“GOOD
MORNING Cik Syafika” Ucap staf-staf G-Properties sebaik terpandang
kelibat Cika melangkah masuk ke dalam pejabat.
“Hmmm..morning.” Balas Cika lemah.
“Aik
macam tak semangat aje pagi ni kenapa?” Tegur Gina yang kebetulan baru keluar dari biliknya dan berpapasan
dengan Cika.
“Cuba
kalau pagi-pagi buta lagi kau kena leter dengan mak kau, apa kau rasa?”
Keluhnya seraya meluru masuk ke biliknya. Gina mengekori Cika sambil
melempiaskan tawanya.
“Selagi
kau tak carikan dia calon menantu, hari-harilah kau kena tahan telinga tu
nampaknya. Susah-susah sangat kau pilih ajelah Datuk Fakhri tu, habis cerita.
Orang tua tu pun bukan main mengenyam lagi kalau nampak kau.” Usul Gina.
“Haha..not funny Gina. Tak selera langsung aku
tengok datuk yang kerepot tu.” Cebik Cika. Bukan niat nak menghina, tapi itulah
kenyataannya. Dasar orang tua tak sedar diri. Kut-kut ya pun dah jadi duda,
tapi ingat-ingatlah sikit kat kubur kata mari.
“Tak
pun kau pilih Fitzerald..dia pun handsome,
romantik lagi.”
“Dan
kau nak suruh aku dengar ayat-ayat romantik dia tu tiap-tiap hari? Bernanah
telinga aku ni nanti.” Sahut Cika sambil menggelengkan kepala. Dua-dua tak
boleh pakai. Not accepted!
“Kau
ni kan banyak
songeh tau. Yang tua kerepot tapi kaya tak mahu, yang muda dan handsomepun tak mahu. Habis siapa yang
kau mahu?”
“Josh
Duhamel?” Cika tersengih-sengih membayangkan pelakon Hollywood
pujaan hatinya. Oh Abang Josh, I love you!
“In your dream, takde maknanya Josh
Duhamel tu nak pandang kau.” Cebik Gina. Huh angan-angan tinggi melangit. Apa
nak jadi la dengan minah sorang ni?
“Aku
cakap aje. Aku tahulah Josh Duhamel tu dengan aku macam langit dengan bumi.
Tapi tak salah berangan-angan kan?”
Sekali lagi Cika tersengih.
“Salah
tu. Bukan macam langit dengan bumi. Macam nasi dengan kerak nasi. Dekat aje
tapi impossible! Kut ya pun nak
berangan, biarlah menongkat langit. Barulah langit tak jatuh, kau pun tak
tersembam.” Getus Gina seraya ketawa kecil.
Cika
tergelak besar. “Ni pepatah mana kau pakai ni? Pelik betul aku dengar.”
Gina
turut tergelak. “Aku pinjam pepatah si Amat tu. Freetak kena bayar.” Balas Gina merujuk kepada office boy di pejabat mereka yang lurus
macam kayu tapi suka berpepatah kalau bercakap. Sebiji macam orang zaman dahulu
kala.
“Oh
ya, macamana dengan date kau kelmarin?
Handsome tak?” Gina bertanya, teruja
mahu tahu.
“Bolehlah,
jenis yang umi aku suka.”
“Habis?
Kau suka tak?”
Cika
sekadar mencebik. “Tak kuasa aku.” Sahutnya seraya menggelengkan kepalanya.
“Habis
umi kau cakap apa?”
“Entahlah,
dia belum sempat soalsiasat aku. Pagi ni dia baru balik dari Nilai. Dalam dua tiga
hari ni rasanya aku kena elakkan diri dari dia.” Cika tersengih lebar.
“Tapi
umi kau memang aku salute habis la. Dah
berbelas kali kau pergi blind date, tapi
satu pun tak jalan.” Gina ketawa terbahak-bahak. Lucu dan sekaligus kagum
dengan kawannya yang seorang itu. Dalam umur begini pun masih dipaksa untuk
bertemu jodoh mengikut aturan si ibu.
