Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 41

Yana, Rozy dan budak-budaknya sudah berkumpul di hadapan gedung manakala Tiger dan budak-budaknya sudah selamat mendapat habuan yang setimpal dengan perbuatan mereka. Huh! 


"Okay tak ni?" Tanya Yana, separuh risau. Dia menghampiri Mona yang dipimpin oleh Rozy dan Ema itu.


Mona mengangguk walaupun payah sekali.


"Tak guna punya Tiger." Yana merengus kasar.


"Don't worry, kak. Kena bahu jer. Tak teruk pun." Jawab Mona, perlahan.


"Tak teruk apa kalau dah berdarah macam ni. Haish! Balik ni terus pergi klinik Dee tu. Cakap akak yang suruh datang sana. Dia orang pun takkan banyak bunyi nanti." Yana dilanda kerisauan. "Yang lain macam mana? Ada okay tak?" Tanyanya sambil memandang seorang demi seorang yang berada di hadapannya ni. Sayu pulak hatinya apabila melihat raut wajah mereka yang lebam-lebam akibat dibelasah tu.


"Saaakiiiittttt ooooo..." adu Bad sambil menggosok perut dan pipinya.


Yana baru nak buka mulut tapi dah dipotong oleh Rozy.


"Eh, kau ni... Badan punyalah besar, takkan sakit kut?" Sindir Rozy.


"Badan aku bukan kebal, bos. Kalau kena tumbuk pun boleh sakit oooo..." jawab Bad, bersahaja.


"Aku ingatkan badan kau ni kalau kena tumbuk, melantun balik macam spring tu haa..." usik Rozy.


Mereka yang mendengar sudah menghamburkan tawanya. Begitu juga dengan Yana.


"Amboi, bos." Bad sudah mencekak pinggang.


Rozy tertawa kecil melihatnya.


"Hoi, beb. Gelak sakan kau yaa... Tak padan dengan sakit." Usik Lisa yang melihat Mona sedang gelak berdekah-dekah tu.


Semua mata dah tertumpu ke arah Mona.


"Yang sakit bahu aku bukannya mulut aku derrr... Hahaha!" Balas Mona sambil tertawa.


Lisa dan semuanya turut tertawa sama manakala Yana sudah mengeleng kepala. Macam-macam ragam mereka ni tau.


"Dah-dah. Jomlah kita balik." Ajak Yana.


Mereka akur dan terus beredar pergi meninggalkan kawasan gedung itu.


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Anaknya telah pun selamat berada di pangkuannya. Terima kasih, ya Allah... Engkau telah mempermudahkan urusan kami.


Di ruang tamu, Imran kelihatan agak gelisah sekali. Matanya asyik melirik ke arah jam yang tergantung di dinding. Tak senang duduknya ketika itu. Serba tak kena selagi bayangan isteri dan anaknya tidak ada di hadapan matanya ni.


Suhaila dan Haikal sudah masuk ke kamar, atas arahan papanya tu.


Dari duduk, dia bangun dan mulai berjalan mundar-mandir di hadapan TV. Sekejap-sekejap dia mengintai di tirai jendela. Sunyi. Tiada sesiapa di luar sana. Hmm...


Vroom Vroomm Vroommm


Bunyi motorsikal itu mengejutkan Imran. Itu membuatkannya mengintai sekali lagi di tirai jendela. Matanya terbeliak melihat kelibat di luar sana. Tanpa berlengah lagi, dia terus keluar mendapatkan insan tercinta yang baru pulang.


"Terima kasih. Hati-hati balik tu." Pesan Yana.


"Sama-sama. Okay, kak. Babaiii..." Terus dia memecut pergi meninggalkan kawasan halaman kediaman bosnya tu.


Yana menghembus nafas lega. Dia terus berpusing ke belakang sambil mendukung anaknya tu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gate terbuka dengan sendiri.


Yana tersenyum manis apabila melihat encik suami yang sedang berlari anak ke arahnya tu.


"Papaaa..." panggil Sofea.


"Anak papa dah balik. Alhamdulillah, syukur ya Allah." Terus Imran merangkul tubuh si isteri dan si anak.


"Auwww..." Yana terjerit kecil.


Imran terkejut lantas meleraikan pelukannya tu.


