Bangun
awal pagi ini sebab nak pergi kerja dengan teksi. Kereta ada di rumah Emma,
petang nanti baru nak ambil. Khalida tersenyum melihat penampilannya pagi ini.
Puas hati sangat dengan pakaian dan tudung yang digayakannya.
Waktu
turun dari tangga selisih dengan Datuk Razali, dia hanya melihat ke arah
Khalida sekali saja dan terus tersenyum. Datuk Razali tidak pernah marah kepada
Khalida, tetapi mereka hanya berbual hal yang penting saja. Hal yang berkaitan
dengan kerja kerana Khalida bekerja sekali dengan keluarga mentuanya. Jangan
terkejut pula, kalau nak tahu, Azura pun kerja sekali di situ. Sejak dari dulu
dia sudah tahu hubungan ilham – Azura dan semua orang tahu akan hal ini. Begitu
juga, orang semua tahu, Ilham kahwin paksa dengan Khalida disebabkan permintaan
datuknya. Semua orang jelas akan hubungan mereka. Tiada satu pun rahsia.
“Lida,
tengah hari nanti temankan nenek pergi tengok cincin tunang Ilham yer,” jerit
Ku Salbiah tanpa melihat wajah Khalida. Tetapi Ilham Hakimi sempat memandang wajah
Khalida yang sekadar lalu saja di meja makan. Jarang sarapan dengan dia orang.
“Boleh,
tak ada masalah tu!” balas Khalida sambil mengenyitkan mata ke arah suaminya.
Dia tengok aku sampai mulut ternganga pagi ini. Biarkan dia!
“kita
pergi awal sikit, dalam pukul 12.00 tengah hari,” sambung Ku Salbiah lagi.
“Beres,
nenek jemput saya!”
“Kereta
kau mana?”
“Rosak!”
“Habis nak
pergi kerja dengan siapa?”
“Teksi,
nek!” terus berlalu. Nak kena jalan kaki keluar ke simpang jalan lagi.
Rupanya
Ilham mengekorinya dari belakang. Siap bunyikan hon lagi. Khalida mengalihnya
tetapi tetap meneruskan langkah kakinya.
“Lida,
kita pergi sekali hari ni.” Ujar Ilham Hakimi. Khalida mengelengkan kepalanya.
Setiap hari Ilham pergi ke ofis bersama kekasihnya bukan bersama isterinya. Tak
best lah naik kereta dengan bakal isteri dudanya nanti.
“Mari
lah!” ajak Ilham Hakimi lagi.
“Tak nak!”
balas Khalida. Aku nak naik teksi juga.
“Lida!”
jerit Ilham Hakimi lagi. Khalida mempercepatkan langkah supaya cepat sampai di
perhentian bas. Baru sampai tetapi
kereta berwarna biru terang ini membuatkan jantung Khalida mahu berhenti saja.
Lari dari mulut buaya masuk mulut singa pula pagi ini. Mana teksinya.
Lelaki di
dalam kereta itu keluar dan bukakan pintu keretanya untuk Khalida. Di belakang
sana Ilham Hakimi sedang melihat dengan hati yang panas.
“Jemput
lah Lida!” ajak Rafael Rifky membuatkan Khalida hilang arah. Macam mana nie?
“Saya naik
teksi saja, Encik Rifky!!”
“Saya
janji saya jaga batas saya hari ini,” janji Rafael Rifky. Dia suka nak pegang
tangan perempuan sebab dia bukan islam, jadi dia ingat perempuan islam semua
boleh dipegang tangan. Hari itu dia makan penampar Khalida kerana cuba memegang
tangan Khalida.
“Tetap tak
nak. Satu, Encik Rifky bukan saudara mara saya pun!” Matanya melihat teksi dari
jauh. Dia sudah melambaikan tangan untuk menahan teksi.
“Tetapi
saya boleh jadi bakal suami awak!” jerit Rafael Rifky tidak dipedulikan oleh
Khalida kerana teksi sudah berhenti di hadapannya. Dia terus naik. Ilham Hakimi
mengekorinya dari arah belakang. Begitu juga dengan Rafael Rifky. Lantak kau
orang berdua, aku tak kisah, asalkan aku boleh sampai ke ofis sebelum pukul
lapan. Itu saja!
Rafael
Rifky tidak kerja sekali, jadi dia sudah tak ada di pejabatnya tetapi yang
peliknya kenapa Ilham Hakimi masih berjalan di sebelahnya.
