Home Novel Islamik Ani Sofia
Ani Sofia
NaimTamdjis
15/1/2013 23:00:22
239,255
Kategori: Novel
Genre: Islamik
Senarai Bab
Bab 17 ; mencari keluarga Azilah

BAB 17

Dari Abu Hurairah “sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seseorang mukmin dari kesussahan dunia, Allah akan melepaskannya satu kesusahan dari kesusahan hari sesiapa melapangkan seorang yang berada dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya pasti Allah akan menutup keburukkannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hambaNya selagi mana hambaNya menolong saudaranya” hadis riwayat Muslim.

Sabtu pada hujung minggu tersebut aku mengambil keputusan untuk pergi ke Kedah bagi mencari keluarga Azilah yang tinggal di kampung Pasul Kodiang Kedah. aku redah sahaja mencari keluarga Fazilah berdasarkan maklumat samar-samar yang aku dapat dari perbualan aku dengan Azilah dan sedikit maklumat dari failnya. Sama ada jumpa atau tidak dengan keluarganya adalah satu cerita yang lain kerana aku sekurang-kurangnya berusaha untuk mencarinya. Ramai rakan sekerjaku berkata kenapalah aku susah-susah menolong orang yang bukan saudara kita sampai sanggup datang ke Kedah ni. Bagi aku, aku menolong sesama Muslim.

Aku pernah membaca satu hadis tentang tolong-menolong sesama saudara semuslim ini. Tidak silap aku hadis Muslim.. dari Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad pernah bersadba,,,,,, “ sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seseorang mukmin dari kesusahan dunia, Allah akan melepaskannya satu kesusahan dari kesusahan hari sesiapa melapangkan seorang yang berada dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan akhirat dan sesiapa yang menutup keburukan saudaranya pasti Allah akan menutup keburukkannya di dunia dan akhirat dan Allah pasti menolong hambaNya selagi mana hambaNya menolong saudaranya”. Jadi berdasarkan hadis di atas, aku menolong Azilah semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Aku tidak mengharapkan pembalasan... hanya mengharapkan pembalasan aku dari Allah. Mungkin sekarang ini aku menolong Azilah yang berada didalam kesusahan... manalah tahu selepas ini aku pula di dalam kesusahan.. itu janji Allah. Kekadang pertolongan Allah datang pada waktu atau situasi yang tidak dijangka.

Lagipun aku menolong saudara muslimatku untuk bertemu dengan keluarganya. Kiranya aku merapatkan hubungan keluarga yang semakin merenggang. Dalam surah Al-Hujurat ayat 10.. Allah S.W.T berfirman bermaksud “ sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”. Jangan selain membantu menghubungkan semula Azilah dengan keluarganya.... aku berharap agar aku mendapat rahmat Allah.

Aku bertolak dari rumah ke Kedah sebelah petang hari Jumaat sebaik sahaja habis waktu kerja. Aku sampai di Kulim Kedah dalam pukul 12 tengahmalam dan terus menginap di sebuah Hotel Bajet di bandar tersebut. Sampai sahaja aku terus solat dan berdoa agar Allah membantuku dalam pencarian keluarga Azilah. Besoknya selepas sarapan,, aku terus bergerak ke Kodiang.. dimana keluarga Azilah tinggal. Perjalanan mengambil masa sejam setengah ke sana dan daerah ini terletak di sempadan di antara negeri Perlis dan Kedah. Nasib baik kereta Waja aku ni ada GPS.. kalau tak meraban jugak nak cari kampung Azilah ni ( keadaan daerah di sini agak berbeza jika dibanding dengan tempat yang aku lalu sepanjang perjalanan.. hanya banyak kebun getah dan dusun... dan banyak kampung.. pekannya pun tidaklah besar mana ). Sampai di pekan Kodiang.. aku bertanya dimanakah letaknya kampung Pasol. Akhirnya ada seorang pakcik yang kebetulan baru habis membeli barang runcit di pasar ingin balik ke rumahnya di kampung Pasol. Aku mengikutnya dari belakang motor pak aji tersebut. Dalam setengah jam sampailah rumah yang dimaksudkan. Memang buruk benar rumahnya.... kecil lak tu.... rumah kayu beratapkan zink. Aku mengucapkan terimakasih kepada pak aji itu.. selepas pak aji pergi. Aku keluar dari kereta. Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari. Aku memberi salam... salamku berbalas. Seketika kemudian keluar seorang anak gadis dari rumah.

