Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 47

Hari ini nak selesai banyak benda. Nak kena masuk ofis, sebab nak adakan mesyuarat dan untuk mengetahui kenapa pelanggan banyak yang melarikan diri. Apa yang tidak kena sebenarnya?

Subuh sudah 10 minit berlaku, tetapi enche abangnya ini masih memeluk pinggangnya dengan erat. Sudah banyak kali dia menarik tangan Ilham tetapi tidak berjaya.
“Abang tau dah subuh, Lida ada banyak benda nak buat pagi nie,” kata Khalida sambil memandang wajah suaminya yang hampir sangat dengan batang hidung Khalida.
“Kejap lah, lima minit lagi!” kata Ilham membuatkan Khalida geram saja. Diangkat tangan Ilham tetapi tidak berjaya.
“Abang pilih, nak lepas atau Lida menjerit dalam bilik nie,”
“Jerit lah, abang tak kisah!” kata Ilham. Khalida terus menjerit nyaring tidak pedulikan ahli keluarganya. Ilham memekup mulut Khalida dengan tangannya.
“Apa lah Lida nie,” kata Ilham terus lepaskan Khalida serta merta.

Khalida cepat-cepat melarikan dirinya ke dalam bilik air. Dua puluh minit dalam bilik air. Bila dia keluar Ilham masih lagi terlena di atas katil.
“Abang tak masuk ofis?” soal Khalida, terus ambil sejadah dan kain telekung. Nampak gayanya tak boleh tunggu suaminya itu untuk solat jemaah bersama pagi ini.
“Abang!” jerit Khalida lagi. Sengaja Ilham tidak menjawabnya. Atau masih terlena lagi.

Selesai solat Khalida datang semula ke katil, gerakkan bahu Ilham, pun tidak berjaya. Lalu dimainkan telinga kanan Ilham, hidung dan dagu semuanya, pun masih tidak berjaya. Liatnya pagi ini.
‘Bangun lah, kita pergi sekali ke ofis. Abang kena ada di mesyuarat pagi ni,” pujuk Khalida. Ilham buat tidak tahu saja.
“Papa tak masuk ofis pagi nie, tinggal Lida saja kalau abang tak pergi,” sambung Khalida. Jari telunjuk Ilham menunjukkan pipi kanannya dan Khalida memahaminya maksud suaminya itu. Terus dikucup pipi Ilham . Dapat saja ciuman Khalida, Ilham terus bangun. Mandi dan bersolat. Malah dia siap lebih awal dari Khalida yang belum memakai tudung.
“Cepat lah, abang tak nak tunggu Lida pagi nie,” kata Ilham. Pulak??? Aku boleh tunggu dia tadi, dia buat pulak kat aku. Khalida menjeling tajam sambil mengambil beg tangannya.
“Abang boleh biarkan sepupu-sepupu abang dan mak saudara abang makan duit syarikat, abang buat apa?” luah Khalida, sakit hati sebab dia boleh buat tak ada apa berlaku.
“Hmm..,” keluh Ilham. Marah kat aku sebab aku marah dia tadi. Dapat isteri garang dan kasar, nasib lah Ilham ooi.
“Yang, tak usah lah stress, benda macam nie abang boleh selesai lah. Nak selesaikan masalah abang dan sayang tu yang susah,” pujuk Ilham sambil membuka pintu kereta kepada Khalida. Sejuk hati Khalida mendengarnya.
“Berpuluh-puluh ribu kut duit tu,” perlahan saja suara Khalida. Pilihan Ku Ibrahim jangan disangkalkan. Kini Ilham sedar mengapa Ku Ibrahim mahu sangat dia berkahwin dengan Khalida. Satu mungkin kerana papa dan mak Khalida. Kedua, memang layak pun Khalida berada di sisinya.
“Duit abang boleh cari, Khalida tu yang susah nak dapat, nak kena pujuk rayu, nak kena jaga selalu, nanti mengamuk pula,” luah Ilham. Tangan kanan Khalida dicapai dan digenggamnya erat.
“Tahu tak apa, maaf lah yer, sebab isteri abang jenis yang kasar..,”
“Kasar ke macam nie, nampak mengada-ngada, manja dan gedik tu yang banyak sejak jatuh sakit ni,”

Perangai berubah sikit sejak jatuh sakit. Hati perempuan orang cakap seperti kerak nasi, kena air, lembut lah kerak itu. Ilham dah banyak ubah perangai Khalida. Ilham pun sama, kalau dengan Khalida, semua sanggup lakukan.
‘Lida hormat abang lah, dengan suami mana boleh cakap kasar, nanti abang cakap Lida derhaka pula kat abang,” bela Khalida. Setahun lebih dimanjai oleh Ilham, buat hati Khalida yang keras seperti batu itu, cair seperti salji saja.
“Yer ker?”
“Ha..,” kereta Rifky kan? Dengan siapa tu?
“Atau Lida sayang abang? Jadi kerana abang Lida jadi macam nie?” dengar tapi mata lebih tertumpu kepada kereta Rifky di hadapan kereta mereka berdua.
“Abang kejar kereta tu dan Lida nak suruh pemandu tu berhenti kereta,” arah Khalida.
“Nak buat apa pulak nie?”
“Rasa macam Rifky lah!”

