Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 17

LIHAM, KHALIDA – BAB 17

“Tak cemburu, tapi sakit jiwa, sakit hati dengan Lida!” luah Ilham membuatkan Khalida ketawa besar.

“Patah balik kereta nie, saya nak cari handset saya tadi,” arah Khalida. Sebab ternampak tadi, Ilham menlontarkannya di atas rumput, jadi boleh guna lagi tu.

“Handset macam tu saya boleh beli sepuluh kat awak!”

“Encik Ilham, duit cincin tunang saya tu,” kata Khalida membuatkan muka Ilham berubah serta merta. Cincin tunang kau jual untuk beli telefon.

“Awak gadai cincin tunang awak?”

“Bukan gadai, jual!” gadai boleh tebus balik, aku tak nak dah cincin tu, lebih baik aku jual saja!

“cincin kahwin mana?” soal Ilham. Kau tak ingat ke atau buat-buat lupa?

“Awak jual jugak ke?” sambung Ilham lagi. Khalida menunjukkan jari manisnya ke arah Ilham. Mana ada cincin.

Lepas akad nikah, Ilham terus balik, tak ada adegan batal air sembahyang atau pun sarung cincin kahwin pun. Aku pula balik dengan Ku Ibrahim petang itu untuk majlis kenduri di sebelah keluarga Ilham.

Ilham terdiam, menyedari kesilapannya. Khalida pula malas nak layan.

Malam ini ada kenduri tahlis dan majlis kesyukuran. Di rumah saudara mara masih berkumpul untuk menyediakan segala keperluan untuk malam ini pula. Sepanjang majlis, mereka tidak bercakap, sehingga lah majlis selesai.

“Bergaduh lagi?” soal Emma ketika mereka sedang mengemas ruang makan.

“Mana ada!” tolak Khalida. Biarkan Ilham.

“Along!” panggil Apul sambil menghampiri Khalida dan Emma.

“Ada orang tawarkan anak gadis kat Apul petang tadi..,” beritahu Shima sambil tersenggih.

“Ada ke?” soal Khalida, macam tak percaya saja.

“Siapa?” tanya Emma pula.

“Puan Rosnah!” jawab Shima. Terus Khalida memandang wajah Apul adiknya. Anak Puan Rosnah tu memang dah lama ada hati pada Apul, tetapi Apul tak suka.

“Mak kata apa?” soal Khalida kepada Saiful. Kalau tak suka, jangan diteruskan, sebab perkara nikah kahwin ini bukan untuk sehari dua.

“Mak kata terserah kat saya...,” jawab Apul terus terang. Dan ini adalah persoalan hati. Soal hati mana boleh dipaksa-paksa.

“Buat yang terbaik, kalau tak suka, cakap saja tak suka. Jangan main perasaan orang!” ucap Khalida tetapi sebenarnya nak tuju pada Ilham yang ada di sebelah sana.

Oleh kerana besok masing-masing sudah mahu pulang ke tempat kerja masing-masing, jadi dia orang bersembang sehingga lewat pagi. Selalu kalau pulang bercuti di kampung, ini adalah aktiviti wajib bagi mereka sekeluarga.

“Dua bulan lagi majlis perkahwinan Emma, selepas itu Shima dengan Ayien pula. Jadi untuk dua bulan nie, jangan ambil cuti, nanti tak cukup cuti nak balik ke kampung,” pesan Khalida. Dia kan ketua kumpulan.

“Kak Emma, Ayien minta maaf banyak-banyak, Ayien tak dapat cuti kenduri kak emma nanti,” beritahu Ayien. Dia kan tentera, mana boleh cuti ikut suka hati macam kita.

“Okey, akak faham!” balas Emma.

Bila semua dah masuk ke bilik masing-masing, tinggal Khalida, Ilham dan mak saja sedang berbual.

“Ilham, mak nak cakap sikit!” kata Puan Naimah sambil mengenggam tangan Khalida. Khalida ini anak yang cukup kuat dari anak-anak yang lain. Jadi dia tahu Khalida boleh selesaikan setiap masalah.

