Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 30

Yana memandang encik suami dengan kening yang sengaja diangkatkan. Aksinya tu sangat nakal tapi Imran nampak cemas sekali. "Sayanggg..." jeritnya.


Apabila tiba pada masanya, Yana pantas berpusing ke belakang sambil menghayunkan kakinya tepat di bahagian perut Bob yang cuba menyerang hendap tu. Macam mana dia tahu? Itu semua kerana kepekaannya terhadap suasana dan telinganya ni pulak cepat menangkap sebarang bunyi dan pergerakkan. Ketika dia sedang melatih budak-budaknya, dia sering berpesan kepada mereka supaya sentiasa fokus dan peka dengan keadaan sekeliling. Jangan terlalu lalai dan jangan cepat melatah kerana itu adalah kelemahan kita. Musuh akan begitu mudah menumpaskan kita kalau kita tak ada dua perkara tu. Huh! Fokus dan peka itu sangat penting di dalam sebarang pertarungan.


Imran terkedu.


Bob merengus kasar sambil memegang perutnya. "Tak guna kau perempuan." Marahnya.


Yana tersenyum sinis. Dia mengamitkan tangannya memanggil lelaki berbadan sado tu.


Bob semakin mengganas dan serangan di hantar bertalu-talu tetapi setiap serangannya dapat dipatahkan dengan begitu bersahaja.


Yana sangat handal mematahkan segala serangan. Kalau tak handal, bukan kakak kawasan namanya...


Lelaki berbadan sado yang menjadi pemerhati semenjak tadi mulai mendekati Imran.


Imran sudah bersiap siaga. Langkah kekuda di buka.


Lelaki berbadan sado tu mengeliat kecil, sekadar ingin membetulkan segala urat sendinya tu. Renungan matanya kelihatan sangat tajam. Tanpa menunggu lama, dia terus menyerang Imran dengan mencuba menumbuk perut Imran tetapi Imran tangkas mengelak. Dia merengus kecil sebelum dia datang mendekat lagi. Serangan kedua di lepaskan. Kaki Imran menjadi sasaran tetapi hasilnya tetap sama. Imran berjaya mengelak dan setiap serangan dapat dipatahkan dengan begitu mudah. Pada saat dia tersalah langkah, menyebabkan dia di dalam keadaan berbahaya. Kini, lelaki berbadan sado tu telah berjaya mengunci pergerakkannya dengan menyilang tangan sadonya tu di bahagian leher Imran dari arah belakang, membuatkan Imran sukar untuk melepaskan diri.


Bob masih tak nak mengalah. Serangan tetap diberikan walaupun serangan itu tidak pernah berjaya. Huh! Tumbukan padunya dilepaskan dan Yana sudah bersedia ingin mengelak tapi...


"Hoi, perempuan!" Jerit lelaki berbadan sado.


Yana terkejut lalu hilang fokus. Secara automatik dia berpaling ke arah lelaki berbadan sado tu dan menyebabkan Bob berjaya melampiaskan amarahnya. Tumbukkan padu tu tepat mengena rahang pipi kanannya ni.


DUSH!


Yana terus jatuh terduduk.


"Sayanggg..." jerit Imran dengan suara tersekat gara-gara tangan lelaki berbadan sado tu masih berada di lehernya. Dia meronta minta dilepaskan tapi tidak berjaya. Pegangannya tetap utuh. Huh!


Berkerut dahi Yana menahan sakit.


Katy yang menjadi penonton semenjak tadi sudah tersenyum puas. "Padan muka kau perempuan. Berlagak hebat konon. Puihhh!" Monolognya, sendirian.


Bob tersenyum sinis. Dia mendekat lalu tendangan padu dihadiahkan buat Yana pulak.


Yana yang masih belum bersedia, terpaksa menerima tendangan padu tu di bahagian perutnya ni.


ARGHHH!

Jeritnya sambil terbaring memegang perutnya yang sakit.


