“HISY!
Aku
belum pernah jumpa bos sekejam Mr. singa tu tau. Nak pergi makan tengah hari
pun, tak boleh ke? Apa, tak tahu ke perut aku ni tengah berdendang lagu lapar?”
bentak Maira. Tidak puas hati dengan tindakan ketuanya itu. Arahan
umpama petir berdentum menyambar dada langit itu masih tersemat di kotak
fikirannya. Hah, satu denda yang tidak logik!
“Sebagai
denda awak datang lewat ke tempat kerja, awak dilarang keluar makan tengah hari
pada hari ni.”
Hidayah
yang kebetulan melalui meja Maira, terhenti sejenak di situ. “Mai?” tegurnya.
“Hmm?”
balas Maira dengan senyuman hambar.
“Kau
tak keluar makan tengah hari ke, Mai? Bukan ke selama ni, kaulah manusia pertama
yang keluar dari pejabat bila tiba waktu makan tengah hari? Tapi hari ni, kau
masih bertelaku di meja? Dunia ni dah jadi terbalik ke apa?” tanya Hidayah
dengan muka hairan.
Maira
menjeling geram. “Kau ni apahal? Nak menyindir akulah tu!” bentaknya.
Hidayah
tercengang. “Bila masa pula aku nak menyindir kau? Apa yang kau merepek ni,
Mai?” balasnya dengan muka terpinga-pinga.
“Tolong
jangan tanya soalan sengal macam tu, boleh tak? Hati aku ni tengah menggelengak
marah dengan Mr. singa tu tau! Janganlah menambah lagi!” herdik Maira bengang.
“Kenapa
pula? Dia buat apa kat kau?” tanya Hidayah ingin tahu.
Maira
menarik muncung panjang. “Kau tahu tak, dia tak benarkan aku keluar makan
tengah hari tau,” rengeknya bagaikan anak kecil.
Ternganga
mulut Hidayah. Berkerut-kerut dahinya tanda hairan. “Laa… kenapa pula?”
“Haa…
ni yang buat hati aku sakit, Dayah! Sebab aku lewat ke tempat kerja, dia
kenakan denda macam tu pada aku. Alasan yang paling sengal pernah aku dengar
tau!” balas Maira geram.
Hidayah
tergelak. Geli hati dengan alasan itu. “Laa… ya ke? Kartun betul alasan Mr.
singa tu ya.”
Maira
terlongo. “Yang kau ketawakan aku tu, kenapa? Hati aku ni tengah sakit tau!”
bentaknya.
Hidayah
pamer senyum sinis. “Padan dengan muka kau, Mai! Tulah… lambat lagi. Kan tak
pasal-pasal dah kena dengan dengan Mr. singa. Siapa suruh cari pasal? Sendiri
buat, sendiri tanggunglah!” herdiknya dengan muka selamba.
“Dayah!”
bentak Maira. “Kau pun sama macam Mr. singa tu tau! Dua kali lima aje!”
“Laa…
tak betul ke apa yang aku cakap ni? Siapa suruh kau datang lambat? Kau kan dah
tahu betapa ‘singa’nya perangai Encik Iqram tu, tapi kau buat jugak. Jawabnya,
padan dengan muka ajelah!” sindir Hidayah lagi.
“Jahatlah
kau ni, Dayah! Kau sepatutnya berada di pihak aku, bukannya menyokong dia!”
bentak Maira tidak puas hati.
“Ada
aku kisah?” sindir Hidayah dengan muka selamba badak. Meletus tawanya dek geli
hati dengan gelagat Maira. Sungguh mencuit hati!
Maira
membuntang mata. “Dayah!”
Hidayah
terus ketawa.
Maira
menggigit bibir tanda geram. Hisy, dia siap ketawakan aku lagi. Tak guna punya
kawan, hampeh! Memang nak kena penendang maut ni! Argh! bebel hatinya semakin
bengang.
“Dahlah,
malas aku nak layan kau! Aku nak keluar makan ni. Haa… kau nak tapau apa-apa
tak? Kesian pulak aku kat kau, Mai. Karang, tak pasal-pasal kau jadi kebulur
tahap maksimum pulak.” Sempat lagi Hidayah menyindir kawan baiknya itu.