“Ini rumah Encik Othman ker?” tanyaku.

“Ya. Othman itu ayah saya...... tapi ayah saya sudah 2 tahun meninggal. Encik ini siapa?” tanya remaja perempuan itu kehairanan.

“Saya Encik Hisham.. panggil abang Hisham jer. Mak ada? Saya ingin berjumpa dengan mak... ada hal sedikit” aku menyatakan tujuan kedatanganku.

“Mak takde.. mak pi ambil upah kutip sayur kat kebun cina. Petang baru balik.”

“Yeker... jadi betullah rumah Azilah?”

“Betullah encik... ini rumah kak Azilah.”

“Alhamdulillah. Emak takde yer... agaknya pukul berapa emak adik balik nanti?.”

“Tak tahulah bang.. tengok kerja macamana. Kalau cepat dalam pukul 3 petang baliklah... tapi kalau banyak sayur hendak kena kutip.... kadang-kadang sampai pukul 6 petang baru balik” aku melihat jam.. 12.10 tengahari.. ada 3 jam lagi. Sempat ni kalau pergi pekan Rabu,,, bukannya jauh sangatpun... dalam sejam perjalanan sahaja. Bolehlah beli buah tangan untuk keluarga aku;

“Nanti.. kalau emak balik.. pesan dengan mak jangan pergi kemana-mana yer. Kata orang KL datang.. abang datang dalam pukul 5 petang. Boleh?”

“Baiklah bang.. nanti saya pesan ngan mak” aku masuk ke dalam kereta semula... aku setkan GPS aku ke arah Pekan Rabu.. dari sini ke pekan Rabu dijangka mengambil masa dalam sejam perjalanan. Lagipun tak syoklah duduk berdua dengan adik Azilah nanti menunggu emaknya pulang dari kebun.. nanti kena tangkap khalwat pulak. Lagipun kalau kami berdua sahaja... takut ada yang ketiga pulak nanti. Adik dia pun boleh tahan cun jugak. Dalam pukul 1.20 petang sampai juga aku di pekan Rabu ini. Aku mengambil kesempatan makan disini.. menunya tentulah ikan pekasam goreng dengan ikan termenung goreng. Perghhhhhhh... mantap.. lagi mantap harga bajet... 4 ringgit sahaja harganya sekali dengan air.

Selepas makan aku terus masuk dalam bazar.. aku belikan kain pelikat, kain batik, ikan pekasam, jeruk dan songkok di sini. Takde masa untuk aku berjalan-jalan... pergi kedai yang ada jual benda yang aku cari dan terus sahaja membeli. Tiada masa hendak membelek atau membandingkan harga sebab aku hendak mengejar masa berjumpa dengan keluarga Azilah pukul 5 petang nanti. Selain itu aku beli jugak sedikit kuih untuk diberi kepada adik dan mak Azilah.. takkan datang dengan tangan kosong jer. Pukul 3.30 selepas aku habis membeli.. aku pekena goreng pisang dengan ABC kat sini. Pukul 4 petang barulah aku bergerak kembali ke Kodiang.. di dalam pertengahan jalan aku singgah di sebuah masjid untuk solat asar dan solat jamak zuhur. Aku sampai di rumah Azilah lebih kurang pukul 5.35 petang. apabila aku sampai di sana.. seorang wanita separuh abad keluar dari rumah.. terjenguk-jenguk siapa yang datang. Aku keluar dari kereta dan memberi salam ;

“Assalaimualaikum.”

“Waalaikumussalam... encik ni cari siapa?” katanya kehairanan sambil melihat aku dari atas ke bawah..... agaknya sedang berfikir samada pernah berjumpa dengan aku sebelum ini.

“Ini mak Azilah ker?”

“Iye.. saya maknya.. kenapa Azilah cik?”

“Saya Hisham daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya datang ni pun berkenaan hal Azilah.” Aku memperkenalkan diriku.

“Marilah masuk rumah cik... maaflah.. rumah makcik ni buruk aja. Mari.”

“Ini ada sikit buah tangan untuk makcik” aku menghulurkan plastik yang berisi kuih yang aku beli di pekan Rabu tadi.

