Hari
ini nak selesai banyak benda. Nak kena masuk ofis, sebab nak adakan mesyuarat
dan untuk mengetahui kenapa pelanggan banyak yang melarikan diri. Apa yang tidak
kena sebenarnya?
Subuh
sudah 10 minit berlaku, tetapi enche abangnya ini masih memeluk pinggangnya
dengan erat. Sudah banyak kali dia menarik tangan Ilham tetapi tidak berjaya.
“Abang tau dah subuh, Lida ada banyak benda nak buat pagi nie,” kata Khalida
sambil memandang wajah suaminya yang hampir sangat dengan batang hidung
Khalida.
“Kejap lah, lima minit lagi!” kata Ilham membuatkan Khalida geram saja.
Diangkat tangan Ilham tetapi tidak berjaya.
“Abang pilih, nak lepas atau Lida menjerit dalam bilik nie,”
“Jerit lah, abang tak kisah!” kata Ilham. Khalida terus menjerit nyaring tidak
pedulikan ahli keluarganya. Ilham memekup mulut Khalida dengan tangannya.
“Apa lah Lida nie,” kata Ilham terus lepaskan Khalida serta merta.
Khalida
cepat-cepat melarikan dirinya ke dalam bilik air. Dua puluh minit dalam bilik
air. Bila dia keluar Ilham masih lagi terlena di atas katil.
“Abang tak masuk ofis?” soal Khalida, terus ambil sejadah dan kain telekung.
Nampak gayanya tak boleh tunggu suaminya itu untuk solat jemaah bersama pagi
ini.
“Abang!” jerit Khalida lagi. Sengaja Ilham tidak menjawabnya. Atau masih
terlena lagi.
Selesai
solat Khalida datang semula ke katil, gerakkan bahu Ilham, pun tidak berjaya.
Lalu dimainkan telinga kanan Ilham, hidung dan dagu semuanya, pun masih tidak
berjaya. Liatnya pagi ini.
‘Bangun lah, kita pergi sekali ke ofis. Abang kena ada di mesyuarat pagi ni,”
pujuk Khalida. Ilham buat tidak tahu saja.
“Papa tak masuk ofis pagi nie, tinggal Lida saja kalau abang tak pergi,”
sambung Khalida. Jari telunjuk Ilham menunjukkan pipi kanannya dan Khalida
memahaminya maksud suaminya itu. Terus dikucup pipi Ilham . Dapat saja ciuman
Khalida, Ilham terus bangun. Mandi dan bersolat. Malah dia siap lebih awal dari
Khalida yang belum memakai tudung.
“Cepat lah, abang tak nak tunggu Lida pagi nie,” kata Ilham. Pulak??? Aku boleh
tunggu dia tadi, dia buat pulak kat aku. Khalida menjeling tajam sambil
mengambil beg tangannya.
“Abang boleh biarkan sepupu-sepupu abang dan mak saudara abang makan duit
syarikat, abang buat apa?” luah Khalida, sakit hati sebab dia boleh buat tak
ada apa berlaku.
“Hmm..,” keluh Ilham. Marah kat aku sebab aku marah dia tadi. Dapat isteri
garang dan kasar, nasib lah Ilham ooi.
“Yang, tak usah lah stress, benda macam nie abang boleh selesai lah. Nak
selesaikan masalah abang dan sayang tu yang susah,” pujuk Ilham sambil membuka
pintu kereta kepada Khalida. Sejuk hati Khalida mendengarnya.
“Berpuluh-puluh ribu kut duit tu,” perlahan saja suara Khalida. Pilihan Ku
Ibrahim jangan disangkalkan. Kini Ilham sedar mengapa Ku Ibrahim mahu sangat
dia berkahwin dengan Khalida. Satu mungkin kerana papa dan mak Khalida. Kedua,
memang layak pun Khalida berada di sisinya.
“Duit abang boleh cari, Khalida tu yang susah nak dapat, nak kena pujuk rayu,
nak kena jaga selalu, nanti mengamuk pula,” luah Ilham. Tangan kanan Khalida
dicapai dan digenggamnya erat.
“Tahu tak apa, maaf lah yer, sebab isteri abang jenis yang kasar..,”
“Kasar ke macam nie, nampak mengada-ngada, manja dan gedik tu yang banyak sejak
jatuh sakit ni,”
Perangai
berubah sikit sejak jatuh sakit. Hati perempuan orang cakap seperti kerak nasi,
kena air, lembut lah kerak itu. Ilham dah banyak ubah perangai Khalida. Ilham
pun sama, kalau dengan Khalida, semua sanggup lakukan.
‘Lida hormat abang lah, dengan suami mana boleh cakap kasar, nanti abang cakap
Lida derhaka pula kat abang,” bela Khalida. Setahun lebih dimanjai oleh Ilham,
buat hati Khalida yang keras seperti batu itu, cair seperti salji saja.
“Yer ker?”
“Ha..,” kereta Rifky kan? Dengan siapa tu?
“Atau Lida sayang abang? Jadi kerana abang Lida jadi macam nie?” dengar tapi
mata lebih tertumpu kepada kereta Rifky di hadapan kereta mereka berdua.
“Abang kejar kereta tu dan Lida nak suruh pemandu tu berhenti kereta,” arah
Khalida.
“Nak buat apa pulak nie?”
“Rasa macam Rifky lah!”
Ilham
mengekori kereta Rifky dan mengejarnya. Sampai di satu selekoh, Ilham menyuruh
Rifky berhentikan kereta. Ilham pun memang nak jumpa Rifky sangat.
