ILHAM, KHALIDA
& RIFKY (BAB 1)
“Kita
berpisah saja, senang cerita!” kata Ilham. Cadangan itu tidak sedikit pun
mengejutkan Khalida. Mukanya tenang saja.
“Okey,
saya setuju!” balas Khalida. Aku dah malas nak hidup dengan dia. Jadi kalau dia
nak berpisah, aku terima dengan hati yang terbuka.
“Aik, awak
jadi janda selepas ni..,” ujar Ilham Hakimi. Bengang dengan sikap isterinya
yang tidak peduli pun andainya berpisah. Bukan kah perempuan takut menjadi
janda dan diceraikan?
“Saya tak
kisah pun!” balas Khalida. Kami bukan bercinta pun, sayang dia pun tidak.
Bergaduh ada lah. Hari-hari pula tu.
Ikatan ini
terjalin kerana datuk dia, adalah datuk angkatku. Datuknya telah memaksa kami
berdua untuk berkahwin setahun lima bulan yang lalu, sebelum datuknya meninggal
dua bulan selepas kami berkahwin. Kahwin atas kehendak datuknya saja. Keluarga
mentua ku semuanya tak sukakan aku termasuk dia yang berada di hadapan ku. Keluarga aku biasa saja, tapi keluarga dia,
dari neneknya sampai lah ke mamanya, semuanya tidak sukakan aku. Dan dia orang
tak tahu, aku pun tak suka dengan mereka. Ingat dia orang saja boleh suka dan
tak suka sesuka hati. Aku pun boleh.
“Lida!”
panggil Ilham.
“Bila kita
nak berpisah ni?”
“Hah?” aik
dia terkejut kenapa? Aku dah tak sanggup nak tinggal di rumah nie lama-lama.
Kalau boleh sekarang pun nak angkat kaki. Tak sabar!
“Encik
Ilham!” kejut Khalida. Dia dari dulu sampai sekarang tak suka aku panggil dia
dengan panggilan abang, lebih suka aku panggil dia dengan gelaran Encik Ilham.
“Apa?”
“Kita umum
perpisahan kita supaya semua ahli keluarga Encik Ilham tahu,” lembut saja suara
Khalida. Bestnya, boleh hidup bujang kembali. Dia bukan sentuh aku lagi. Tak
suka, tak cinta, berani ke nak sentuh! Sentuh memang aku tumbuk muka Encik
Ilham sampai patah semua gigi.
“Awak yang
tak sabar nie kenapa?”
“Ler,
Encik Ilham tak suka saya, Encik Ilham tak tahu saya pun tak suka juga kat
Encik Ilham!”balas Khalida. Terbeliak mata Ilham Hakimi, seperti mahu menelan
Khalida hidup-hidup saja.
“Saya tak
pernah jumpa perempuan seperti awak!” tuduh Ilham Hakimi sambil berlalu pergi
dari situ. Dammm, tak pernah jumpa perempuan seperti aku? Pelik aih.
Aduhai,
hari ini hari yang paling bahagia. Nampak tak senyuman ni, sudah sampai ke
telinga. Bahagia sangat. Selepas ini tidak perlu mendengar kata-kata cacian dan
penghinaan daripada Ku Salbiah, tidak perlu mendengar leteran Datin Rinie lagi.
Aman dunia Khalida selepas ini. Ha.. ha.. ha. Nak pek baju lah sekarang.
Sambil pek
baju dan segala macam barang-barang kepunyaannya, dia bernyanyi riang. Gembira
sangat. Selepas ini nak balik tinggal dengan mak dan ayah, atau boleh sewa
dengan kawan-kawan sekerja. Sudah macam-macam rancangan yang ada dalam kepala
otaknya sekarang.
“Lida!”
panggil Indah, kakak sulong Ilham Hakimi.
“Yup!”
jawab Khalida sambil tersenyum saja. Dia ini serupa dengan Ilham juga, tetapi
dia biasa saja. Tak pernah marah Khalida, malah jarang bercakap dengan Khalida.
“Ilham
mana?” soal Indah dan sedang mencari si adiknya.
“Tak tau!”
