DIA berdandan agak cantik dari
biasa. Telinga yang selama ini tidak pernah tersarung dengan anting-anting kini
terlihat manis dengan anting-anting berlian milik ibunya yang dipinjam. Itupun
Puan Bahyah seperti tidak ikhlas sahaja memberinya pinjam anting-anting
tersebut. Tak habis-habis dia dipesan agar menjaga anting-anting itu dengan
baik, jangan sampai tercicir.
“Ayah awak yang hadiahkan umi
anting-anting ni” Ujar ibunya seraya merenung anting-anting yang sudah tertenggek
di cuping telinganya. Barangkali sedang mengimbang kekesalan yang bertapak
dalam diri.
“Ala umi ni, nak pinjam pun berkira. Cika
janji yang Cika takkan hilangkan anting-anting ni. Kalau hilang pun Cika ganti
yang lain. Yang lagi besar dari yang ini.” Dia tersenyum nakal.
Puan Bahyah mencebik. “Niat
dalam hati tu dah terserlah nak hilangkan anting-anting umi. Jangan harap!
Anting-anting ni umi sayang sangat. Memori manis antara umi dengan babah awak
Kalau hilang benda kat telinga awak tu, siap awak umi kerjakan nanti.” Ugut
Puan Bahyah.
Cika terkedu. Amboi! Lagi
sayang anting-anting dari anak sendiri!
Diam-diam Puan Bahyah
merenung wajah si anak melalui permukaan cermin. Meraut teliti wajah manis Cika
yang sudah dewasa. Timbul pula rasa bangga di hatinya kerana wajah Cika saling
tak tumpah seperti dirinya sewaktu dia muda-muda dahulu. Cantik!
“Mak oi, cantiknya adik
abang ni.” Terjenguk kepala Ubek dari luar. Ubek tersenyum penuh erti tatkala
memandang wajah si adik yang kelihatan berseri-seri dengan solekan tipis dan dresslabuh berwarna merah muda. Rambut
Cika sengaja diikat ekor kuda dan dihias dengan hiasan skarf rambut yang
berwarna senada. Gaya
yang nampak freshtetapi sweet. Tidak terlalu matang dan tidak
terlalu kebudak-budakan. Just nice!
Bisik hati kecil Ubek.
Cika sekadar mencebik
mendengar pujian Ubek. Padahal dalam hati sudah kembang semangkuk. Ingat senang
ke Ubek mahu memujinya? Kalau lelaki yang asyik bercinta dengan ikan itu
memujinya, memang sah dan confirm,
malam ni dia terlebih lawa. Bagus! Memang pun itu kehendaknya!
Malam ini dia mahu kelihatan
cantik dan menawan di majlis perjumpaan pelajar sekolah lamanya. Biar semua
orang yang mengejinya dahulu buka mata dan memandangnya dengan mata terbuka
luas. Cika The Loser akan menyerang sekolah lamanya malam ini dan bikin havoc!
Perang dah nak bermula!
“Yuhu..Gina dah sampai ni.”
Tiba-tiba jeritan ayahnya dari tingkat bawah kedengaran. Cika dan Ubek saling
berpandangan. Umi mereka pula hanya mampu menarik nafas panjang. Suaminya kalau
sudah menjerit, pasti suara ‘girlie’
tu akan keluar. Dah larang banyak kali, nak juga tayang suara orkestra tu!
Keluh Puan Bahyah seraya menonong keluar dari bilik Cika.
“Tunggu apa lagi? Pergi rock and roll dekat majlis tu. Tayang muka adik tu kut-kut ada
kawan sekolah adik yang masih single and
available.” Usik Ubek seraya ketawa kecil.
“Banyaklah abang punya single and available.” Ejek Cika lalu mencapai tas tangannya. Dia
keluar dari biliknya sambil diekori Ubek dari belakang. Mereka beriringan
menuruni anak tangga lalu terpandang kelibat Gina yang turut berpakaian cantik,
sedang bercakap-cakap dengan ayah dan ibu mereka.