“Encik
Ilham terlupa sesuatu saya rasa!”
“Apa?”
“Kekasih
hati mana?”
“Ya ALLAH,
lupa!”
“Pergi
jemput dia, nanti dia menangis pulak!”
kata Khalida sambil ketawa kecil. Terus Ilham gelabah. Tetapi tidak berganjak
pun.
“Saya call
lah suruh dia datang sendiri!”
“Itu
masalah Encik Ilham bukan masalah saya pun!
Satu
pejabat tengok perubahan Khalida hari ini, dan ramai yang terpegun. Tidak
sangka Khalida isteri Ilham itu menawan orangnya. Khalida bukan saja staf yang
bijak, malah cantik kalau hendak dibandingkan dengan Zura. Zura sendiri naik
cemburu melihat wajah Khalida yang sebenar.
“Awak nak
pikat suami awak ke apa ni? Dengar saja Ilham nak ceraikan awak, terus bersolek
sakan. Ingat, Ilham tu hak saya!” tegur Zura ketika Khalida sedang menyiapkan
kerjanya.
“Terbalik
ayat Cik Zura tu, saya bersolek sebab saya dah nak merdeka,”
“Hah?”
“Kita
orang dah nak berpisah, Cik Zura. Saya dah tak sabar nak hidup bujang!” sambung
Khalida seikhlas hati.
“Pelik,
awak menangis dalam hati kut. Mana perempuan yang sanggup bercerai dengan
suami?”
“Aik, Cik
Zura, tadi takut saya pikat Encik Ilham, sekarang nak suruh saya mengorat Encik
Ilham ke?”
Tadi riuh
satu pejabat sebab Encik Ilham dan Cik Zura ini bergaduh kerana Encik Ilham
tidak menjemputnya seperti setiap hari. Bergaduh sakan. Tak malu ke buat
perangai macam budak-budak saja.
Tengah
hari ini ada tiga temu janji. Ada janji dengan Ku Salbiah. Rafael Rifky ajak
makan, tetapi dia sudah menolaknya. Satu lagi dengan Emma, dengan Emma yang
menarik hati sebab kita orang ada dinner dengan kawan-kawan sekolah malam esok.
Jadi, nak pergi beli baju kononnya.
“Encik
Ilham pergi dengan nenek saja, boleh tak? Ajak Zura pergi sekali!” cadang
Khalida. Nenek sedang berbual dengan ayah mentuanya di dalam bilik. Dia orang
saja sedang berjalan menuju ke kereta.
“Awak nak
ke mana? Keluar makan dengan Rifky?” suara nampak macam marah saja. Kau nak
kahwin dengan Zura kan? Sepatutnya ajak Zura bukan ajak aku. Tetapi dia mengangguk juga sebab nak tunjuk
aku pun ada peminat tersendiri. Ada orang berkenan kat aku.
“Encik
Ilham nak bertunang dengan Zura kan? Seeloknya ajak Zura, bukan ajak saya!”
balas Khalida kembali.
“Nenek nak
awak yang pilihkan, kata nenek awak pandai bab-bab fesyen, bab-bab barang kemas
ini,” jeling tajam nampak.
“Kalau
saya suka, Zura tak suka macam mana?”
kau macam nak sakitkan hati aku saja. Atau kau orang semua sudah
berpakat nak buatkan hati aku sedih. Tak usah bermimpi.
“Kalau
gitu saya ajak Zura lah senang, susah cakap dengan awak!” putus Ilham
membuatkan Khalida puas hati. Aku ada hal.
“Tu, Cik
Zura dah sampai!” tunjuk Khalida. Dan sekarang Encik Rafael Rifky pun dah
sampai di depan matanya. Aik, dah tolak tadi.
“Saya
datang jemput awak!” ucap Rafael Rifky sambil menghulurkan sejambak bunga mawar
berwarna merah kepada Khalida. Dia nie lerrr.
Terus
Ilham tarik tangan Khalida dekat dengannya. Terkejut Khalida dengan tindakan
spontan dari Ilham. Begitu juga dengan Zura yang sedang melihat. Rafael Rifky
bengang dengan tindakan Ilham Hakimi sebentar tadi.
“Aik, apa
main pegang-pegang?” soal Khalida nyaring.
Oo, tak
suka aku, tak cinta aku tetapi cemburu boleh tahan jugak yer. Aku macam nak
tergelak terguling-guling sekarang nih.