“Lah.... kenapalah susah-susah ni” makcik keberatan untuk menerimanya.

“Segan saya kalau pergi rumah orang tak bawak buah tangan” aku memberikan alasan.. memang... aku kalau pergi kerumah orang atau menziarahi orang sakit.. aku akan membawakan buah tangan terutama makanan.

“Jemputlah duduk Encik Hisham... maaflah cik Hisham... rumah saya ini tiada kerusi atau sofa.. atas tikar sahaja.” aku duduk bersila di bawah sahaja... tiada sofa mahupun kerusi.

“Tikar pun sejuk makcik. Saya datang ni nak beritahu pasal anak makcik.”

“Adik.. pergi buat air untuk Encik ni” emak Azilah mengarahkan anak remaja tadi membuat air untukku.

“Eh! Tak payah makcik... saya dah minum tadi.”

“Takpe Encik.... encik datang dari jauh. Lagipun air bujang sahaja. Pi dik buat ayaq” adik perempuan Azilah bangun dan menuju ke dapur.

“Kenapa dengan Azilah encik?” makcik bertanya.

“Azilah sekarang berada di pusat perlindungan wanita tempat saya kerja.”

“Kenapa dia ditempatkan di situ?”

“Saya nak berterus-terang pun serba salah. Nanti mengaibkan pulak... tapi saya rasa elok Azilah yang bercerita. Saya ni cuma memberitahu dimana Azilah berada sekarang” kataku.

“Saya ini encik sudah 25 tahun menanggung aib..... dari kahwin sampailah sekarang. Dapat suami penagih... anak pun seorang penagih. Yang sorang pulak larikan diri dari rumah. Penduduk kampung ini semua mengata macam-macam kepada keluarga kami. Kata makcik tak pandai jaga anaklah.. apalah. Bila ah jadi janda ni... ramai pula mengata makcik ni menggatal dengan laki owang. Ya Allah.... apalah cubaan yang kau berikan kepadaku ini” air matanya mula mengalir.. kesian.. 25 tahun mak Azilah menanggung aib dan malu...

“Sabarlah makcik. Ini semua ujian Allah... nak menguji sejauhmana kesabaran dan ketakwaan kita. Menguji keimanan kita bila ditimpa ujian.”

“Yelah.. makcik ni selalu berdoa kepada Allah.. supaya anak-anak kembali ke pangkal jalan. Alhamdullilah anak makcik yang sulong tu sudah tak menghisap lagi. Kali ni pulak makcik dengan khabar Azilah. Syukur.. anak ni ustaz yer” inilah dia.. cakap sikit pasal agama dah dicop sebagai ustaz. pakai kopiah dah dipanggil ustaz....

“Saya bukan ustaz.. saya kaunselor sahaja. Memberi kaunseling dan bimbingan kepada para penghuni pusat” perbualan kami terhenti apabila adik bongsu Azilah datang membawa dulang air. Setelah meletakkan air di dalam cawan ;

“Adik... nanti adik masak nasi dan lauk lebih sikit. Kita bagi makan Encik ini makan malam.”

“Eih... takpelah makcik. Susah-susah sahaja... Saya kejap lagi nak balik dah” isyyy... seganlah aku nak menyusahkan keluarga makcik ini.

“Takpe encik.. pergilah masak apa yang patut” adik bongsu Azilah berlalu dan masuk ke dapur semula.

“Lagipun kalau malam-malam nanti.. boleh mendatang fitnah” aku melahirkan kebimbanganku.. takut hanya ada emak Azilah dan adik perempuannya yang berada dalam rumah ini. Emaknya itu janda manakala anaknya itu anak dara....

“OOOOOOOO... jangalah encik Hisham bimbang. Sekejap lagi abang Azilah balik kerja. Selepas balik dari kursus.... dia kerja kat stesen minyak kat pekan... pukul 6 petang nanti dia balik. Saya saja bagi adik Azilah ke dapur... saya tak mahu dia dengar pasal kakaknya” aku mengangguk.... legalah sikit. Ada muhrim...... walaupun makcik ini lebih tua dari aku... tapi mulut orangkan.

“Tujuan saya datang ke sini berjumpa makcik.. hendak minta supaya makcik dan anak-anak makcik jumpa Azilah. Tentu makcik rindukan?”

