Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 34

"Abang dengan anak-anak tunggu dalam kereta aja tau. Jangan keluar walau apapun yang terjadi." Pesan Yana sambil memandang encik suami di sisi.


Raut wajah Imran kelihatan risau sekali. Takkan dia nak biarkan si isteri uruskan lelaki yang bernama Achong tu. Mana boleh? Macam mana kalau isterinya diapa-apakan nanti? Siapa nak tolong? Bertalu-talu soalan yang muncul dibenaknya ni.


"Abang jangan risau. Tahulah Yana jaga diri." katanya sambil memegang tangan encik suaminya tu.


Imran memandang si isteri. Mereka bertentangan mata buat seketika manakala Suhaila dan Haikal masih terpinga di belakang.


"Hati-hati, sayang." Pesan Imran.


Yana mengangguk sambil tersenyum. Dia sempat mengusap pipi encik suami sebelum dia melangkah keluar. 


"Mama nak pergi mana tu, pa?" Tanya Haikal, ingin tahu.


Suhaila memerhatikan langkah mamanya dan dari jauh lagi dia sudah nampak bayangan kawan mamanya tu. Siapa lagi kalau bukan kak Lisa, kak Ema dan kak Thia. Itu sahaja kawan mama yang dia cukup kenali.


Imran turut memerhatikan lagak si isteri yang sedang bertemu dengan budak-budaknya tu.


"Betul ke ni tempat dia?" Tanya Yana sekadar inginkan kepastian.


"Budak-budak dia yang bagitahu tadi. Katanya si apek tu duduk kat bilik nombor 105B kak." Beritahu Lisa dengan bersungguh-sungguh.


Yana mengangguk, tanda mengerti. "Jom." Ajaknya.


Mereka bergegas pergi. Tak sabar nak jumpa dengan si apek tua tu. Huh!


"Mama pergi mana tu, pa?" Ulang Haikal selepas melihat mamanya yang sudah pergi tu.


"Mama pergi jumpa kawan sekejap." Jawab Imran acuh tak acuh, sedangkan hatinya dilanda debaran yang maha hebat. Ya Allah, engkau permudahkan segala urusan isteriku tu. Aamiin, doanya.


TING!

Itu menandakan mereka sudah pun sampai di tingkat yang dimaksudkan. Pintu lif segera terbuka dan Yana bergegas keluar dengan diiringi Lisa, Ema dan Thia.


Nombor bilik 105B di carik.


"103B? 104B? 105B? Gotcha. Kita dah sampai kak." Kata Ema sambil berdiri di hadapan pintu bilik tu.


Yana menyuruh Ema menekan butang loceng yang berada di sisi pintu tersebut.


Tiada sahutan. Huh!


Loceng di tekan berkali-kali sehinggalah penghuni bilik itu membuka pintu.


Daun pintu dikuak dari arah dalam bilik.


Ema tersenyum senang.


"Lu mau aaa..." kata-katanya terus terhenti apabila melihat kemunculan Yana di situ. Gulp! Cepat-cepat dia ingin menutup pintu tetapi Yana lagi pantas menerkam. Tubuh badannya di tolak kasar sehingga berundur beberapa tapak ke belakang.


Lisa, Ema dan Thia bergegas masuk ke dalam bilik itu dan mereka segera menutup dan mengunci pintu tersebut.


"Hello, kawan." Sapa Achong sambil tersenyum.


Mata Yana mencerlung tajam.


Gulp! Air liur ditelan dengan rakus.


"Darling, I dah siap..." ujar seorang perempuan yang baru keluar dari bilik air dengan bahasa cinanya.


Yana menoleh. Begitu juga dengan budak-budaknya.


WOW!!!


"Seksinyaaa..." kata Thia sambil menekup mulutnya dengan mata yang terbeliak. Mana taknya, tiba-tiba ada amoi cantik keluar dari bilik air dengan hanya memakai gaun pendek atas lutut yang begitu jarang kainnya. Dari jauh kita dah boleh nampak segala lurah yang ada tau... Ops!


Achong sudah garu kepala yang tak gatal.


Yana menoleh ke arah Thia. Mereka bertatapan seketika, sebelum bahasa isyarat diberikan.


