereka serentak sambil menghempaskan tangan mereka seperti pemain bola sepak sedang lakukan sebelum memulakan permainan. Semangat buat mereka semua.


Sebelum mereka berpisah, Yana sempat mengingatkan mereka agar sentiasa berjaga-jaga. Musuh ada di mana-mana sahaja.


"Kau orang sambunglah berlatih. Akak dah nak kena balik ni. Apa-apa hal, kau orang roger jer akak nanti tau." Pesan Yana untuk sekian kalinya.


"Baik, bos." Jawab Lynn sambil memberikan tabik hormat kepada ketuanya itu.


Yana mengelengkan kepala sambil tersenyum. Dia sudah pun bergerak menuju ke arah keretanya.


"Drive carefully, boss." Pesan Lashmi, ikhlas.


Yana mengangguk sebelum memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Enjin segera dihidupkan. Tak lama kemudian, dia mulai beransur pulang meninggalkan budak-budaknya di situ.


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.