“TAKKANLAH
you
pun nak tinggalkan I, Jeff? I tahu, I dah muflis! I dah hilang duit, harta,
syarikat, everything!” Suraya
memegang tangan Jeff, teman lelakinya lalu merayu bersungguh-sungguh.
Lelaki
bernama Jeff itu spontan menepis kasar tangan Suraya. Dia pamer senyum sinis. “You
ingat I suka sangat dengan perempuan miskin macam you ni ke, hah? Dah jatuh
muflis, ada hati lagi nak bercinta dengan I,” sindir Jeff.
“Jeff!”
Tersentap hati Suraya demi mendengar kata-kata itu. Dia terkedu. “Sampai hati
you buat I macam ni, Jeff. Setelah apa yang kita lalui bersama, you sanggup
khianati I. Apa salah I?” Dia merintih dengan suara hiba.
Jeff
mendekatkan wajahnya ke wajah Suraya. Senyum sinis masih tercalit di bibir. “Tu
semua sekadar lakonan I aje, Suraya. I dekat dengan you pun kerana harta aje
tau. You fikir, I tergila-gila kat you?” Dia tertawa sinis. “Petik jari pun,” Dia
memetik jari di hadapan muka Suraya. “I boleh dapat perempuan yang lebih baik
dari you tau.”
Suraya
terkedu. “Jeff!” Dia menjerit. “I tinggalkan semua boyfriend I semata-mata untuk you tau. I sanggup buat apa aje untuk
you. Tapi…”
Jeff
tergelak sinis. “You pernah dengar pepatah English ni? What you give, you will get back. You dah lupa ke apa yang you
pernah buat kat Iqram dulu? You curang di belakang dia. You lukakan hati dia. And now, I do the same thing to you. Nilah dinamakan hukum karma, Suraya.”
Sekali
lagi Suraya terkedu. “Jeff, you…” Air matanya mula merembes keluar. Inilah kali
pertama dia menerima penghinaan sebegini rupa. Ah, damn it!
“What?”
Nafas
Suraya turun naik. Wajahnya berubah bengis.
Sekali
lagi Jeff tertawa sinis. “Dahlah, malas I nak layan manusia miskin macam you
ni.” Dia segera bangun. “Good bye,
ex-love.”Dia terus berjalan pergi meninggalkan Suraya sendirian di butik
pakaian itu.
Suraya
tersandar ke belakang. Dia menekup mulutnya. Air mata semakin mengalir deras
menuruni kedua-dua belah pipinya. “Sampai hati you, Jeff.”
Sedang
menangis hiba mengenangkan nasib malangnya, tidak semena-mena wajah Iqram
menerjah ke ruang matanya. Dia tersentak kecil. “Iqram Fattah…” serunya
perlahan.
Dia
tersenyum penuh makna. Air mata yang masih lagi berbaki di kelopak matanya
segera dikesat. Terdetik satu idea di benak fikirannya. Keningnya terjungkit
sebelah. “Iqram aje yang dapat selamatkan aku daripada semua masalah ni.”
“BABE!” jerkah Hidayah dengan suara
lantang.
Maira
terkejut demi mendengar jerkahan itu. Dia mengurut dada sambil menjeling geram
ke arah Hidayah. “Kau ni apahal? Buat aku terkejut aje tau! Lemah jantung aku
jadinya,” bebelnya geram.
Hidayah
ketawa mengekek. Geli hati dengan reaksi Maira.
Maira
menarik muka cemberut. “Gelak… gelak… apa, lawak sangat ke?” bentaknya dengan
muka tidak puas hati. Ada jugak yang telan pen nanti, argh!
“Okey,
okey,” Hidayah menjungkit kedua-dua belah tangannya ke atas. “Aku tak gelak
dah,” tambahnya bersama sengihan di bibir.
Maira
mencebik. “Hmm…” Tak gelak konon? Habis tu, yang tersengih-sengih tu kenapa?
Sengih kambing? kutuk hatinya.
Sejenak
mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.
Maira
meneruskan kerjanya yang terbengkalai. Malas hendak melayan telatah tiga suku
kawan baiknya itu.
“Babe?”
Tiba-tiba Hidayah bersuara, sambil memandang tepat ke muka Maira. Terpalit
senyum penuh makna di bibirnya.
