IQRAM
melabuhkan
duduk di hadapan tok kadi. Sempat dia mengerling figura Maira yang sedang duduk
bersimpuh di atas bantal besar bersegi empat berwarna emas. Dia tersenyum.
Bakal isterinya itu kelihatan begitu menawan dengan busana baju kurung berwarna
putih kekuningan sambil dibelit kain selendang berwarna putih di atas kepala.
Hmm… cantik juga bakal isteri aku ni, puji hatinya.
Demi
menyedari renungan itu, Maira spontan menoleh lalu menjeling tajam. Dia
mencebik. Eleh, macamlah kau tu kacak sangat? Walaupun kau nampak segak dengan
baju melayu, siap bersampin dan bersongkok lagi, ada aku kisah? Tak ada aku nak
gigit jari sambil terleleh air liur melihat kau tau, kutuknya dalam hati.
“Ehem-ehem!”
Tiba-tiba kedengaran suara deheman tok kadi.
Membuat
lamunan Iqram mati. Serta-merta dia menoleh ke arah figura tok kadi di
hadapannya.
“Kamu
dah sedia?” tanya tok kadi itu.
Iqram
tersenyum, lalu mengangguk. “Ya, saya dah sedia.”
Serentak
itu, mereka mula berjabat tangan untuk memulakan upacara akad nikah.
Demi
melihat gelagat dua figura itu, mata Maira terus membuntang luas. Gulp, dia
meneguk liur! Oh, my ALLAH!Sebentar
lagi, aku bakal bergelar isteri Iqram Fattah. Oh, tidak!
“Iqram
Fattah bin Abdul Hakim?” seru tok kadi itu.
“Ya,
saya,” jawab Iqram.
“Aku
nikahkan akan dikau dengan Maira Qaisarah binti Muhammad Azmil dengan mas
kahwinnya sebanyak RM300 tunai.”
Iqram
menarik nafas panjang. “Aku terima nikahnya Maira Qaisarah binti Muhammad Azmil
dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 tunai.”
“Sah?”
“Sah!”
jawab para saksi.
“Syukur
Alhamdulillah.”
Selepas
membaca doa, Iqram terus bangun lalu berjalan ke hadapan Maira. Dia melabuhkan
duduk di depan figura isteri yang baru sahaja dinikahinya sebentar tadi.
Segaris senyum manis menghiasi wajahnya. “Assalamualaikum, wahai isteriku!”
“Hmm…
walaikumusalam, wahai suamiku,” sindir Maira.
Tiba-tiba,
sikunya disinggung seseorang dari tepi. Dia tersentak kecil. Spontan dia
menoleh ke arah si empunya tangan. Berkerut dahinya demi melihat gelagat Mak
Uda Harlina. Isyh, main siku-siku pulak!
“Senyumlah,
Mai! Tok sah tayang muka macam baru kena gilis dengan lori treler!” bisik Mak
Uda Harlina di telinga Maira.
Maira
mencebik. “Hmm!”
Dia
menoleh ke arah suaminya. Segaris senyum lebar meniti di bibir, siap menayang
barisan gigi putih berkilatnya lagi. Haa… nilah baru dinamakan senyum tak
ikhlas atau dalam bahasa saintifiknya adalah senyum kambing! Nak tengok aku
senyum sangat kan? Haa… ambik, rasakan!
Terjungkit
sebelah kening Iqram demi melihat telatah isterinya itu. Ish, senyum tu nampak
macam tak ikhlas aje, kutuknya dalam hati. “Ala…” Pipi comel Maira dipicit
geram. “Comelnya isteri saya ni!”
Maira
bingkas menepis tangan Iqram. “Hisy, sakitlah!” bentaknya.
Iqram
tergelak. “Sorrysayang, saya tak
sengaja.” Dia membalas dengan muka selamba. Seolah-olah tidak melakukan apa-apa
kesalahan.
Maira
mencebik. Tak sengaja konon? Jangan jadi poyolah, herdik hatinya.
Iqram
tersenyum. Kotak baldu di atas dulang hantaran segera dibuka. Cincin
bertatahkan berlian di lubang tengah segera dicabut keluar. Lalu, dia menyarungkan
cincin itu ke jari manis Maira. Sesudah itu, tangan kanannya disuakan ke arah
isterinya.
