Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 27

"Bos, tadi aku nampak Yana, Rozy dengan Achong. Dia orang duduk satu meja, bos. Aku rasa dia orang mesti ada plan sesuatu. Hmm..." adu Fadil yang baru muncul.


Tiger terkejut. "Bukan dia orang tu bermusuh ke? Kau salah tengok ni. Takkanlah dia orang duduk satu meja sekali, kan?" Curiganya.


"Aku tak rabun lagi, bos. Memang aku nampak dia orang tu. Bukan dia orang bertiga jer, budak-budak dia orang pun ada sekali. Aku rasa si Rozy dengan si Achong tu dah join kumpulan Yana lah, bos." Ujar Fadil dengan begitu bersungguh.


Muka Tiger makin tegang. Sukar untuk dia percayakan tu semua. Mustahil Yana bergabung dengan mereka yang bodoh tu. Huh!


"Aku pun rasa macam tu juga, bos. Si Rozy dengan si apek bodoh tu dah join kumpulan Yana. Mesti dia orang dah plan nak musnahkan kita. Macam mana ni bos? Tiga lawan satu ni bos..." Zen mulai gelisah di tempat duduknya.


Tiger merengus kasar.


"Hoi, Zen. Kalau dia orang bergabung sekali pun, dah kenapa? Takkan kau takut? Takat si Rozy dengan Achong tu, petik jari jer lah oii... Senang nak handle dia orang tu. Bukan kuat mana pun. Huh!" Bentak Taha yang nampak sangat tak berpuas hati dengan kawannya tu.


"Aku bukan takut dengan dia orang tu. Cuba kau fikir sikit. Dia orang bergabung dengan Yana. Kau tak rasa ke yang Yana akan nampak lagi hebat berbanding bos?" Balas Zen pulak. Dia membidas kata-kata Taha tu.


Taha terdiam.


"Aku peduli apa kalau dia orang bergabung sekali pun. Ini Tiger lah... Tak ada siapa yang berani lawan aku." Bentak Tiger dengan raut wajah tegangnya tu.


Semua terdiam. Tak seorang pun yang berani bersuara. Tiger kalau dah mengamuk, habislah... Huh!


Daun pintu di kuak dengan begitu perlahan supaya tidak menganggu encik suami yang sedang lena dibuai mimpi tu. Handbagnya segera diletakkan di atas meja solek. Tuala yang tersangkut di tempat penyidai segera di capai lalu dia bergegas menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.


15 minit kemudian, dia keluar dengan hanya melilit tuala di tubuh badannya sahaja, gara-gara dia terlupa nak ambil baju tidurnya tadi. Pintu almari segera di buka dan dia terus mencari baju tidurnya tu. Dalam dia leka mencari, tiba-tiba ada tangan yang menjalar di pinggangnya dan itu membuatkan dia terkejut lalu tanpa di duga, dia terus menghayunkan sikunya ke belakang dengan begitu kuat sekali.


"Auwwww..." jerit orang tu.


Yana pantas menoleh ke belakang dan sudah bersiap sedia untuk membelasah penyamun tarbus tu tapi...


Oh ho..!

Yana sudah tertelan air liur melihat gerangan yang mengaduh di hadapannya ni.


"Err... Errr... Ab... Abang?" Panggil Yana separuh gagap.


Imran yang sedang merengkut sambil memegang perut sudah menoleh ke arah isterinya dengan dahi yang berkerut seribu. "Sakitlah, sayang." Adunya.


Yana mengigit bibir. Rasa bersalahlah pulak... "Sorry. Yana tak sengaja. Ingatkan penyamun tadi. Bukan abang tengah tidur ke? Ish! Abang ni..." omelnya sambil mendekati encik suami. Perut encik suami yang masih sakit digosok-gosok dengan perlahan.


"Penyamunlah sangat. Sayang ni, sakit perut abang tau. Tajam betul siku sayang tu, kan? Huh!" Rengus Imran.


"Alaa... Sorrylah, bang. Yana betul-betul tak sengaja. Ingatkan ada penyamun miang tadi. Err..." jawab Yana bersahaja. Itu membuatkan mata Imran terbeliak memandangnya.


"Apa sayang cakap? Penyamun miang? Hmm..." Imran memicingkan matanya.


Yana buat tak nampak sahaja. Dia kembali ke arah almari yang masih terbuka pintunya. Baju tidur di cari tapi malang baginya apabila tubuh kecilnya telah dicempung oleh encik suami. "Abang ni dah kenapa? Turunkanlah Yana, bang oii..." pintanya tapi giliran encik suami pulak yang buat endah tak endah sahaja.