Ubek tersenyum-senyum memandang ke arah Gina. Gina juga
begitu. Masing-masing memang saling pemalu jika bertemu. Ubek yang tidak makan
saman akan jadi mamat skema, manakala Gina yang selalu bising akan berubah
lebih bersopan santun jika menghadap Ubek. Nak satukan kedua-dua mereka? Oh no! No way!
Dulu dia ada terfikir juga mahukan Gina menjadi
sebahagian ahli keluarganya. Tapi setelah ditimbang tara
dari pelbagai sudut, ditambah pula dengan sikap Ubek yang sukar dijangka, dia
terpaksa cut off perancangan ala-ala mission impossiblenya. Tak mungkin!
Nanti tak fasal-fasal aje Gina bermadu dengan ikan siakap, ikan tioman, ikan
buntal dan ikan selayang..isk tak sanggup! Ubek tu bukan boleh pakai sangat.
Asyik lebihkan ikan sahaja dari pelbagai segi.
“Ready to go?”
Tanya Gina mematikan lamunan singkat Cika.
Dia hanya mengangguk. Gina bersalaman dengan ibubapanya,
meminta diri sebelum mereka beredar dengan menaiki kereta Nissan Skyline Gina
yang cantik gebu itu.
* *
* *
KETIKA mereka sampai di
perkarangan Hotel Palace of the Golden Horses, kawasan hotel itu sudah dipenuhi
dengan pelbagai jenis kereta. Ada yang mewah dan ada yang biasa-biasa sahaja.
“Eh itu bukan Salim ke?” Gina bersuara, menunjukkan ke
arah seorang lelaki yang pernah sekelas dengan mereka dahulu.
Cika memanjangkan lehernya. Meninjau gerangan lelaki yang
dimaksudkan Gina. Lelaki itu sedang menuruni sebuah van putih sambil membukakan
pintu untuk seorang perempuan yang perutnya memboyot. Melihat perempuan itu,
Cika dan Gina saling berpandangan. Alamak! Mimi ke? Salim yang mulut laser itu
kahwin dengan minah paling poyo dalam kelas mereka?
“Dia bawa mini van la. Kau agak-agak dia kerja apa ya?
Dulu bukan main berlagak lagi si Salim tu dengan kita.” Gina mencebik. Bukan
bermaksud mahu menghina mini van Salim yang tidak berdosa. Cuma menyampah bila
mengingatkan lelaki itu suatu ketika dahulu. Cakap asyik nak membesarkan diri.
Sekarang dapatlah jugak bini besar! Padan muka! Gina menyumpah dalam hati.
Cika hanya tersenyum. Gelihati mengenangkan betapa
beria-ria Gina mengutuk Salim. Dia masih ingat lagi dahulu Salim cuba
memikat Gina. Tapi ketika itu Gina sedang kemaruk dengan Idham Hariz. Bengang
kerana tidak dilayan, Salim mula membuat pelbagai onar dan sentiasa cuba
menyakiti hati Gina di dalam kelas.
“Kalau kau jumpa dia nanti, jangan nak cari gaduh pulak.”
Larang Cika.
Gina mengerling. “Buat apa aku nak jumpa si Landak tu?
Kau tak nampak bini kat sebelah dia tu?”
Cika ketawa kecil. Ketika dia mengalihkan pandangan,
matanya terpandang beberapa wajah yang amat dikenali. Dia terdiam jadinya.
Jantungnya berdebar-debar tidak keruan. Dia cam beberapa pelajar kelas 5A yang
sering mengejeknya dahulu. Sama seperti dia mengecam Hasrul, teman baik Idham
Hariz yang kebetulan berkahwin dengan kakak sepupunya Lily.
Ketika dia bertemu dengan
Hasrul dahulu dia memang terkejut besar. Tak menyangka lelaki yang sering
menjadi PA tak bergaji Idham Hariz akan menjadi salah seorang anggota
keluarganya. Dia tahu Hasrul mengecamnya, tapi sengaja dia berpura-pura tidak
kenal dengan Hasrul. Pernah beberapa kali lelaki itu cuba mengajaknya berbual, tapi
setiap kali juga dia melarikan diri.