“Hmm?”
Maira membalas tanpa menoleh ke wajah Hidayah.
“Aku
nak kau jawab soalan aku ni sejujurnya,” kata Hidayah bersungguh-sungguh.
Maira
berdecit. Dia segera menghentikan kerjanya, lalu memusingkan kerusinya
menghadap figura Hidayah. “Soalan apa ni?” balasnya dengan muka ingin tahu.
Garis
senyum penuh makna di bibir Hidayah. “Betul ke suara yang aku dengan tempoh
hari tu adalah suara Encik Iqram?” tebaknya.
Maira
tersentak. Eh, isu ni tak habis-habis lagi ke? Aduh! “Kau merepek apa ni,
Dayah? Buat apa Encik Iqram nak datang rumah aku? Kau silap dengar ni.”
Beria-ia dia menafikan kebenaran. Dia cuba berlagak selamba. Tidak mahu Hidayah
dapat mengesan pembohongannya.
Kening
Hidayah terjungkit sebelah. “Wei, aku belum pekak lagi tau. Walaupun telinga
aku ni asyik bersumbat dengan earphone,
tapi orang kentut pun aku masih boleh dengar lagi tau. Jadi, kau tak payah nak
menipu akulah,” perlinya. Bola matanya mula mengecil. “Baik kau cakap
betul-betul, Mai. Tu suara Encik Iqram kan?” Sekali lagi dia menebak Maira.
Maira
berdecit geram. “Kau ni tak reti-reti nak faham bahasa ke apa? Dalam bilik tu,
ada aku seorang aje tau. Takkanlah aku nak bawak masuk Encik Iqram pulak?
Karang tak pasal-pasal kena tangkap bahasa. Tak pasal-pasal kena kahwin free,” tegasnya bersungguh-sungguh.
Kahwin free? Padahal, memang dah
halal pun!
“Betul?”
Hidayah masih lagi tidak percaya dengan kata-kata Maira.
Maira
mendengus geram. Dia menjeling. “Argh!” bentaknya. “Suka hati kaulah sama ada
nak percaya ataupun tak!” Dia mula jadi hilang sabar dengan telatah Hidayah.
Ah, menjengkelkan!
Hidayah
terus terdiam. Matanya tidak ralit dari merenung tajam figura Maira.
Maira
semakin tidak betah demi melihat renungan mata Hidayah. Namun, sedaya upaya dia
cuba berlagak selamba. Seolah-olah tiada apa-apapun yang berlaku.
“Okeylah,”
Akhirnya Hidayah bersuara setelah agak lama berdiam diri. “Aku percaya cakap
kau, Mai.”
Maira
tersenyum menang. Yess! Fuhh, rahsia
rumah tangga aku dengan Mr. singa tu masih selamat. Lega, desis hatinya.
Tidak
semena-mena, bola matanya teralih ke arah ruang tengah pejabat. Secara tidak
sengaja, dia melihat figura Suraya yang sedang mengatur langkah laju menuju ke
bilik Iqram. Dia terkedu. Terselit satu rencah rasa di ruang hatinya. Api
kemarahannya mula membara-bara dalam diri. Apa minah gedik tu buat kat sini?
Hatinya membentak geram.
DAUN pintu bilik terkuak, muncul figura
Muiiz di muka pintu. Lelaki itu menapak masuk ke dalam bilik Iqram. “Boleh aku
masuk?” tanya Muiiz, meminta keizinan.
Kening
Iqram terjungkit sebelah. Dia mengerling pandang figura Muiiz yang sudah pun
berada di dalam biliknya. “Bukan ke kau memang dah masuk dalam bilik aku?”
perlinya bersama cebikan di bibir.
Muiiz
tersengih. “Oh ya ke?” Dia menundukkan kepalanya ke bawah. “Ha’ah la, aku
memang dah masuk dalam bilik kau,” balasnya dengan muka selamba.
Sekali
lagi Iqram mencebik. “Haa… tau pun,” perlinya lagi.
Muiiz
tidak membalas. Kelihatan lelaki itu berjalan ke meja Iqram, lalu melabuhkan
duduk di atas kerusi berdepan dengan meja kawan baiknya itu.