“Kenapa?”
Aduh, nak kena salam jugak ke? protes hati Maira.
Mak
Uda Harlina menyinggung siku Maira. “Salamlah tangan laki hang tu! Bukannya
haram, dah halal!” bebelnya di telinga Maira.
Maira
menarik muncung Donald Duck. “Yalah!”
Serentak
itu, dia menyambut huluran tangan suaminya itu lalu menyalami dan mencium
tangan. Dia menoleh ke arah Mak Uda Harlina. “Puas?” sindirnya.
Mak
Uda Harlina tersenyum lebar.
“Okey,
okey,” Tiba-tiba kedengaran satu suara melaung-laung dari arah belakang.
Membuat
beribu mata di dalam masjid itu serta-merta tertoleh ke arahnya.
“Upacara
persandingan akan bermula pada pukul 2.30 petang. Tapi sebelum tu, tuan rumah
menjemput semua rombongan pengantin lelaki untuk menjamu selera di bawah
khemah,” kata figura lelaki itu.
Serentak
itu, seisi rombongan pengantin lelaki dan perempuan bangun lalu berjalan keluar
dari masjid. Tinggallah figura Maira dan Iqram didalamnya.
Iqram
merenung manja wajah Maira. “Selamat datang ke dalam hidup saya, wajah Mrs.
Iqram Fattah,” ucapnya dengan suara romantis.
Naik
geli-geleman Maira demi mendengar ucapan itu. “Mrs. Iqram Fattah?” Dia
mencebik. “Hah, tolonglah! Tak ada maknanya!” Dia terus bangun lalu berjalan
pergi meninggalkan Iqram.
Iqram
tergelak. “Tak apa, Maira. Saya akan buat awak jatuh cinta pada saya, sayang!” Dia
berkata dengan penuh tekad. Serentak itu, dia bangun lalu berjalan keluar
meninggalkan masjid.
BERGEMA lagu Selamat Pengantin Baru di
tengah khemah urus setia, diapit dengan suara riuh orang ramai yang begitu leka
berbual sambil bergurau-senda.
Tiba-tiba,
kedengaran bunyi paluan kompang di hujung khemah menandakan kedua-dua mempelai
sudah pun bersiap sedia untuk menyempurnakan upacara persandingan. Para hadirin
tersenyum lebar. Tidak sabar hendak menyaksikan upacara persandingan kedua-dua
mempelai yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi.
Di
bawah khemah, kelihatan figura Maira yang sudah cantik berpakaian busana
pengantin berwarna biru cair dan diapit oleh Farisya iaitu sepupunya selaku
pengapit pengantin sedang berdiri di situ sambil menanti kedatangan rombongan
pengantin lelaki. Manakala di persimpangan jalan pula kelihatan rombongan
pengantin lelaki sedang berjalan menuju ke arah khemah. Di depan rombongan itu,
kelihatan figura Iqram yang kacak bergaya dengan pakaian baju melayu, bersampin
dan bertengkolok sambil diapit Muiiz selaku pengantin lelaki. Di belakang
rombongan lelaki pula, kelihatan sekumpulan pemain kompang sedang memainkan
paluan kompang sambil menyanyikan lagu pengantin baru. Sebaik sahaja rombongan
pengantin itu tiba di hujung khemah, langkah mereka serta-merta mati.
Maira
tersenyum hambar. Tangan suaminya itu dicapai lalu disalami dan dicium tanda
hormat. Tubuhnya ditegakkan semula.
Iqram
tersenyum. Bahagia rasanya hati demi melihat tindakan isterinya itu. “Terima
kasih, sayang. Haa… nilah baru dinamakan isteri mithali. Sejuk hati saya bila
awak salam dan cium tangan saya tau.” Beria-ia dia menambah.
Maira
mencebik. Matanya dijulingkan ke atas. “Tolong jangan nak perasan ya? Saya buat
macam tu bersebab tau! Takkanlah saya nak jatuhkan maruah awak pula? Nanti
orang cakap yang saya ni tak pandai nak jaga air muka suami sendiri.” Dia
menyindir dengan suara sinis.