Agak-agak Hasrul pun ada
datang jugakah malam ini? Cika tertanya-tanya. Dalam hati dia berdoa,
minta-mintalah lelaki itu tidak datang. Kalau datang pun janganlah si isteri
dibawa bersama. Dia tidak mahu Lily tahu apa yang berlaku padanya suatu ketika
dahulu. Ah! Bodohlah kalau Hasrul membuka pekung lama. Silap-silap haribulan
Kak Lily boleh naik angin satu badan kalau tahu adik sepupunya pernah dibuli
suaminya sendiri di alam persekolahan.
Mereka menjengah masuk ke
lobi hotel. Dari situ sudah ramai yang berpusu-masuk ke dewan utama. Malah ada
beberapa kakitangan hotel yang membantu menunjukkan jalan.
“Nama siapa?” Soal gadis
bertubuh gempal yang duduk di meja urusetia.
Cika mengerling ke arah
Gina. Gina hanya tersengih seraya mengangkat bahunya. Wajah gadis di hadapannya
ditilik agak lama. Dua belas tahun tak jumpa, bukan makin kurus. Makin tembam
macam guni beras adalah! Detik hati kecil Gina.
“Syarifah Suhana Syed Mokhtar.” Ujar Gina.
Serentak si gadis gempal itu mendongak wajah.
Terkelip-kelip sedang memandang Gina yang tersengih lebar.
“Syarifah Suhana? Gina?” Soal si gadis hampir tidak
percaya.
“Akulah ni badigol. Gina yang duduk kat depan kau dalam
kelas.” Ujar Gina ketawa kecil. Sarah tiba-tiba terjerit. Benar-benar teruja
melihat Gina. Tubuh teman itu segera dirangkul dan dipeluk erat. Maklumlah
sudah agak lama mereka tidak bertemu muka. Hanya sesekali menegur di dalam
Facebook sahaja. Itupun Facebook masing-masing ada atas nama sahaja. Status
terakhir kadang-kadang diupdatesebulan
sekali.
“Aku ingat kau tak nak datang. Tak ada reply pun dari kau samaada nak hadir
atau tak.” Ujar Sarah.
“Aku nak datang, tapi dia ni yang kejap nak datang kejap
tak nak.” Gina melirik ke arah Cika. Ekor mata Gina segera diekori Sarah. Cika
hanya tersenyum. Dahi Sarah berkerut. Terkelip-kelip dia memerhatikan wajah
yang kelihatan asing di matanya. Budak sekolah ni jugak ke dia ni? Hati Sarah
tertanya-tanya.
“Gina, ini siapa?” Soal Sarah ingin tahu. Matanya tak
berganjak langsung dari wajah Cika.
Pertanyaan Sarah membuatkan Gina ketawa besar. Lucu!
Macamanalah si Sarah badak ni boleh tak kenal Cika? Tapi lojik jugak. Dulu Cika
ni nerd, dengan bracesgigi, ditambah rambut kerinting ekor kuda dan cermin mata
tebal. Sekarang Cika si nerditu dah
jadi wanita berkerjaya yang anggun dan comel. No more cermin mata, no more
braces, no more the curly style,
diganti dengan dressberjenama, kasut
bertumit tinggi serta rambut yang sudah lurus. Mata pula disolek dengan eyelinerdan maskara yang tebal. Bibir
pula merah menyala dengan lisptick
berwarna terang.
“Sarah, inikan Cika. Tak ingat lagi?” Gina
berbisik perlahan.
Wajah Sarah berubah. Cika?
Betul ke? Sarah masih tidak percaya. Dia melangkah lebih dekat, merapati Cika
di hadapannya. Wajah teman itu dibelek-belek, direnung dan ditatap agak lama.
“Sarah, ini akulah. Cika!”
Ujar Cika seraya ketawa kecil.
