Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKN2: Aku Keliru!
Bab 27: Starbucks

Aku mengalihkan pandanganku ke arah lelaki itu semula. Zaniel hanya memandang aku sejenak sebelum menyambung apa yang dia lakukan tadi, membaca isi kandungan telefon pintarnya. Sementara itu tangan kirinya pula diangkat ke udara dan dengan pantas seorang barista muncul.

“Yes? Anything, sir?” tanya seorang gadis India yang pastinya belajar di kolej berdekatan dan melakukan kerja ini untuk membiayai pelajarannya. Perkara biasa.

Zaniel memandang aku.

“Minum?” tanya lelaki itu.

“Hazelnut hot chocolate,” pintaku. Mana perginya impian memesan caramel macchiato panas? Aku tahu dalam keadaan yang canggung ini, memesan minuman yang susah ingin disebut hanya akan membuat aku tergaguk-gaguk dan memburukkan imej aku sebagai novelis di depan lelaki ini. Aku tidak tahu kenapa, tetapi aku baru sedar aku ada kompleks rendah diri di depan lelaki sebegini.

“For here or take away?” tanya barista itu dengan pantas.

Heftefrrer....way,” apa yang aku cakap ni?
“Sorry?”

“For here,” aku senyum, berpura-pura seperti aku tidak muntah perkataan yang entah apa-apa tadi.

“Short, tall, grande, venti?”

Mulut aku terkumat-kamit tidak tahu apa hendak ku jawab. Ini masalahnya dengan rangkaian coffeehouse sebegini. Bukannya aku tidak pernah datang ke mari. Tapi jika anda bukan seorang yang obses dengan kopi, anda pasti akan menghadapi masalah yang sama seperti aku sekarang. Memesan minuman di sini dengan lancar memerlukan latihan yang jitu. Aku sudah setahun lebih tidak ke mari. Malah, aku cuma mahu minum air. Mengapakah itu satu isu yang perlu aku fikirkan dengan panjang lebar?

“Just make her order but with my usuals,” ujar Zaniel, tersenyum pada gadis India itu.

Gadis itu mengangguk dan terus beredar.

“Terima kasih,” ucapku.

Zaniel sekadar mengangguk.

Kami sama-sama diam.

Aku bukanlah wanita yang banyak celoteh, tetapi sekurang-kurangnya biasanya aku boleh mencari topik untuk diperbualkan. Namun begitu, aku tidak tahu apa yang patut aku perbualkan dengan lelaki ini. Dia sendiri bagaikan tidak tahu di mana hendak memulakan cerita. Ini sepatutnya tanggungjawab Chaq. Dia yang mahu membantu Zaniel sedangkan lelaki itu berat hati. Dia yang merayu aku masuk campur sedangkan aku tidak mahu. Kini dia meninggalkan kami berdua di sini.

Aku dan Zaniel. Dua manusia dari dunia yang pastinya berbeza. Seorang wanita yang tergagap-gagap hendak memesan minuman di Starbucks, seorang lagi lelaki yang bukan sahaja biasa minum di sini, tetapi boleh menggunakan perkataan ‘my usuals’.Bukan ‘usual’ tapi ‘usuals’. Berapa banyakkah kekerapan itu sampaikan ada jamak dalam perkataan ‘usual’?

“Tahu tak, kenapa venti dipanggil venti?” tanya Zaniel.

“Ha?” aku tidak beri perhatian tadi.

“Saiz cawan Starbucks. Tahu tak kenapa lepas tall dan grande yang bermaksud besar, mereka gunakan istilah venti dan bukan maggiore atau piu grande yang bermaksud lebih besar atau paling besar?”

Aku mengangkat bahu.

“Kenapa?” tanyaku, bila memikirkan angkat bahu itu bukan cara berkomunikasi dengan baik.