"Ni penyamun miang dah datang. Siaplah sayang. Memang abang takkan bagi can sayang lari malam ni tau..." Imran terus membaringkan isteri tercinta di atas katil. Belum sempat Yana nak melarikan diri, pergerakkannya sudah dikunci oleh encik suami. Imran tersenyum sumbing sambil mengangkat kedua belah keningnya.


Aduh!

Memang betul penyamun miang ni...


"Aba..." Mulutnya turut di kunci sama. Amboi, encik suami aku ni... Pantas betul buat kerja, kan? Nak di tolak, takut dosa pulak. Akhirnya, dia redha sajalah...


Tukkk Tukkk

Tukkk Tukkk


"Mamaaa... Papaaa..." teriak Suhaila sambil mengetuk pintu bilik orang tuanya tu.


Yana mengeliat kecil di atas katil. Matanya masih mengantuk lagi. Ni semua gara-gara kenakalan encik suaminya malam tadi. Huh! Orang dah cakap jangan, dia nak jugak kan. Tengok sekarang ni, tak pasal-pasal mengantuk lagi. Ish! Mata masih mengantuk jadi Yana berniat ingin menyambung tidurnya. Mata terpejam kembali.


Tukkk Tukkk

Tukkk Tukkk


"Mamaaa... Cepatlah. Dah pukul berapa ni? Mamaaa..." teriak Suhaila lagi.


Bunyi ketukkan pintu diselangi teriakkan anak sulungnya tu membuatkan Yana merengus kecil. Disebabkan tidurnya yang terganggu, kepalanya mulalah nak sakit. Nyut-nyut rasanya. Huh!


"Mama, cepatlah. Dah pukul berapa ni? Nanti lambatlah nak pergi sekolah." Omel Suhaila yang masih setia di luar.


Sekolah???

Terus terbeliak biji mata Yana mendengarnya. Tangannya ligat meraba disekeliling mencari telefon bimbitnya sehingga menganggu lena encik suami.


Puas meraba dan dia tetap tak jumpa telefonnya tu tapi dia terperasankan telefon encik suami lalu diambilnya tanpa banyak bunyi. Jam di skrin di tenung bagai tak mahu. "What???" Jerit Yana, terkejut.


Imran kaget. Terus mendadak dia bangun daripada pembaringannya tu. "Sayang, kenapa ni?" Tegurnya sambil menarik kepala si isteri lalu diciumnya ubun-ubun si isteri dengan penuh kasih sayang.


"Dah lambat ni, bang." Terus dia tolak encik suami yang masih nak menempel dengannya tu. Tergesa-gesa dia turun dari katil dan menonong masuk bilik air.


Imran yang melihat sudah mengelengkan kepala sambil tersenyum sumbing.


Tak lama kemudian, Yana keluar dari bilik air dengan raut wajah yang segar. T-shirt dan tracksuit disarungnya dengan kadar segera. Rambutnya terus diikat ekor kuda sebelum mencapai handbagnya.


"Sayang..." panggil Imran, perlahan.


Yana menoleh dan langkahnya terhenti di hadapan pintu. "Apa?" Tanyanya, sepatah.


"Malam tadi sayang aummm sangatlah..." kata Imran sambil mengenyit mata. Saja nak menyakat si isteri.


Yana merengus kecil sebelum menayangkan buku limanya tu. "Nampak ni? Tumbuk kang baru tau..."


Meletus tawa Imran melihatnya. Takat penumbuk kecil isterinya tu, tak adalah sakit mana kalau kena pun, kan?


"Mamaaa, Papaaa... Cepatlah!" Jerit Suhaila yang masih setia di luar pintu.


"Iya sayang. Mama nak keluarlah ni." Sahut Yana sebelum menoleh ke arah encik suaminya. "Abang pergi mandi cepat. Nanti lambat sampai office. Hari ni abang sarapan dekat office jer lah yea. Yana tak sempat nak masak sarapan pagi ni."


"Abang dah sarapan malam tadi, kan? Tu pun dah cukup sayang. Aummm..." usik Imran sambil membuat aksi cakaran harimau gitu.


Terjegil mata Yana melihatnya.


Terhambur lagi tawa encik suaminya tu. Ish! Gatal...


"Malas nak layan abang. Dahlah. Yana pergi dulu. Assalamualaikum." Tombol pintu segera di pulas dan daun pintu di kuak dengan perlahan.


"Waalaikumusalam." Jawab Imran perlahan sebelum menyambung lenanya yang terganggu tadi.


Yana melihat muka anak sulungnya sudah cemberut. Aduh! "Sorry, sayang. Adik-adik mana?"


