Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,211
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
bab 29 ; keadaan semakin tegang

BAB 29

Sebulan berlalu ( Mac tahun 2013 ) keadaan pusat perlindungan ini semakin tegang... penghuni dikatakan memboikot dan melawan ketua warden asrama.. beberapa tahanan telah dimasukkan ke dalam sel tahanan kerana membantah peraturan yang telah ditetapkan oleh ketua warden yang mendapatkan kebenaran tanpa bantahan daripada Puan Pengetua. Kemuncak bantahan mereka apabila semua penghuni bertindak enggan makan dan minum pada hari ini apabila ketua yang memperjuangkan nasib mereka iaitu kak Janaa telah ditangkap pagi ini atas tuduhan melakukan provokasi ke atas ketua warden ( yang aku dengar kak Janaa hanya menanyakan kenapa TV sekarang tidak boleh langsung dibuka pada sebelah petang.. kini Tv hanya boleh dibuka pada waktu malam sahaja.. tahulah kak Janaa.. mana reti cakap lembut... ).

Aku tidak boleh membiarkan perkara ini dari terus berlaku.... nanti ada pula yang mati kerana melancarkan mogok lapar. Aku mengambil keputusan menelefon Puan Pengarah untuk mendapatkan pertolongan.. aku takut akan berlakunya riot besar-besaran nanti. Akhirnya Puan Pengarah bersetuju untuk menghantar timbalannya bagi melakukan siasatan dan memantau keadaan. Sejam kemudian Timbalan Pengarah JKM Negeri, Encik Suhaimi datang mengejut ke pusat perlindungan kami. Kedatangannya mengejutkan Puan Pengetua ( yang sedang memerap di dalam bilik tanpa menghiraukan keadaan dan mogok lapar yang sedang dilakukan oleh penghuni asrama ). Encik Suhaimi dan pegawai undang-undang serta keselamatan JKM Selangor segera melakukan siasatan.... beliau segera masuk ke asrama dan mengambil keterangan semua penghuni. Puan Pengetua dan staff tidak dibenarkan untuk masuk campur apabila siasatan dijalankan. Apa yang aku dengar.. akhirnya penghuni menamatkan mogok lapar dan makan di kantin asrama setelah Encik Shuhaimi berjanji untuk melakukan siasatan ke atas Datin. Dalam pukul 5 petang.. mesyuarat tergempar diadakan yang dihadiri oleh semua pegawai pusat perlindungan termasuklah aku.

“Paling mengejutkan saya apabila hari ini berlakunya mogok lapar oleh penghuni asrama. sepatutnya perkara ini tidak berlaku Datin. Nasib baik saya datang cepat.. kalau wartawan dapat hidu mogok lapar ini. Lagi susah kita Datin. Tapi jangan bimbang.. mereka sudah makan pukul 3 petang tadi. Datin??? Kenapa biarkan perkara ini terjadi?” tanya Encik Shuhaimi kepada Datin.

“Errrr saya.... saya”

“Tindakan Datin seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Datin tidak sepatutnya duduk di bilik sahaja. Adakah Datin tahu mereka membuat mogok lapar?”

“Saya tahu... tapi mereka buat semua itu sebab tidak puas hati dengan penahanan seorang penghuni. Saya tahan dia sebab dia melawan cakap ketua warden,”

“Macamana dia tidak melawan.. hasil siasatan saya.. ramai penghuni yang tidak puashati dengan peraturan baru yang Datin perkenalkan. Lagi satu... saya datang hari ini juga buat lawatan mengejut kerana saya mendapat laporan bahawa penghuni ini telah dianaiya oleh pegawai-pegawai pusat perlindungan ini. Maka Puan Pengarah telah bersetuju untuk melantik satu panel siasatan dalaman yang diketuai oleh saya selaku Timbalan Pengarah JKM negeri. Walaupun agak mendadak dan mengejut, tapi penubuhan panel ini adalah sangat tepat pada masanya sebelum keadaan lebih buruk berlaku... jadi daripada siasatan rambang yang kami lakukan hari ini di asrama... terbukti aduan itu benar” aku melihat Datin seolah-olah gelisah dan agak cuak apabila mendengar kata-kata Timbalan Pengarah itu tadi.

