“Laki kau tu sebab rajin
solat, zaman sekarang susah nak cari laki yang tak tinggal sembahyang, boleh
bimbing kau,” runggut nenek lagi. Di depan Ilham pula tu. Khalida tersenyum.
Ilham pun senyum juga. Tunggu lah, biar apa pun nenek nak kata. Dia tak kisah!
“Kalau harap kaya, harap
rupa saja tapi tak solat, nak buat apa Lida?” soal Nenek Kasma lagi.
“Saya pun tak nak lah,
sebab waktu saya susah pun saya dah hidup bahagia sangat!” jawab Khalida. Kau
harap aku nak sangat harta keluarga kau.
“Tapi kasihan kat mak kau,
kerana kahwin dengan ayah kau, dia terpisah dengan Adli...,” luah nenek
perlahan. Sendu di hati mak siapa yang tahu, nek.
“Ilham, kau dengan Lida
lain, sebab tu dulu nenek tak restu perkhawinan dia orang, sebab nenek dah
fikir semua nie. Kau sayang lida sebab lida isteri kau sebelum mak dan ayah kau
kahwin, jadi memang tak ada masalah, tetapi adik-adik Lida, adik-adik kau belum
tentu boleh hidup bersama-sama. Ini mak Lida memendam perasaan sebab ayah kau
halau Adli!” sebak dada nenek sebut perkara itu.
Hubungan kami adik beradik
dengan nenek dan mak memang rapat, sebab itu bila jadi macam ini, semuanya
pakat-pakat sedih. Ilham hilang kata-kata, sebagai abang sulong dia sepatutnya
mengadili perkara ini dengan sebaik mungkin, tetapi dia tersasar. Kesalahan
kali ini memang terlalu berat.
“mak mana tak sayang anak,
Ilham!” sambung nenek. Nampak ada titisan air mata mengalir perlahan di pipi
nenek.
“Nek, jangan lah macam
nie..,” pujuk Khalida. Saya pun sedih nek, tapi saya pendam semua itu di dalam
hati.
“nenek risaukan mak kau,
Lida. Kau tu tak mengapa, kaki lawan, mak kau tu macam mana?” aju nenek lagi.
Memang susah nek. Lida pun
dah tak tahu nak buat apa lagi. Masalah yang rumit sekarang adalah perkara yang
melibatkan mak dan papa. Adik-adik tu biarlah berkorban.
Ariff pun datang sekejap
saja tadi. nampak saja muka Ilham terus balik. Katanya ambil songkok kut tadi.
masih marah dengan Ilham lah tu. Marah pun tak apa, sebab kau adik ipar Ilham,
akak nie kalau marah pun buat tambah dosa saja sebab Ilham tu suami akak.
“Apa pun terjadi hidup
perlu diteruskan,” kata Khalida sambil mengoreng ikan kering. Ilham sejak
selesai solat isyak, asyik termenung saja, sebab semua ini berpunca dari
adiknya sendiri. Dan dia juga rasa bersalah sangat.
“Lida nie fikir mudah
saja!” kata Ilham. Dia ini tak tau belajar ilmu apa, tak gaduh pun nak gelabah
tetapi tahu dia pendam dalam hati.
“Lida nie nak kena fikir
banyak benda lagi tau tak. Nie kat dalam perut nie yang paling penting sebab
emak saudara abang tak tahu, Lida tengah bawa pewaris harta, kalau dia orang
tahu, lagi kecoh.” Balas Khalida. Diangkatnya ikan dari kuali. Semua masakan
sudah pun siap, tunggu nenek selesai baca al quran saja lagi.
“Itu satu hal jugak!”
“Tahu pun!” aku dah banyak bulan berkurung di rumah aku
dan rumah papa. Tak keluar ke mana. Shoping pun tak, makan di luar pun tak
boleh, takut rahsia terbongkar. Staf di ofis Ilham pun tak tahu aku tengah
mengandung anak Ilham.
“Adli mana, tak nampak pun
sejak dari tadi?” soal Ilham tiba-tiba. Adli mana ada di Malaysia ini, dia
pergi Dubai.
“Dia mana ada di sini, dia
dapat kerja luar dari sini,” jawab Khalida.
“Dia dapat kerja di mana?”
“Kedah!”
“Cepatnya dia dapat kerja!”
“Rezeki dia!”
“Lida, jangan tipu abang
boleh tak, abang tengok muka Lida pun abang tahu, Lida tipu abang!”
Mujurlah nenek datang, jadi
boleh lah buat-buat tak dengar soalan tadi. Harap-harap Ilham boleh lupakan
semua itu.
Ilham buat semua lah untuk
nenek, sebab dia kan datang bawa visi khas. Khalida tengok saja, suaminya itu
melayan neneknya. Agak-agak kalau nenek suruh Ilham petik bintang pun Ilham
sanggup.
Nenek nak tidur pun, Ilham
yang tolong pasangkan kelambu. Selalunya kalau Khalida ada, Khalida yang
pasangkan. Kalau emma ada, emma yang buatkan.
“Dah tidur?” soal Ilham
melihat Khalida terbaring dengan perutnya yang besar itu. Khalida mengangguk.
“Perut tu dah besar, katil
nie kecil, tak muat lah sayang!” ucap Ilham. Jari telunjuk Khalida di arahkan
ke lantai. Tidur bawa kalau tak selesa!
“Nak kena besarkan bilik
nie, boleh bawa masuk katil yang luas sikit!”
