“Jom lah,
aku nak tumpang rumah kau malam nie, nak buat solat istikharah sekali lagi,”
putus Khalida. Wajib buat tiga malam turut-turut. Baru okey kan. Lagi pun tak
sanggup nak melihat Datin Rinie di saat ini.
“Pulak,
tak nak masuk ke rumah?”
“Tak nak!”
“Fikir
banyak-banyak sebelum buat keputusan, buat solat hajat sama!” pesan Emma sambil
menghidupkan enjin kereta.
“Tak mampu
dah nak hidup dengan Ilham. Hari ini mungkin Ilham pilih aku, tetapi esok, lusa
belum tentu lagi kan? Hubungan yang tak direstui oleh mak, ayah ni susah,
Emma,” luah Khalida. Teringat mak teh atirah. Adik mak di kampung. Mak teh
kahwin dengan anak orang kaya, sampai anak tiga dah pun, keluarga pak teh masih
tidak dapat menerima mak teh dan anak-anak mak teh kerana mak teh orang miskin.
Pak teh pula tersisih dari keluarga kandungnya sendiri. Mahu kah hidup macam
itu Khalida? Indah orang miskin kahwin orang kaya nie, hanya dalam novel dan
drama saja. Hakikatnya, bukanlah seperti apa yang kita nampak. Realitinya dalam
20 orang, mungkin ada kut seorang yang kahwin dengan orang kaya dan hidupnya senang.
Itu pun susah nak jumpa.
Di rumah
Emma, Khalida mencari ketenangan, dan ketenangan membawanya ke satu jawapan.
Hatinya nekad kali ini.
Pagi ini
di ke pejabat seperti selalu. Jumpa Ilham dan hanya mampu tersenyum saja.
“Ju, saya
nak jumpa datuk, datuk ada!” soalnya kepada Juhana, adik bongsu Ilham.
“Ada!”
jawab Juhana. Khalida terus menuju ke
bilik Datuk Razali. Diketuknya pintu dengan perlahan.
“Masuk!”
pelawa Datuk Razali. Terus Khalida menolak pintu dan masuk menghampiri ayah
mentuanya.
“Duduk,
Khalida!” jemput Datuk Razali.
“Terima
kasih, datuk!” ucap Khalida sambil duduk di kerusi dan bersenang diri. Maaf,
atuk, Lida gagal dengan amanah atuk kali ini. Khalida menghulurkan surat
perletakan jawatannya kepada Datuk Razali.
Datuk Razali mengambil dan membacanya perlahan-lahan. Satu keluhan yang
berat dilepaskan.
“Dah tak
sanggup melawan ombak, Khalida?” tanya Datuk Razali. Kalau aku jadi dia, sudah
lama aku mengalah. Mana tahan dicaci dan dikeji. Kalau ada cinta dan kasih
sayang dari sang suami lain juga ceritanya. Ini Ilham tak ada pendirian.
“Andainya
ombak itu untuk saya seorang saja, saya sanggup datuk. Malangnya ombak itu
memusnahkan pantai dan anak-anak ikan di dalamnya. Itu yang membuatkan saya
undur diri,” luah Khalida. Mendalam maksudnya kali ini. Teringat mak di
kampung, hati semakin kuat. Aku memang miskin, tetapi aku masih ada harga diri
dan maruah hidup. Aku tak mahu berkorban lagi. Pesan Atuk Ibrahim, andainya
sudah tidak mampu, aku boleh mencari kebahagiaan aku sendiri. Itu yang aku
pegang.
“Kerja lah
di sini, Lida seorang pekerja yang amat saya harapkan!” pujuk Datuk
Razali. Khalida mengelengkan kepalanya.
“Cukup lah
sampai di sini,” ucap Khalida. Tiba-tiba masuk Datin Rinie bersama Ku Salbiah.
Hati Khalida menjadi panas tiba-tiba apabila memandang wajah Datin Rinie. Hari
itu aku sabar sangat dengan Datin Rinie.
“Ooo dah
berhenti kerja yer? Bagus! Kau boleh berambus dari syarikat aku dan rumah aku, Khalida,” kata Datin Rinie tanda
kemenangan dan kepuasan di dalam hati.
“Atuk Ibrahim
tu baik sangat dan berhati mulia, malangnya dia dapat anak menantu dan
cucu-cucu yang buruk lakunya. Kasihan pada Atuk Ibrahim, kerana kemuliaannya
tidak dapat diwarisi oleh ahli keluarganya,” luah Khalida membuatkan Ku Salbiah
terkejut. Terpaku dengan kata-kata Khalida yang menusuk tangkai hatinya. Terus Khalida pergi dari situ.
“Saya nak
jumpa awak di rumah,” ucap Khalida sewaktu berselisih dengan Ilham di
pertengahan jalan. Ilham mengangguk. Harap-harap Ilham ikut dia sampai ke rumah
sekarang jugak.