“Mak mana yang tak rindukan anak. Sebusuk-busuk anak tu... sejahat-jahatnya, makcik memang rindu sangat dengan Azilah” mak Azilah mengesat air matanya.. aku minum teh.

“Sudah 14 tahun makcik tak jumpa dia. ini semua salah pakcik dan makcik.... mungkin encik Hisham tahu siapa ayah Azilah... dia matipun sebab benda jahanam tu.”

“Takpelah makcik.. orang dah meninggal tak baik kita sebut-sebut lagi keburukannya. Kita doakan sahaja kesejahteraannya di sana.”

“Makcik pun kadang-kadang rasa menyesal kahwin dengan dia. makcik yang siang malam bekerja untuk menampung keluarga dengan dia. sampai anak-anak terbiar.. dia bukan kisah apa nak jadi dalam rumah ni. Sampai anak-anak pun terjebak dalam dunia sosial” aku mendengar... mungkin ini masanya untuk bercerita dengan orang lain. Mungkin sudah lama mak Azilah memendamnya di dalam hati.. sekurang-kurangnya lega hatinya apabila telah melampiaskan apa yang terpendam selama ini.

“Sabarlah makcik... sabar. Allah bersama-sama orang yang sabar” aku memujuk mak Azilah.

“Bila ayah Azilah takde... barulah lega sikit hidup kami. Makcik bukan nak menderhaka. Tapi itulah hakikatnya. Makcik mula insaf.. mula mengambil berat anak-anak makcik. Alhamdulilah nombor 3 dan empat ni dengarlah jugak cakap makcik. Nombor 3 duduk asrama... manakala nombor empat tadi itu pun dapat asrama. Tapi dia taknak.. dia cakap hendak tolong makcik kat rumah ni. Alhamdulilah.. nombor satu dah 2 tahun tak menagih... sudah kerja di stesen minyak pekan. Nombor dua si Azilah tu” sebentar kemudian kedengaran orang membeli salam.. mungkin asyik mendengar mak Azilah bercerita tak sedar ada orang yang datang.. aku melihat jam.. sudah pukul 6.30 petang. Setelah memberi salam, abang Azilah bersalam denganku...

“Siapa ini mak?” lalu mak Azilah bercerita tentang tujuan kedatanganku.

“Alhamdullilah... sudah 15 tahun kami menunggu kepulangan Azilah. Dalam hati saya ni sering tertanya-tanya, hidupkah Azilah... buat apa sekarang.. di mana Azilah. Saya selalu berdoa agar satu hari nanti.. Azilah kembali semula kepada kami. Alhamdullilah.. doa saya dah dimakbulkan Encik” kata abang Azilah terharu

“Allah akan mendengar doa hamba-hambanya. Alhamdullilah” aku menepuk bahu abang Azilah.

“Along.. jom jumpa angah kat Kelang... kita lawat dia” mak Azilah mencelah.

“Saya boleh kalau hendak ambil makcik dan anak-anak kat sini. Kalau nak ikut saya balik KL pun boleh besok... pasal penginapan jangan risau... dekat tempat saya ada rumah kosong... memang untuk tetamu yang datang jauh nak tengok anaknya” aku menawarkan diri... makcik dan abang Azilah terdiam sebentar.

“Mak rasa minggu depan kita pergikan long. Sebab along ni kerja.. makcik pun ada kerja kat kebun. Tak boleh cuti mendadak... pagi makcik motong kebun orang. Lepas tu tengahari pergi kebun cina kutip sayur.. tak pun pi menebas. Abang Azilah kalau mahu bercuti kena mintak 3 hari sebelum. Mungkin Jumaat nanti kami datang... lagipun taknak menyusahkan encik”

“Betul tu encik... kami ni kuli. Tak boleh cuti-cuti macam itu sahaja. Saya rasakan mak... Jumaat kita cuti sampai hari ahad minggu depan. Kita naik bas ke Kuala Lumpur.. lagipun takkanlah encik nak jemput kami dari KL ke sini. Encik sudah banyak menolong kami dan Azilah. Malah sampai sanggup cari kami disini.. KL ke sini bukannya dekat tu mak” emak Azilah mengangguk.. mungkin bersetuju dengan kata abang long.