“Tak usah lah, Lida suka
macam nie, sebab abang ada dekat dengan Lida!” balas Khalida sambil menarik
tangan Ilham supaya memeluk pinggangnya.
“Mengada-ngada!”balas Ilham
sambil membelai rambut isteri kesayangannya itu.
Mata Khalida sudah terlelap
pun.
Seminggu tinggal di
kampung, Ilham memang ada bakat memujuk. Hati nenek tidak marah lagi kepada
Ilham. Orang tua macam itu lah sikapnya, kena dengan gaya lembut juga hati itu.
Minggu ini giliran Shima
dan suaminya pula untuk menjaga nenek. Ilham ada mengajak nenek tinggal dengan
mereka tetapi nenek menolak. Cukuplah sekali dengan apa yang berlaku di rumah
Datuk Razali tempoh hari ini.
“Singgah rumah papa
sekejap, selepas tu kita balik!”
“Malas nak tengok muka
papa!” cakap Khalida terus terang. Entah lah, hati menjadi beku tiba-tiba.
“Nanti apa pulak kata mak!”
pujuk Ilham, cuba memahami keadaan Khalida.
“Muka mak lagi lah Lida tak
sanggup tengok!” jawab Khalida. Mak mesti cari Adli sebab adiknya itu tak pun
beritahu mak tentang keadaannya. Merajuk sungguh kali ini.
“Itu rumah mak dan papa
kita lah, yang!” pujuk Ilham lagi. Panggil lah sayang beribu kali pun hati aku
tetap tak nak singgah.
“Kalau abang nak pergi
juga, hantar Lida balik ke rumah terlebih dahulu!” tegas Khalida. Memang tak
makan pujuk pun.
Ilham mengalah saja dan
jawabnya dia pun tak boleh pergi ke rumah papanya itu sebab mana mungkin dia
akan tinggalkan Khalida keseorangan di rumah ini.
Bila mak yang menjemput
Khalida terpaksa pergi juga ke rumah papa mentuanya itu, biar pun berat hati sangat. Mereka berbual berdua saja
di luar halaman rumah sambil minum petang.
“Macam tak percaya pula
adik kau sanggup buat macam tu,” luah mak perlahan. Mak mengeluh berat,
membuatkan Khalida semakin resah saja.
“Dia anak lelaki yang baik,
tiba-tiba berubah jadi begini pula,” sambung mak lagi. Khalida tidak menjawab.
“Kalau berkenankan Ana tu,
papa sanggup kahwin kan mereka, dari dia buat kerja tak senonoh itu,” celah
Datuk Razali pula. Ilham tak tahu Khalida datang ke sini sebab drebar Datuk
Razali yang datang menjemputnya.
Khalida tetap tidak
menjawab.
“Salah tetap salah,
walaupun darah daging kita sendiri,” kata Datuk Razali lagi. Siapa yang salah?
Adik aku tak bersalah lah. Waktu yang sama Ilham pulak yang sampai. Alamak, dia
ini bukannya boleh bersabar nanti lagi kecoh.
“Suami kau dah sampai tu,
kejap mak masuk ambil pengat pisang yang mak buat tadi,” kata Puan Naemah.
Khalida mengangguk saja.
“Ilham, patut tegur
adik-adik, sebab Am anak lelaki papa!” sambung Datuk Razali lagi membuatkan
Ilham bengang tiba-tiba.
“Saya macam tak kenal papa
saya sejak akhir-akhir ini. Sanggup papa layan anak-anak mak sampai macam tu
sekali. Kalau lah Adli tu yang salah, dia salah sikit saja, tetapi papa halau
dia. Apa nie papa? Sedangkan saya, ana, kak nita buat salah berkali-kali,
tetapi papa tak halau pun. Sebab kami anak papa, dan Adli tu anak tiri, papa
kan?” suara Ilham. Nampak Ana sedang berjalan mahu masuk ke dalam rumah. Ilham
terus memanggil adiknya itu. Geram sangat sebab papa dan mak asyik salahkan
Adli saja. Seolah Adli bersalah sangat! Tak elok pendamkan perkara ini
lama-lama, nanti jadi barah yang makan diri.
“Abang, kita dah janji
kan?”
“Abang tak kira, abang dah
tak sanggup tengok Lida makan hati, tengok orang salah sangka pada Adli, wal
hal Adli tu tak salah pun.” Terang Ilham. Muka Datuk Razali segera berubah.
Cengeng.
“Nak kahwin dengan mak hari
tu, sampai sanggup buat apa saja untuk dapatkan mak. Papa ingat sebab mak
isteri papa, jadi papa buat apa saja pun dekat anak-anak dia, hati mak tak
terluka. Hati mak tak terasa? Adli itu anak kesayangan mak lah, papa. Jangan
ingat papa saja yang betul,” sambung
Ilham. Khalida segera bangun dari tempat duduknya.
Sebab tak tahu nak pujuk
sabar Ilham macam mana, Khalida terus peluk Ilham erat-erat sampaikan Ilham
sendiri terkejut dengan tindakan Khalida.
“Hish,” luah Ilham, tak
puas hati dengan tindakan Khalida. Tetapi hati Khalida sudah bersatu dengan
hatinya. Begitu juga dengan debaran jantung Khalida.
“Tak baik lawan cakap papa,
kita nie anak. Dan abang bakal ada anak nanti,” pujuk Khalida.
Aku takut mak dengar saja!