“Ilham!” jerit Rifky sambil keluar dari keretanya. Begitu juga dengan Ilham dan
Khalida.
“Jumpa juga kau akhirnya,” kata Ilham sambil berjabat tangan dengan Rifky.
Khalida menghampiri suaminya sambil tersenyum.
“Ya ALLAH, Lida dah boleh jalan, syukur alhamdulillah!” ucap Rifky membuatkan
Ilham dan Khalida tertanya-tanya.
“Yup, dia dah boleh jalan, tapi nak cakap terus terang, dia dah jadi hak aku.
Tu dalam perut dia, dah ada anak aku,” kata Ilham sambil memandang wajah
Khalida yang merah kemerahan. Tapi Khalida tak kisah pun Ilham cakap begitu.
“Dah agak dah, sebab tu saya tak nak tunggu awak, Lida. Nampak hari tu awak
akan jatuh kat tangan mamat nie,” kata Rifky sambil tersenyum.
“Tak usah lah tunggu saya, suami saya nie dah ambil jiwa raga saya dah pun!”
gurau Khalida. Saya nie dah serah semua kat Ilham nie ha.
“Ha ha ha...,” Rifky ketawa bahagia. Doa ku sentiasa mengiringi kebahagiaan mu,
Khalida.
“Siapa tu?” soal Khalida apabila seorang perempuan berdarah baba dan nyonya
keluar menghampiri mereka. Tetapi perempuan itu memakai tudung dan berpakaian
baju kurung.
“Isteri. Baru dua bulan kahwin. Tapi perlu masuk islam sebab dia nie agama
islam lima tahun yang lalu,” jelas Rifky sambil menarik tangan isterinya yang
comel itu. Sebenarnya Rifky masuk islam sebelum berkahwin dengan Hajar lagi.
“Alhamdulillah, tapi saya sokong awak berkahwin sebab kalau tunggu Lida nie
buat penat saja..,” ujar Ilham sambil menepuk bahu Rifky.
“Ha ha ha.. “ ketawa Rifky.
Khalida
dan Hajar bersalaman dan sempat berpelukan lagi. Lama berbual di tepi jalan
sebelum Khalida sedar mereka harus segera sampai ke pejabat kerana ada
mesyuarat jam 8.30 nanti.
“Boleh kita jumpa lagi selepas ini, lagi pun saya akan berurusan semula dengan
syarikat awak, Ilham!” kata Rifky. Dulu tinggalkan syarikat Ilham sebab Khalida
tiada, sekarang boleh lah berkerjasama kembali.
“Kau tinggal dulu sebab Khalida lah nie?” teka Ilham. Aku dah cup dulu, jadi
kau jaga isteri kau sudah lah.
“Tak, sebab kau pun tak ada, asyik kepit dengan Khalida!” balas Rifky.
Selesai
urusan pejabat, Khalida terus bertolak ke kampung sendirian. Tetapi mengapa
kali ini rasa pelik sangat balik kampung tanpa suami menemaninya. Kali pertama
mereka berjauhan selepas berkahwin semula. Selalu Ilham bersama dia, kali
ini???? Teruknya menahan rindu kat suami tercinta. Itu lah dulu benci sangat, sekarang
dah jadi macam ini.
Sepanjang
perjalanan Khalida tersenyum mengenangkan kenangan-kenangan dia bersama Ilham.
Bergaduh macam nak perang dunia ke tiga saja, tetapi sekarang tengok lah apa
terjadi.
“Lida, abang dalam perjalanan ke kampung. Tak boleh lah, asyik teringat kat
Lida saja..,” telefon Ilham ketika dia sudah sampai di halaman rumah mak.
Pemandu Datuk Razali yang menghantarnya. Jam pun sudah menunjukkan ke angka
8.30 malam.
“Ha ha ha.. padan muka abang!” ketawa Khalida, buat-buat tidak rindu, dalam
hari seronok sangat bila mendengar pengakuan Ilham.
“I miss you, sayang!”
“Lida tak rindu pun kat abang!”
“Lida nie susah nak mengaku, abang cubit mulut tu baru tau!”
“Lali kali cubit masa Lida ada di depan abang!”
“Lida tunggu kat rumah mak, nanti abang sampai, siap Lida!”
Aduhai
dia datang lagi lah susah nak selesai masalah mak. Dia tu dari pihak lelaki,
kalau pihak lelaki ada sekali macam mana nak pujuk mak. Memang nak dia di sisi
tapi sekarang kenalah tahan perasaan rindu tu.
Selepas
memberi salam, mak datang membuka pintu, dan mak seperti selalu menyambut
kedatangan Khalida dengan sebuah senyuman. Khalida meninjau ke belakang, nampak
muka Ayien, Apul dan Ariff. Ariff saja yang tersenyum kepadanya, Apul dan Ayien
masam mencuka.
“Kak dah balik dan kak pun setuju mak kahwin dengan Datuk Razali!” kata Ariff
sebaik saja khalida letak beg di atas meja.
“Pulak, dulu bukan kak tak suka ke” celah Apul. Khalida tersenyum.
“bawa bertenang adik-adik, akak nak mandi, nak solat terlebih dahulu, nanti
kita berkumpul dan berbincang yer,” kata Khalida sambil mencubit pipi Ayien
yang memandangnya.
Lida,
Lida, selalunya kau yang faham perasaan dan hati mak.