“Ikut
hati aku malas aku nak pergi, Tapi karang dengar dia membebel pulak. Nak tak
nak, aku kenalah ikut.” Keluh Cika.
“Kau
tu yang degil. Memilih sangat, sebab tu dia buat macam tu. Cuba lah kau buka hati kau tu
besar-besar kat makhluk yang namanya lelaki. Manalah tau ada salah seorang dari
mereka yang betul-betul sesuai dengan kau.” Gina memberi usul.
“Gina,
kau ingat nak cari suami ni macam pilih ikan kat pasar ke? Pilih ikan mana yang
gemuk, yang mana yang segar, terus bayar duit bawa balik ke rumah? Macam tu?
Aku tak nak lelaki yang sukakan aku semata-mata sebab kerjaya aku, rupa aku
atau macam-macam sebab lagi. Aku tak mahu semua tu.”
“Habis
kalau semua lelaki yang datang, kau anggap mereka tu cuma sukakan status dan
duit kau, habis siapa yang layak?” Bahas Gina.
Cika
terdiam. Cerewet sangat ke aku ni? Tapi dia juga ada hak untuk memilih siapa
yang disukainya. Meskipun usianya sudah mencecah akhir 20an namun dia masih ada
hak yang sama untuk membuat pertimbangan. Tidak semestinya kerana dia belum
kahwin sehingga sekarang, maka dia harus memilih siapa sahaja yang datang. Come on, dia juga manusia biasa. Dia
juga perlukan cinta. Sekurang-kurangnya dia mahu mengahwini seseorang yang
dicintainya. Yang boleh menerima dirinya seadanya. Bukan main cekup sahaja mana
yang ada.
Melihat
Cika diam sahaja, Gina mahu menyambung kata-katanya. Tapi ketukan di pintu
bilik membuatkan Gina tidak jadi membuka mulutnya. Dia dan Cika serentak
menoleh ke suatu arah lalu terpandang Darren, salah seorang staf mereka yang
agak lembut.
“Sorry girls, Dato’ Fakhri datang. Dia
nak jumpa Cika kat bilik meeting.” Beritahu
Darren.
Cika
tersentak. What? Now?
“Hehehe..ulat
bulu tu dah datang. Rindu agaknya sebab dah seminggu tak jumpa kau Cika.” Usik
Gina sambil tergelak besar.
“Alamak
Gina macamana ni? Apa aku nak buat?” Cika sudah kelam kabut serba tidak kena.
Dia benar-benar alergik dengan Dato’ Fakhri. Rasanya dia lebih rela terjun
bangunan dari bertemu dengan orang tua yang berlagak muda seperti lelaki itu.
“Nak
buat apa lagi, pergilah jumpa dia. Dia dah sampai pun office kita ni. Lagipun kau nak lari ke mana? Ingat sikit pintu
keluar masuk pejabat kita ni betul-betul sebelah bilik meeting tu. Takkan kau nak panjat tingkap beranda ke bangunan bilik
sebelah?” Gina tersengih.
Cika
terdiam. Panjat? Bagus jugak idea tu. Dengan sepantas kilat, Cika sudah membuka
jendela biliknya luas-luas. Gina dan Darren tercengang jadinya.
“Cika,
apa yang kau nak buat ni? Kau dah gila ke?” Gina hampir terjerit. Terkejut
melihat gadis itu sudah memanjat palang tingkap.
“Syy
jangan bising. Darren, kau uruskan orang tua tu. Cakap apa sahaja asalkan dia
percaya yang aku tak ada kat office
ni.” Arah Cika. Kakinya sudah memijak beranda tingkap. Berita baiknya, mujurlah
ada beranda sempit di luar laluan bangunan tujuh tingkat itu itu. Berita buruknya
pula? Alahai dia sekarang berada di tingkat ke tujuh.
Terketar-ketar
dia memandang ke bawah. Sayup-sayup dia melihat manusia-manusia dan
kereta-kereta di bawah yang hanya sebesar kotak mancis. Ni kalau jatuh ni
sah-sah mati terus! Sempat lagi dia mengguman begitu. Ya ALLAH, jangan bagi aku
jatuh. Aku cuma nak elakkan diri sekejap aje dari orang tua itu. That’s all!