Maira
menoleh ke tempat lain, tanda protes. “Tak nak!”
Sebelah
kening Hidayah terjungkit ke atas. “Betul ni? Kalau kau kebulur, aku tak
tanggung!” Sekali lagi dia mengoffer
kawan baiknya itu.
“Tak
nak!”
“Tak
nak, sudah! Hah, menyampah!” balas Hidayah bersama cebikan di bibir, sekali gus
berjalan pergi meninggalkan Maira sendirian di mejanya.
Kriukk!!!
Tidak semena-mena, perutnya berkeriuk lagu lapar. Serta-merta dia memegang
perutnya. “Aduh, laparnya!” rengeknya. Dia berdecit. “Tulah. Tadi Dayah offer,kau jual mahal. Tengok, dia dah
pergi! Padan dengan muka kau, Maira Qaisarah!” omelnya, memarahi kesalahan
dirinya. Argh!
SEBAIK sahaja Iqram tiba di bahagian
operasi, langkahnya terus mati. Figura Maira diintai melalui tepi dinding.
Gadis comel itu kelihatan sedang termenung jauh, bak sedang meramal masa
hadapan. Dia tersenyum sinis. “Hmm…
boleh pun kau ikut arahan aku ya?” sindirnya lalu tergelak sinis.
Lalu,
dia berjalan menuju ke meja Maira. Dia berdehem kecil. “Seronok ke kena tinggal
seorang diri?” sindirnya, mempamer muka seriusnya di hadapan Maira.
Demi
mendengar suara itu, Maira terus melompat berdiri. Apa lagi? Sesi melatah pun
bermula. “Oii, kau ahli sihir hot,”
latahnya tanpa sedar.
Buntang
biji mata Iqram mendengar kata-kata itu. “Saya,” Jari telunjuknya tertuding ke
mukanya. “Ahli sihir?” Dia mendengus geram. Argh! Sakit hatinya mendengar
tuduhan itu. Hah, memang tak patut! Ada juga yang kena blander jadi ice blanded
ni!
Maira
terus menekup mulutnya. Pucat lesi wajahnya apabila menyedari ketelanjuran
diri. Alamak, matilah aku! Aku terlepas cakap lagi. Aduh, nak buat apa ni?
Gerenti Mr. singa bertukar menjadi hantu pontianak, siap keluarkan
berkepul-kepul asap atas kepala lagi, ngomel hatinya resah.
“Sesedap
rasa maggi aje awak kutuk saya, ya. Dahlah lewat ke tempat kerja, siap boleh
lawan cakap saya lagi. Lepas tu, awak cakap muka saya ni macam muka Donald
Duck. Sekarang, awak cakap saya ni ahli sihir?” bebel Iqram panjang lebar.
Maira
menyengih, menayang barisan giginya yang putih berkilat itu. “Err…” Aduh,
matilah aku!
Iqram
merenung marah wajah comel Maira. “Apa err-err? Sejak bila pulak awak jadi
minah gagap ni? Terjangkit dengan siapa?” sindirnya geram. “Haa lagi satu,
kepala awak tu ada kutu ke? Tergaru-garu,” tambahnya lagi.
Mata
Maira terus membulat besar apabila mendengar perkataan ‘kutu’. Aku ada kutu?
Ewah-ewah, sesuka hati aje kau tuduh aku macam tu, ya? Kepala aku ni bersih
dari sebarang anasir jahat tau! Argh! bentak hatinya geram.
Rasa macam nak ketuk
kepala kau dengan batu aje tau! Tapi tak apa, sabar Maira. Dia kan bos kau
a.k.a Mr. singa. Jangan melawan, okey. Nanti tak pasal-pasal dia tambah denda
lagi. Kau juga yang merana, pujuk hatinya.
“Saya
minta maaf, bos. Saya betul-betul tak sengaja,” ucap Maira dengan muka babyfacenya.