"Kenapa, sayang?" Tanya Imran risau, sambil menilik tubuh badan si isteri. Sayu hatinya apabila melihat kesan lebam yang berada di raut wajah si isteri tu. Hmm... Kesan lama tak hilang lagi dah ada kesan baru. Haish! "Sakit ke?" Kesan lebam yang berada di tepi bibir si isteri diusap penuh lembut.


Terhambur tawa Yana apabila melihat muka cuak encik suami tu. 


Dahi Imran berkerut.


"Angkatlah anak ni. Yana dah tak larat daa..." adu Yana.


Tak berlengah lagi, Imran terus mengambil anak bongsunya tu daripada dukungan si isteri. "Jom masuk dalam. Abang ada banyak benda nak tanya sayang ni." Katanya sambil beredar menuju ke rumah.


Sofea yang nampak keletihan tu sudah melentokkan kepalanya di bahu papanya yang sado tu.


Yana membuntuti langkah encik suami dari belakang.


"Bik ohh bik..." panggil Imran.


"Iya saya." Sahut bibik Riyanti sambil tergesa-gesa mendekati majikannya tu.


Imran terus menyerahkan Sofea ke pembantunya. Dia meminta pembantunya tu untuk membawa Sofea ke atas dan menguruskannya seperti biasa. Dia dan si isteri ada hal nak dibincangkan.


Riyanti menurut perintah lalu terus beredar pergi sambil mengendong Sofea.


Imran terus melabuhkan punggung di sofa, di sisi isteri tercinta. "Macam mana?" Tanyanya, sepatah. Raut wajah si isteri dipandang.


"Macam mana apa?" Soal Yana balik. Kepalanya sudah dilentokkan di bahu encik suami.


"Tiger dengan budak-budaknya macam mana? Sayang buat apa dengan mereka tu?" Tanya Imran, ingin tahu.


Yana hanya diam membisu. Lengan encik suami disauk lalu dipeluk dengan erat sekali.


"Sayanggg... abang tanya ni kan?" Imran mengelus jari-jemari si isteri.


Yana mengeluh, lemah sebelum membuat isyarat jari telunjuk diletakkan di bahagian kiri leher. Kemudiannya, diseret jarinya tu hingga berada di bahagian kanan lehernya tu.


Terbeliak mata Imran dibuatnya. Dia faham akan bahasa isyarat tu. Bermakna isterinya dah membunuh Tiger dan budak-budaknya? Hah? "Serius?" Soalnya, ingin tahu. Hatinya dilanda kerisauan.


Yana malas nak bersoal jawab lalu dia segera menceritakan apa yang terjadi kepada Tiger dan budak-budaknya tu.


Imran semakin gelisah di tempat duduknya. Macam mana kalau polis tahu? Isterinya akan ke dalam nanti gara-gara bahan bukti yang tak dihapuskan tu. Haish! "Jom!" Ajaknya sepatah sambil menarik lengan si isteri.


"Nak pergi mana?" Tanya Yana.


"Pergi kat gedung yang sayang cakap tu lah. Nak hapuskan bahan bukti tu. Abang tak nak sayang abang ni masuk lokap. Nanti abang kehilangan bantal peluk abang pulak. Hmm..." panjang lebar Imran bersuara.


Nak tak nak, Yana terpaksa akur dengan kekalutan encik suami tu.


Di tengah malam yang sunyi, sepasang suami isteri itu kembali ke gedung yang menjadi tempat pertarungan di antara 3 kumpulan tadi iaitu kumpulan Yana, kumpulan Rozy dan kumpulan Tiger.


Masa yang diambil untuk sampai ke gedung itu tidaklah terlalu lama kerana Imran memecutkan keretanya dengan kadar maksima. Drift oiii...


Akhirnya, mereka pun sampai.


Imran tergamam manakala Yana nampak bersahaja sekali.


Mereka keluar dari dalam perut kereta. Mata Imran meliar melihat sekelilingnya. Ada segelintir manusia yang bergelimpangan, tidak sedarkan diri. Mati atau hidup, itu dia tidak pasti.


Pergelangan si isteri segera ditarik menuju ke gedung. Pintu yang terbuka memudahkan mereka untuk masuk ke dalamnya. "Astaghfirullahalazim." Imran beristighfar apabila melihat seorang lelaki yang berlumuran darah sedang terbaring di tengah gedung tu.


