“ARE
you in love with me Cik Syafika?” Suara itu bergema. Nadanya sinis diiringi
gelak ketawa ramai di kantin sekolah. Dia hanya mampu tunduk sambil merenung tray makanannya yang masih belum sempat
disentuh.
“Sure she is.” Jawab seorang pelajar
lelaki lain,
“Selama
ini dia mana ada teman lelaki lain. Kau aje yang dia suka.” Sokong yang lain
pula sambil ketawa terbahak-bahak.
“Tapi
aku tak suka dia. Jatuh standard aku
kalau berkawan dengan budak nerd,
kaki bangku, cermin mata tebal sehingga ke leher.” Suara Idham muncul lagi.
Seperti biasa dengan ayat menghinanya.
“Budak
nerd macam ni la yang pandai tulis surat cinta sampai
meleleh. Jiwang karat beb.” Sambung teman Idham yang lain. Sekali lagi suara
ketawa ramai bergema, sekaligus merancakkan waktu rehat di kantin tersebut.
Dia
cuba
berlagak selamba. Walhal mukanya sudah merah dan telinganya sudah perit
mendengar celoteh percuma Idham dan teman-temannya.
Buat
Idham tersayang,
Saya sudah lama memerhatikan awak
secara diam-diam. Hati saya sudah terpaut pada awak sejak kali pertama melihat awak
di padang.
Kalau boleh saya ingin bertemankan awak sehingga ke tua. Merebut
bintang-bintang di langit, memetik bunga-bunga di taman dan menyaksikan World
Cup bersama-sama di televisyen. Kalau awak sudi, saya ingin menjadikan awak
teman istimewa.My soulmate yang sejati. Forever and happily ever after.
Surat itu dibacakan semula
entah untuk kali ke berapa. Idham dan teman-temannya tak sudah-sudah
menginjak-injak maruahnya. Dan dia hanya mampu berdiam diri tanpa ada peluang
untuk membela diri.
Semuanya
kerana Gina. Surat
itu milik Gina, diminta gadis itu untuk disampaikan kepada Idham. Dia cuba
menolak tapi Gina tetap berkeras. Entah sejak bila Gina meletakkan surat itu di dalam
failnya. Dan ketika dia di dalam dewan sekolah, surat itu tercicir dari fail yang dipegangnya
dan kebetulan dikutip oleh Alissa, budak perempuan paling penyibuk di sekolah
mereka. Kerana Alissa satu sekolah mula mengetahuinya dan menganggap dirinya
jenaka yang tidak pernah lapuk untuk berbulan-bulan lamanya.
Cika
mengesat kelopak matanya. Kesedihannya selama ini sentiasa terpendam di jiwa.
Zaman persekolahannya benar-benar buruk sehingga dia enggan mengingati walau
pun satu kenangan. Tetapi malam ini, dengan hanya satu ayat, Nadim Ammar telah mengingatkan dia tentang Idham Hariz.
Tentang apa yang dilaluinya selama ini. Seolah-olah dia perempuan yang tidak
layak untuk dicintai dan dikasihi.
Dua
belas tahun lamanya dia cuba
bangkit. Dua belas tahun juga dia belajar untuk mengubah diri dan penampilannya
agar tidak dilihat sebagai Cika The Loser lagi. Tapi kehadiran Idham
mengingatkan dia pada si Loser ini. Kata-kata lelaki di Restoran Jumbo Jeep itu
juga tidak ada bezanya dengan kata-kata Idham Hariz sendiri. Kedua-dua lelaki
itu memang memandang rendah pada dirinya.
Bunyi
getaran telefon bimbitnya membuatkan dia tersedar. Cika cepat-cepat mengesat
airmatanya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu memeriksa panggilan yang baru
sampai. Umi! Dia tersentak. Baru teringat tentang sesuatu. Jarum jam di
tangannya sudah menginjak pukul 10 malam. Patutlah uminya menelefon. Cika
ragu-ragu mahu menjawab panggilan wanita itu, lagi-lagi dalam keadaannya
sekarang. Dia tidak ingin ibunya yang pintar itu dapat membaca bahasa suaranya
yang pastinya berbeza.
Sebentar
kemudian Ubek pula menghantar pesanan ringkas. Abangnya sekadar bertanya dia ke
mana sehingga belum pulang. Cika segera membalas mesej abangnya. Memberitahu
dia ada di rumah Gina, padahal dia masih duduk di bangku kecil di sebuah taman
perumahan berdekatan Jalan Semarak.
