Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 50

“Okey lah, Lida ikut cakap abang!” kata Khalida mengalah. Terpaksa mengalah sebenarnya.

“Hah, tak usah asyik berasmara, bekalan air terputus pula nie, nenek suruh angkut air di perigi,” beritahu Apul yang datang ke arah mereka berdua. Khalida kerutkan mukanya.

“Yang, ingat tak kenangan kita dulu?” soal Ilham. Waktu itu mereka masih bermusuh. Khalida mengangguk.

“Orang perempuan tak usah lah nak angkut air tu, biar orang lelaki saja yang buat,” jerit Nenek tiba-tiba saja.

“Abang dan Apul kena angkut air. Ajak Adli sekali,” kata Khalida sambil tersenyum. Tetapi suami aku ini pandai ke angkut air perigi tu.

Kaum lelaki sibuk mengangkut air di perigi, tetapi sejak dari tadi terdengar gelak ketawa adik-adiknya dengan suaminya. Mesti ketawakan Ilham lah tu. Biarkan saja. Khalida sibuk masak untuk makan sekejap lagi. Bantu mak yang sebenarnya. Mak masak masakan kampung saja tengah hari ini. Wajah mak tenang saja, niat hati macam nak tanya keputusan mak. Nenek dan Ku Salbiah rancak berbual di ruang tamu. Entah apa yang mereka bualkan. Mujurlah hati nenek tidak berdendam dengan Ku Salbiah sekeluarga kalau tidak entah apa yang akan berlaku.

Tengah hari ini, lagi meriah sebab boleh berkumpul dengan dua buah keluarga. Nenek Ku Salbiah dan Juhana berselera makan air tangan mak. Ilham lagi lah. Ilham ini mudah, biar pun orang bandar tetapi masakan orang kampung, dia makan semua, sikit pun tak ada masalah.

Selesai solat zohor, Ku Salbiah dan Juhana berangkat pulang. Keputusan mak tak ada siapa pun yang tahu. Nenek pun tak cakap apa-apa.

“Lida, teman abang mandi,” jerit ilham. Hanya pakai kain pelikat dan kain tuala pula tergantung di bahu saja.

“Abang, siang pun takut ke?” tanya Khalida. Cadang nak berehat saja, letih sangat basuh pinggan tadi.

“Jom lah, tak tahan dah nie, panas!” sambung Ilham. Khalida ikut juga dari biarkan Ilham bising di atas tangga.

“Sebenarnya nak cipta kenangan manis dengan Lida kat sini,” terus Ilham tutup bilik air dan kunci dari dalam.

“Abang nak buat apa ni?” soal Khalida cemas juga dengan sikap Ilham. Ilham naikkan air perigi yang dingin itu ke atas. Khalida sudah gelisah apabila Ilham asyik memandangnya. Mahu saja dia berlari keluar tetapi Ilham lebih pantas menarik tangan Khalida dekat dengan badannya. Dipegang Khalida dengan kuat, lalu sebelah tangan tadi terus mencapai baldi kecil yang berisi air lalu dicurahkan kepada seluruh badan Khalida. Basah Khalida dibuatnya. Terus Khalida menjerit kuat.

“Abang nie, habis basah baju Lida lah!” marah Khalida . Rambut Khalida turut basah. Habis lah aku, nanti kalau adik-adik aku nampak, kena ejek pula lah.

“Ha ha ha.. comel lah Lida!” kata Ilham riang. Khalida merampas baldi kecil di tangan Ilham. Kasar pula tu. Lalu Khalida masukkan baldi ke dalam perigi. Air di naikkan dengan pantas.

“Abang, tunggu yer!”

“Lida, jangan lah. Abang janji tak buat lagi,” pinta Ilham. Sengaja sebenarnya.

“Jangan harap!” terus Khalida curahkan air ke badan Ilham.

“Oo, main kasar yer!” kata Ilham sambil menarik Khalida dalam pelukannya. Terus diciumnya pipi Khalida berkali-kali.

“Abang nie, tak malu ke?” kata Khalida cuba menolak rangkulan Ilham namum tidak berjaya.

“Lepas lah!” jerit Khalida. Kalau Khalida menjerit memang kuat lah suara Khalida tu.

“Lida, ilham, buat apa dalam bilik air nih?” tegur nenek dari luar. Hah? Tengok nenek dah dengar pun.

“Lepas lah!” ronta Khalida tidak Ilham buat tidak tahu saja. Aku tak kisah pun.