Yana melihat sekelilingnya manakala Imran sudah mengeledah semua tempat untuk mencari bahan bukti seperti pisau yang digunakan si isteri untuk hapuskan Tiger tu.


"Mana kau pergi Katy?" Desis Yana apabila dia tidak nampak bayangan Katy di situ.


20 minit yang lalu...


Ketika mereka ingin melangkah pulang, mereka dikejutkan dengan kedatangan sebuah kereta di situ. Yana, Rozy dan budak-budaknya saling berpandangan.


Mereka menanti pemilik kereta itu muncul di hadapan mereka ni.


"Kakkk..." panggil Ai Lin yang baru keluar dari perut kereta tu.


Yana hanya memandang sahaja.


Ai Lin, Lashmi, Zack dan Joe sudah pun berada di hadapan mereka.


"Kau orang semua okay ke?" Tanya Lashmi pulak.


"Okaylah!" Jawab Mona.


"Ayoyo, Mona. Kenapa dengan tangan you ni?" Lashmi sudah menghampiri Mona yang tercedera tu.


Mona hanya mampu tersenyum.


"Ada apa?" Soal Yana tanpa basa-basi.


Tak berlengah lagi, Ai Lin terus menceritakan segalanya tanpa ada satu pun yang tercicir. Kadangkala, Lashmi menyampuk. Begitu juga dengan Zack dan Joe.


"Achong dengan budak-budak dia kena tangkap?" Yana terkejut. Begitu jugak dengan mereka semua.


"Yes! Mereka kena tangkap sebab cuba pecah masuk rumah akak. Husband akak yang call polis dan kami diminta berikan keterangan. Masa kat balai tadi, kami ada terdengar Achong cerita pasal Tiger dan gedung ni. Mungkin pasal penculikkan anak akak. Tu yang lepas beri keterangan, kami cepat-cepat datang ke sini." beritahu Ai Lin, dengan bersungguh-sungguh.


Yana mendengus kecil.


"Macam mana kak?" Tanya Lisa setelah sekian lama berdiam diri.


"Buang semua bukti yang ada. Cepat!" Arah Yana, tegas.


Tanpa banyak bunyi, Lisa dan semuanya kecuali Mona yang tercedera dan empat orang kawannya yang baru muncul tu, mereka bergegas mencari bahan bukti dan dikumpulkan di hadapan Yana dan Rozy.


"Pihak polis pasti akan geledah tempat ni dan Tiger and the geng pasti akan ditangkap kerana Achong sudah buka mulut pasal mereka ni." Kata Ai Lin lagi.


"Kena tangkap?" Tanya seseorang dari arah belakang Yana.


Yana, Rozy dan mereka semua terus menoleh ke arah empunya suara.


"Katy?" Nama itu terpacul keluar dari mulut Yana.


Katy yang sudah mengelabah terus melarikan diri. Dia tak nak kena tangkap polis. Ini semua salah abangnya, bukan salah dia pun. Huh!


Zack dan Joe pantas bertindak. Mereka mengejar Katy dan setelah berjaya, mereka membawa Katy ke arah Yana.


"Lepaskan akulah!" Suruh Katy sambil meronta minta dilepaskan.


Yana mendekat lalu dagu Katy dicengkam kuat.


Katy mengaduh, sakit. Menggigil tubuh badannya apabila melihat renungan tajam Yana tu. "Tolong lepaskan aku, Yana. Aku tak nak kena tangkap. Aku merayu dengan kau Yana. Lepaskan aku." Rayunya.


Yana tersenyum sinis.


"Aku merayu kat kau Yana. Lepaskanlah aku. Ni semua salah Tiger. Tolong aku Yana." Rayu Katy. Airmatanya sudah bergenang di tubir mata.


"Apa yang aku dapat kalau aku lepaskan kau?" Soal Yana.


"Aku takkan buka mulut pasal benda ni." Kata Katy bersungguh-sungguh.


Semakin kuat Yana mencengkam dagu Katy. "Kalau kau berani buka mulut, aku sendiri yang akan bunuh kau!"


Semakin menggigil Katy dibuatnya.


"Aku akan lepaskan kau tapi aku tak nak tengok kau ada dekat Malaysia lagi. Faham?" Tegas Yana.