“Tapi apasal kau lain sangat ni? Kau buat plastic surgery ke?” Terkeluar juga apa
yang berada di fikiran Sarah. Mulutnya melopong memandang ke arah Cika.
Serentak Cika dan Gina
ketawa besar. Plastic surgery?
Ada-ada sahaja Sarah ini. Mentang-mentang saiz badan dia tak pernah berubah!
“Serius cakap, aku memang takkan cam kau Cika
kalau Gina tak beritahu siapa kau. Kau nampak cantik.” Sarah terharu sambil
bercakap dengan nada sebak. Cika menjeling ke arah Gina. Apa tak kena dengan
minah ni? Emosi pulak tiba-tiba!
“Err Sarah, mana tempat
duduk kami?” Pintas Gina, sebelum gadis itu lebih panjang bermadah dengan
mereka. Such a drama queen! Bisik
hati kecil Gina hendak tergelak.
Menyedari dia memegang kedua
gadis itu agak lama, barulah Sarah menyedari kealpaannya. Orang semakin ramai
di meja urusetia, dia sedap-sedap pula bersembang dengan Cika dan Gina.
“Sebab kau orang tak reply invitation card tu, meja depan
pentas dah penuh.” Keluh Sarah.
“Tak apa, kami boleh duduk
di mana-mana sahaja.” Cika membalas.
“Rasanya aku boleh arrangetempat duduk korang kat depan-depan sikit. Jom ikut aku.”
Ujar Sarah lalu melangkah ke suatu arah. Hendak tak hendak, Cika dan Gina
terpaksa berusaha mengejar kelibat gadis itu.
“Kau tak kisahkan duduk kat
meja ni?” Sarah menunjukkan ke sebuah meja kosong, betul-betul di hadapan
pentas utama. Cika dan Gina serentak mengangguk.
“Meja ni kosong ke?” Tanya
Gina apabila dilihatnya tidak ada sesiapa pun di situ selain mereka berdua.
“Ada, tapi mereka belum sampai lagi. Kejap
lagi penuhlah tu.”
Sarah meninggalkan mereka
berdua di situ. Gina tersenyum-senyum. Gembira kerana berada di situ. Cika pula
asyik memerhatikan persekitarannya. Mencari-cari wajah yang dikenalinya. Ada beberapa orang teman
sekelasnya lewat di hadapannya. Dia cuba tersenyum tapi tidak berbalas.
Sebaliknya kerutan di wajah pula yang diterimanya. Mereka semua tak cam aku
kah? Hei aku Cika The Loser lah! Bisik Cika di dalam hati
“Mereka macam tak cam aku langsung.” Keluh
Cika.
“Habis? Kau nak sangat ke
mereka cam kau tu siapa? Beginilah bagus. Kita boleh hadir reunion tanpa ada gangguan.” Pendapat Gina.
“Yalah, tapi aku dah siap
punyalah semangat macam ni semata-mata nak tunjuk pada mereka. Tapi kalau
mereka tak cam muka aku, buat apa aku bersusah payah?”
“Ya tak ya jugak.” Gina
mengangguk. Ada
benarnya kata-kata Cika.
“Aku ambil mikrofon kat
depan then announce untuk kau. Nak?”
Tanya Gina.
Cika menjeling gadis itu. Ni
perli ke apa ni?
Gina ketawa kecil. Dia bingkas
bangun dari tempat duduknya. Cika terpinga-pinga.
“Nak ke mana?”
“Sekejaplah. Aku nak ambil
minuman kat sebelah sana.
Dahaga!” Gina terus beredar pergi. Cika mengeluh panjang. Terasa macam tidak
kena pula berada di meja itu sendirian.
“Cika? Is it you?” Muncul suatu suara tak diundang. Cika berpaling.
Dari tempat duduknya dia melihat kelibat Hasrul dan salah seorang lelaki
bertubuh agak gempal.
Melihat Hasrul tersenyum
memandangnya, darah gemuruhnya mula datang kembali. Aduh! Datang juga lelaki
itu. Lelaki di sebelah Hasrul dia tidak berapa cam pula. Maklumlah dah lama
sangat.
