SEPANJANG
dalam
perjalanan ke rumah Maira, Iqram dan gadis itu hanya diam membisu seribu
bahasa. Tiada sebarang tanda-tanda untuk mereka bersuara. Entah apa sebab yang
membuat mereka sukar untuk memulakan bicara? Umpama sudah tertelan bertan-tan
jongkong emas. Iqram
mengerling figura Maira di seat sebelah. Dahinya berkerut. Erk, kenapa Miss
selamba ni diam aje? Bukan ke dia suka pot pet pot pet 24 jam mengalahkan mulut
itik?
Kroh!
Kroh! Iqram berpura-pura terbatuk. Sengaja hendak menarik perhatian Maira.
Maira
menjeling pandang figura Iqram. Keningnya terjungkit sebelah. Terbatuk-batuk
macam tertelan skru tu, apahal? Kalau nak tegur tu, tegur ajelah. Bukannya luak
mana pun.
Iqram
jadi geram dengan telatah Maira. Aduh, dia jadi patung cendanalah pulak! Hisy!
“Maira?” tegurnya akhirnya.
“Hmm?”
Maira membalas acuh tak acuh.
“Pasal
kereta awak tu, awak jangan risau ya. Nanti saya minta tolong kawan saya yang
kerja mekanik tu baiki kereta awak,” balas Iqram bersungguh-sungguh.
Maira
terpempan. “Eh, tak payahlah! Saya tak perlukan pertolongan bos. Lagipun, saya
tak suka menyusahkan orang lain. Saya akan berusaha untuk selesaikan masalah
sendiri,” balasnya beria-ia.
Iqram
berdecit geram. “Awak ni dah kenapa hah? Saya ni berniat baik nak tolong awak
tau. Tapi, awak boleh pulak menolak pertolongan saya ni? Susah sangat ke nak
terima bantuan orang lain?” bidasnya.
Aku
berniat ikhlas nak tolong dia. Tapi, boleh pulak dia tayang perangai gedik dia
tu? Huhh, hatinya menggumam geram.
Maira
memandang Iqram. “Tapi…” Dia sedaya upaya membantah, namun Iqram segera
memintas.
“Tak
ada tapi-tapi, Maira Qaisarah! Bila saya cakap nak tolong, maknanya saya tetap
akan tolong. Sama ada awak suka ataupun tak, saya tetap akan berkeras untuk
tolong awak juga. Jadi, tolong jangan nak banyak bunyi. Terima aje pertolongan
saya ni!” potong Iqram dengan suara tegas dan muka serius.
Maira
agak keberatan hendak menerima bantuan Iqram. “Tapi…”
“Syhh…”
Iqram meletakkan jari telunjuknya ke bibir. “Diam, saya tak nak dengar sepatah
kata pun dari mulut awak!” potongnya.
“Tapi…”
Maira cuba menghalang, tapi Iqram sekali lagi memotong.
“Shut up, Maira Qaisarah!” potong Iqram
lagi.
Maira
menarik muka cemberut. Bibirnya digigit tanda geram. Sungguh, dia jadi sakit
hati dengan gelagat Iqram. Lelaki itu suka memaksa dia untuk menuruti setiap
kemahuannya. Argh! Dia ingat dia tu siapa? Anak raja ke? Hah, sesuka hati aje
nak guna kuasa veto dia tu. Sekarang bukan dalam pejabat tau! Hatinya membebel
geram.
Sejenak
mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.
Akhirnya,
destinasi yang dituju sudah pun berkunjung tiba. Kelihatan BMW 3 Series milik
Iqram berhenti di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat.
Iqram
menoleh ke arah Maira. “Kita dah sampai.”
Maira
tersenyum. “Terima kasih sebab hantar saya balik, bos.”
“Sama-sama.”
Iqram membalas ringkas.
Baru
sahaja Maira hendak membuka pintu kereta, tiba-tiba Iqram menegurnya. Spontan,
dia berpusing memandang figura Iqram. “Ya, bos?”
“Esok,
saya akan datang ambil awak kat rumah. Kita akan sama-sama ke pejabat. Tepat
pukul 7.30 pagi, saya nak awak tercegat kat luar. Ingat, saya tak nak awak
lambat!” Iqram berkata dengan muka serius.
Maira
tersentak. “Haa… bos nak datang ambil saya? Eh, tak apalah! Bos jangan risau,
ya. Saya boleh pergi kerja sendiri.” Dia ni buang tabiat ke apa? Tiba-tiba aje
nak tolong aku ni… Betul ke dia ni Iqram Fattah? Ke dia ni klon bos aku?
“Awak
jangan nak mengada-ngada, Maira! Awak suka ke… awak tak suka ke… saya tetap
akan ambil awak kat rumah esok. Saya tak nak awak ambil MC atas alasan kereta
rosak. Faham?” balas Iqram dengan suara tegas.
“Tapi…”
“No more excuse! Pokoknya, kita akan
sama-sama ke office esok. Tepat pukul
7.30 pagi, saya akan datang untuk ambil awak kat rumah.” Iqram segera memotong
sebelum sempat Maira meneruskan ayatnya.
