Arh,
berbual sampai tak sedar dunia. Tengok-tengok ada mesej masuk di telefonnya.
Ilham!!!.. Dia keluar tadi dia minta izin seperti selalu sebab dia tahu dia
isteri orang. Dan ilham sempat membalasnya.
“Kat mana,
dah pukul 12 malam nie. Tak ingat rumah ke?” mesej Ilham ditunjukkan kepada
Emma. Emma tersenggih. Cari juga isteri yang kau tak suka nie yer? Terus
Khalida menekan nombor kepunyaan suaminya dan tak sampai 3 saat terus diangkat
oleh Ilham.
“Tidur di
rumah Emma malam nie, “beritahu Khalida. Tak sanggup nak balik waktu macam nie.
Huwaa, mesti mak datin dan nenek tu berleter kat aku kalau aku balik.
“Jangan
mengada, awak tu masih isteri saya!” ingat Ilham. Yang tu aku pun tau.
“Kereta
rosak!” tipu Khalida. Sudah lewat malam, dan dia tidak berani balik lewat malam
seorang diri. Tambahan jalan masuk ke rumah Ilham Hakimi jauh dari rumah orang
dan jalan tersebut sunyi pula. Takut hantu pun boleh, takut orang lagi lah
banyak dari takut hantu. ALLAH kan ada!
“Tahu,
tapi kereta rosak, macam mana saya nak balik!”
“Tunggu di
rumah Emma, sekejap nanti saya pergi jemput awak!”
“Hah??”
Ilham ini mimpi ke mengarut. Aku memang tidak pernah keluar malam dan ini
adalah kali pertama sejak aku jadi isteri dia, aku keluar selewat begini. Dan
dia juga tertiba saja seolah bermimpi mahu menjemputku?
“Jangan
tunjuk sangat perangai merajuk awak tu?”
“Siapa
merajuk? Saya??” persoal Khalida dan terus ketawa besar dan menyakitkan telinga
Ilham Hakimi.
“Hah, mana
lah tau!”
“Lain lah
kalau saya sayangkan Encik Ilham, bukan sekadar merajuk, malah saya kerat Encik
Ilham kecil-kecil, selepas tu saya hanyut dalam sungai, nak?” balas Khalida
pula. Lojik lah kan, mana ada perempuan suka suaminya kahwin lain. Tapi aku tak
rasa apa-apa pun.
“Tak kira,
awak tunggu saya di rumah Emma, saya dalam kereta dah sekarang ni,” kata Ilham
Hakimi. Memang dalam kereta dan sedang memandu untuk pergi ke rumah Emma pun.
Khalida
terus letak telefon.
“Jom, kita
pergi rumah kau, Ilham nak datang rumah kau!” beritahu Khalida sambil menarik
tangan sepupunya itu.
“Nak
datang buat apa?” tanya Emma sambil mengambil tas tangannya.
“Jemput
aku kut!”
“Kacau
sungguh lah laki kau tu,” tetapi kena
balik juga sebab dia orang sudah menipu Ilham Hakimi sebentar tadi.
Mujur
rumah Emma dekat sangat dengan restoran tempat dia orang makan tadi. Sampai
saja di rumah Emma hati merasa lega sebab Ilham tak sampai pun lagi. Rumah Emma
dengan rumah kami setengah jam jugak lah nak sampai tetapi Ilham tu bawa
kereta, setengah jam jadi 15 minit pun boleh.
Tidak
sampai sepuluh minit pun, suaminya itu telah pun sampai. Bukan beri salam,
tetapi terus menjerit memanggil nama Khalida. Khalida buat selamba saja, jalan
pun perlahan-lahan menuju ke kereta kepunyaan suaminya. Ini pertama kali nak merasa kereta Ilham.
Sejak aku setuju hendak berpisah, baik pula dengan aku yer. Menyampah betul.
“Saya tak
nak balik, saya nak balik esok!” ucap Khalida di tepi tingkap kereta.
“Naik.
Saya tak ada masa nak dengar alasan awak!”
“Aik,
kalau macam nie lah gayanya datang jemput saya, baik tak payah balik!” kata
Khalida, jual mahal sikit.
“Cepat lah
Khalida, mengantuk ni!” perlahan suara Ilham membuatkan Khalida gelihati.