Venti dalam bahasa Itali bermaksud 20. Cawan venti diguna untuk isian minuman sebanyak 20 auns, which is... what? 590? 600 mililitres? Venti adalah mereka punya trademark name untuk cawan 20 auns. Kedai lain tak guna nama tu. They also have trenta untuk cawan 30 auns, khas untuk iced lemon teadan iced coffee, tapi saya tak rasa orang Malaysia sanggup minum kopi sebanyak tu. But that’s how a good business works and kenapa saya minum di sini,” jelas Zaniel, menghirup minumannya.

Sekali lagi, seperti dia memahami apa yang aku sedang fikirkan.

Aku cuma menganggukkan kepala tanda faham.

“Apa yang saya maksudkan ialah, apa saja yang awak fikir dalam kepala otak awak tu awak boleh buang. Saya bukan lelaki kaya yang tipikal macam dalam novel,” ujarnya. Dia meletakkan telefonnya ke atas meja dan terus duduk selesa sambil berpeluk tubuh memandang aku.

Bukan tipikal? Dia baru saja menerangkan aku tentang konsep cawan Starbucks. Tiada orang marhaen yang akan menjadikan itu topik perbualan!

“Saya dah baca semua novel awak dan sebab tu saya setuju untuk datang ke sini dan jumpa awak,” ujar Zaniel.

Ketika kami berada dalam kereta tadi, Chaq ada menggambarkan sedikit sebanyak tentang personaliti Zaniel. Chaq menjelaskan bahawa sekalipun lelaki ini mewarisi syarikat bapanya, dia bukan tipa lelaki kaya yang mewarisi sesuatu secara membabi buta. Zaniel seorang yang gila kerja dan sentiasa teliti dan bersedia dengan apa yang dia perlu lakukan. Mungkin itu termasuk aku. Dia membuat persediaan untuk bertemu aku.

Oh, aku rasa macam VIP!

Tapi dalam masa yang sama aku juga rasa seolah-olah aku berada dalam temuduga kerja.

“Jadi? Apa yang awak faham daripada membaca novel saya?” aku bertanya.

Aku terasa seperti deja vu. Suatu masa dahulu aku bertemu Roul dengan cara yang sama. Cuma beza Roul dengan Zaniel ialah Roul telah pun membuat kesimpulan ketika dia bertemu aku. Dia tidak membaca novel aku untuk menganalisa sifatku dan mengenaliku. Dia ingin mengenaliku selepas membaca novelku. Berbeza dengan lelaki di depanku ini, yang cuba memahami aku melalui tulisanku. Kerana itu aku bertanya.

Dia tersenyum. Perlahan-lahan, bagaikan ada butang gerak perlahan yang menggerakkan bibirnya untuk senyum.

“I didn’t realise this is a book club di mana semua orang perlu cari makna di sebalik apa yang penulis katakan,” ujarnya, tangan kanannya menguis-nguis cawan kopinya.

“Ya, ini bukan book club. Tapi saya tak nak awak anggap saya satu hiburan yang amusing untuk awak permainkan,” ujarku.

“Apa maksud awak?” tanya Zaniel, dahi itu berombak lagi.

“Saya dah jumpa ramai orang yang menganggap kerjaya saya ni satu jenaka. A kind of joke. Saya bukan engineer yang menggerakkan semua jentera, saya bukan arkitek yang bina bangunan, bukan doktor yang rawat pesakit. Malah saya bukan penulis buku akademik yang lebih diambil serius. Orang anggap kerjaya novelis ni satu kerjaya mudah, kerjaya orang berangan, kerjaya orang yang suka berfantasi. Picisan. I’ve met a lot of people. Antediluvian people who think that semua novelis ni budak tak habis belajar yang cuma tahu menulis tentang perempuan miskin yang berkahwin dengan lelaki kaya, dan menggelar kami idealists and dreamers, and they bask with the idea that novelis melayu ni bodoh. Malah yang paling menyedihkan, ada juga novelis yang bersetuju dengan notion ni.”