“Saya tidak faham kenapa hampir 20 orang penghuni diletakkan di sel tahanan selama sebulan dalam jangkamasa 10 hari? Banyak kemudahan ditarik daripada penghuni.....modal kerja mereka disekat. Komunikasi mereka juga disekat.... warden selalu tiada di asrama. melanggar kod kerja pekerja lain. Maka dengan ini saya mengumumkan... panel ini mengambil keputusan untuk melakukan siasatan ke atas semua pekerja selama 3 hari lagi. Harap tuan dan puan-puan semua dapat memberikan kerjasama.... dan Datin... saya harap sepanjang tempoh siasatan ini.. Datin akan direhatkan daripada tugas,,, tugas Datin akan diambil oleh timbalan Datin... Datin dibenarkan bercuti. Saya harap Datin tidak mengugut penghuni atau pekerja Datin untuk memberikan keterangan. Jika tidak... saya terpaksa menggunakan kuasa saya untuk melaporkan perkara ini ke pihak atasan di Putrajaya” Datin mengangguk... nampaknya Timbalan Pengarah ini agak tegas dan berterus terang orangnya.

“Dan saya harap juga... anda semua berikan kerjasama kepada panel siasatan.. apa yang tidak puas hati.. anda cakap kepada kami. Jangan takut.... ini untuk kebaikan kita bersama. Apa yang kita rasa tak elok... kita akan buang prosedur tersebut... kita lakukan penambah baikan. Kita ini kerja dengan JKM.. jaga kebajikan penghuni... bukan kita kerja bawah Jabatan Penjara.... menghukum orang kerja kita. Wadar kita pun dipanggil wadar keselamatan.. bukan wadar penjara” kata Timbalan seolah-olah memperli kak Hashimah.. aku menoleh kepada kak Hashimah... langsung tidak mengangkat muka.

“Baiklah... itu sahaja. Nanti lambat-lambat balik takut ada suami yang marah pulak balik malam-malam..... assalaimualaikum” Timbalan pengarah dan pegawainya bangun dan keluar dari bilik mesyuarat. Aku segera bangun, baru aku nak keluar ;

“Saya tak tahu siapa yang bagitahu Pengarah. Kalau tak puashati dengan saya... cakap dengan saya” macam tuju kat aku jer. Mereka yang bangun seperti aku tidak jadi keluar.... begitu juga aku.. hadap jela leter Datin.

“Saya mengakui saya yang mengadu kepada puan pengarah” bangun ketua warden. La, kak Hasni pun mengadu jugak ker... tapi aku kagum dengan keberaniannya.

“Kenapa? Apa salah saya? kenapa tak cakap dengan saya terus?” tanya Datin kepada kak Hasni.

“Tak cakap? Maafkan saya Datin.. saya rasa sudah lebih 10 kali sepanjang bulan ini saya bercakap dengan Datin tentang beberapa perkara samada secara rasmi dan tidak rasmi. Samada di pejabat atau semasa lawatan Datin ke asrama. Antara yang saya cakap dengan Datin adalah ketidakhadiran ketua warden pada waktu malam di asrama, melanggar tatakerja orang lain, penarikan beberapa kemudahan kepada penghuni dan pasal sel tahanan. Saya rasa bukan saya jer yang bercakap... ketua kaunseling Encik Hashim juga mungkin dah bercakap perkara yang sama” kalau kak Hasni berani... takkan aku tidak berani mengaku ;

“Benar Datin... saya juga sudah bercakap dengan beberapa perkara yang saya kurang bersetuju. Tapi Datin enggan menerima cadangan atau teguran kami” Datin memandangku dengan pandangan yang tajam....