"Abang dengan adik tengah tunggu dekat bawah. Cepatlah, maa..." Terus Suhaila menarik lengan mamanya tu.


Yana menurut tanpa banyak bunyi. Dia tahu anak-anaknya sudah terlambat. Ini semua salah encik suaminya tu. Eeeiiii, geram betullah!


"Mama, cepatlah." Suruh Sofea pulak.


"Iya sayang. Mama datang ni..." Kunci kereta di ambil dan seliper biasa segera disarung. Itu paling cepat baginya. Setelah kunci kereta di buka, anak-anaknya bergegas masuk ke dalam perut kereta tanpa di suruh lagi.


"Cepat, maa..." gesa Sofea lagi.


Tak berlengah lagi, Yana segera masuk di bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan tanpa menunggu enjin panas, dia terus memecut pergi meninggalkan kawasan halaman kediamannya tu.


Alamak?

Banyak keretalah pulak. Haish!


"Maa, cepatlah. Dah lambat ni..." rungut Suhaila yang duduk di seat belakang manakala Haikal dan Sofea hanya mendengar sahaja.


"Sabarlah kakak. Kereta tengah banyak ni, kan?" Kata Yana masih tekun dengan pemanduannya yang berhemah tu.


"Alaa, mama potonglah kereta tu. Cepatlah, maa." Gesa Suhaila.


"Iyalah-iyalah. Duduk dediam dekat belakang tu." suruh Yana sebelum matanya melirik ke arah cermin sisi dan cermin pandang belakang untuk memastikan tiada kenderaan yang terlalu berhampiran dengannya. Setelah dia yakin tiada kenderaan lain, terus tangannya laju memutar stereng dan keretanya bergerak ke kanan dan pecutan segera dilakukan. Vroommmmmm... Habis semua kereta dipotongnya. Nak cepat sangat, kan. 


Suhaila dan Sofea tak berkutik langsung di tempatnya manakala Haikal sudah bersorak-sorak di belakang. Suka betul dia, kan. "Dahsyatlah. Drift lagi maa..." suruh Haikal yang begitu teruja dengan aksi mamanya tu.


Suhaila merengus kecil. "Hoi! Duduk dediam boleh tak bang?" Marahnya.


Haikal menoleh sekali imbas. Kakaknya sudah menjegilkan mata. Errr... Terus dia duduk diam tanpa berkutik sekali pun.


Yana melirik ke arah cermin pandang belakang. Aik? Takkan takut sayang oiii... Tadi beriya suruh mama potong kereta tu kan. Ish! Budak bertuah ni...


Akhirnya, mereka tiba juga di hadapan gate sekolah. Suhaila dan Haikal cepat-cepat bersalaman dengan mama mereka tu sebelum berlari anak menuju ke arah gate yang masih terbuka tu. Fuh! Nasib baik gate masih terbuka lagi. Kalau tak, haru-birulah...


Kemudian, Yana kembali memandu ke arah sekolah tadika anak bongsunya ni.


"Aku nak kau ikut dia. Jangan sampai kau terlepas. Kalau tak, kau yang mampus nanti. Huh!" Ugut Tiger sebelum mematikan talian. Telefonnya disimpan ke dalam poket seluar jeans sebelum punggungnya dilabuhkan kembali di kerusi. "Main semulalah..." Daun terop dikumpulkan semula dan mereka bermain blackjack sekali lagi. Taruhannya adalah duit. Itu bererti mereka sedang asyik berjudi. Huh!


"Apa plan kau lepas ni, bos?" Tanya Taha, ingin tahu.


Tiger tersenyum sinis. "Aku akan pastikan Yana merana tak lama lagi..."


Taha turut tersenyum sinis. Begitu juga dengan Malik, Fadil, Jeff dan Zen. Mereka tak tahu apa rancangannya tu  tapi mereka yakin sekali yang Yana akan kecundang jugak nanti. HAHAHA...


"Sayang belajar rajin-rajin tau. Dengar cakap cikgu tu. Jangan nakal-nakal. Mama sayang anak mama ni. Mmuahhh..." pesan Yana sambil mengucup pipi gebu anak bongsunya tu.


"Okay, mama. Adik pun tayang kat mama juga. Mmuahhh..." Pipi mamanya dicium kembali.


Yana tersenyum senang sebelum melepaskan anak kesayangannya tu. Bayangan anaknya diperhatikan sebelum hilang disebalik pintu kelasnya tu. Setelah dia yakin yang anaknya selamat di sekolah tu, dia pun terus memandu pulang ke kediamannya. 


Previous: Bab 26
Next: Bab 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.