Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 49

Susahnya mak nak buat keputusan. Papa tengah tunggu jawapan. Tengah hari tadi papa datang, dan kami sempat makan tengah hari bersama-sama tetapi mak tetap membisu. Mak nie, Ilham pujuk, papa pujuk, Lida rayu pun, mak tetap tidak memberi apa-apa keputusan. Diam saja!

“Seminggu dah berlalu, mak tak cakap apa pun. Syarikat kita tu bukannya boleh tinggal lama-lama,” kata Khalida sambil meletakkan kepalanya di atas lengan kanan Ilham.

“Nak kena balik tengok syarikat. Kak Nita cakap papa pun tak masuk ofis, semua ahli keluarga Ilham tak ada, boleh lingkup syarikat kita tu,” kata Ilham. Dia pun risau juga dengan syarikatnya.

“Kenapa dengan mak agaknya yer? Lida rasa mak dah tak ada apa-apa perasaan kat papa lagi, sebab tu mak tak nak kut!” teka Khalida. Adik-adik semua turut memujuk dan merestui hubungan mak, tetapi mak tetap membisu. Nenek serah perkara ini kepada mak saja.

“Cuba lida tanya mak elok-elok, berbincang dengan mak. Lida kan anak perempuan mak,” suruh Ilham. Khalida mengeluh perlahan. Habis idea sebenarnya nak memujuk mak kali ini.

Pagi ini keluar ke pasar bersama mak. Beli ikan, sayur dan ayam. Mak nak masak ketam masak lemak bersama belimbing buluh. Belimbing buluh yang mak tanam di belakang rumah. Dan masakan ini adalah kesukaan ayah dulu. Siapa pun ayah pada mak, ayah tetap suami mak kan? Ayah yang mengongsi hidup dengan mak, dan kami berempat adalah anak-anak mak dan ayah. Mungkin ayah bukan lelaki yang mak cintai pada awalnya tetapi ayah pernah menjadi suami mak. Kami terlalu memaksa mak untuk menerima papa kerana kasihan kan papa wal hal hati mak siapa pun tidak cuba memahaminya.

“Hey perempuan!” panggil seorang perempuan yang datang menyerang mereka berdua di pasar. Ah, dia ini lagi. Khalida memegang mak dan melindungi maknya. Jangan mimpi nak apa-apakan mak aku kali ini.

“Apa lagi nie?” kata Khalida kuat. Geramnya melihat Zura yang berdiri di sebelah Datin Rinie.

“Aku dengar mak kau nak kahwin dengan bekas suami aku? Kau kahwin aku bunuh kau orang berdua kali ini,” ucap Datin Rinie sambil cuba memukul Puan Naimah tetapi Khalida menepisnya kuat.

“Padan muka kau Lida, kau tak boleh mengandung sebab kemalangan hari itu, sikit hari nanti Ilham akan tinggalkan kau kerana kau tak boleh lahirkan anak untuk dia... ha .. ha... ha,” kata Zura pula sambil ketawa mengilai. Macam hantu saja Khalida melihat.

“Aku mengandung ke tak boleh mengandung ke, itu bukan kerja kau, Zura. Tapi aku kasihan dekat kau, dekat datin, sebab masih tak dapat apa yang kau orang nak. Aku dah dapat Ilham, sikit hari nanti mak aku kahwin dengan papa pula, kau orang berdua melepas!” jawab Khalida sambil tersenyum.

“Lida..,” sabar mak, sambil menarik tangan Khalida.

“Selamat sakit hati lah yer, datin. Zura. Mengilai tepi jalan saja kerjanya, apa pun tak dapat,” kata Khalida sambil menolak dahi Zura dengan kasar.

“Kau jangan cari pasal dengan aku, Lida!” pekik Zura mahu menumbuk Khalida, tetapi dengan pantas Khalida menghalangnya dan menumbuk muka Zura terlebih dahulu. Meraung Zura akibat pukul Khalida. Datin Rinie pula cuba memukul Puan Naimah tetapi Puan Naimah sempat mengelak dan membalas pukulan kepada Datin Rinie. Terkejut beruk Datin Rinie dengan tindakan Puan Naimah. Kita orang memang orang kampung, tetapi keturunan kami ada silat gayong sejak dari dulu lagi. Mak memang pandai bersilat sejak zaman muda lagi. Adik-adik pun pandai bersilat juga, termasuk nenek di rumah. Cuma tak tunjuk saja.

“sebenarnya aku nak cakap, kau yang sepatutnya jangan cari pasal dengan aku dan keluarga aku!” balas Khalida kembali.

“Jom, kita balik, jangan kita layan orang macam dia orang ni,” ajak mak sambil menarik tangan Khalida.

Terpinga-pinga Datin Rinie dan Zura kali ini.

“Ini ke salah satu sebab mak tak nak dengan papa?” soal Khalida ketika mereka berjalan menuju ke kereta. Mak takut dengan Datin Rinie ke? Lida tak takut pun.

“Mak dah agak perkara ini akan berlaku. Zura marahkan Lida sebab Lida merampas Ilham. Andainya mak kahwin dengan datuk razali, datin rinie akan sengsara dengan perkahwinan mak nanti. Betul ke Lida tak boleh mengandung?” soal mak yang mengambil alih tempat untuk memandu kereta. Khalida duduk di sebelah tempat memandu.

“Baru sebulan berusaha, mak. Banyak masa lagi,” kata Khalida. Tetapi kalau ikut wasiat hanya tinggal 11 bulan saja lagi.

“Lida kena jumpa doktor lah, tak pun bidan kampung untuk berurut!” cadang mak.