“Jadi kamu semua tak sukalah saya jadi ketua. Nak Pengetua dulu jugak jadi? Yang jadi Pengetua kini saya.. bukan Puan Pengarah sekarang. Tak puashati mengadu... tak puas hati mengadu. Kamu dan penghuni ni sudah manja sangat. Kalau kamu tak suka dengan saya, kamu boleh minta tukar... bila-bila masa sahaja saya boleh tandatangan. Pergi bekerja dengan Pengarah kesayangan kamu tu”

“Datin.. sepatutnya sebagai seorang Pengetua tidak sepatutnya mengikut emosi dalam berkata-kata. Kami semua boleh bekerja dengan Datin jika mengikut peraturan dengan betul. Seperti yang saya selalu sebutkan malah timbalan juga sebut tadi... ini pusat perlindungan wanita, bukannya Penjara.... kita disini bertanggungjawab untuk memulihkan mereka.. bukan menghukum. Sel tahanan itupun untuk mereka yang baru masuk kesini yang agak liar dan dirasakan tidak sesuai untuk mereka bergaul dengan penghuni lain. Tapi Datin telah menyalahgunakannya dengan memasukkan penghuni yang tidak bersetuju dengan cara Datin. Itu kesalahannya” aku melampiaskan apa yang terbuka di dalam hati.. Datin kaget,,, tembelangnya pecah.

“Dalam buku peraturan pusat yang saya baca... adalah salah warden asrama memasukkan terus penghuni ke dalam sel tahanan. Beliau perlu disoal siasat dan dibicara secara dalaman sebelum dimasukkan ke dalam sel tahanan oleh ketua wadar keselamatan. Bukan warden asrama.. betul tak kak......”

“Betul... ketua asrama telah menyalah gunakan kuasa kerana mengambil tindakan dan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh ketua wadar keselamatan. Malah warden asrama selalu tidak menjalankan tugasnya dengan enggan bertugas pada waktu malam atas alasan keluarga. Malah tidak pernah ada di asrama pada setiap hari sabtu dan Ahad, jika ada keluarga penghuni yang hendak melawat ataupun penghuni yang sakit.. maka ketua wadar keselamatan pada hari tersebut terpaksa mengambilalih tugas warden” tiba-tiba akak Hashimah bangun

“Saya tak boleh datang hari malam atau sabtu dan ahad.. sayakan dah bekerluarga” kak Hashimah membela dirinya.

“Jika sudah berkeluarga kenapa tidak menolak untuk menerima jawatan warden? Kenapa akak sanggup menerima jawatan tersebut? Sedangkan anda telah diberikan elaun RM 1,500 sebulan sebagai ketua warden... jawatan ini bukan jawatan sukarela kak. Ini jawatan yang dibayar elaun dan kita perlulah melaksanakannya. Wadar sebelum Hashim pun berkeluarga juga.. tetapi mereka duduk di rumah yang disediakan di dalam kawasan pusat ini.. jadi tiada masalah. Apa-apa hal senang kami cari. Rumah itu pun kosong. Begitu juga dengan Cik Hashim” tegas ketua wadar keselamatan.

“Datin yang lantik saya” kak Hashimah meletakkan pula kesalahan di bahu Datin.

“Hashimah... bukan kamu ke yang beria-ia sangat meminta jawatan ini?” marah Datin... warden diam menikus.

“Baiklah... memandangkan kuasa saya ada lagi.... kamu Hashimah perlu ada di asrama sepanjang siasatan ini berlangsung sehinggalah keputusan dicapai oleh ketua panel. Jalankan tugas masing-masing. Saya akan bercuti.. tugas saya akan dipangku oleh timbalan saya. sekian” Datin bangun dan keluar tanpa menegur kami lagi... beliau diikuti oleh orang kuatnya kak Hashimah. Aku terus balik ke rumah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.