Thia menganggukan kepala, tanda mengerti. Dia segera berjalan menuju ke arah amoi cantik lagi seksi itu lalu tubuh kecil itu ditolak dan di dorong masuk ke dalam bilik air secara paksa. Kemudian, pintu bilik air segera ditutup dan dikunci. Fuh! Legaaa..., desisnya sambil bersandar di pintu bilik air.


Amoi cantik lagi seksi itu mengetuk pintu berkali-kali sambil menjerit dalam bahasa cinanya tapi tidak dihiraukan oleh Thia yang masih setia di hadapan pintu bilik air tu.


Yana kembali memandang Achong yang sudah tak tentu arah tu.


"Lu mau minum ka?" Tanya Achong sambil memandang ke arah meja makan yang berada berdekatan dengan mereka tu.


Dahi Yana berkerut seribu apabila melihat minuman yang tersedia ada di situ. Carlsberg Beer???


Gulp! Achong mati kutu. Takkan dia nak bagi Yana minum arak kut. Mahu mati ka? Haiyaaa...


"Lu sudah bikin apa?" Tanya Yana, tegas.


Dahi Achong berkerut seribu. "Apa yang waa sudah bikin?" Tanyanya, pelik.


Yana merengus kasar sebelum mendekati Achong yang sudah berundur dengan raut wajah cemasnya tu.


"Apa yang kau cuba buat dekat anak aku?" Jerkah Yana dengan mata yang terjegil.


"Lu cakap apa ni? Waa tak rak taa..."


Yana bengang. Terus dia hadiahkan tendangan padunya di bahagian perut Achong sebelum sempat Achong menghabiskan ayatnya.


Achong merengkut sambil memegang perutnya yang senak.


Yana mendekat. Kepala Achong di tempeleng sekuat hati sehingga Achong jatuh tersembam di atas katil. "Kau jangan nak main-main dengan aku, Achong. Siapa upah kau tuk culik anak aku, hah?" Marahnya.


Achong terdiam.


Itu membuatkan Yana semakin berang lalu leher baju Achong di tarik dengan kasar sebelum melayangkan penumbuk sulungnya tepat ke pipi kanan lelaki cina tu. Bukan sekali tetapi berkali-kali sehinggakan Lisa terpaksa masuk campur.


"Kakkk..." panggil Lisa sambil cuba menarik Yana daripada berterusan menyerang Achong.


Yana berdegil. "Lepaskan akak, Lisa." Suruhnya sambil meronta minta dilepaskan.


Ema dan Thia saling berpandangan.


"No! Bertenang kak. Kalau berterusan macam ni, satu apa pun kita tak dapat. Tahu-tahu jer si apek bodoh tu dah mati. So, please..." kata Lisa dengan penuh tegas.


Yana terkedu. Leher baju Achong segera dilepaskan. Memang betul dengan apa yang dikatakan. Kalau dia terus-terusan belasah Achong, memang dia takkan dapat apa-apa infomarsi pun. Tahu-tahu jer Achong dah mati kena belasah. Huh!


Achong menyingai kesakitan. Raut wajahnya yang bersih kini sudah bertukar, membiru akibat ditumbuk oleh Yana yang seperti kerasukkan sebentar tadi. Cecair merah mengalir di celah bibirnya tanpa henti. Puih! Dia meludah ke sisi. Air liur pun bertukar menjadi cecair merah yang pekat dan likat. Haish!


Yana merengus kecil. "Lepaskan akak, Lisa." Pintanya.


Lisa mengeleng kepala. Dia takkan lepaskan bosnya tu selagi bosnya tak bertenang.


Yana berdecit geram. "Lisa." Panggilnya, tegas.


Lisa pantas memandang bosnya tu. Gulp! Air liur ditelan.


"Lepas." Suruh Yana sambil menjegilkan matanya.


"Errr... Okay!" Terus dilepaskan bosnya tu.


Ema dan Thia sudah tersenyum-senyum, menahan tawa.


Setelah dilepaskan, Yana kembali mendekati Achong manakala Lisa masih setia dibelakangnya. "Siapa upah kau? Tiger?" Tanya Yana, ingin tahu. Matanya mencerlung tajam memandang Achong yang sudah nampak lemah tak berdaya tu.


Achong membekukan diri.