Sebelah kening
Iqram terjungkit ke atas. “Tak sengaja? Awak ni memang banyak cekadak kan? Suka
hati awak aje nak kutuk saya tau. Kalau awak ni kecil macam semut, memang dah
lama saya pijak awak. Baru puas hati saya!” bentaknya.
“Eh,
tak baik pijak semut tau. Tu namanya menyeksa haiwan. Hukumnya berdosa,” sindir
Maira.
Iqram
terus terdiam. Mati kutu hendak membalas sindiran Maira. Erk, kan dah kena
sebijik. Hisy!
Maira
merenung wajah Iqram. “Err… bos?” seru Iqram, sungguh lembut menyapa gegendang
telinga Iqram.
“Hmm?”
Iqram membalas dengan acuh tidak acuh.
Maira
menayang muka babyface. Sengaja
hendak meraih simpati majikannya. “Bos, saya laparlah. Dari tadi perut saya ni
berdendang lagu lapar tau,” rengeknya.
“So?” balas Iqram.
“Bos
tak rasa kasihan pada saya ke? Kawan-kawan saya yang lain dah pergi lunchtau. Tinggal saya aje kat office,” balas Maira bersungguh-sungguh.
Sedaya upaya cuba memujuk Iqram agar melupakan sahaja denda yang dikenakan ke
atas dirinya.
Iqram
tersenyum sinis. “So?”
Aduh!
Dia ni, buat-buat tak faham pulak! Aku hendak sekali, naya aje! bentak hati
Maira geram.
“Cuba
awak berterus-terang pada saya, Maira. Awak nak apa sebenarnya?” tanya Iqram
dengan muka serius.
Sebetulnya, dia sudah
tahu apa yang ingin diperkatakan oleh Maira, namun dia mahu mendengarnya dari
mulut gadis itu sendiri. Dia ada satu idea nakal. Dia mahu mengenakan gadis
itu. Tu dia, tanduk jahat dah tumbuh atas kepala. Siap kau! Hatinya tergelak
jahat.
Maira
pamer senyum manis. “Boleh saya keluar pergi beli makan? Saya janji, saya tak
akan makan kat luar. Saya beli nasi bungkus aje. Saya makan kat pantry. Boleh ya, bos?” pinta Maira
bersungguh-sungguh. Tangan kirinya ditautkan ke tangan kanan, lalu dia
menggoyangkan tangannya umpama menyambut perayaan Gong Xi Fa Cai di hadapan
Iqram.
Iqram
tersenyum jahat. Terbit satu idea nakal di benak fikiran. He he he… siap kau!
“Awak lapar, ya?” tanyanya.
Maira
mengangguk laju.
“Awak
belum bersarapan ke?” Sekali lagi Iqram menyoal. Seolah-olah mengambil berat
akan kesihatan diri stafnya itu.
Sekali
lagi Maira mengangguk laju.
Kening
Iqram terjungkit sebelah. “Hmm… okey,” jawabnya ringkas. Membiarkan Maira
berteka-teki dengan keputusannya.
Maira
tercengang. “Okey? Maksudnya, saya boleh keluar, ya?” tanya Maira. Ada
bunga-bunga bahagia tumbuh di dasar hatinya. Ada peluang nak keluar ni, desis
hatinya.
Iqram
tergelak sinis. “Saya ada keluarkan kenyataan macam tu ke?” sindir Iqram dengan
muka selamba.
Maira
terlopong. “Habis tu, tadi…”
Iqram
ketawa lagi. Sengaja hendak menyindir Maira. “Saya cuma rasa kasihan kat awak
aje. Yalah, awak kan belum bersarapan lagi. Tapi…” Dia tersenyum jahat.
“Tapi
apa?” Cepat-cepat Maira menyoal.
“Sebab
awak dah kutuk saya, jadi saya pun tarik baliklah rasa kasihan tu. Awak tetap
dilarang keluar makan tengah hari pada hari ni,” balasnya lalu ketawa besar.
Dengan selamba badaknya, dia berjalan pergi meninggalkan gadis itu sendirian.
Hatinya betul-betul puas kerana berjaya mengenakan gadis itu. Rasain lu!