“Cika
cepat masuk balik. Jangan nak buat perangai bodoh macam ni!” Marah Gina. Gerun
dia melihat sikap Cika yang jarang berfikir panjang. Nama aje lulusan
universiti luar negara. Tapi tang sikap sebiji macam orang tak sekolah, rungut
Gina kecut perut.
“Gina,
macamana ni?” Darren turut resah melihat betapa nekadnya Cika ketika ini. Kalau
perempuan ni jatuh, gaji aku siapa nak bayar? Itu sahaja yang Darren kisahkan
sebenarnya.
“Darren,
pergi jumpa Dauk Fakhri suruh dia balik sekarang juga. Lantak kaulah nak tipu
dia macamana pun, asalkan dia beredar dari pejabat kita ni.” Suruh Gina separuh
menjerit.
Darren
mengangguk lalu terkocoh-kocoh keluar dari pejabat Cika. Gina segera menjenguk
ke luar tingkap apabila dilihatnya Cika sudah bergerak sedikit demi sedikit ke
sebelah.
“Cika,
masuk sekarang jugak. Aku dah suruh Darren halau orang tua tu. Kau dah nak mati
sangat ke?” Gumam Gina benar-benar geram dengan telatah Cika yang tak masuk
akal.
“Sorry Gina, kejap lagi orang tua tu
mesti datang bilik aku. Aku dah faham sangat dah. Lebih baik aku sembunyi kat
pejabat sebelah sampai dia lesap.” Cika melaung sedikit. Tanpa mempedulikan
Gina, dia segera meluruskan badannya lalu bergerak sedikit demi sedikit ke arah
bangunan pejabat guaman bersebelahan dengan pejabatnya.
Tapi
ketika dia semakin mendekati pejabat guaman itu, matanya segera terpandang
kelibat seorang lelaki tua sedang berdiri di beranda itu sama seperti dirinya.
Mata lelaki itu mencerun ke bawah. Cika segera mengerutkan dahinya. Siapa pulak
ni? Nak main sembunyi-sembunyi macam aku jugak ke?
Sejurus
telinganya menangkap beberapa suara sedang menjerit-jerit di suatu arah. Dia
berpaling ke arah sebuah tingkap, lalu terpandang beberapa buah kepala
menjenguk keluar dari tingkap tersebut. Cika segera memasang telinga. Dia mahu
mendengar apa sebenarnya yang sedang dijeritkan oleh orang-orang di tingkap
itu.
“Encik
Mat, sabar. Masuk dulu. Apa-apa hal kita boleh bawa bincang.”
Dahi
Cika berkerut lagi. Bincang apa?
“Kamu
semua penipu. Dah tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Aku dah hilang
segala-galanya. Aku hilang kerja, aku hilang anak isteri, aku hilang semua
harta aku. Nak bincang apa lagi?” Jerit lelaki yang sedang berdiri di balkoni
itu.
Cika
tersentak mendengar kata-kata lelaki itu. Dia mula menyedari yang kehadirannya
tidak kena pada masanya. Alamak! Dia menjeling ke arah palang jendela bangunan
pejabatnya yang sudah agak jauh ditinggalkan. Nak patah balik, makan masa jugak
sedangkan tingkap yang paling dekat adalah tingkap di pejabat guaman itu. Apa
aku nak buat ni?
“Encik
Mat, kalau Encik Mat buat macam ni pun apa yang Encik Mat dapat? Jangan macam
ni, masuk dulu. Kita bincang baik-baik. Kami akan bantu Encik Mat cari jalan
penyelesaian.” Pujuk suatu suara.
“Aku
dah kata tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Jangan dekat! Kalau kamu semua
dekat, aku terjun bangunan ni karang.” Tempik lelaki itu berang.
Cika
yang mendengar butir bicara itu satu persatu hanya mampu menarik nafas panjang.
Bila nak sudah drama ni? Tak sudah rasanya kalau aku tersangkut kat sini
semata-mata sebab lelaki itu cuba
nak bunuh diri, keluh Cika.