“Alaa…”
“Shut up! Saya tak nak dengar apa-apa
alasan dari awak, Maira!” tegas Iqram lagi.
Maira
mendengus. “Okey!” Dengan hati yang sudah menggelegak umpama air panas, dia
terus membolos keluar dari perut kereta BMW 3 Series.
Sesudah
Maira keluar dari perut kereta, kereta mewah itu terus menderum pergi membelah
keheningan malam.
Maira
menarik muka cemberut. Dia memuncung panjang. “Dia ni memang jahat tau! Dahlah
garang mengalahkan singa jantan, suka memaksa macam Adolf Hitler pulak tu.
Kejam! Haa… memang padanlah nama kau tu Mr. Singa tau!” Dia membentak geram.
IQRAM memandu tenang kereta BMW 3
Seriesnya di lorong tengah melalui Lebuh raya Silk. Pandangannya tertumpu ke
arah jalan raya, memberi sepenuh perhatian pada pemanduannya.
Tiba-tiba,
bayangan wajah Maira menikam benak fikirannya. Dia tersentak. Berkerut-kerut
dahinya tanda hairan. “Kenapa wajah Miss selamba tu boleh tersesat dalam kepala
otak aku pulak ni?”
Kata-kata
yang terluncur dari bibir mengetuk kotak fikirannya. “No more excuse! Pokoknya, kita akan sama-sama ke office esok. Tepat
pukul 7.30 pagi, saya akan datang untuk ambil awak kat rumah.”
“Hmm…
macam mana aku boleh terfikir nak tolong Miss selamba tu ya? Dia dahlah
sakitkan hati aku,” desis Iqram sendirian.
Mengenangkan
peristiwa sebentar tadi, Iqram hanya menggeleng. “Kau ni Am… baiknya hati kau
ni tau. Siap offer nak ambil dia
lagi.”
Iqram
mengeluh. “Nak ke… tak nak ke… kau tetap kena ambil dia esok, Am. Kau yang
pandai-pandai menabur janji kan?”
Serentak
itu, dia memberi signal kanan lalu menukar ke lorong laju.
MAIRA berdiri di depan muka pintu.
Terbayang wajah ibu, abah dan Mak Uda Halina, membuat gadis itu meneguk liur.
“Ni kalau mak uda tengok muka aku, gerenti telinga aku ni berdesing bila dengar
ceramah dia tau.” Dia keresahan.
Dia
menarik nafas panjang, lalu mengusap dadanya yang sedikit berombak kencang itu.
“Tenang, Maira. Jangan gelabah tau. Kau tak buat salah apa-apapun. Kereta kau
yang buat salah,” katanya lagi.
Dengan
hati berdebar-debar, dia mengetuk daun pintu. “Assalamualaikum!”
Seminit
dua, akhirnya daun pintu terkuak dari dalam. Tersembul figura ibu dan abah di
muka pintu. Di belakang mereka pula, kelihatan figura Mak Uda Harlina berdiri
sambil bercekak pinggang.
Gulp!
Maira meneguk liur. Alamak! Muka mak uda dah macam kena tonyoh dengan cili
merah la. Aduh, gerun pulak aku bila tengok muka mak uda ni.
Puan
Fadilah merenung wajah anak perempuannya. “Kenapa kamu lambat balik, Mai? Kamu
risaukan kamu tau. Mana kamu pergi?”
“Haa…
hang pi dating dengan siapa, Mai?
Malam dah menjengah, baru nak tunjuk muka hang tu?” celah Mak Uda Harlina
berupa sindiran pedas.
Maira
menggigit bibir tanda geram. Dia menjeling tajam ke arah Mak Uda Harlina. “Apa
yang mak uda merepek ni? Bila masa pulak Mai pi dating? Mai ni manalah ada boyfriend!”
Argh! Sesuka hati aje nak tuduh aku tau!
“Dah
tu, hang pi mana?” terjah Mak Uda Harlina lagi.
“Ehem-ehem!”
Encik Azmil berdehem. “Hang ni pasaipa, Lina? Bagilah Maira peluang untuk
terangkan apa yang dah berlaku. Tok sahlah nak jadi hakim berat sebelah.”
Mak
Uda Harlina terus terdiam mendengar amaran itu.
Encik
Azmil menoleh ke arah Maira. “Haa… Mai, apa sebenarnya yang dah berlaku? Mana
kereta hang?” tanyanya ingin tahu.
Maira
mengeluh. “Kereta Mai rosak. Mai memang nak balik. Tapi, tiba-tiba aje kereta
Mai tu tak boleh nak start,”
ceritanya.
“Laa…
pulak dah? Pasaipa hang tak call
kamu? Mana kereta hang?” celah Puan Fadillah dengan muka risau.
“Macam
mana Mai nak call? Bateri handphone Mai dah habis. Kereta Mai? Hmm…
tersadai kat pejabat,” balas Maira dengan suara lemah.
“Maira?”
Tiba-tiba Mak Uda Harlina menegur bersama riak serba salah di wajahnya.
Maira
menoleh ke arah Mak Uda Harlina. “Hmm?”