Aku tenung matanya. Dia melakukan hal yang sama. Tiada reaksi di wajahnya. Melihatkan dia tidak punya jawapan, aku menyambung.

“Saya suka lihat penulis, terutama diri saya sendiri sebagai seorang observer. Seorang pengkritik yang lebih sopan berbanding pengkritik sebenar. Saya berkias dan bukan menghentam. Saya tidak tahu semua perkara dalam dunia, tapi saya tahu rutin, sifat, apa yang orang fikirkan, macam yang sedang awak buat sekarang, assessing whether I am talking crap or saying something worth listening.”

Senyumannya makin lebar.

“Jadi awak datang sini untuk selesaikan masalah saya?” tanya Zaniel.

Perbualan terhenti seketika apabila gelas berisi air coklat panas yang aku minta tadi sampai. Barista tadi meminta diri.

Aku menggeleng.

“Saya datang sini sebab awak sesuatu yang baru. Saya rasa awak pun datang ke sini jumpa saya sebab awak lebih berminat untuk tambah kenalan, terutamanya sebab saya yakin sekali yang awak tak pernah kenal dan berkawan dengan seorang novelis. Itu lebih kuat untuk menarik awak ke sini berbanding nak dengar apa yang saya nak cakap,” ujar aku.

“Awak salah,” balas Zaniel, ada nada berminat dalam suaranya. Kemudian dia menyambung,

“Saya memang berminat. Saya dah kata, saya dah baca novel awak. Saya sedar awak tak pernah menulis tentang lelaki macam saya. Saya anggapkan yang awak mungkin ada pandangan serong dengan golongan macam saya atau awak cuba lari dari norma. If it's the first, saya nak betulkan pandangan awak. If it's the second, saya rasa awak orang yang paling tepat untuk dengar isu saya ni,” dia berdehem. Aku ingin mengatakan sesuatu tetapi dia menghalang dengan isyarat tangannya.

“Saya lelaki biasa, Safi, can I call you that? Saya dengar Icha panggil awak Safi tadi.”

Aku mengangguk.

“Saya lelaki biasa, Safi. Saya tak ada beza dengan posmen yang hantar surat atau pegawai bank yang uruskan akaun awak. Tapi saya ada kulit luar yang saya tak boleh buang. I have wealth.”

Agak berlagak bunyinya, tapi sedikit aneh, jadi aku biarkan sahaja tanpa cuba sarkastik.

Dia menyambung lagi.

“Saya boleh buat semua benda. Saya cepat tangkap apa yang orang ajar dan saya boleh buat keputusan dengan cepat. Saya boleh close a deal di Pahang pada waktu pagi dan attend meeting di Kota Kinabalu pada waktu petang. Saya boleh buat semua tu.”

Masih berlagak. Aku cuba bertahan lagi.

“Saya ada semua yang saya nak. Win any sport, get any car, buy any house...”

Kalau dia tidak berhenti berlagak lagi, aku akan pergi. Lagipun aku tidak sehaus mana untuk minum air ni.

“...tapi saya masih tak berjaya dalam kehidupan peribadi saya.”

Nah, itu baru betul. Giliran aku pula untuk bersandar.

“Jangan salah faham. I can get any woman I want. Model, pelakon, cikgu sekolah, arkitek, eksekutif, siapa saja...”

Berlagak semula.

“...tapi saya tak boleh dapat perempuan yang saya perlukan.”

Dia memandang aku.

“Awak pun tahu bezanya,” katanya.

“Beza apa?”

“Sesuatu yang awak perlukan berbanding sesuatu yang awak inginkan,” ujarnya.

