USAI
selesai menyimpan beg pakaian, Iqram terus menutup boot kereta. Dia menoleh ke arah Maira. “Ada apa-apa yang
tertinggal ke?”
“Tak
ada.” Maira menjawab ringkas.
Iqram
dan Maira membolos masuk ke dalam perut kereta BMW 3 Series. Enjen kereta
dihidupkan, lalu kereta it uterus memecut pergi meninggalkan perkarangan Hotel
Seri Malaysia itu.
Maira
menoleh ke arah Iqram. “Err… bos?” tegurnya.
“Hmm?”
balas Iqram.
“Bos
dah okey ke? Bos rasa sakit perut lagi tak?” tanya Maira, mempamer sikap
prihatin akan kesihatan ketuanya itu.
“Alhamdulillah,
sakit gastrik tu dah semakin kurang. Lepas makan bubur ayam yang awak beli tu,
saya terus makan ubat gastrik,” balas Iqram.
Maira
menghela nafas lega. “Alhamdulillah.”
“Awak
risaukan saya ke, Maira?” tanya Iqram ingin tahu.
Maira
spontan mengangguk laju. “Mestilah, bos! Saya betul-betul risaukan bos tau. Bos
nak tahu tak, saya betul-betul terkejut bila tengok bos terbaring atas katil.
Hampir gugur jantung saya dibuatnya,” balasnya beria-ia.
Iqram
tergamam. Terkejut demi mendengar kata-kata itu. “Awak risaukan saya, Maira?”
Sukar dia hendak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya itu.
“Yalah,
saya risaukan bos tau! Kalau apa-apa berlaku pada bos, macam mana?” balas Maira
lagi.
Iqram
tersenyum. Ada bunga-bunga bahagia mula tumbuh di hati. “Kenapa awak nak kena
risaukan saya pulak?” soalnya.
Maira
terus terdiam. Terkelu lidahnya hendak membalas soalan cepumas itu. “Err…”
Hisy, macam mana boleh terlepas cakap ni? Sebelum Mr. singa ni bertanya lebih
lanjut lagi, baik kau ubah topik perbualan sekarang! “Bos, saya nak minta maaf
pasal malam tadi. Saya tahu saya dah buat salah pada bos. Saya tak patut rampas
kunci kereta bos. Saya juga tak patut sumbat bubur ayam tu ke dalam mulut bos.
Maafkan saya, ya?” Dia berkata beria-ia.
Iqram
tersenyum. “It’s ok Maira, never mind.Awak
buat semua tu demi kebaikan saya. Kalau awak tak ada, entah apalah yang akan
terjadi pada saya. Saya betul-betul berterima kasih pada awak, Maira. Atas
bantuan awak, saya dah kembali pulih seperti sedia kala,” katanya.
Sekali
lagi Maira menarik nafas lega. “Syukur alhamdulillah!”
“Tapi…”
Berkerut
dahi Maira. “Tapi apa, bos?”
“Lain
kali jangan buat macam tu lagi tau! Saya jadi gerun bila tengok sikap awak tu,”
kata Iqram beria-ia.
Maira
tergelak. “Oh, bos rasa gerun ya? Tulah… jual mahal sangat dengan saya kan?
Saya nak tolong, tapi bos tolak mentah-mentah. Saya gunalah cara jahat. Haa…
hebat tak? Ada gaya macam Adolf Hitler tak?” balasnya dengan muka selamba.
Iqram
hanya menggeleng. “Macam-macamlah awak ni, Maira! Macam Adolf Hitler ya? Hmm…
adalah sikit-sikit. Terjangkit dengan sikap kejam dia kot.” Sempat lagi dia
mengutuk Maira.
Buntang
mata Maira demi mendengar sindiran Iqram. Mukanya cemberut. Muncungnya pula
sudah ke depan. “Bos! Hisy, bos ni memang jahat tau!” protesnya dengan muka
geram.