“Kau nie
suami kau pergi ke mana pun, kau tak kisah!”
“Pergi
dating dengan Zura kut!”
“Aik, kau
tahu!”
“Tahu lah,
Kak!” Tahu lah asyik kepit tak kira
waktu. Azura, anak Datin Hasnah, kawan baik mama. Itu pilihan mama, malah
pilihan Ilham Hakimi sebelum datuk memaksa Ilham Hakimi berkahwin dengan
Khalida.
‘Kau tak
marah?”
“Marah nak
buat apa?”
“Kau kan
isteri dia, mana ada isteri suka suami dia kahwin lain!”
“Ha, yang
ini mesti akak tak tahu..”
“Apa?”
“Kita
orang dah nak berpisah!” beritahu Khalida sambil memasukkan buku simpanannya ke
dalam tas tangannya.
“Hah??”
“Ilham tak
cakap apa pun!”
“Nanti dia
cakap lah tu!”
“Habis
akak nak bergaduh dengan siapa kalau kau tak ada?” Dia tak rajin bergaduh
dengan aku.
“Zura kan
ada!”
Ilham,
cepat umum tentang perpisahan kita. Lagi cepat kita berpisah, cepat juga aku
merdeka nanti. He he he..
Makan
malam kali ini, Ilham siap bawa Zura makan di rumah lagi. Tetapi ini bukan kali
pertama pun Zura makan malam di rumah ini. Khalida tidak menyertai mereka
kerana dia bukan lah orang istimewa di rumahnya, jadi dia boleh makan ikut suka
hati dia saja. Kalau lapar dia makan, tetapi dia lebih suka makan di luar saja.
Makan dengan kawan-kawan atau pun dengan sepupunya, Emma.
Malam ini,
dia tidak bercadang hendak makan di luar, dia mahu tengok cerita chengdom dong
Alice episode akhir. Jadi dia mahu layan cerita korea ini terlebih dahulu,
kalau kelaparan baru nak keluar makan. Suka tengok lakonan Han Se Kyung, hero
korea yang segak itu. kalau malas, nak tidur saja.
“Kau kena
belanja aku!” jerit Emma di talian. Ooo, mesti dah baca mesej aku.
“Esok lah,
aku tengah layan cerita korea ni,”
“Habis,
pukul 9.30 kan, awal lagi!”
“Tengok
lah macam mana nanti, kalau aku rajin aku mesej kau. Kacau lah kau nie!” terus
matikan telefon kerana mahu menumpukan perhatian ke arah tv.
Selesai
cerita korea, perut pun minta di isi. Cerita yang berakhir dengan happy ending
itu membuatkan dia kelaparan. Terus Khalida menghantar mesej kepada Emma dan
dia akan menunggu Emma di restoran kesukaan mereka berdua seperti selalu.
“Jadi juga
Ilham kahwin dengan Zura!” ucap Emma ketika sedang menunggu pesanan mereka
berdua.
“Zura tu
cinta pertama dia lah!” Sudah banyak tahun mereka bercinta tetapi sewaktu datuk
ada, datuk tak benarkan mereka berdua berkahwin. Kasihan Ilham.
“Kau??”
“Jadi
janda berhias aku!”
“Kau
jangan seronok sangat, Ilham cuma cakap berpisah bukannya bercerai. Tapi kau
siap main bunga apa lagi. Kau tu masih isteri Ilham lah!”
“Aku tak
kisah, janji aku tak jadi lagi isteri dia selepas ini. Tak suka!”
“Ilham
yang segak, kaya raya tu, kau tak suka!”
“Perangai
macam melaun, buat apa perangai macam tu!” asyik hendak bergaduh saja dengan
aku.
“Nanti
kita cari pak we lain, yang macam hero korea ke, tak pun macam Shah Rukh Khan,
kau kan suka Shah Rukh Khan,” cadang Emma membuatkan Khalida tersenyum lagi.
Ini kali
pertama, Emma nampak senyuman Khalida yang manis itu. Sudah lama senyuman manis
ini hilang dari wajah Khalida. Senyuman berseri dan menawan hati.
Ayu sangat
Khalida malam ini.