“Cika duduk di sini ke?”
Hasrul bertanya.
Dia hanya mengangguk seraya
memalingkan wajahnya ke arah lain. Tapi melihat Hasrul dan temannya tiba-tiba
menempati meja yang sama dengannya, dia terkedu. Takkan mereka duduk di sini!
Hati Cika mula tidak sedap hati.
“Siapa ni Rul?” Lelaki di
sebelah Hasrul bertanya.
“Sepupu wife aku, Jeff.” Ujar Hasrul tersenyum.
Cika bangkit dari kerusi
yang didudukinya. Dia tidak mampu lagi duduk di situ lebih lama. Kenapa Hasrul
memperkenalkannya sebagai sepupu isterinya? Kenapa tidak diberitahu sahaja pada
temannya bahawa dia adalah gadis yang sering dibuli di sekolah dua belas tahun
yang lalu?
Melihat Cika tiba-tiba bangkit
dari kerusi yang didudukinya, Hasrul tercengang.
“Cika, nak ke mana tu?”
Cika menoleh. “Rasanya saya
salah tempat duduk. Maaf menganggu.”
“Cika, duduklah kat situ.
Jangan ke mana-mana. Please.” Rayu
Hasrul, turut bingkas bangun. Cika menarik nafas panjang. Hasrul kelihatan
serba salah.
“Abang tahu abang salah
waktu itu. Tapi kita dah jadi keluarga bukan? Abang tahu Cika kenal abang, tapi
Cika pura-pura tak ingat. I’m so sorry
Cika. Abang patut minta maaf dengan Cika sejak dulu lagi.” Ujar Hasrul tanpa
mempedulikan Jeff yang tercengang-cengang tidak mengerti drama apakah yang
sedang mereka mainkan sekarang.
Cika mengeluh. Senangnya
mereka semua nak minta maaf. Yang sakitnya aku, bukan mereka! Dia masih
berfikir, berkira-kira apakah dia patut meninggalkan meja itu atau duduk sahaja
di situ bersama Hasrul dan temannya yang bernama Jeff itu.
Telinganya tiba-tiba
mendengar bunyi alunan piano yang merdu dari pentas utama. Pandangan mata Cika
beralih arah. Memerhatikan ke arah sekujur tubuh di atas pentas yang entah
sejak bila berada di situ, menghadap ke arah sebuah piano. Kelibat itu menarik
perhatian. Bukan sahaja kerana irama yang dimainkan itu menyejukkan hatinya,
tapi juga kerana dia seperti pernah melihat…
Wajah itu menoleh seketika
ke arah tetamu, sebelum kembali menumpukan perhatiannya pada key hitam putih yang dimainkannya. Cika
terkedu dibuatnya. Nadim Ammar lagi! Tak ada muka lain lagikah? Dah elok-elok
main piano di Jumbo Jeep, di sini pun lelaki itu kerja jugakah?
Cika semakin pening kepala.
Dia mahu beredar mencari Gina. Mungkin dia akan mengikut jejak Gina mencari
minuman di hujung sana,
buat melegakan bahang di hatinya yang semakin menular. Ketika dia mahu
berpaling, tubuhnya hampir melanggar seseorang. Cika mengetap bibir. Damn it!
Dia mendongak wajah. Memerhatikan
orang yang nyaris-nyaris bertembung dengannya. Tapi sebaik anak matanya
menjamah wajah di hadapannya, airmukanya langsung berubah. Sepasang mata Idham
Hariz kini asyik merenung wajahnya, membuatkan dia menelan liur. Buat seketika,
Cika menyumpah diri sendiri. Aku tak sepatutnya ke mari. Aku hanya membuang
masa kononnya mahu membuktikan sesuatu pada orang yang dahulunya membuli aku.
Hakikatnya, aku masih macam dulu. Aku masih
Cika The Loser! Bicara Cika terus berladung di kelopak fikiran.