Iqram
terus ketawa. Geli hati dengan reaksi gadis itu.
“MAIRA, kita dah sampai!” Iqram
memusingkan badannya menghadap figura Maira. Dia mengeluh sambil menggeleng
demi melihat telatah gadis itu. “Laa… tidur rupanya? Dia ni asyik tidur aje
tau. Dah macam kartun Snow White pulak.” Dia membebel sendirian.
“Maira…
Maira…” Dia menggoyang lembut figura Maira. Hendak mengejut gadis itu bangun.
Namun langsung tiada tanda-tanda untuk gadis itu akan sedar dari lenanya. Dia
terus lena sambil ditemani mimpi-mimpi indah. Dia berdecit seketika. “Erk, dia
ni tidur mati ke apa?”
Iqram
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Aduh, nak buat macam mana ni ya?”
desisnya sendirian.
Wajah
Maira ditenung seketika. Terselit satu rasa aneh di ruang hatinya. Demi melihat
wajah itu, hatinya terasa berdebar-debar. Jantungnya kembali berdegup kencang.
Irama cinta mula mengetuk pintu hatinya. Dia tersenyum. “Kenapa saya baru sedar
yang awak ni sebenarnya comel orangnya, Maira?” desisnya tanpa sedar.
Tiba-tiba
Maira mengeliat. Sedikit demi sedikit, matanya mula terbuka. Iqram tersentak.
Serta-merta dia membetulkan duduk. Dia menayang riak wajah selamba, seolah-olah
tiada apa-apa yang berlaku.
Bola
mata Maira terarah ke arah figura Iqram. “Kita dah sampai ke, bos?” tanyanya
mamai-mamai.
Iqram
tersenyum. “Ya, kita dah sampai.” Dia menjawab dengan suara gugup.
“Oh!
Kenapa bos tak kejutkan saya?” balas Maira sambil memisat-misat anak matanya.
“Err…
saya dah kejut awak, Maira. Tapi awak tu yang liat nak bangun. Agak-agaknya,
awak dah tergigit buah epal beracun dari ibu tiri awak kot.” Dia memerli Maira.
Siap menayang muka selamba badak lagi.
“Hisy,
bos ni… ke situ pulak. Kita bukan dalam cerita dongeng Snow White tu tau. Untuk
pengetahuan bos, sebelum saya makan buah epal beracun tu, awal-awal lagi saya
dah karate-do mak tiri saya tu. Baru padan dengan muka dia. Nak sangat buat
jahat dengan saya kan? Rasakan!” Dia mula berloyar buruk.
Kening
Iqram terjungkit sebelah. “Macam mana awak tahu mak tiri awak tu nak bagi awak
makan buah epal beracun?” tebaknya lagi.
“Dah
nama pun mak tiri, bos. 9 daripada 10 orang mak tiri kan memang jahat,
termasuklah mak tiri Snow White. Sebab tulah saya tak akan makan epal beracun
tu. Saya tahu mak tiri saya tu nak racun saya.” Sekali lagi Maira buat ayat
loyar buruknya.
Tawa
Iqram terus terburai. Hatinya digeletek rasa lucu demi mendengar gurauan itu.
“Dahlah tu, Maira. Cukup-cukuplah buat ayat loyar buruk awak tu. Sakit perut
saya tau sebab asyik ketawa terbahak-bahak aje.”
Maira
hanya tersengih menayang barisan giginya. “Okeylah bos, saya turun dulu ya.
Lagi lama saya dalam kereta bos, lagi bahaya.”
Berkerut
dahi Iqram. “Kenapa pulak?” tanyanya dengan muka hairan.
“Yalah…
tak pasal-pasal ada berduyun-duyun lebai berserban putih datang ketuk cermin
tingkap kereta. Nanti kita kena tangkap basah pulak. Hisy, tak naklah saya
kahwin dengan bos!” balasnya selamba.
Iqram
tergelak. “Awak ni Maira, ada-ada aje.”