Ilham mengekori kereta Rifky dan mengejarnya. Sampai di satu selekoh, Ilham menyuruh Rifky berhentikan kereta. Ilham pun memang nak jumpa Rifky sangat.
“Ilham!” jerit Rifky sambil keluar dari keretanya. Begitu juga dengan Ilham dan Khalida.
“Jumpa juga kau akhirnya,” kata Ilham sambil berjabat tangan dengan Rifky. Khalida menghampiri suaminya sambil tersenyum.
“Ya ALLAH, Lida dah boleh jalan, syukur alhamdulillah!” ucap Rifky membuatkan Ilham dan Khalida tertanya-tanya.
“Yup, dia dah boleh jalan, tapi nak cakap terus terang, dia dah jadi hak aku. Tu dalam perut dia, dah ada anak aku,” kata Ilham sambil memandang wajah Khalida yang merah kemerahan. Tapi Khalida tak kisah pun Ilham cakap begitu.
“Dah agak dah, sebab tu saya tak nak tunggu awak, Lida. Nampak hari tu awak akan jatuh kat tangan mamat nie,” kata Rifky sambil tersenyum.
“Tak usah lah tunggu saya, suami saya nie dah ambil jiwa raga saya dah pun!” gurau Khalida. Saya nie dah serah semua kat Ilham nie ha.
“Ha ha ha...,” Rifky ketawa bahagia. Doa ku sentiasa mengiringi kebahagiaan mu, Khalida.
“Siapa tu?” soal Khalida apabila seorang perempuan berdarah baba dan nyonya keluar menghampiri mereka. Tetapi perempuan itu memakai tudung dan berpakaian baju kurung.
“Isteri. Baru dua bulan kahwin. Tapi perlu masuk islam sebab dia nie agama islam lima tahun yang lalu,” jelas Rifky sambil menarik tangan isterinya yang comel itu. Sebenarnya Rifky masuk islam sebelum berkahwin dengan Hajar lagi.
“Alhamdulillah, tapi saya sokong awak berkahwin sebab kalau tunggu Lida nie buat penat saja..,” ujar Ilham sambil menepuk bahu Rifky.
“Ha ha ha.. “ ketawa Rifky.

Khalida dan Hajar bersalaman dan sempat berpelukan lagi. Lama berbual di tepi jalan sebelum Khalida sedar mereka harus segera sampai ke pejabat kerana ada mesyuarat jam 8.30 nanti.
“Boleh kita jumpa lagi selepas ini, lagi pun saya akan berurusan semula dengan syarikat awak, Ilham!” kata Rifky. Dulu tinggalkan syarikat Ilham sebab Khalida tiada, sekarang boleh lah berkerjasama kembali.
“Kau tinggal dulu sebab Khalida lah nie?” teka Ilham. Aku dah cup dulu, jadi kau jaga isteri kau sudah lah.
“Tak, sebab kau pun tak ada, asyik kepit dengan Khalida!” balas Rifky.

Selesai urusan pejabat, Khalida terus bertolak ke kampung sendirian. Tetapi mengapa kali ini rasa pelik sangat balik kampung tanpa suami menemaninya. Kali pertama mereka berjauhan selepas berkahwin semula. Selalu Ilham bersama dia, kali ini???? Teruknya menahan rindu kat suami tercinta. Itu lah dulu benci sangat, sekarang dah jadi macam ini.

Sepanjang perjalanan Khalida tersenyum mengenangkan kenangan-kenangan dia bersama Ilham. Bergaduh macam nak perang dunia ke tiga saja, tetapi sekarang tengok lah apa terjadi.
“Lida, abang dalam perjalanan ke kampung. Tak boleh lah, asyik teringat kat Lida saja..,” telefon Ilham ketika dia sudah sampai di halaman rumah mak. Pemandu Datuk Razali yang menghantarnya. Jam pun sudah menunjukkan ke angka 8.30 malam.
“Ha ha ha.. padan muka abang!” ketawa Khalida, buat-buat tidak rindu, dalam hari seronok sangat bila mendengar pengakuan Ilham.
“I miss you, sayang!”
“Lida tak rindu pun kat abang!”
“Lida nie susah nak mengaku, abang cubit mulut tu baru tau!”
“Lali kali cubit masa Lida ada di depan abang!”
“Lida tunggu kat rumah mak, nanti abang sampai, siap Lida!”

Aduhai dia datang lagi lah susah nak selesai masalah mak. Dia tu dari pihak lelaki, kalau pihak lelaki ada sekali macam mana nak pujuk mak. Memang nak dia di sisi tapi sekarang kenalah tahan perasaan rindu tu.

Selepas memberi salam, mak datang membuka pintu, dan mak seperti selalu menyambut kedatangan Khalida dengan sebuah senyuman. Khalida meninjau ke belakang, nampak muka Ayien, Apul dan Ariff. Ariff saja yang tersenyum kepadanya, Apul dan Ayien masam mencuka.
“Kak dah balik dan kak pun setuju mak kahwin dengan Datuk Razali!” kata Ariff sebaik saja khalida letak beg di atas meja.
“Pulak, dulu bukan kak tak suka ke” celah Apul. Khalida tersenyum.
“bawa bertenang adik-adik, akak nak mandi, nak solat terlebih dahulu, nanti kita berkumpul dan berbincang yer,” kata Khalida sambil mencubit pipi Ayien yang memandangnya.

Lida, Lida, selalunya kau yang faham perasaan dan hati mak.

Previous: BAB 46
Next: BAB 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.