Mengenangkan
jarum jam semakin berputar, Cika tahu tidak ada gunanya dia duduk merintih diri
di situ. Kedua ibu bapanya pasti risau. Ubek yang selalu nampak tidak kisah itu
juga pasti risau kalau dia masih belum pulang-pulang lagi ke rumah. Lupakan
sahaja apa yang kau rasakan Cika! Tidak guna mengingati peristiwa lama hanya
kerana Nadim Ammar. Kau sudah lama meninggalkan imej The Loser itu. Kamu berdua
bukan lagi orang
yang sama! Bisik Cika sedikit sebak.
Perlahan-lahan
dia bangkit dari bangku di taman itu. Keretanya diparkir tidak jauh dari situ.
Ketika dia mahu melangkah ke arah keretanya, matanya tiba-tiba terpandang
sesuatu. Seorang tua yang sedang memakai topi lebar sedang tertunduk-tunduk
mengutip sampah sarap lalu memasukkannya ke dalam karung plastik berrwana hitam.
Mulanya
Cika berniat mahu terus beredar, tapi melihat orang tua itu, entah kenapa dia
tidak sampai hati pula. Dah pukul berapa ni sampai orang tua itu masih mengutip
sampah di sekitar kawasan ini? Dia berpaling, memerhatikan wajah yang
terlindung oleh topi lebar itu.
“Nak
tengok aje ke? Kalau nak tolong lagi bagus.” Muncul suatu suara dari topi lebar
itu. Cika terpempan. Pantas matanya merenung wajah di sebalik topi besar dan
lebar itu. Siapa agaknya? Suara macam perempuan aje!
“Err..
nenek buat apa tu sebenarnya?” Cika memberanikan diri bertanya.
“Aku
tengah jogging ni ha.” Balas wanita
tua itu.
Cika
tercengang. Jogging? Sasau ke apa
orang tua ni?
“Aku
tengah kutip sampahlah, takkan jogging
pulak. Orang melayu memang suka bertanya apa yang mereka dah tahu. Takkanlah
kamu yang masih muda tak boleh nampak.” Ada
senyuman meleret di sebalik kata-kata itu. Cika menarik nafas panjang. Loyar
buruk pula perempuan ni!
“Nenek
tak takut ke kutip sampah sorang-sorang kat tempat ni?”
“Nak
takut apa? Mati pun sorang juga nanti.”
“Ya
saya tahu tu. Tapi tempat ni kan
sunyi aje malam-malam macam ni. Nanti
kalau terserempak orang jahat macamana?”
“Orang
jahat ke hantu ke..aku bukan kacau diaorang pun. Kamu tu pulak buat apa
sorang-sorang kat taman ni?” Giliran wanita tua itu pula bertanya.
Cika
terdiam. Menanya orang pandai tapi dia sendiri masih merambu di kawasan itu
malam-malam buta begini.
“Tak
ada apa-apa nenek. Saya cuma nak bersendirian.”
“Orang
yang hendak duduk bersendirian biasanya ada masalah. Kamu ada masalah apa?
Masalah negara? Masalah duit? Ke masalah sengugut?”
“Ish
nenek ni, ada ke pulak masalah sengugut.” Dia hendak ketawa mendengarnya.
“Habis?
Yang muka tu macam tikus mondok apasal?’
Cika
terdiam. Percuma sahaja mahu bercerita pada perempuan tua bertopi lebar itu.
Kalau dia bercerita pun, bukan perempuan itu boleh membantu. Buat membazir air
liur sahaja.
“Masalah
cinta? Kamu tak ada teman lelaki pun, mana datangnya masalah cinta tu?” Ujar
wanita tua itu.
Cika
tersentak. Aneh! Macamana orang tua itu tahu bahawa dia tidak ada teman lelaki?
Ada iklan kat
suratkhabar ke? Jangan-jangan ibunya dah mendaftar dirinya dalam agensi pencari
jodoh!
“Err..macamana
nenek tahu saya ni tak ada teman lelaki? Nenek ni siapa?” Tanya Cika ingin
tahu. Langkahnya dihela lebih dekat ke arah wanita tua bertopi itu.
Wanita
tua itu ketawa kecil lalu menanggalkan topi yang dipakainya, menyerlahkan
seraut wajah berusia dalam lingkungan 50an. Pakaiannya buruk dan lusuh tapi ada
seutas rantai emas tebal di leher itu.
“Aku
dah selalu sangat jumpa orang macam kamu ni. Termenung sana sini kerana macam-macam masalah. Tapi
masalah tak selesai-selasai jugak. Habis nak selesai macamana kalau asyik
termenung aje.” Rungut orang tua itu.
“Kamu
ni cantik, tapi lack of confident.
Kamu kena lepaskan masa silam kamu kalau kamu nak cari kebahagiaan diri
sendiri.” Ujar wanita tua itu siap berbahasa Inggeris. Terpegun sebentar Cika
mendengar kata-kata wanita itu. Masa silam? Untuk bahagia dia harus melupakan
masa silamnya? Kenapa bunyinya begitu dekat di hati? Terernya orang tua ni,
macam tau serba-serbi berkenaan dirinya. Siapa sebenarnya dia ni?
