Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 33

“Nak apa ni?” soal Khalida. Tengok dari sikap dia merenung aku pun, sudah rasa semacam saja. Ooo, sebab aku tak boleh jalan, jadi kau boleh buat macam-macam kat aku. Jangan harap.

“Lida fikir apa ni, ingat abang nie teruk sangat ke?” balas Ilham. Ingat aku jenis suka ambil kesempatan ke?

“Abang jangan cari pasal dengan Lida?” balas Khalida sambil menjeling tajam ke arah suaminya.

“Memang iman abang tak kuat sekarang tetapi cakap terus terang lah, tak sampai hati nak buat benda tu kat Lida,” jawab Ilham sambil tersenggih.

Khalida terdiam. Khalida menyesalkah berkahwin semula dengan Ilham? Tinggalkan Rifky dan Datuk Is kerana Ilham? Berbaloi ke semua itu Khalida?

Hmm, masa dia separuh sedar, dia mendengar Ilham menangis di tepi telinganya. Waktu itu hatinya terharu, tak sangka ada seorang lelaki yang sanggup korbankan air matanya untuk dia yang terlantar kesakitan. Malah dia tahu, dalam badannya sekarang sebahagiannya darah yang mengalir di tubuhnya ini adalah kepunyaan Ilham. Ilham yang mendengarkan darah kepadanya sehingga Ilham pengsan keletihan kerana terlalu banyak darah yang diberikan kepada Khalida?

“Kenapa kahwin dengan saya? Encik Ilham sendiri tahukan, peluang untuk saya sembuh ada lah tipis? Saya tak boleh nak layan Encik Ilham seperti isteri yang lain? “ duga Khalida. Mungkin kah dia rasa simpati dan kasihan kepada aku? Aku sendiri tidak tahu masa depan aku bagaimana nanti? Dan bagaimana dengan dia? Sanggup kah dia menjaga aku sampai ke akhir hayat aku?

Ilham Hakimi tidak menjawabnya.

“Lepas mak dan nenek saya balik, Encik Ilham hantar lah saya ke rumah sewa saya yer..,” sambung Khalida lagi, aku tahu kedudukan aku di mana. Dan rasanya tidak sampai hati pula nak biarkan dia hidup susah dengan aku.

“Abang tanya Lida, Lida fikir apa sebenarnya? Mungkin Lida fikir abang kahwin dengan Lida sebab abang simpati dan kasihan kat Lida atau pun kerana rasa bersalah abang kepada Lida lalu abang kahwin dengan Lida, gitu?” soal Ilham sambil menghampiri Khalida. Dia duduk di sebelah Khalida lalu memegang kedua belah tangan Khalida.

“Ha la, Encik Ilham kat tak suka dekat saya dulu?” balas Khalida. Ilham mencubit pipi Khalida yang gebu itu.

“Abang tak suka Lida berencik dengan abang, Lida dah lupa ke?” kata Ilham.

“Ikut suka hati saya lah nak panggil apa pun,”

“Dan ikut suka hati abang lah nak buat apa pun kat Lida!”

“Jadi kahwin dengan saya untuk apa?”

“Suka-suka, satu sebab Lida bekas janda abang. Kedua, cantik pula tu, ke tiga, dah tak boleh jalan, jadi senang sikit nak kawal,” jawab Ilham. Khalida menumbuk bahu Ilham dengan kuat.

Argg, nak cepat-cepat boleh jalan. Aku nak hidup macam dulu. Hendak pergi kerja, hendak kejar cita-cita dan banyak lagi. Aku tak mahu hidup begini? Hidup menyusahkan orang lain.

“Mari abang peluk Lida, separuh kesempurnaan abang jadi kepunyaan Lida,” kata Ilham yang mengerti perasaan Khalida yang baru termenung sekejap tadi. Dirangkulnya Khalida dan dibiarkan Khalida tenang di dalam pelukannya.

“Lepas. Lida bilang dekat satu saja!” kata Khalida tidak mahu Ilham memeluknya.

“Diam!” arah Ilham dan terus memeluk Khalida. Hatinya sudah banyak aku lukai. Sekarang aku mahu mengubatnya. Aku mahu merawatnya dengan kasih sayang ku.