Masuk saja
dalam kereta, Ilham melihatnya tidak berkelip. Aik, tak pernah nampak aku ke
selama ini. Lamanya Ilham merenung wajah
Khalida yang comel dan ayu itu. Selama ini wajah Khalida biasa saja tetapi
malam ini, wajah Khalida ayu sangat.
“Encik
Ilham!” Panggil Khalida tetapi mata Ilham Hakimi masih terpaku memandang ke
arah Khalida. Khalida mengawangkan tangannya ke arah anak mata Ilham Hakimi.
“Hish..,”
tak boleh, tak boleh. Aku tak akan pernah sukakan Nurul Khalida di depan mata
aku ini. Aku sudah ada Azura dalam hidup ku.
Sepanjang
perjalanan, Ilham Hakimi asyik memandang wajah isterinya. Ha, baru kau tahu
siapa aku? Aku bersolek sikit saja ni, kau dah jadi separuh gila. He he he..
lucu sangat lihat perangai Ilham malam ini.
Aku kan
selama ini stress sebab kena kahwin paksa dengan dia, tapi sejak dia cakap
hendak berpisah, aku rasa hilang semua masalah. Jadi, sengaja ubah penampilan
diri. Tukar gaya tudung, bersolek dan
cara berpakaian, selama ini aku bantai saja pakai apa yang ada di depan mata.
Ha ha ha..
atau sengaja buat perangai selama ini.
Biarlah, dia kan tak suka aku. Buat apa aku segak di hadapan mata orang
yang tidak sukakan aku? Betul tak?
Orang
kedua yang tengok perubahan Khalida adalah kakak iparnya. Indah, dia lagi lah
terkejut sangat apabila buka pintu untuk merekai berdua.
“Lida ke
ni?”
“saya lah,
kenapa?” jawab Khalida sambil berlalu
masuk ke dalam biliknya.
“Menantu
apa macam nie, malam-malam buta pun masih keluar rumah cari jantan di luar.
Elok lah kau ceraikan Lida tu cepat-cepat Ilham,” pekik Datin Rinie dari
biliknya sendiri.
“Sabar lah
mak datin ooi, tak ke mana hasrat mak datin tu!” jawab Khalida lembut saja.
“Zura tu
lebih sesuai dengan Ilham, awak tu sudah lah tak ada apa-apa, harapkan belas
kasihan ayah mentua saya saja, kalau tidak jangan harap hendak masuk
universiti,” sambung Datin Rinie lagi.
Kata
ustaz, perempuan baik hanya untuk lelaki baik saja. Aku pegang kata-kata ustaz
tu. Aku pun tak diminta menjadi isteri Ilham, andainya aku hanya tempat untuk
dihina orang.
“Dah
beritahu papa dan mama pasal kita?” soal Khalida apabila Ilham masuk ke dalam
bilik mereka. Kita orang tidur sebilik, malah tidur sekatil tetapi tak pernah
buat apa-apa, sebab dari awal lagi Ilham dah cakap dia tak akan sentuh Khalida.
“Awak tak
sabar yer!”
“Tu, saya
dah pek barang-barang saya, tunggu nak angkat kaki saja!” kata Khalida sambil
menunjukkan beg pakaiannya di hujung almari.
“Selagi
saya tak kahwin dengan Zura, kita akan berpisah!” ujar Ilham Hakimi membuatkan
jantung Khalida bergetar saja. Selagi dia tak kahwin aku kena jadi isteri dia
lah!.
“Kenapa
tak sanggup nak jadi duda ke sekarang?” mula lah nak bergaduh. Dia memang tak
boleh cakap elok-elok ke dengan aku? Atau kepala otak dia dah tak betul.
“Awak tu
hak saya, ikut suka hati saya lah!”
“Hak awak,
malam ini baru nak cakap tentang hak? Awak tak pernah pun anggap saya ini
isteri awak selama ini?”
“Lida!”
“Jangan jadi
lelaki yang tidak setia kepada cinta, waktu sekarang lah awak kena buktikan
cinta awak kepada kekasih awak,”
Sebab apa
pula Ilham Hakimi cakap macam ini malam nie?
Sebelum ini beria benar nak berpisah dengan aku?