“Hmm…
baguslah kalau awak sedar status kita sekarang ni, wahai isteriku.” Iqram juga
turut mengambil peluang untuk menyindir Maira.
Maira
menjeling tajam. “Apa-apa ajelah! Malas saya nak layan awak!” bentaknya.
Iqram
hanya tersenyum.
“Dah,
tak payah nak membebel lagi! Jom, orang dah tunggu kita tu!” desak Maira dengan
suara kasar.
Terjungkit
sebelah kening Iqram demi mendengar ajakan itu. “Aik, dah tak sabar ke nak
bersanding atas pelamin, sayang?” usiknya sambil mempamer senyum menggoda.
Maira
ketawa mengejek. “Sori naik lori ajelah, encik suami. Saya tak sabar nak
bersanding? Ha ha ha… tak ada maknanya!” ejeknya.
Iqram
tertawa. “Ya ke?”
Maira
berdecit geram. “Yalah!” bentaknya lagi. “Dah, jom!” Sekali lagi dia mendesak.
Baru
sahaja Maira hendak memulakan langkah, tiba-tiba kedengaran suara Iqram
menegurnya. Membuat langkahnya mati. Serta-merta dia menoleh ke arah suaminya.
“Awak nak apa lagi hah?” bebelnya dengan suara geram.
Iqram
pamer senyum penuh makna. “Letak tangan awak tu kat lengan saya.” Dia menyua
lengan kirinya ke arah Maira.
Maira
tercengang. Terkebil-kebil matanya demi melihat telatah Iqram. “Nak buat apa?”
“Awak
dah lupa ke, sayang? Hari nikan hari bahagia kita berdua? Takkanlah awak nak
tunjuk kat semua orang yang kita ni macam anjing dengan kucing? Jadi, kita
kenalah berlakon seolah-olah kita ni adalah pasangan suami yang paling
romantik,” kata Iqram sambil mengenyit mata nakal.
“Ha
ha ha… romantiklah sangat.” Sempat lagi Maira memerli Iqram. Tangan kanannya
dipaut ke lengan kiri Iqram. “Puas hati?” Dia menjegil mata ke arah suaminya.
Iqram
tersenyum lebar. “Puas sangat!” perlinya.
Maira
mencebik.
Serentak
itu, mereka berdua berjalan seiringan menuju ke arah pelamin yang sudah terhias
indah di hujung khemah.
“NAK masuk ke tak nak?” Maira mendesis
sendirian, sambil berjalan mundar-mandir tanda resah yang amat.
Berulang
kali dia menggosok kepalanya. “Hisy, nak buat macam mana ni?” Sekali lagi dia
berkata dengan suara resah.
Dia
menggigit bawah bibirnya. “Kalau aku masuk dalam…” Mulutnya ternganga luas,
matanya terbeliak luas. Sesuatu mula terlintas di benak fikirannya, membuat
kedua-dua belah pipinya terus merah padam. “Alamak!” Dia bertambah resah. “Aku
tak nak!”
Dia
mengeluh berat. “Nak tak nak, aku kena masuk jugak.” Dia meneguk liur. Dengan
lafaz Bismillah dan hati berdebar-debar, dia memulas tombol pintu lalu
melangkah masuk ke dalam bilik.
Demi
melihat keadaan bilik yang kosong itu, Maira menghela nafas lega. “Nasib baik
Mr. singa tu tak ada kat dalam bilik.” Dia berjalan menuju ke katil, lalu duduk
di situ.
Tidak
semena-mena usikan Farisya, sepupunya menerjah ke gegendang telinganya. “Bersiap sedia untuk dibom ya?”
Maira
menjeling geram. “Hisy, tak guna betul! Hantu! Selamba badak aje si Sya tu usik
aku? Huhh!” bentaknya.
Tiba-tiba,
tombol pintu dipulas dari luar. Maira tersentak kecil. Serta-merta jantungnya
berdegup kencang. Terasa lemah seluruh saraf sendinya. Gulp, dia meneguk liur.
Peluh sudah meleleh di pipi. “Alamak, matilah aku!”