“Lida beritahu nenek, nak?” ugut Khalida, Ilham tetap tidak lepaskan Khalida.

“Tak kisah pun!”

“Okey, nek...,” terus Ilham lepaskan Khalida dan Khalida membuka kunci pintu.

“Budak-budak nie, kat bilik air pun jadi kerja. Tak sempat nak tunggu malam ke?” ujar nenek sambil tersenyum.Dia orang ini masih dalam tempoh berbulan madu.

“Lida tu tak nak layan saya nenek, dia suka mengelak!” luah Ilham.

“Hish, Lida nie, kalau tak layan Ilham, macam mana nak cepat mengandung. Lagi pun Lida tu isteri, tanggungjawab isteri kenalah layan suami,” berleter nenek membuatkan muka Khalida merah saja. Sempat dia menjeling ke arah Ilham. Ilham ketawa berdekah-dekah.

“Abang yang buang tabiat, nek!” jawab Khalida geram. Ini baru dengan nenek. Tak terserempak dengan adik-adiknya lagi.

Khalida cepat-cepat masuk ke dalam biliknya dengan keadaan basah. Terserempak dengan mak dan shima. Khalida tak layan pun. Shima tersenyum kepadanya.

“Boleh tahan juga abang am nie, romantik juga rupanya!” kata Shima.

“Romantik lah sangat!” balas Khalida. Siap salin baju tshirt dan kain batik yang Khalida pakai, dia terus mengambil kain tuala untuk lap rambutnya. Ilham masuk ke dalam bilik.

“Ada hikmah juga bekalan air terputus, abang boleh bermandi-manda dengan isteri kesayangan abang!”usik Ilham sambil membelai rambut Khalida yang basah.

“Abang datang sini nak jalankan misi abang atau pun misi papa nie?” soal Khalida terus kuncikan pintu bilik. Tak mahu adik-adik mendengar perbualan mereka berdua.

“Dua-dua abang nak,”

“Buat satu-satu lah. Jangan tamak!”

“Lida, ada 11 bulan saja lagi, kalau tak berusaha sungguh-sungguh, habis kita nanti,”

“Abang jangan buat Lida stress boleh tak?” wasiat apa lah yang atuk buat nie, buat kita orang tertekan saja. Stress!

Selepas solat isyak malam ini, mak panggil Ilham dan Khalida berjumpa di ruang tamu. Ada perkara penting mak nak cakap kepada mereka berdua.

“Mak nak tanya kamu berdua, sebab hal ini ada kaitan dengan kamu berdua!” kata mak dengan tegas sekali.

“Ada apa mak?” soal Ilham terlebih dahulu. Khalida lebih selesa duduk di sebelah Puan Naimah. Ilham duduk seorang diri berhadapan dengan mereka berdua.

“Kamu memang tak kisah kalau mak berkahwin dengan papa kamu, Ilham?” tanya Puan Naimah.

“Maksud mak?” tanya. Ilham

“Khalida ini anak mak, Ilham. Anak kandung mak. Dan Ilham pula anak kandung datuk razali? Kamu tak kisah ke bila orang bercakap tentang keluarga kita nanti?” soal Puan Naimah lagi.

“Kah kah kah.. “ketawa Ilham membuatkan Puan Naimah terkejut.

“Abang nie, mak tanya lah!” pintas Khalida.

“Khalida isteri saya mak, dan saya cintakan dia. Antara kami yang terjalin adalah hubungan suami isteri saja,” jelas Ilham.

“Lida pula. Lida tak kisah ke?”

“Mak nie, Lida tak kisah pun. Abang tu suami Lida, bakal ayah kepada anak-anak Lida. Mak dan papa pula tetap jadi nenek dan atuk kepada anak-anak kami nanti,” jelas Khalida sambil mengenyitkan mata ke arah suaminya.

“Mak nak tengok anak-anak bahagia. Itu saja. Antara mak dan papa kamu semuanya sudah berakhir. Jodoh kami dah tiada!” tegas Puan Naimah.

“Tetapi papa masih cintakan mak!” pertahan Ilham pula.

“Mak dah cukup bahagia sekarang, Am. Biarlah cinta itu jadi kenangan antara kami saja,” sambung Puan Naimah lagi.

Itu lah keputusan dari hati mak. Keputusan nekad dari seorang wanita.

Previous: BAB 49
Next: BAB 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.