Maira
tergelak. “Okeylah, saya keluar dulu ya.”
Iqram
hanya mengangguk.
Belum
sempat Maira membolos keluar dari perut kereta, tiba-tiba kedengaran suara
Iqram menegurnya.
“Maira?”
tegur Iqram.
Maira
seraya mengalihkan pandangannya ke arah figura Iqram. “Ya, bos?”
Iqram
mengukir senyuman. “Selamat malam, Maira. Terima kasih sebab dah tolong saya.
Jaga diri awak tau. Jumpa esok,” katanya beria-ia.
Maira
tersenyum. “Selamat malam, bos. Ala… no
hal la. Hari ni hari bos, esok lusa hari saya pulak. Bos tu pun sama, jaga kesihatan diri. Jangan skip waktu makan,” balasnya
bersungguh-sungguh.
Iqram
tergelak. “Okey, lady boss!” usiknya.
Buntang
mata Maira. Lady boss? Ha ha ha…
ada-ada aje bos aku ni tau! “Okeylah, selamat malam bos. Bye… assalamualaikum!” ucapnya seraya membuka daun pintu kereta.
“Bye…waalaikumusalam,” jawab Iqram.
IQRAM memandu tenang kereta BMW 3 Series
miliknya membelah lebuh raya untuk pulang ke rumahnya yang terletak di
Putrajaya. Sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumah, hanya wajah Maira sahaja
terbayang di mata.
Dia
tersenyum. “Kau ni sebenarnya baik orangnya kan? Walaupun otak kau tu dah biul,
tapi hati kau ikhlas. Kau tetap tolong aku walaupun dah bermacam-macam perkara
aku buat pada kau. Aku denda kau, aku bebel kat telinga kau, tapi kau tetap tak
kisah,” gumamnya sendirian.
Fikirannya
menerawang mengingati peristiwa sewaktu di Kedah. “Kalaulah kau tak paksa aku
makan, entah apalah yang akan berlaku pada aku, Maira? Nasib baik kau ada tau,”
gumamnya lagi.
“Eh?”
Seakan baru tersedar sesuatu, Iqram segera menampar kedua-dua belah pipinya.
“Kau ni dah kenapa, Iqram? Tiba-tiba aje kau teringatkan Miss selamba tu,
kenapa?” Dia mula keliru dengan tingkah laku sendiri.
“Maira…”
Sebaris nama itu meniti di bibir, garis senyumannya semakin melebar. Dia
tergelak kecil, lalu menggeleng. “Kau dah buat apa kat aku ni, Maira? Setiap
masa aku asyik teringatkan kau aje tau.”
Tiba-tiba,
jantungnya berdegup kencang. Detak nafasnya semakin tidak sekata. Debaran di
hatinya semakin laju. “Eh, apahal ni?”
Iqram
menarik nafas panjang, lalu menghembus keluar secara perlahan-lahan. Sedaya
upaya dia cuba menenangkan emosi dirinya. “Tenang Iqram, tenang. Jangan gelabah
tak tentu hala, okey?” Dia cuba memujuk hatinya supaya menjadi lebih tenang.
Gagal!
Dia berdecit. “Aduh, dah kenapa dengan aku ni?” desis Iqram semakin resah.
Ponnn!!!
Bunyi
hon yang datangnya dari arah kereta belakang, sekali gus mematikan lamunan
Iqram. Dia tersedar semula ke alam nyata. Berulang kali dia beristighfar
panjang demi menyedari ketelanjurannya. “Jauhnya kau termenung, Am!
Astagfiurlah al-azim!” Lalu, cepat-cepat dia melajukan keretanya.
Sekali lagi bayangan wajah Maira
menerpa ruangan matanya. Erk? “Kau nilah… tak habis-habis nak muncul kat depan
mata aku ni? Kau tak ada tempat lain nak pergi ke hah?” Dia membebel dengan
suara geram.