Bulat
biji mata Maira mendengar omongan itu. Dia nilah, memang nak kena side kickni! Tak guna punya manusia,
argh! Benci! Benci! Benci! Hatinya membentak geram.
DEMI melihat figura Maira di meja
kerjanya, Aladdin Aimar terus berpatah balik ke ruangan staf bahagian operasi.
Dia tersenyum lebar. “Ada Mairalah,” ucapnya dengan muka gembira. Serta-merta
lelaki bertubuh sasa dan berwajah kacak itu berjalan menuju ke arah gadis comel
itu.
“Hai,
Maira?” sapa Alladin dengan senyuman menggoda.
Maira
menoleh ke arah si empunya suara yang menegurnya. Demi melihat figura Alladin,
dia mencebik. “Hmm… kau nak apa?” tanyanya dingin. Aduh, mamat alien ni
tersesat kat sinilah pula! Sibuk ajelah! Shh… shh… pergi main jauh-jauh! Muak
aku tengok muka kau tau!
“Saja,
nak tengok buah hati pengarang jantung aku yang comel bak buah delima ni,”
balas Aladdin beria-ia.
Sekali
lagi Maira mencebik. “Ha ha ha… kelakarnya! Tolong jangan buat lawak domestik
kat sini, ya. Aku tak rasa nak ketawa pun,” perlinya pedas.
Aladdin
tersengih. “Buah hati aku ni suka bergurau, kan?” pujinya. Ringan tangannya
hendak menyentuh pipi halus-mulus Maira.
Maira
bingkas menepis tangan kasar Aladdin. Sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada
lelaki kacak itu, tanda amaran keras. “Eh, apa ni?!” Sesuka hati kau aje nak
sentuh pipi aku tau. Pipi aku ni tak bercop dengan nama kau, okey. Jadi, kau
tak ada hak nak sentuh pipi aku ni!
“Nak
usik sikit pun, tak boleh ke? Ala, bukannya luak pun,” balas Alladin selamba.
Maira
menggigit bawah bibirnya. Bengang. “Memanglah tak luak mana pun! Tapi kau kena
ingat satu perkara, Din. Kau tak berhak nak sentuh aku sesuka hati. Aku bukan
macam perempuan di luar sana tau,” bidasnya keras. Apa, ingat aku ni Barbie dollke, hah? Argh!
“Okey,
okey,” Aladdin mengangkat dua tangannya ke atas. “Aku minta maaf, okey. Aku
janji, aku tak buat lagi.”
Maira
mencebik, lalu menjulingkan matanya ke atas. Menyampah! “Hmm…” Dia membalas
dengan acuh tidak acuh. “Haa… kau nak apa? Tempat kau bukannya kat sini, okey.
Tempat kau di bahagian kewangan.” Aduh, pergi berambus cepat! Kalau aku ada
penyapu ajaib, memang dah lama aku sapu kau. Biar lenyap terus dari muka bumi!
Aladdin
senyum menggoda. “Saja, nak jumpa dengan buah hati aku.”
Maira
tayang muka toya. Hah, godaan kau tu langsung tak berkesan di hati aku tau. Sorry naik lori ajelah, sindir hatinya.
“Eh,
kenapa kau belum keluar makan tengah hari lagi? Kau diet ke, Maira?” tanya
Alladin setelah agak lama berdiam diri.
Demi
mendengar soalan umpama mesin gan itu, hati Maira dipagut rasa geram dan sakit
hati. Aduh, dia ni banyak soalanlah pulak! Dahlah aku tengah sakit hati dengan
Mr. singa tu. Dia datang menambah lagi. Argh, rasa macam nak ketuk dua manusia
ni dengan senduk kuali aje tau!
Berkerut
dahi Alladin melihat reaksi Maira. Dia tertanya-tanya, apa sebenarnya yang
sudah berlaku? “Maira, kau okey ke ni?”
Maira
senyum hambar. “Kau nampak aku macam okey ke?” Soalan berbalas dengan soalan.
Malas dia hendak menjawab soalan itu.