Perlahan-lahan
dia bergerak lagi ke arah lelaki itu. Walaupun berdebar-debar, hatinya namun
dia sudah nekad tidak mahu terus berdiri di situ sehingga ke petang.
Kehadirannya mencuri tumpuan orang-orang yang berada di tingkap, termasuklah
lelaki yang dipanggil Mat itu. Menyedari dirinya dipandang sebegitu, Cika hanya
mampu tersengih.
“Maaf,
saya tak ada niat nak campur tangan. Saya cuma nak tumpang lalu aje.” Dia
meminta izin dengan mukadimah yang paling sopan.
“Kamu
ni siapa pulak?” Mat merenung tajam ke arah perempuan yang berada di balkoni
yang sempit itu. Gerak-geri perempuan itu diperhatikan dengan curiga. Polis ke?
Biasanya di televisyen ada adegan polis yang memujuk orang yang hendak membunuh
diri. Fikiran Mat saling berlegar dan tertanya-tanya.
“Err..saya
bekerja kat bangunan sebelah, syarikat G-Properties, syarikat agen hartanah.
Kalau pakcik nak beli rumah ke beli tanah ke, boleh contact kami. Ini nombor saya.” Dia sempat menyeluk saku seluarnya
dan mengeluarkan sekeping kad nama. Malah sempat mempromosikan syarikatnya. Apa
kena dengan kau ni Cika?
“Apa
yang kamu buat kat sini?” Pintas lelaki itu yang jelas tidak berminat hendak
membeli tanah, rumah hatta tanah kubur sekalipun. Yang dikisahkan sekarang ini
dia sudah nekad untuk mengugut syarikat guaman itu, meskipun dia sebenarnya
seorang yang gayat dengan ketinggian bangunan.
“Saya
nak tumpang lalu aje. Lepas tu pakcik continue
la apa-apa yang patut, saya takkan kacau daun.” Cika tersengih. Dia bergerak
merapati lelaki itu.
“Jangan
dekat!” Lelaki itu berteriak lagi.
Cika
terpegun. Alamak dia ni! Kalau dia tak beralih ke tepi, macamana aku nak pergi
ke tingkap tu?
“Pakcik
tepilah sikit, bagi saya lalu. Lepas tu suka hati pakciklah nak terjun
bangunan ke nak lompat ke, no hal.” Ujar Cika tanpa berfikir
panjang.
Mata
lelaki itu terbeliak memandangnya. “Mana kamu tahu aku nak terjun bangunan ni?
Kamu pun tipu aku kan?
Kamu ni suku sakat peguam-peguam bedebah tu!” Tuduh Mat dengan penuh syak
wasangka.
“Eh
bukan pakcik, saya dah kata saya ni kerja kat pejabat sebelah. Yang pakcik ni
susah sangat nak percaya kenapa? Pakcik ingat pakcik sorang aje ke dalam dunia
ni yang ada masalah? Semua orang ada masalah masing-masing. Tapi yang penting
kita kena berani hadapi masalah kita tu.” Getus Cika, sedikit bengang kerana
terpaksa membuang masa di situ kerana lelaki itu.
“Mana
kamu tahu fasal masalah orang lain. Kamu tahu ke perasaan ditinggalkan isteri
sebab kamu tak ada kerja? Kamu tahu ke perasaan duit kamu habis melayang kerana
ditipu kawan sendiri? Aku dah rasa semua tu. Sekarang aku dah hilang semuanya.
Dah tak ada apa-apa lagi dah yang tinggal pada aku.” Keluh lelaki itu seraya
menjenguk ke bawah. Bunyi siren kecemasan menarik minatnya. Cika juga turut
menjenguk ke bawah. Hmm..polis dah sampai dah!
“Habis,
pakcik dah nekad ke nak terjun bangunan ni? Pakcik tak takut dosa? Bunuh diri
tu berdosa pakcik.” Cika mengingatkan.
Lelaki
itu mencerlung tajam ke arahnya. “Kamu ni memang penyibuk betul. Suka hati
akulah, dosa aku bukannya aku kongsi dengan kamu.” Getus lelaki itu berang.