“Doktor Rose dah beritahu Lida tak ada masalah untuk mengandung, jangan lah mak risau,” tepis Khalida. Dia memang dah pergi berjumpa Doktor Rose, Doktor yang merawatnya, dan kata Doktor Rose Khalida tidak ada masalah untuk mengandung. Dan Ilham tak tahu pun perkara ini.

“Ada bidan kat kampung pandai berurut supaya mudah lekat, nak cuba? Kalau nak esok mak bawa Lida ke rumahnya. Nak?” sambung mak lagi. Khalida tersenyum. Mak pun tak sabar nak tengok Khalida mengandung rupanya. Mak nie lawak lah, siap suruh berurut lagi.

“mak terima papa, lida pun tak perlu susah hati lagi, jadi mudah lah Lida mengandung selepas ini,” kata Khalida sambil memegang tangan mak.

“Ke situ pula kamu ni, Lida!” balas mak.

“Betul apa kata Lida ni,” pujuk Khalida lagi.

Mak terus diam sehingga sampai ke rumah. Kereta Datuk Razali tersadai di depan rumah mereka.

“Papa datang tu mak,” kata Khalida terus keluar dari kereta. Ambil barang-barang yang dibeli tadi terus masuk ikut pintu dapur. Begitu juga dengan mak. Rupanya bukan papa tetapi nenek, Ku Salbiah yang datang. Datang bersama Juhana, adik ipar Khalida. Sebaik saja Juhana nampak Khalida, terus dia datang dan memeluk Khalida dengan erat.

“Bila akak nak balik, rindu lah nak gaduh dengan akak!” kata Juhana. Khalida tersenyum.

“Esok lusa balik lah!”jawab Khalida. Memang nak balik pun, risau hal pejabat. Mak datang sambil membawa air kopi bersama cucur pisang.

“Jemput minum, puan!” pelawa Puan Naimah. Ku salbiah mengangguk.

“Imah, maafkan mak cik, sebab hina Imah dan keluarga Imah dulu. Mak cik tahu hati imah masih terluka dengan kata-kata mak cik dan pak cik kau dulu. Kami bukan saja menghalang hubungan kau dengan razali tetapi turut menghina kau dengan keluarga kau, sebab itu kau tak nak terima razali sekarang,” ucap Ku Salbiah. Khalida memandang wajah mak dan nenek. Patutlah mak tak nak kahwin dengan papa. Hati mak masih terluka rupanya.

“Saya tak kisah kena hina, puan. Tetapi hati saya sakit sangat apabila puan dan keluarga pun hina Khalida dulu. Dia satu-satunya anak perempuan saya. Sejak kecil dia hidup susah kerana saya, tak dapat kasih sayang saya kerana sejak kecil berpisah jauh dengan saya, tetapi bila puan dan keluarga puan hati saya sakit sangat!” luah mak. Mata mak bergenang dengan air mata. Oo, kerana aku rupanya bukan kerana kisah lama.

“Mak, Lida dah bahagia sekarang. Nenek dah keluarga nenek dah sayang saya, sayang sangat. Mak patut lupakan segala penderitaan kita. Buang yang keruh ambil yang jernih, mak!” pujuk Khalida sambil datang ke arah Puan Naimah.

“Betul kata Khalida tu, Imah. Mak cik datang untuk menyambung kisah cinta lama yang masih subur di hati anak lelaki mak cik tu,” luah Ku Salbiah.

Harap pujukan dari nenek boleh melembutkan hati mak kali ini. Khalida terus tinggalkan mak, nenek dan Ku Salbiah.

“Lida, datang sekejap!” panggil Ilham sambil mengamit Khalida keluar dari rumah. Apa hal pulak nie?

“Kenapa, bang?” soal Khalida ketika mereka sampai di bawah pohon cempedak.

“Mama buat laporan polis, katanya Lida dan mak pukul dia dan Zura, betul ke?” soal Ilham. Cepatnya Datin Rinie buat tindakan. Aku tak takut sebab ramai orang kampung melihat tadi. Dan orang kampung semua baik dengan keluarga kami. Boleh lah jadi saksi kami.

“Kah kah kah,” khalida ketawa kuat sekali.

“Lida nie suka buat abang susah hati, kalau jadi apa-apa kat Lida, siapa yang susah, abang juga yang susah nanti. Satu lagi kena ingat, mana tau dalam perut tu ada isi ke, tak ke haru tu,” kata ilham, bimbang akan keselamatan Khalida dan mak mentuanya.

“Orang dalam rumah ini sebut 44 kali, sahih Lida mengandung!” kata Khalida sambil memeluk badan Ilham. Selesa dapat peluk suami tercinta.

“Lida, mama dan Zura tu sanggup buat apa saja lah, Lida tak takut ke?”

“Takut atau tak takut, dia orang tetap ganggu kita. Jadi sebelum dia orang pukul Lida dan mak, baik kami pukul dulu dia orang tu,” jelas Khalida.

“Lida pukul mama?”

“Bukan. Mak yang pukul mama. Lida pukul Zura,” lalu diceritakan apa yang berlaku di pasar tadi.

“Lida ni...,” kata Ilham. Geram sangat dengan sikap Khalida hari ini.

“Abang tahu, nenek tengah pujuk mak kat dalam tu. Rasanya kali ini berjaya kut!” beritahu Khalida.

“Alhamdulillah, harap-harap berjaya. Lida, boleh tak kalau nak ke mana-mana, beritahu abang, dan biar abang yang jaga Lida,” pesan Ilham. Bimbang sangat kali ini.

“Lida, boleh jaga diri Lida lah, tak usah risau!”

“Kenapa susah sangat nak ikut cakap suami Lida sendiri,” kata Ilham sambil menarik telinga Khalida.

Previous: BAB 48
Next: BAB 50

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.