Imran bengang. Dia tak sanggup nak tengok isterinya di pukul lalu dia menghayunkan siku kanannya ke belakang dan menyebabkan lelaki berbadan sado tu berjaya melepaskannya. Tak cukup dengan tu, Imran terus melayangkan tumbukan padunya di bahagian muka lelaki berbadan sado tu tetapi tidak berjaya apabila pergelangan tangannya berjaya di tangkap dan perutnya menjadi sasaran. Dengan bertalu-talu lelaki berbadan sado tu melepaskan tumbukannya di situ membuatkan Imran menjadi semakin lemah tak berdaya lalu terduduk sambil memegang perutnya. Darah yang mengalir di celah bibirnya di kesat dengan ibu jari.


Yana merengus kasar.


Bob masih bengang. Dia ingin menendang perempuan tak guna tu sepuas hatinya tapi kali ini tendangannya dapat dielakkan. Yana berguling menjauhinya. Bob cuba sekali lagi tapi kali ini, Yana berjaya menangkap kaki lelaki berbadan sado tu walaupun posisinya masih terbaring di atas jalan.


Bob terkejut. Dia cuba menarik kakinya tapi tak berjaya.


Imran sudah terduduk lemah dengan riak wajah menyingai menahan sakit di bahagian perutnya ni.


ARGHHHH!

Jeritan Yana tu membuatkan Imran terkejut lalu menoleh ke arah isterinya tu.


Yana terus meringankan badannya dan kedua belah kakinya itu terus melingkar di kaki kiri Bob seperti seekor ular sedang membelit mangsanya dan dengan segala kekuatan yang dimiliki, dia terus menarik kaki kanan Bob sehingga Bob berpusing sebelum jatuh menyembah bumi gara-gara hilang keseimbangan diri. Itu semua berlaku dalam sekelip mata.


Imran terkejut. Isteri aku ke tu? Kaki smackdown?


Kesempatan yang ada, Yana tak persiakan. Dia terus duduk di atas badan Bob dengan kakinya melutut di atas kedua belah pergelangan tangan Bob dan menyebabkan pergerakkan musuhnya tu terkunci. Tumbukkan padu dihadiahkan bertalu-talu di muka lelaki berbadan sado tu. Menyembur darah Bob ketika tu. Sakit? Itu dah semestinya. Bob cuba meronta tetapi tidak berjaya. Lama-kelamaan, Bob menjadi semakin lemah. Habis membiru mukanya gara-gara tumbukan padu tu. Setelah puas, Yana memberhentikan serangan. Dia merenung tajam ke arah Bob yang sudah lemah tidak berdaya tu. "Ini Yanalah, bodoh. Jangan panggil aku kakak kawasan kalau aku tak boleh nak kalahkan jantan macam kau ni. Puihh!" Jerit Yana sebelum meludah ke sisi.


"Kakak kawasan?" Monolog Imran dengan dahi berkerut.


Lelaki berbadan sado semakin bengang apabila melihat kawannya di belasah cukup-cukup oleh seorang perempuan. Huh! Dia akan menuntut bela. Dengan langkah penuh yakin, dia datang mendekat. Sebilah pisau di keluarkan dari poket seluarnya.


Imran yang melihat agak terkejut. Bergegas dia bangun dari duduknya lalu dia berlari laju ke arah lelaki berbadan sado tu. Setelah semakin hampir, dia terus melompat dan melayangkan tendangan padunya di bahagian belakang tubuh lelaki berbadan sado tu.


Lelaki berbadan sado tak dapat mengimbangi badannya lalu...


Yana menoleh ke sisi. Terbeliak biji matanya lalu bergegas dia melarikan diri sebelum lelaki berbadan sado tu  jatuh menimpanya. Huh!


ERGHHH!

Lelaki berbadan sado tu jatuh menghempap badan kawannya, Bob. Matanya terbeliak apabila melihat tangannya sudah berlumuran darah. Menggigil tangannya apabila melihat sebilah pisau yang dipegangnya tadi sudah tertusuk di perut kawannya sendiri.


Keadaan Bob semakin lemah tidak berdaya.


Imran dan Yana terkedu. Begitu juga dengan Katy. Ternganga mulutnya melihatkan apa yang sudah tertayang di hadapan matanya ni.


Lelaki berbadan sado tu menoleh ke arah Yana dengan mata yang mencerlung. Lekas dia bangun dan tanpa menunggu lagi, dia terus menyerang Yana secara membabi buta.


Setiap serangan dapat di tepis oleh Yana. Lagi laju di serang, lagi laju dia menepisnya. Ini perempuan bukan sebarang perempuan lah...