Apa yang Zaniel maksudkan ialah, dia boleh dapatkan mana-mana wanita yang dia mahu, tetapi dia sentiasa kehilangan wanita yang dia ingini. Terlalu mudah kalau dia mencari seseorang untuk menemaninya hanya untuk semalam atau yang ingin mengahwininya kerana hartanya. Namun begitu, setiap kali dia bertemu seseorang yang dia ingini, hubungan itu tidak menjadi. Ada benar apa yang dia katakan. Dia juga seperti lelaki biasa yang hanya ingin bersama seseorang yang mencintai dirinya yang sebenar dan bukan siapa dirinya yang ditunjukkan di depan mata kasar.

Mencintai. Yergh. Perkataan yang masih menggelikan.

“Hal ni bukan benda yang saya nak bincangkan terutamanya dengan orang yang saya baru kenal. Tapi Icha kata ini boleh jadi satu cabaran dan perkara baru. Dia kata dari dulu lagi awak suka selesaikan masalah orang.”

Ya, masalah semua orang kecuali diri sendiri, getusku. Wajah Roul menjelma lagi.

You see,saya suka challenges,” sambung lelaki itu.

Zaniel merenung aku dengan lebih lama. Aku sedar hal itu, tetapi aku buat tidak tahu. Yang aku pasti, renungannya bukan renungan lelaki yang terpesona dengan perempuan cantik.

Aku masih sedar diri. Hahaha.

“Saya rasa kita berdua tak banyak beza, Safi. Saya rasa awak mungkin boleh bantu saya,” ujar Zaniel tiba-tiba. Ini berbeza dengan gayanya yang tampak skeptikal tadi.

“Kalau saya tak dapat membantu?”

Dia senyum lagi sambil mengacau-ngacau airnya yang jelas sekali sudah tinggal sedikit berdasarkan bunyi dentingan sudu di cawannya.

“Kalau awak tak dapat membantu, anggap saja semua ni sebagai kitaran hidup. Saya anggap awak seseorang yang saya pernah jumpa dalam kitaran hidup saya dan saya ni lelaki kacak yang kaya pertama yang belanja awak minum di Starbucks,” ujar lelaki itu. Tersengih.

Aku tersenyum.

Aku suka cara dia berfikir. Bukan sebab dia kata dia kacak atau sebab dia belanja aku minum (yay, tak payah bayar!), tapi kerana dia tahu realiti di sebalik pertemuan ini. Dia tidak mengharapkan apa-apa tetapi dia tidak skeptikal dengan semua ini. Seperti aku, dia menganggap ini satu pengalaman yang mengajar.

Sejenak aku merasakan yang aku sukakan lelaki ini.

“Kalau macam tu, bila awak ada masa?” aku bertanya.

Zaniel tidak bertanya kenapa seperti yang orang lain akan lakukan. Dia hanya mengambil telefon pintarnya yang diletakkan di atas meja dan memeriksa sesuatu. Pasti memeriksa jadualnya.

“Sabtu,” ujar Zaniel.

“Sabtu ni?” tanyaku.

Dia mengambil masa yang lama sebelum mengangguk.

“Saya ada golf. But who cares,”dia sengih sambil membuat isyarat dengan tangannya seperti yang dilakukan orang bila mereka tidak peduli.

“Okay. Sabtu. Saya nak awak bawa saya ke tempat yang biasa awak akan bawa teman wanita awak pergi,” ujarku.

“Kenapa?” kali ini dia terpaksa bertanya.

“Ikut sajalah. Tapi jangan banyak sangat fikir. Just bawak saja ke tempat yang biasa awak pergi dan biasa awak bawa teman wanita awak. Saya tak nak awak fikir banyak sangat dan cuba ke tempat yang awak tak pernah pergi. That way it won’t work,” ujarku.

Dia menganggukkan kepala.

“Dan hantar saya balik. Sekarang,” ujarku dengan selamba. Selepas seketika bersama Zaniel, aku sudah mula selesa untuk buat perangai sebenar.

Dia ketawa.

Kalaulah aku sedar pertemuan itu yang memulakan semua masalah hidup aku selepas itu...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.