Aladdin
tercengang. “Kenapa ni, Maira? Kau ada masalah ke? Cuba cerita kat aku. Manalah
tahu, kot-kot aku boleh tolong,” katanya beria-ia.
Maira
menjungkit sebelah keningnya ke atas. “Kau nak tolong aku? Tak payahlah, Din.
Terima kasih daun keladi ajelah. Aku tak perlukan pertolongan kau,” balasnya
tegas.
“Ala…
apa salahnya kalau aku tolong kau, Maira? Bukannya dengan orang lain pun,
dengan bakal isteri aku jugak,” balas Aladdin lagi.
Maira
mendengus keras. Geram mendengar kata-kata Aladdin. Bakal isteri? Aduh, ni yang
aku pantang! Berani dia mengaku aku ni bakal isteri dia? Argh! “Oii, sejak bila
pula aku ni bakal isteri kau, hah? Kita tak pernah ada apa-apa hubungan tau.
Tolong jangan nak memandai-mandai. Aku penampar karang!” bidasnya keras.
“Tak
baik tau nak tampar bakal suami, berdosa,” gurau Aladdin.
Maira
terus terbatuk kecil. Erk, rasa macam ada cecair tersekat di celah
kerongkongnya. Bluerk! Rasa macam nak muntah hijau aje. “Bila masa pula aku cop
kau ni bakal suami aku, hah?” herdiknya. “Aku bagi amaran keras, Din! Jangan
memandai-mandai nak mengaku aku ni bakal isteri kau. Kalau kau nak rasa telinga
tu kena pulas dengan pemutar skru, buatlah!”
“Tapi…”
“Dah,
aku tak nak dengar apa-apa lagi! Blahlah, jangan kacau aku lagi. Kehadiran kau
tak dialu-alukan kat sini. Shh… pergi main jauh-jauh!” potong Maira sebelum
sempat Aladdin menghabiskan ayatnya.
Aladdin
menarik muncung panjang. “Ala… sampai hati kau nak halau aku, Maira. Tak baik
tau,” rajuknya.
Maira
berdecit geram. “Sebelum aku panggil Pak Mat Jaga tu, lebih baik kau blah!
Karang tak pasal-pasal kau main police
entry one to jaga, police mati pencuri jaga dengan Pak Mat Jaga tu!”
ugutnya.
Aladdin
mengeluh. Kecewa dengan penolakan Maira. “Okey, aku pergi.” Dia bingkas
berdiri. “Tapi sebelum tu, aku nak tanya sesuatu ni.”
“Apa
dia?” Maira membalas dengan acuh tidak acuh.
“Kau
nak makan apa-apa tak? Aku boleh tolong belikan,” ujar Alladin beria-ia.
“Tak
payah! Aku diet!” jawab Maira. Dietlah sangat? Padahal, Mr. singa tulah
penyebab dia tak keluar makan tengah hari. Argh!
Aladdin
berkerut dahi. “Laa… kenapa pulak kau nak diet, Maira? Kau kan dah kurus, dah
comel.”
Maira
menjeling geram. “Aku nak berdiet ke, nak apa ke, suka hati akulah! Tak ada
kaitan dengan kau pun !” herdiknya keras. “Dahlah, tak payah nak membebel kat
sini. Lebih baik kau blah sekarang, Din!”
Aladdin
mengeluh kecewa. “Okey, aku pergi!” Akhirnya dia mengalah dengan kemahuan
Maira. Tak apalah Din, sabar okey. Aku yakin, kau akan berjaya menawan hati dia
suatu hari nanti, pujuk hatinya.
Sebaik
sahaja figura Aladdin menghilang di sebalik dinding, Maira mencebik. “Hmm…
berambus juga akhirnya! Sibuk aje tau. Menyemak macam nyamuk tiruk aje kat sini,”
bebelnya geram.
Kriukk!!!
Sekali lagi perutnya berdendang lagu lapar. Serta-merta, perutnya itu diusap
perlahan. Berkerut-kerut dahinya menahan kelaparan. “Tak boleh jadi ni! Aku
kena cari sesuatu untuk dimakan,” ujarnya lalu bangun dan berjalan menuju ke pantry.