Yana bengang. Kesabarannya semakin berkurangan apabila dia dapat tahu yang Achong cuba menculik anak sulungnya tu. Tanpa berfikir panjang, tendangan padu dilepaskan di bahagian kepala lutut Achong sehingga menyebabkan Achong jatuh melutut di hadapannya. Tak cukup dengan itu, satu libasan di buat di bahagian kepala Achong pulak.


ARGHHH!

Achong tersembam di lantai.


Lisa tergamam. Tak sempat dia nak menghalanginya.


"Kau jangan ingat aku ni bodohlah, Achong. Kau suruh budak-budak kau follow aku. Lepas tu, kau suruh dia orang ambil gambar anak-anak aku dan disebabkan kau, anak aku kena culiklah, setan." Tengking Yana, geram.


Achong masih diam membisu. Itu menandakan dia mengiyakan semuanya.


"Sekarang ni aku cuma nak tahu satu benda aja, dekat mana Tiger bawak anak aku?" Soal Yana, penuh minat.


Achong tidak memberi respon langsung.


Yana merengus kasar lalu dia ingin melayangkan tendangan padunya itu di bahagian perut Achong pulak tetapi tindakannya itu terhenti apabila merasa terganggu dengan telefon yang berdering. Huh! Matanya meliar mencari telefon tersebut. Dia mulai mendekati katil lalu ditariknya selimut. Tiada apa-apa pun di situ. Bantal-bantal yang ada segera dihumbankan ke lantai. Senyuman sinis terukir dibibirnya apabila barang yang dicarinya telah dijumpai. Telefon bimbit berjenama Oppo itu terus diambil dan matanya terus tertumpu ke skrin telefon. Hmm... "Bini kau telefon ni. Nak aku jawabkan ke?" Tanyanya sambil menunjukkan skrin telefon di hadapan Achong.


Achong terkedu apabila melihat gambarnya bersama si isteri dan anaknya yang terpapar di skrin. "Jangan... Jangan..." rayunya, perlahan.


Yana tersenyum sinis sebelum menoleh ke arah Thia. "Buka pintu tu." Arahnya.


Thia mengangguk, tanda mengerti. Pintu bilik air segera dibuka.


Amoi cantik lagi seksi tu terus menonong keluar daripada bilik air.


Telefon yang masih berdering, segera diangkat oleh Yana dan butang pembesar suara ditekan.


"Oh my God. Darlinggg..." jerit amoi cantik lagi seksi tu. Dia berlari mendekati Achong yang sudah terbaring di atas lantai tu.


"Darling, you dengan siapa tu? Darling? How dare you?" Jerit si isteri dalam bahasa cinanya.


Achong mendengus kecil.


Talian segera dimatikan. Yana menyerahkan telefon bimbit Achong itu kepada Lisa. "Telefon Ai Lin cepat." Suruhnya.


Tak berlengah lagi, Lisa terus mengeluarkan telefonnya lalu nombor kawannya itu di dail dengan segera.


"Hello!" Tegur Ai Lin di hujung talian.


Yana pantas meminta telefon daripada Lisa.


Telefon beralih tangan.


"Hello! Ai Lin..." Yana terus ke tujuan sebenarnya. Tak ada nak konar-konar lagi. Dia meminta Ai Lin dan budak-budaknya yang lain pergi ke rumah Achong dan bertemu dengan isteri dan anaknya. Dia meminta Ai Lin berlakon seperti mengetahui kecurangan Achong dan akan menceritakan segala-galanya. Selepas itu, dia tahulah nak buat apa. Huh!


Talian dimatikan lalu Yana meminta Lisa menghantarkan nombor telefon isteri Achong tu kepada Ai Lin dengan segera.


Lisa akur dengan arahan tersebut.


Yana mendekati Achong.


"How dare you?" Marah amoi cantik lagi seksi tu.


Yana tersenyum sinis. "Kenapalah kau boleh suka dekat si apek bodoh ni? Kau tahu tak yang dia ni dah ada bini? Ada anak pulak tu."


"What?" Soalnya dengan raut wajah terkejut.


Yana tertawa halus. Dia mencangkung di sisi Achong. "Licik jugak kau ni, kan? Dah ada bini, dah ada anak tapi perangai macam setan." Jerkahnya.


Achong mendengus.


"Aku tanya sekali lagi ni, dekat mana Tiger bawak anak aku?" Soal Yana, tegas.