“Ini sudah kewajipan saya... saya merasakan Azilah memerlukan sokongan keluarga. Berdasarkan kes-kes saya sebelum ini. Kalau pesakit dapat sokongan keluarga... insyaAllah Azilah akan kembali ke pangkal jalan. Dia akan bertaubat.”

“Azilah sihat?” tanya abang Azilah.

“Sihat bang... abang saya nak panggil apa?”

“Panggil sahaja Man.. nama sebenar saya Azman. Nanti dah sampai KL.. saya jemput. Telefon jer saya” aku memberikan kad bisnesku kepada abang Man.

“Baiklah Encik Hisham. Mak... masak lebih tak?”

“Sudah. Dah suruh adik kau masak.”

“Susah-susah jer”

“Takdelah susahnya Encik Hisham... Tapi lauk kampung jer”

“Eih.. lauk kampung yang sedap bang. Saya memang suka lauk kampung... saya dulu pun duduk kampung juga.”

“Mak masuk dalam dulu.. nak masak. Encik Hisham... borak-boraklah dulu dengan along. Makcik ke dapur dulu” selepas mak Azilah masuk ke dalam dapur.. aku berbual dengan abang Man. Kemudian abang Azilah meminta diri untuk mandi dan solat. Kami bersolat Maghrib bersama-sama yang diimamkan oleh abang Azilah. selepas solat kami makan malam. Perghhhh lauk kampung. Ada goreng pucuk ubi ranggup, ikan pekasam goreng dan gulai pucuk setinggi ikan masin sepat ;

“Perghh makcik... lauk makcik ni nampak sedap.. terliur betul saya.”

“Lauk orang kampung.. semua ambil belakang rumah. Tah sesuai dengan selera anak ni.”

“Saya ni orang kampung makcik. Kerja je kat KL. Lauk-lauk ni memang kesukaan saya. lagi pula ikan sepat kampung ni.”

“Jemputlah” abang Man menyenduk nasi ke pingganku. Aku mengambil semua lauk... memang sedap; 2 kali nak menambah. Niat di hati nak menambah lagi. Tapi seganlah pulak. Selepas makan aku berbual-bual sebentar... pukul 9 suku aku rasa aku perlu bergerak balik. Lagipun aku sudah tempah hotel kat Pulau Pinang.

“Oklah bang.. saya gerak dulu. Sudah lewat ni.”

“Eh! Tinggallah malam ni dekat sini.”

“Saya sudah tempah hotel kat Penang. Lagipun saya ada hal sikit dekat pulau besok;”

“Oh.. yeker? Takpelah kalau begitu.. kejap yer. Mak o mak... encik ni nak balik dah” abang Azman memanggil emaknya yang berada di dapur.

“Lah... nak balik dah. Tak tinggal sini?”

“Tidak makcik... saya nak pi penang ni”

“Yelah.. sat nor” mak Azilah kembali ke dalam dapur.. sebentar kemudian keluar dengan membawa 2 bungkus plastik dan menghulurkan kepadaku.

“Apa ni makcik? Berbungkus-bungkus ni.”

“Ni ada lauk tadi`sikit. Ada sayur kampung.. ada keledek, pucuk ubi, sayur pucuk paku... pucuk setanggi ngan ikan pekasam.”

“Susah-susah jer makcik ni” selepas itu aku meminta diri untuk pulang. Memang gelap betul jalan kat Kodiang ni. Sunyi gila... kenderaan pun kurang. Aku terus memandu ke Pulau Pinang. Sampai disana lebih kurang pukul 11.30 malam dan terus dafar masuk di Hotel Naza. Kemudian aku turun ke kedai Line Clear untuk pekena mee goreng mamak ( memang kegemaran aku jika turun ke sini mesti pekena nasi goreng dan teh tarik halia line clear ). Selepas itu aku terus balik ke hotel dan mandi.

{{{{{{{{{{{{{{{{

Besoknya aku berjalan-jalan di sekitar Pulau iaitu di pasar Chowrasta dan padang Kota... macam biasa kalau datang Penang mesti cari makanan. Aku rasakan tempat yang paling baik untuk menjamu selera samada di Penang ataupun di Ipoh. Aku juga membeli gelang perak untuk Sofia. Tidak tahulah kenapa tiap kali aku keluar, mesti aku nak beli barang untuk Sofia... inikah dinamakan aku ada perasaan terhadapnya..............

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.