“Nenek
ni sebenarnya siapa?” Cika benar-benar ingin tahu siapakah gerangan wanita tua itu.
“Panggil
aku Nenek Puteh aje. Bukan sebab aku ni putih, tapi sebab nama aku memang
Puteh. Muka kamu ni aku tengok betul-betul muka banyak masalah. Kamu sepatutnya
pergi bercuti, rehatkan otak dan fikiran kamu tu.” Usul nenek tersebut.
Cika
hanya mampu tersenyum. Alangkah bagusnya kalau
dia boleh melakukannya begitu sahaja tanpa perlu berfikir tentang syarikatnya.
Tentang Idham dan semua masalah yang membekam di hatinya saat ini.
“Kamu
suka kapal?” Tanya nenek tua itu seraya merenung ke wajahnya.
“Maksud
nenek?” Cika tercengang.
“Kalau
kamu ada peluang naik kapal besar dan bersiar-siar, pergi sahaja jangan
berfikir panjang. Itu peluang kamu!” Ujar nenek tua itu.
Dahi
Cika berkerut mendengar
kata-kata wanita tua itu. Pelik bunyinya! Sama pelik dengan orang yang menuturkan kata-kata itu. Entah
siapalah yang hendak beri peluang pada aku pergi bersiar-siar menaiki kapal?
Kalau ada pun, urusan
di syarikatnya bukan boleh ditinggal-tinggalkan. Mengarut sungguh nenek ini!
Cika ketawa kecil seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Nah,
ambil ni. Aku ada sebotol sahaja tapi sebab masalah kamu, aku rela beri pada
kamu sahaja.” Ujar nenek tua itu seraya menyerahkan sesuatu ke tangannya.
Cika
terkedu. Botol kecil yang sudah berpindah ke tangannya direnung sejenak. Apa
benda ni? Lain macam sahaja!
“Aku
ada sebotol sahaja, tapi sebab masalah kamu…”
Kata-kata
wanita tua itu melekat di fikirannya. Dia mendongak memandang ke arah wanita
tua yang kelihatan selamba sahaja. Biar betul! Takkan botol ini berisi…
“Tak
mahulah nenek, nenek ambil semulalah. Saya tak nak minyak ni. Walaupun saya tak
ada teman lelaki, tapi saya takkan gunakan minyak pengasih ni. Berdosa guna
benda ni nenek.” Cika menggeleng-gelengkan kepalanya. Enggan menerima pemberian
wanita tua itu.
Nenek
tua itu tiba-tiba tergelak besar. Bagaikan lucu mendengar kata-katanya sebentar tadi. Cika
terkelip-kelip memandang wanita tua itu. Entah apa yang lucu sangat dia pun
tidak tahu.
“Kamu
ingat, benda ni minyak pengasih ke? Kalau aku ada minyak pengasih, buat apa aku
nak bagi kamu? Baik aku pakai sendiri saja, lagipun aku ni pun dah lama
menjanda.” Gelak nenek tua itu lagi seraya
menekan-nekan perutnya.
Lawak sangat agaknya!
“Habis
minyak apa ni?” Cika tercengang-cengang.
“Minyak
angin lah. Sapu kat kepala kamu tu biar hilang sakit kepala tu, hilang masalah
kamu. Lepas tu balik rumah dan tidur.”
Cika
terkedu. Serentak dia menghidu botol kecil tersebut. Eh betullah, ini memang
minyak angin. Aiseh, apasal minyak angin cap kapak ni duduk dalam botol
berbeza? Sejak bila syarikat Cap Kapak tukar
botol ni?
“Botol
asalnya pecah, aku terpaksa bubuh saki bakinya dalam botol minyak urat. Itu sebab botol tu
lain.” Jelas nenek tua itu bagaikan tahu apa yang sedang difikirkannya.
Cika
menggaru kepala tidak gatal. Macam-macam hal dengan nenek ni. Mujur juga bukan
minyak pengasih! Kalau iya, dia sudah tahu hendak digunakan bagaimana minyak
pengasih tersebut. Baik dia berikan sahaja pada abangnya Ubek yang mungkin
sah-sah akan menggunakan minyak itu pada jorannya. Cika tergelak besar
memikirkan niat gempaknya.
“Dik,
kereta tu adik punya ke?” Tiba-tiba muncul satu suara tak diduga dari arah
belakangnya. Cika berpaling, lalu terpandang kelibat seorang pakcik berkopiah
bulat sedang menaiki sebuah kapcai berhenti di tepi keretanya.
“Ya
kereta saya. Kenapa pakcik?”
