Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 54

Pening sangat sedangkan kalau boleh nak ajak Ilham pergi scan saat ini, sebab nak tengok betul ke tak ada baby dalam perut nie. Tapi rasa mual itu datang semula. Khalida menolak Ilham yang sedang memeluknya dengan kuat.

“Lida,”

“Nak muntah lah!” jawab Khalida. Memang macam ini ke orang mengandung? Seksanya. Ilham mengurut belakang Khalida. Dihulurkan air untuk Khalida kumur. Khalida berjalan perlahan.

“Hmm, teruk sangat Lida nie,” keluh Ilham. Tapi nak buat macam mana, itukan alahan orang mengandung.

“Majlis abang nie habis pukul berapa?”

“11.00 malam!”

“Sekarang pukul berapa?” tak boleh nak tengok sebab kepala pusing.

“Baru pukul 10, kenapa?”

“Abang pergi layan tetamu dulu, tetapi jangan cakaplah Lida jadi macam nie?” suruh Khalida. Ilham wajid ada di sana, sebab majlis ini majlis dia dan aku.

“Jadi, macam mana sayang?” soal Ilham, suka sangat mengusik Khalida.

“Org tengah pening nih,” jerit Khalida, geram dengan usikan suaminya.

“Ha ha ha.. ,”

“Tak sukaaa..,”

“Bawa bertenang, Lida rehat dulu, abang panggilkan Emma atau shima datang temankan Lida,” beritahu Ilham sambil memegang pipi kanan Khalida.

“Tak nak, Lida nak bersendirian,” jawab Khalida.

Apa dah jadi ni? Sepatutnya ini majlis persandingan aku dan Ilham. Tetapi sudah jadi sebaliknya. Kasihan Ilham, pengantin perempuan jadi macam ini pulak.

Terdengar suara dua orang perempuan yang masuk ke dalam biliknya, tetapi waktu itu Khalida seperti berada di alam mimpi. Pejam mata dan tidur saja. Mujur lah boleh lena, dari melihat dinding dan segala macam dalam bilik ini berpusing.

Lama dia terlena, bila terjaga tangan Ilham sedang memicit dahinya dengan lembut dan perlahan.

“Abang!”

“Ya, sayang!” Buka mata dan lihat jam. Sudah pukul satu pagi, dan masih di dalam bilik hotel.

“Tak balik rumah ke?” soal Khalida. Pening kepala dah berkurangan. Boleh bangun pun.

“Abang memang tempah bilik ini khas untuk kita malam ni, kononnya nak berbulan madu, nak rasa malam pertama dengan Lida, alih-alih jadi macam ini pula,” gurau Ilham. Tetapi memang dia tempah bilik ini untuk mereka berdua.

“Ha ha ha, abang nie lawak lah!”

“Serius, mana tahu berkat buat majlis bersanding tadi, Lida boleh mengandung, rupanya dah ada isi pun,”

“Jangan berangan lagi, boleh tak? Kita belum buat apa-apa pengesahan dari doktor lagi. Mana tahu benda nie tersilap ke?” kata Khalida. Buatnya tak betul, haru kita nanti.

“Abang dapat rasakan memang baby nie dah ada antara kita,” kata Ilham yakin benar.

Khalida tersenyum. Tengok pakaian yang terletak di badannya, dan pakaian ini sudah bertukar. Siapa yang tolong tukarkan. Rasanya tadi dia masih berbaju pengantin berwarna biru.

“Siapa tukar baju Lida?”

“Abang lah,”

“Hah?” dia yang tukarkan. Maknanya?? Huwaa, tak sanggup biarkan dia melihat aku.

“yang terkejut sangat nie kenapa?” ujar Ilham. Lama kahwin pun perangai macam baru kahwin semalam?

“Abang tengok...,”

“Lebih dari tengok!”

“Tak best lah, abang ambil kesempatan. Mana boleh tengok!” rungut Khalida. Suka-suka tukar pakaian aku apa kes?

“Hish, jangan cakap macam kita baru kahwin, boleh tak sayang?”

“Sayang abang tu ada makna..,” balas Khalida. Laju saja ayat yang muncul dari bibirnya.

Ilham mengelengkan kepalanya.

“Nak makan tak? Lida dari tadi tak makan apa-apa pun. Nanti perut tu sakit pula!” soal Ilham. Lapar memang lapar, tetapi tidak tahu nak makan apa?

Tiba-tiba rasa macam nak makan benda ini. Kalau minta ada tak? Apakah permintaan ini terlalu melampau.

“Lida abang tanya nie..,”

“Nak makan laksa kuah lemak, boleh?” beritahu Khalida sambil tersenggih. Pagi buta macam ini, nak cari di mana. Lain lah siang!

“Ulang sekali lagi, sayang!” kata Ilham perlahan. Ini ke orang panggil mengidam.

“Laksa kuah lemak!” balas Khalida mohon pengertian.

“Spageti carbonara nak?” tukar Ilham. Aik sengaja tukar menu lah tu. Siapa nak jual laksa tengah pagi-pagi buta nih.

“Boleh lah tu, tapi nak makan di luar!” cadang Khalida. Rasa dah okey dah nie.

“Boleh ke? Buatnya pening kepala, meloya, muntah ke kat tempat orang macam mana?”

“Insha ALLAH, tak muntah punya!”

Alhamdulillah, boleh makan pun. Dan yang penting tak muntah pun. Jadi boleh tidur dengan senang hati.

Pagi ini, terus pergi jumpa Dr. Rose untuk buat pengesahan. Kedua-duanya tidak sabar nak tahu betul ke tak? Maka perlu buat pemeriksaan rapi dengan Dr. Rose untuk mendapat pengesahan.

“Dah 14 minggu lah Khalida, awak ni sampai tak sedar ke?” rungut Dr. Rose sambil tersenyum. Masing-masing tersenyum sebab dah tengok gambar scan sekejap tadi. Yup, betul dah ada anak Ilham dalam perut Khalida.

“Last period awak bila?” soal Dr. Rose lagi.

“Tiga bulan yang lalu.”

“Habis awak tak syak apa-apa?”

“Tak. Saya ingat saya stress jadi period saya tak menentu!” jawab Khalida.

“Suami isteri sama saja kau orang nie,” kata Dr. Rose.

“Pulak!” kata Ilham.

Kandungan ini perlu dirahsiakan kerana ramai yang tak mahu dia lahirkan ke dunia ini. Ilham mula kerisauan bila teringatkan perkara ini.

“Abang jangan cakap dengan orang lain, kita perlu rahsiakan perkara ini,” kata Khalida. Dia tahu dia kena rahsiakan hal ini. Ilham terus telefon papa dan adik-adiknya agar merahsiakan hal ini dari orang lain. Kandungan ini amat penting sekarang, dan sebarang cerita kurang enak akan datang selepas ini sekiranya emak-emak saudaranya tahu akan hal ini.

“Kita pindah balik tinggal di kampung. Di sana jauh dari dia orang ini,” cadang Ilham.

“Kerja??”

“Lida tak usah kerja lagi buat masa sekarang. Selepas semua okey baru masuk ofis.”

Ikut saja lah.

Previous: BAB 53
Next: BAB 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.