Mak
Uda Harlina berjalan ke depan Maira. Tangan gadis itu dicapai, lalu diramas
lembut. “Mak uda minta maaf na. Mak uda tak patut tuduh hang tanpa usul
periksa,” katanya bersungguh-sungguh.
“Tulah,
suka sangat tuduh orang tanpa usul periksa,” sindir Encik Azmil bersama cebikan
di bibir.
Mak
Uda Harlina diam membisu, sedar akan kesilapan dirinya itu.
“Taka
pa, mak uda. Mai faham. Mai tahu, mak uda risaukan keselamatan Mai.” Maira
membalas sambil tersenyum.
Mak
Uda Harlina menarik nafas lega.
“Haa
Mai, siapa yang hantar hang balik rumah?” celah Puan Fadilah setelah agak lama
berdiam diri.
“Err…”
Agak gugup Maira hendak menjawab soalan cepumas itu. Erk, nak bercakap jujur ke
atau berbohong?
“Mai?”
tegur Mak Uda Harlina apabila tiada tanda-tanda Maira akan bersuara.
“Yang
hantar Mai balik tadi tu, err… bos Mai. Encik Iqram Fattah namanya,” balas
Maira teragak-agak.
Membuntang
mata Mak Uda Harlina mendengar jawapan itu. “Bos hang?” Dia senyum penuh makna.
“Bos hang tu handsome tak, Mai? Ada
rupa macam pelakon Adi Putra tak?” Dia mula jadi miang-miang keladi.
Maira
mencebik. “Mak uda ni memang gatal kan? Kalau mak uda nak tahu, bos Mai tu
memang kacak orangnya. Muka dia sebijik macam pelakon Syarul Ridzwan tu tau.
Tapi satu aje yang kurang pasal dia, mak uda. Dia tu garang mengalahkan singa
jantan. Mak uda pun kalah tau!”
Mak
Uda Harlina tertawa mendengar cerita Maira. “Laa… ada juga manusia yang spesies
macam mak uda ni ya? Tak sangka pulak! Hisy, teringin pula nak berkenalan
dengan bos hang tu, Mai.”
“Ha
ha ha… tak ada maknanya!” bidas Maira. “Dahlah, Mai nak naik atas. Mai nak
mandi. Dah melekik badan Mai ni.” Dia segera menapak masuk ke dalam, lalu
berjalan ke arah tangga.
Puan
Fadilah menepuk dahi. “Ha’ahlah… kenapa kita berbual-bual kat muka pintu ni?
Dah macam ahli mesyuarat pintu pulak.” Dia tergelak lucu.
Encik
Azmil dan Mak Uda Harlina ikut sama tertawa. Geli hati dengan telatah
masing-masing.
BARU sahaja Iqram hendak mendaki tangga
untuk ke biliknya, tiba-tiba kedengaran satu suara menegurnya. Spontan, dia
memusingkan tubuhnya ke belakang. Garis senyum manis meniti di bibir demi
melihat figura Erika yang sudah lengkap berpakaian tidur. Di tangan gadis itu,
terdapat satu mug berisi minuman panas.
“Eh,
akak belum tidur lagi ke?” soal Iqram.
“Belum,
dik. Baru aje nak terlelap, tiba-tiba tekak akak ni teringin nak minum horlick
panas,” balas Erika.
“Oh…”
Iqram hanya mengangguk.
“Haa…
lambat Am balik hari ni. Banyak kerja ke kat pejabat tu?” soal Erika ingin
tahu.
Iqram
tersenyum. Lehernya yang terasa sedikit tegang itu, diurut perlahan. “Biasalah,
kak. Dah nama pun kerja kan? Masa nak balik tu, Am pergi…” Ayat Iqram tiba-tiba
mati. Wajah Maira menjengah ke ruang matanya. Erk, kenapa tiba-tiba aje muka
kau boleh muncul kat kepala aku pulak ni?
Berkerut
dahi Erika. “Am pergi mana?” celahnya.
“Err…”
Iqram menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Am hantar staf Am balik tadi.
Kereta dia kebetulan aje rosak kat tempat parkir.”
“Oh…”
Senyum penuh makna menghiasi bibir Erika. “Staf Am tu lelaki ke perempuan?”
duganya.
Iqram
terkedu. Erk? “Kenapa akak nak tahu?” Dengan tergagap-gagap, dia menyoal.
Erika
masih senyum penuh makna. “Saja,” balasnya bersahaja.
Iqram
terdiam.
“Haa…
cepat cakap! Staf Am tu lelaki ke perempuan?” desak Erika tidak sabar.
“Err…
perempuan,” jawab Iqram teragak-agak.
Senyum
penuh makna semakin melebar di bibir Erika. “Okey, akak dah faham sekarang!”
Serentak itu, dia berjalan pergi meninggalkan Iqram yang sudah termanggu
sendirian.
Iqram
tercengang. “Haa…” Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. “Apa yang kakak
aku cakap ni? Apa yang dia faham?” Dia jadi hairan dengan gelagat Erika.
“Ah,
lantak dialah! Tak ada kena-mengena dengan aku pun!” Dia terus mendaki anak
tangga untuk ke tingkat atas.