“Dah
lewat malam ni. Pakcik nak beritahu aje, kawasan ni tengah-tengah malam begini
banyak mat rempit yang suka merewang tak tentu fasal. Keras pulak tu. Adik tu
perempuan, eloklah balik ke rumah sekarang. Kalau terserempak mat-mat rempit tu
tak apa, boleh kami datang menolong. Tapi kalau dah jumpa macam-macam benda,
minta maaf pakcik pun takut.” Monolog pakcik berkopiah bulat itu seraya
tersengih.
“Err
sebenarnya pakcik, saya…” Cika berpaling. Tapi nenek tua itu sudah lesap entah
ke mana. Dia tercengang. Ke mana nenek itu menghilng? Takkan secepat itu wanita
tua itu boleh lesap begitu sahaja tanpa jejak?
Ini bukan kisah dalam versi superhero. Ini versi Cika The Loser.
“Pakcik
ada nampak tak nenek tua yang bercakap-cakap dengan saya tadi?” Soal Cika ingin
tahu. Hairan memikirkan ke mana perginya nenek tua itu.
Pakcik
berkopiah bulat itu terpisat-pisat memandang ke arah Cika.
“Nenek
tua mana?”
“Yang
bercakap-cakap dengan saya tadi. Baru sekejap tadi.”
“Eh mengarut adik ni, mana ada.” Pakcik berkopiah
itu mula memeluk kedua-dua tangannya. Tiba-tiba gerun mendengar kata-kata anak gadis di hadapannya.
“Tak
nampak ke?” Cika bertambah bingung.
Pakcik
berkopiah bulat menggeleng.
Cika
mula merasa seram sejuk. Teringat pula dia akan kata-kata pakcik berkopiah bulat
itu tentang kekerasan tempat itu. Jangan-jangan nenek tua yang dilihatnya
sebentar tadi bukan manusia tapi…Aduh! Nak menyebutnya sahaja dia sudah seram
sejuk.
“Tak
apalah pakcik, saya balik dulu.” Ujar Cika lalu cepat-cepat memasuki perut
keretanya untuk beredar. Pakcik berkopiah bulat itu masih tercegat memerhatikan
ke arah Cika sehinggalah kereta anak gadis itu menghilang ke arah selekoh jalan
besar.
Mata
pakcik berkopiah bulat kemudiannya meliar memerhatikan kawasan taman itu.
Tiba-tiba sahaja dia teringat kata-kata anak gadis itu tentang seorang nenek
tua. Hai nenek tua mana pulak la yang dimaksudkan gadis itu?
Bulu romanya mula meremang tapi dia
berlagak tenang dan cool. Maklum lah
sebagai AJK Rela yang bertanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan perumahan
itu dari mat-mat rempit yang berkeliaran, dia tidak boleh takut. Hati mesti
seteguh karang. Jiwa mesti rock beb!
Dia
sudah hendak pergi apabila telinganya tiba-tiba menangkap bunyi gemersik di
tepi telinganya. Ada
campuran bunyi desahan nafas dan bunyi suara seperti merengek kesakitan. Entah
mengapa, tubuhnya mula mengigil. Aduh lain macam sahaja bunyi itu!
Pakcik berkopiah bulat berhajat mahu
segera angkat kaki dan cabut lari dari tempat itu. Namun tiba-tiba sahaja ada
sepasang tangan sedang memegang pergelangan kakinya. Dia tersentak. Tubuhnya
sudah seram sejuk menahan gigilan yang semakin melumat-lumat dirinya.
Perlahan-lahan dia memberanikan
dirinya lalu tunduk ke bawah. Di bawah kakinya, matanya terpandang sesuatu yang
menyeramkan. Muncul satu kepala dengan muka menakutkan sedang menyelinap di
bawah kakinya. Lembaga itu menyeringai memandangnya dengan wajah hitam legam
yang berlendir. Dia sudah tidak dapat menahan diri. Dengan suara yang lebih
nyaring, dia menjerit lebih kuat sebelum terjelepuk tidak sedarkan diri.
Nenek
tua yang ditemui Cika sebentar tadi tercengang-cengang melihat seorang lelaki
berkopiah bulat yang pengsan berhampiran tepi longkang besar tempatnya baru
sahaja jatuh. Bersusah payah dia cuba merangkak naik dari longkang
tersebut, akhirnya berjaya juga. Tapi mukanya habis kotor dibasahi air longkang
dan lumpur tanah.
Dia mencari-cari Cika tapi gadis itu
sudah tidak ada. Matanya beredar ke arah lelaki tua yang pengsan sebentar tadi.
Entah apa kenanya dengan lelaki itu? Dia langsung tidak faham apa yang sudah
terjadi dengan lelaki tua berkopiah itu. Ada
hantu ke kat tempat ni?