Lelaki berbadan sado melayangkan tendangan padunya di bahagian pinggang Yana di sebelah kanan tetapi Yana pantas mengelak dengan berpusing berlawanan arah sambil menghayunkan sikunya tepat di bahagian dada lelaki berbadan sado tu.


Hukkk Hukkk

Lelaki berbadan sado tu terbatuk kecil sambil memegang dadanya.


Tak cukup dengan tu, Yana hadiahkan pulak tendangan padu di bahagian perutnya pulak sehingga dia berundur berapa tapak ke belakang.


Imran yang berada di belakangnya, tak melepaskan peluang lalu dengan penuh semangatnya dia melayangkan tendangan padunya tepat di bahagian belakang lelaki berbadan sado tu. Membuatkan lelaki berbadan sado tu tersentak dan mara ke hadapan. Riak wajahnya menyingai menahan sakit.


ARGHHH!

Jerit Yana sambil berlari laju ke arah lelaki berbadan sado tu lalu dia terus melompat dan libasan di buat tepat di kepala lelaki berbadan sado tu.


ERGHHH!

Lelaki berbadan sado jatuh menyembah bumi dan mulai tidak sedarkan diri.


Yana mencunggap sebelum matanya mencerlung tajam ke arah Katy yang sudah gelisah di tempatnya.


Katy yang melihat akan renungan itu terus tergesa-gesa ke arah keretanya. Dia ingin melarikan diri sebelum menjadi mangsa keganasan perempuan di hadapannya ni.


Yana yang melihat terus berlari ke arah Katy lalu rambut Katy di tarik ke belakang supaya menjauhi keretanya tu. "Kau nak lari ke mana?" Tanyanya.


Katy mengaduh sakit. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. "Sakitlah..." adunya.


"Hey, setan. Aku tanya kau nak lari ke mana haa?" Jerkah Yana apabila tiada jawapan daripada Katy.


"Lepaslah..." rayunya.


Dada Yana berombak menahan amarah. Tak guna punya perempuan. Kau memang betul-betul nak kena dengan aku. Huh! Terus dia melepaskan pegangan di rambut Katy tu.


Katy menggosok kepalanya yang sakit. Matanya merenung tajam ke arah Yana. Sakit betul hatinya dengan perempuan di hadapannya ni. "Hey, betina. Kau jan..."


Belum sempat dia habiskan ayatnya, penumbuk sulung Yana sudah singgah di pipi kanannya.


Katy menjerit sakit sambil memegang pipinya.


Tak cukup dengan tu, Yana melayangkan tumbukan padunya tu di bahagian perut Katy tanpa belas kasihan.


Katy merengkut memegang perutnya yang sakit.


Yana cuba melayangkan tumbukan padunya lagi tapi pergelangan tangannya di tangkap oleh seseorang dari arah belakang.


Yana merengus kecil sebelum menoleh.


"Sayang, sudahlah tu. Lepaskan dia. Jom kita balik." Kata Imran tapi Yana menarik tangannya dengan kasar.


Imran terkejut. Perwatakkan isteri berubah seratus peratus.


"Yana takkan balik selagi betina ni tak kena." Terus dia melayangkan tumbukan padu di bahagian muka Katy sekali lagi.


Berpusing Katy dibuatnya. Cecair merah mengalir di celah bibirnya tu.


Yana cuba mendekat tapi pergerakkannya di kunci oleh encik suami yang sedang memeluk tubuhnya dari arah belakang.


"Jom balik." Ajak Imran tapi Yana masih berdegil. Dia meronta minta dilepaskan.


"Tak nak. Yana nak belasah betina ni cukup-cukup dulu." Dia meronta minta dilepaskan tapi Imran masih enggan melepaskannya. Yana geram. Dia cuba menendang2 Katy tapi tak sampailah pulak. Grrr...


Imran merengus kecil. Dia melepaskan pelukkan isterinya dan dia pantas bergerak ke hadapan, menghalang isterinya daripada berterusan menyerang Katy. Dia memandang raut wajah isterinya yang merah bagaikan udang kena salai tu.


"Apa???" Tanya Yana.