Achong tertawa halus. "Lu punya anak sudah mati." Jawabnya sambil meludah di hadapan Yana.


"Kalau anak aku mati, anak kau pun akan ikut sama. Kau tahu aku macam mana kan? Apa yang aku cakap, aku akan buat. Aku bukan macam kau. Pengecut. Huh!" Balas Yana.


Achong meneguk air liur. Raut wajah anaknya terbayang di ruangan mata.


"Apa semua ni?" Tanya amoi cantik lagi seksi tu.


Yana buat endah tak endah sahaja. Begitu jugak dengan Achong.


Ai Lin, Mona dan Nani di dalam perjalanan menuju ke rumah isterinya Achong.


"Pandai jugak you berlakon, kan?" Kata Mona sambil memandang skrin telefon yang memaparkan location yang diberikan oleh isteri Achong tadi.


"You baru tahu ke?" Tanya Ai Lin sambil tertawa kecil.


"Dah lama dah I tahunya." Jawab Mona turut tertawa sama.


"Tak guna punya Achong. Dia bersubahat dengan Tiger tuk kenakan kak Yana rupanya. Grrr..." Nani mendengus kasar.


"I rasa kak Yana dah balun Achong tu kaw-kaw ooo..." teka Ai Lin.


"Padan muka apek tua tu. Dengan kak Yana dia nak main-main, kan. Huh!" Omel Nani pulak.


"Kita dah nak dekat sampai. Depan tu nanti, you masuk kiri. Rumahnya berdekatan situ aja. Rumah taman kut. Senang jer nak carik..." ujar Mona begitu yakin.


Ai Lin dan Nani mengangguk, tanda mengerti.


"Lamanya, pa." Rungut Haikal.


Suhaila dah menjerling adiknya tu.


Imran mengeluh lemah. Ya Allah, lamanya... Semoga isteriku baik-baik sahaja di sana, doanya sekadar di dalam hati.


"Papa telefonlah mama tu. Tak payahlah lelama. Abang dah lapar ni." Omel Haikal lagi.


Suhaila berdecit.


Nak tak nak, Imran terpaksa akur. Dia pun turut risaukan keadaan isterinya tu. Nombor si isteri segera didail dan dilekapkan telefon tu di cuping telinganya.


Talian bersambung. Imran menunggu panggilannya berjawab dengan penuh sabar. Sayang, jawablah. Jangan buat abang risau..., desisnya lagi.


"Assalamualaikum, abang." Sapa Yana di hujung talian.


Imran menghembus nafas lega apabila mendengarkan suara isteri tercintanya tu. "Waalaikumusalam. Macam mana?" Tanyanya ingin tahu.


Yana merengus kecil. "Abang jangan risau tau. Yana okay jer dekat sini."


"Betul ni? Boleh percaya ke?" Tanya Imran masih was-was.


"Betul. Yana OK aja. Abang jangan risau. Hmm, abang pergilah balik dulu. Yana lama lagi dekat sini. Kesian pulak dekat anak-anak tu nanti. Mesti dia orang tengah lapar, kan?"


Berkerut dahi Imran mendengarnya. "No! Abang takkan balik." Bantahnya.


"Abangggg... Pleaseee... Balik dulu yea." Rayu Yana.


Imran mengeluh lemah.


"Abang janganlah risau. Yana bukan sorang-sorang dekat sini. Budak-budak Yana kan ada. Dia orang akan back up Yana nanti. Abang bawak anak balik rumah dulu yea."


"Tapi..."


"Abang please..."


Imran mengeluh lemah.


"Abanggg..." panggil Yana.


"Iyalah. Abang balik dulu tapi sayang kena janji dengan abang yang sayang akan hati-hati. Jaga diri baik-baik. Apa-apa hal, sayang terus call abang tau. Ingat tu." Pesan Imran, tegas.


Yana tersenyum nipis. "Abang pun hati-hati tau. Love you abang..."


"Iya, sayang. I love you so much..." ucap Imran sebelum memutuskan talian.


"Mama kata apa, pa?" Tanya Haikal.


"Mama minta kita balik dulu." Jawab Imran sambil memulakan pemanduannya. Hatinya masih risaukan si isteri dan anak bongsunya tu. Ya Allah...


Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.