“Abang ambik kesempatan ni....,”

“Abang kata diam, faham tak!” marah Ilham.

“Hish, kau orang berdua kalau tak bergaduh tak boleh ke?” tegur Datuk Razali yang masuk ke dalam bilik anak lelakinya. Anak lelaki seorang saja tetapi perangai buat kita sakit jantung saja.

Ilham tidak lepaskan Khalida, malah buat tak dengar saja, semakin Khalida rasa kelemasan dan rasa segan kepada ayah mentuanya.

“Abang sengaja!” bisik Khalida perlahan.

“Memang pun, nak bagi peringatan kat Lida, Lida tu hak abang, jadi jangan mengungkit apa yang abang dah buat untuk Lida,” bisik Ilham perlahan dan perlahan-lahan lepaskan Khalida dari pelukannya.

“Papa nie apa hal?” soal Ilham. Kacau lah papa nie.

“Papa ada benda nak cakap dengan Lida, kau boleh tak pergi beli kicap ke apa ke? Papa tak selesa kau ada!” marah Datuk Razali membuatkan Khalida tersenyum. Padan muka, kena marah!

“Hai, papa, Lida tu isteri saya!” tegas Ilham tetapi tetap keluar meninggalkan Khalida dan papanya.

“Ilham okey tak?” soal Datuk Razali. Khalida mengangguk.

“Dia ada sakitkan hati Lida tak?” soal Datuk Razali lagi. Khalida mengelengkan kepalanya.

“Lida jangan susah hati ya, kita akan berubat sampai Lida sembuh, yang penting adalah semangat Lida untuk bangun semula!” sambung Datuk Razali lagi.

“Terima kasih papa, Lida amat-amat menghargainya,” luah Khalida.

“Papa yang perlu ucapkan terima kasih kat Lida sebab Lida sanggup beri Ilham peluang sekali lagi,” balas Datuk Razali sambi tersenyum.

Puan Naimah masuk bersama Kak Jah sambil membawa nasi goreng bersama minuman.

“Mak ni, tak usah layan Lida macam nie lah, kalau Lida nak, Lida ambil sendiri,” kata Khalida tidak mahu diberi layanan seperti ini.

“Mak tak buat apa lah, suami kamu yang kecoh kat bawah tadi, tak pasal Kak Jah kena marah,” beritahu Puan Naimah. Macam nie pun nak marah, bukan perkara besar pun.

“Abang mana mak?” soal Khalida. Baru berpisah dah mencari? Lida nie, dah jatuh hati dengan Ilham rasanya.

“Keluar, katanya ada hal!” beritahu Puan Naimah. Pergi jumpa Zura ke? Di mulut kata sayang kat aku, di hati Zura juga yang dicarinya.

“Papa, mana mama?” soal Khalida. Tak nampak pun dia!

“Hmm..,” keluh Datuk Razali. Seperti ada sesuatu yang tidak kena saja.

“Betul datuk, Datin Rinie mana, tak nampak pun batang hidung Datin?” soal Puan Naimah pula.

“Aku dah halau dia..,” jawab Ku Salbiah membuatkan Khalida dan Puan Naimah terkejut mendengarnya.

“Kenapa halau mama?” soal Khalida tidak puas hati. Apakah kerana aku?

“Orang jahat macam tu tak layak jadi ahli keluarga kami, tak layak jadi menantu aku,” marah Ku Salbiah dan terus berlalu dari situ.

“Lida jangan bimbang yer, nanti papa cerita!” kata Datuk Razali turut keluar untuk mencari maknya.

“Disebabkan kita ke, mak?” tanya Khalida pula. Aduhai, kenapa ada adegan halau menghalau pula. Buat aku dan mak aku susah hati saja.

“Jangan lah fikir tentang dia, dia memang patut menerima balasan atas perbuatannya,” kata Puan Naimah turut keluar bersama Kak Jah.

Memang Datin Rinie bersalah tetapi kenapa halau dia pula? Kalau tanya Ilham, dia bukannya nak cerita pun.

Previous: BAB 32
Next: BAB 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.