Imran mengelengkan kepala sebelum tubuh kecil si isteri di sauknya dan diletakkan di atas bahunya tu. Degil sangatkan. Orang ajak balik, tak nak. Kan dah kena...


"Abangggg..." jerit Yana, geram. Dia meronta minta dilepaskan.


"No!" Imran menonong menuju ke arah kereta meninggalkan Katy bersendirian di situ.


Yana merengus kecil sebelum menegakkan kepala menoleh ke arah Katy yang melihat dari kejauhan. "Aku takkan lepaskan kau, betina. Ingat tu!" Jeritnya.


Imran menurunkan si isteri apabila pintu kereta di buka. "Masuk." Arahnya, tegas.


Yana merengus kecil sebelum akur.


Imran menuju ke tempat driver. Dia melangkah masuk ke dalam perut keretanya tu. Enjin dihidupkan.


Cermin di sisi di buka, Yana mengeluarkan separuh badannya melalui cermin itu. "Kalau aku nampak kau lagi lepas ni, mati kau aku kejakan." Amaran keras diberikan sebelum dia masuk ke dalam kereta dan cermin kereta ditutup kembali.


Imran memecut pergi meninggalkan  kawasan itu.


Katy mengesat cecair yang mengalir di celah bibirnya tu dengan kasar. Senyuman sinis terukir di bibirnya. "Bodoh punya perempuan..." Dia terus melangkah masuk ke dalam keretanya sebelum beredar pergi meninggalkan dua orang lelaki berbadan sado yang masih terdampar di jalan tu.


"Tak ada. Aku tak tahu nak cari dekat mana lagi ni." Adu Lisa yang berdiri di samping motorsikalnya tu.


"Kau macam mana pulak, beb?" Tanya Nani kepada Lynn pulak.


Lynn hanya mampu mengelengkan kepala.


Nani mengeluh lemah. Raut wajah kawannya yang berada di skrin telefon di pandang satu persatu.


"I rasa dia orang sudah bawak Sofea jauh daripada sini." Kata Lashmi.


"I pun rasa macam itu juga." Sokong Ai Lin.


Nani mengeluh lemah. "Tak apalah. Apa-apa hal nanti kau orang roger aku. Sekarang ni aku nak call kak Yana pulak. Bye." Terus dimatikan video callnya tu. Nombor telefon kak Yana di dailnya.


Nada dering telefon bimbitnya berbunyi nyaring memecahkan suasana yang sunyi dan sepi tu. Yana merengus kecil sebelum mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam handbag. Nama 'Nani' tertera di skrin. Tak berlengah lagi, dia terus menekan butang hijau dan telefonnya segera ditekapkan di cuping telinga. "Hello!"


Nani meneguk air liur apabila mendengarkan nada suara bosnya yang macam tak ada mood tu.


"Hello! Ada apa call ni?" Tanya Yana, tegas.


Nak tak nak, Nani terus menceritakan segalanya.


"WHATTT???" jerit Yana.


Imran terkejut dan terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia menoleh ke arah isterinya tu. Raut wajah isterinya berubah mendadak. Dadanya berombak kencang seakan sedang menahan sesuatu.


"Berkumpul kat tempat biasa. Sekejap lagi akak sampai." Arahnya, tegas. Talian segera dimatikan dan telefonnya digengam kuat sebelum dihumbankan ke cermin kereta di bahagian hadapan. Berderai sudah telefonnya tu.


"Sayang, kenapa ni?" Tanyanya, ingin tahu.


"Sofea kena culik!" Jawabnya sambil mengepal penumbuknya tu.


Imran terkedu.


Yana terus keluar dari perut kereta dan menuju ke tempat pemandu. Pintu di bahagian pemandu di buka. "Abang duduk sana." Arahnya sambil menundingkan jari ke arah seat di sebelah pemandu.


Imran tak nak banyak soal lalu akur dengan arahan si isteri. Tali pinggang keledar di buka dan dia segera beralih kedudukan. Kini, si isteri telah pun mengambil alih tempatnya.


Tanpa banyak bicara, Yana terus memecut pergi. Dia ingin berjumpa dengan budak-budaknya tu. Kalau jumpa polis pun tak ada gunanya jugak. Waktu kehilangan masih belum 24jam lagi. Huh!


Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.