Tetapi
angguk saja lah, petang baru balik. Habis waktu pejabat baru Ilham sampai.
Ketika itu Khalida sudah pun siap mengemas segala barang-barangnya.
Rasanya
Ilham sudah tahu apa yang berlaku, kerana selepas Khalida keluar dari pejabat,
Ilham pergi berjumpa dengan Emma. Dari Emma tahu lah dia segala cerita yang
telah menimpa diri Khalida dan keluarga Khalida. Tak sangka ibunya bertindak
sampai begitu sekali.
“Abang
bebaskan Lida!” ucap Ilham dengan membelakangkan dirinya.
“Hah?”
baru nak cakap supaya Ilham melepaskannya hari ini.
“Saya
ceraikan awak, Nurul Khalida bt Mohd Kamal dengan talak satu,” lafaz Ilham
dengan jelas sekali. Tidak guna dia merebut kasih Khalida lagi andainya hidup
Khalida sengsara dan derita. Tidak ada gunanya dia memujuk kasih, merayu rindu,
andainya hati Khalida sering dilukainya. Ini saja jalan yang ada dengan
membebaskan Khalida dari hidupnya. Dan dia tahu itu yang Khalida harapkan.
“Halalkan
makan dan minum saya selama saya di sini!” pinta Khalida sambil datang ke arah
Ilham. Ini jalan yang terbaik untuk kami berdua. Ilham mengangguk.
“Maafkan
saya atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan selama ini,”
ucap Khalida lagi. Ilham mengangguk lemah.
“Semuga
awak bahagia dengan keputusan ini,” balas Ilham. Khalida tidak bersuara.
“Begitu
juga dengan Encik Ilham, semuga Encik Ilham bahagia di samping kekasih hati
Encik Ilham nanti,” ucap Khalida jujur.
Diambilnya
segala barang-barang dan pakaiannya lalu Khalida meninggalkan rumah banglo ini.
Khalida
mahu pulang ke kampung, menatap wajah mak dan mahu uruskan taska kepunyaan mak
di kampung saja. Itu yang ada di dalam fikiran Khalida saat ini.
Apa yang
berlaku di beritahu kepada seluruh ahli keluarganya, ramai yang menyokong
dengan keputusan Khalida kali ini. Ramai yang memihak kepadanya.
“Aku nak
balik kampung juga!” kata Emma ketika Khalida sedang bersiap mahu bertolak ke
kampung.
“Kau kan
kerja!”
“Dah
berhenti tadi!”
“La, tak
sayang ke?”
“Sayang
lagi kau. Lagipun dah nak kahwin, jadi tak nak fikir lagi tentang kerja!”
“gaji
mahal tu!”
“Jom, jom
kita balik ke kampung!” ajak Emma. Dia pula yang terlebih.
Ah, lega.
Tidak perlu lagi fikir tentang Ilham. Kosong, kosong. Dalam kepala otak ini
rasa kosong sangat. Rasa terlepas hutang satu juta.
Balik kali
ini tidak singgah di mana-mana perhentian. Balik terus ke rumah. Sampai di
selekoh di hadapan rumahnya, kereta mewah berwarna hitam selisih perlahan
dengan keretanya. Dua-dua terpandang ke arah orang yang sedang memandu.
Dia?? Yang
hadir dalam mimpi ku setiap tiga malam berturut-turut.
“Iskandar
Zulkarnain!” jerit Khalida,
“Ha, ah
Datuk Iskandar Zulkarnain!” perbetul Emma. Ah, dia kan baru dapat gelaran atas
jasanya selama ini.
“Yup,
datuk, muda-muda dah dapat gelaran datuk!” balas Khalida. Apa lah kena mengena
mimpi aku dengan dia.
“Lida,
berhenti, berhenti.. tu dia berhenti kereta tu!” teruja sangat si Emma nie. Itu
lah aku cakap, kau pun kenal dia.
Sama-sama
berhenti kereta. Dan lelaki itu datang ke arah Khalida.
“Assalamualaikum!”
“Waalaikummussalam!”
“saya
harap awak boleh tunggu saya selepas empat bulan nanti, dan saya tetap setia
untuk menunggu awak sepanjang tempoh itu,” ucap Datuk Iskandar Zulkarnain dan
terus pergi meningalkan Khalida dan Emma dalam keadaan terpinga-pinga.
Tiba-tiba
teringat pantun lama ini. Pantun ketika dia tinggal di asrama anak-anak yatim
kiriman Datuk Iskandar Zulkarnain tadi.
“Apa di harap padi seberang
Entah kan jadi, entah kan tidak
Apa di harap kasihnya orang
Entah kan sudi entah kan tidak”