Iqram
menutup komputer ribanya, lalu menolak ke tepi. Dia membuang pandang ke wajah
Muiiz. “Haa… kau nak apa, Izz?” tanyanya ingin tahu.
Muiiz
pamer senyum penuh makna. “Aku ada satu soalan cepumas ni.” Beria-ia dia
membalas.
Berkerut
dahi Iqram. “Soalan cepumas? Apa dia?” balasnya dengan muka hairan.
“Macam
mana rumah tangga kau dengan Maira? Ada apa-apa perkembangan positif tak?” soal
Iqram tidak sabar ingin tahu.
Iqram
tersenyum. Dia bersandar ke belakang. “Rumah tangga aku dengan Maira?” Sengaja
dia hendak bermain tarik tali dengan Muiiz. Membiarkan kawan baiknya itu terus
berteka-teki.
Muiiz
mengangguk laju. “Ya, rumah tangga kau dengan Maira,” jawabnya. “Cepatlah, aku
dah tak sabar nak dengar cerita kau ni!” Dia berterus-terusan mendesak. Tidak
sabar hendak mendengar cerita selanjutnya daripada Iqram.
“Rumah
tangga aku dengan Maira ya?” Iqram mengajuk kata-kata Muiiz. “Hmm… okey aje,”
jawabnya ringkas.
Muiiz
tercengang. Mulutnya ternganga. Mempamer reaksi hairan demi mendengar jawapan
itu. “Okey aje?” Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Kau biar betul
ni, Am? Dah sebulan lebih kau orang bernikah tau. Takkanlah tak ada apa-apa
yang berlaku?” Dia antara percaya atau tidak dengan jawapan yang baru sahaja
terluncur keluar dari bibir kawan baiknya itu.
Kening
Iqram terjungkit sebelah. “Maksud kau?”
Muiiz
menepuk dahi. “Apasal kau jadi blur
pulak ni? Maksud aku, takkanlah dia tak ada apa-apa perasaan pada kau?”
balasnya beria-ia.
“Oh,”
Iqram tersenyum. “Buat masa ni, dia belum ada apa-apa perasaan pada aku lagi,
Izz. Tak apa, aku tak kisah. Sekarang ni, aku dalam proses untuk menawan hati
dia. Jadi, aku akan pastikan dia jatuh cinta pada aku.”
Muiiz
tersenyum. “Hmm… baguslah kalau macam tu, Am!” balasnya.
“Tapi…”
Iqram mengeluh. “Hati dia ni keras macam batu, Izz. Susah jugalah aku nak tawan
hati gadis keras kepala macam dia tu.”
Muiiz
tergelak. “Biasalah tu, Am. Anggaplah tu sebagai cabaran untuk kau hidup
bahagia bersama dia di masa akan datang. Memanglah hati perempuan ni keras.
Tapi bila kena cara dan gayanya, hati dia akan cair jugak. Sebab tulah ada
pepatah yang mengatakan bahawa hati perempuan ni macam kerak nasi. Keras macam
mana pun, bila kena gayanya cairlah jugak,” balasnya beria-ia.
Iqram
tersenyum. “Aku tak akan mengaku kalah, Izz. Hati dia akan aku takluki.”
Bersungguh-sungguh dia membalas.
“Good!” balas Muiiz. “Aku doakan semoga
kau berjaya, Am.”
“Insya-ALLAH.”
Sedang
leka berbual, tiba-tiba daun pintu bilik terkuak dari luar. Membuat Iqram dan
Muiiz tersentak. Serta-merta mereka menoleh ke muka pintu.
Muncul
figura Suraya di muka pintu. Di belakang figura gadis jelita itu pula, muncul
figura Sonia. Muka setiausaha itu sudah pucat lesi.
Demi
melihat figura Suraya, Iqram terkedu. Erk, dia buat apa kat sini?
(p/s note - Bab 40 merupakan bab terakhir untuk novel MSMS..tolong doakan novel ni siap secepat mungkin ya.. novel ini untuk projek tahun 2016... kalau ada rezeki, insya-ALLAH terbitlah dia.. doakan yang terbaik untuk MSMS ya... dan jgn lupa dapatkan Benci ke Sayang? bulan Julai 2015)