“Mak tahu Ilham dan Lida tak bahagia selama ini. Mak tak memaksa Ilham untuk teruskan perkahwinan ini...,” kata-kata Puan Naimah terhenti di situ.

“Mak, tak payah risau, Lida dan Encik Ilham, boleh selesaikan masalah kita orang ni,” kata Khalida sambil mengerakkan tangan Puan Naimah.

“Selesai elok-elok, kalau tak boleh jadi suami isteri, tetapi masih boleh jadi kawan baik kan?” nasihat Puan Naimah. Puan Naimah tahu, Ilham dan Khalida sebenarnya terpaksa berkahwin saja kerana Ku Ibrahim.

Selama ini, Khalida tidak pernah memikirkan hal perkahwinannya. Dia serahkan semuanya kepada takdir saja, tetapi sejak Ilham memberitahu, dia bakal bertunang dengan Zura, Khalida rasa lebih baik mereka berpisah saja. Khalida hanya perempuan biasa-biasa saja, yang ada hati dan perasaan dan dia tahu dia tidak sanggup hidup bermadu atau mengongsi kasih dengan perempuan lain. Kalau betul sudah tidak ada apa-apa antara mereka, lebih baik berpisah, dari terus merana.

Hidup berdua dengan Ilham selama ini pun sudah terasa begitu susah, andainya ditambah dengan Zura lagi, tentu lagi susah. Zura tu kesayangan semua ahli keluarga Ilham, bukan seperti dia yang dibenci oleh ahli keluarga Ilham.

Aku memang tabah, tetapi bukan seorang yang sabar. Sabar itu memang tidak ada di dalam hati aku. Mujur mak tak suruh aku sabar dan tinggal bersama Ilham, kalau tidak memang aku meraung tak berlagu. Lambat lagi ke hari nak siang, cadang nak pergi cari telefon yang dibuang oleh Ilham. Macam-macam ada kat telefon tu, jadi sebelum nak bertolak balik dia bercadang hendak mencari telefon tersebut.

“Keluarga awak semua tahu hal kita?” soal Ilham yang tidur di sebelah Khalida. Aku fikir telefon aku, dia fikir tentang mak aku pula.

“Tahu!” jawab Khalida jujur.

“Kenapa awak beritahu dia orang tentang kita?” tanya Ilham. Khalida diam kali ini. Bukan aku cerita tetapi Datin Rinie yang ceritakan semua ini kepada mak dan nenek. Tentang keluarganya yang tak suka kepada aku.

“Awak memang suka kita berpisah kan?” sambung Ilham lagi. Bukan dia ke yang cakap macam tu dulu? Dia ni dah putus wayar ke apa?

“Suka sangat!” jawab Khalida, geram. Kau tak ingat apa yang kau cakap.

“Saya tak pernah jumpa perempuan seperti awak, tak pernah menangis biar pun orang buat apa saja kat awak. Lagi satu, tak pandai nak berahsia hal rumah tangga awak,” nampak seperti Ilham sedang marah. Ada aku kisah.

“Keluarga awak pun tahu hal kita, jadi apa masalah. Semua orang tahu lah hubungan kita, dan orang semua nak lihat, kesudahan rumah tangga kita,” balas Khalida. Orang di ofis pun tahu, dia tak suka kat aku dan bercinta dengan Zura. Jadi apa masalah.

“Sama ada saya kahwin dengan Zura dan tinggalkan awak?”

“Pandai pun!”

“Kalau saya tinggalkan awak, awak nak kahwin dengan rifky?” Rifky pula dikaitkan. Mereng dah Ilham nie?

“Saya tak kata saya akan kahwin dengan Rifky tetapi saya akan kahwin sebab saya muda lagi, anak pun tak ada. Lebih baik saya kahwin. Tak kan saya nak hidup merana!” jawab Khalida.

“Ada anak dengan saya lagi senang, kaya pun kaya. Saham Ku Ibrahim senang-senang dapat kat awak!”

Terdengar ayat itu, Khalida menolak Ilham sehingga jatuh dari katil.

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.