“Yalah,
memanglah saya tahu itu. Tapi sebagai saudara seagama, saya wajib ingatkan pakcik
yang membunuh diri tu dosa besar di sisi tuhan. Tak cium syurga bila pakcik
mati nanti. Pakcik dahlah sengsara kat dunia, takkan kat akhirat pun nak
sengsara jugak.” Pujuk Cika. Tak fasal-fasal hari ni dia jadi kaunselor tak
bertauliah pula.
Lelaki
itu terdiam. Kata-kata Cika mencelah sedikit demi sedikit ke dalam fikirannya.
Dia mengerutkan dahinya memandang perempuan di sampingnya yang kelihatan pelik.
Sudahlah muncul tiba-tiba entah dari mana, tiba-tiba dia disyarah pula fasal
dosa dan pahala.
“Beginilah
pakcik, senang cerita kalau pakcik betul tak ada kerja, apa kata kalau pakcik
kerja aje kat syarikat saya. Syarikat saya tengah mencari pengawal keselamatan
sekarang ni. Kalau sanggup, esok pakcik datang bawa resume ke apa ke yang patut. Kita bincang baik-baik. Tapi sekarang
ni saya minta pakcik jangan buat kerja bodoh ni.”
Lelaki
itu terkelip-kelip memandangnya. Kata aku buat kerja bodoh pulak! Yang kau tu
apa yang kau buat kat serambi ni? Fikir lelaki itu seraya memandang Cika yang
asyik memerhatikan ke arah deretan kereta polis yang sudah memenuhi bawah
bangunan itu.
“Awak
nak bagi saya kerja?”
Cika
mengangguk. “Yalah, saya dah kata semua masalah ada jalan penyelesaiannya.
Sekarang pakcik dah selesai satu masalah. Pakcik dah ada kerja, tentu masalah
anak isteri pakcik pun boleh selesai.”
“Betul?”
Cika
mengangguk lagi. Tak percaya pulak! Aku sekeh kang!
“Sekarang
kita masuk dalam ya pakcik?” Pujuknya dengan harapan, minta-mintalah lelaki itu
bersetuju. Dia sudah gayat bercampur kejang kaki jika masih berlama-lama di
situ.
Lelaki
itu mengangguk, lalu membalikkan tubuh. Beberapa orang yang berada di tingkap
segera memberi laluan, lalu menarik orang tua itu ke dalam. Cika pula mengekori
dari belakang. Tapi belum sempat dia mahu memanjat masuk, suatu suara muncul di
gegendang telinganya.
“Cika
dear!”
Cika
meluruskan pandangan. Dari tepi tingkap dia melihat kelibat Datuk Fakhri dan
Gina meluru masuk ke dalam ruang pejabat guaman itu. Akibat terkejut melihat
orang tua itu, Cika tidak dapat menyeimbangkan tubuh lalu tergelincir. Tubuhnya
terdorong ke belakang. Gina yang menyedari bahaya yang datang segera menjerit
nyaring.
Cika
sudah tidak mampu berbuat apa-apa. Di kepalanya hanya terfikir tentang mati
sahaja. Apakah ajalnya sudah sampai? Dia memejamkan mata. Hanya mampu berserah.
Tapi
serentak dengan itu juga dia merasakan pergelangan tangannya tiba-tiba dipaut
lalu ditarik ke dalam. Cika segera membuka mata. Di hadapannya berdiri seorang
lelaki, memakai jaket kulit berwarna hitam, sedang merenung tajam ke arahnya.
Untuk seketika. Cika terpaku seperti patung. Alamak! Dia lagi!
Perlahan-lahan
dia ditarik ke dalam. Dia hanya membiarkan sambil matanya tidak berganjak dari
wajah orang yang menyelamatkannya.
Semua
orang menerpa ke arah Cika. Masing-masing risau dengan situasi tadi. Gina yang
hampir keputusan nafas segera mendekati gadis itu yang sudah ditarik masuk dari
arah tingkap. Datuk Fakhri juga! Cika yang diterkam mula mencari wajah yang
menyelamatkannya tadi, tapi lelaki itu menghilang pantas entah ke mana.