Laju Katy mengangguk. "Aku janji dengan kau. Aku akan pergi daripada sini. Aku... aku... aku akan tinggalkan Malaysia malam ni jugak. Lepaskan aku Yana."


Yana menoleh ke arah Ai Lin dan Lashmi. "Akak nak kau orang berdua pastikan perempuan ni berambus dari Malaysia malam ni jugak. Kalau dia degil, kau orang kasi settle. Kasi mampus ni perempuan. Huh!" Terus dia tunjal dahi Katy.


Ai Lin dan Lashmi mengangguk, tanda mengerti.


"Aku akan lepaskan kau tapi jangan ingat kau akan terlepas macam tu jer. Malam ni jugak aku nak kau berambus. Kalau tak, kau dengan abang kau tu, sama-samalah meringkuk dalam penjara. Kau nak ke tidur dalam penjara?" Tanya Yana dengan mata yang sudah terjegil.


Katy rakus meneguk airliurnya. Memang taklah nak tidur dalam penjara, kan. Laju kepalanya digelengkan.


Yana tersenyum sinis. "Malam ni jugak aku nak kau berambus."


"Aku akan pergi malam ni jugak." Katanya sambil terangguk-angguk. Keputusannya muktamad. Malam ni jugak dia akan terbang jauh meninggalkan Malaysia.


Yana tersenyum sinis.


"Semua bahan bukti dah ada kak." Ujar Lisa yang baru muncul.


"Betul ni? Semua dah ada? Akak tak nak ada satu pun yang tercicir, ya." Tegas Yana.


"Kami dah geledah semua tempat, hanya ni sahaja yang ada." Jawab Lisa penuh yakin.


"Okay! Kalau macam tu, akak nak kau orang hapuskan bahan bukti ni. Campak la dekat dalam gaung ke perigi buta ke, pandai-pandai kau orang lah..." suruh Yana.


"Okay, kak. Don't worry, pasal ni akak jangan risau. Serahkan pada saya kak. Tahulah saya nak buang dekat mana." Ujar Lisa sambil tersenyum penuh makna.


Yana sekadar menganggukkan kepala. Dia percayakan budak-budaknya tu. Mereka takkan buat silap. Itu dia sangat pasti. "Tak ada apa lagi, kan? Jom balik." Ajaknya.


Mereka akur lalu beredar pergi.


Ai Lin, Lashmi, Zack dan Joe menghantar Katy pulang ke kediamannya. Mereka kena pastikan Katy berambus pada malam ni jugak. Kalau tidak, habislah...


"Sayang, carilah dekat sana. Cepatlah! Janganlah termenung lagi sayang oiii..." Imran kalut mencari bahan bukti.


Yana tertawa kecil melihat encik suami yang gelabah tak tentu hala tu.


Imran yang mendengar terus menoleh. "Sayanggg..."


"Jomlah balik, bang. Sayang penatlah." Adu Yana separuh merenggek.


"No! Carik dulu dan lepas tu baru boleh balik." Tegas Imran.


"Carik macam mana pun, takkan jumpa lah cik abang sayang oiii..." kata Yana dengan nada meleret.


"Abang yakin yang kita akan jumpa bahan bukti tu. Cepatlah carik, sayang." Gesa Imran.


Huh! Yana mengeluh lemah. Dia segera mendekati encik suami tercinta. Lengan encik suami disauk dan diheret keluar dari gedung tersebut.


"Sayanggg..." panggil Imran dengan dahi berkerut.


"Jomlah balik..." Yana dah start merenggek.


"Tapi bahan bukti tu?" Soal Imran


"Yana dah buang daa... So, abang janganlah risau sangat." Ujar Yana, bersahaja.


Dipicingkan matanya, menandang ke arah si isteri. "Kenapa tak bagitahu daripada tadi lagi?"


"Saja tak nak bagitahu." Jawab Yana, acuh tak acuh.


Imran geram lalu pipi si isteri dicubitnya.


"Auwww..." jerit Yana.


"Ops! Sorry, sayang. Abang tak sengaja. Sakit eh!" Terus Imran kalut duk usap pipi si isteri.


"Acah jer lah. Jom balik, bang. Yana dah penat ni." Ajak Yana sekali lagi.


Kali ni, Imran akur lalu mereka pun beredar meninggalkan kawasan halaman gedung tersebut.


Previous: Bab 40
Next: Bab 42

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.