Bab 56

BAB 56

"UWERKKK..."

Kedengaran suara tangisan Arissa menggemakan suasana sebaik saja aku meneran buat kali terakhir. Aku menghelakan nafas lemah namun bibirku masih dapat mengukirkan senyuma kecil saat mata terpandang dua wajah bayi yang sedang dibersihkan oleh jururawat. Doktor Marissa, iaitu salah seorang rakan sekerja Luqman yang menyambut kelahiran putera dan puteri kami.

"Alyna, macam mana? Selesa?" soal Marissa lembut setelah dia siap merawat aku. Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala lemah.

"Awak memang seorang yang kuat, Aly. Melahirkan si kembar dengan kaedah normal memang berani."

"Terima kasih, Mar," ucap aku perlahan.

"Saya panggil Luqman masuk, ya?"

Aku sekadar menganggukkan kepala. Marissa melangkah keluar dari wad aku, tak lama kemudian Luqman masuk dengan senyuman lebar. Dia melabuhkan punggung di sebelah aku sambil menarik tangan aku lembut. Dikucupnya lembut sebelum diusap.

"Terima kasih, sayang. Abang gembira sangat, anak kembar kita dah lahir dengan selamat. Sayang pun selamat. Buat abang dapat melepaskan nafas lega. Lega sangat..."

Aku tersenyum, kepala dianggukkan. Badan aku masih lagi terasa lemah. Penat pun tak hilang lagi.

"Sayang, nak dengar abang iqamatkan Adam dan Arissa.."

Aku menganggukkan kepala.

"Tunggu sekejap. Abang pergi ambil."

Sebaik saja Luqman melangkah keluar dari dalam wad. Aku termenung memandang ke arah siling wad. Air mata aku dengan sendirinya mengalir tanpa diminta. Terbayang wajah ayah yang sekarang berada di penjara.

"Ayah... Aly dah bersalin. Kalau ayah ada, mesti ayah gembirakan dapat tengok cucu-cucu, ayah..."

Aku memejamkan mata sekaligus air mata laju mengalir.

"Anak ibu..."

Aku mencelikkan mata semula saat terdengar suara ibu. Ibu melangkah masuk ke dalam wad, mendekati aku. Dia duduk di kerusi tepi katil. Tersenyum dia melihat aku. Perlahan-lahan aku membalas senyuman ibu. Air mata aku seka dengan jari.

"Kenapa menangis? Sakit?" soal ibu lembut sambil mengusap rambutku.

"Tak... Aly cuma teringatkan ayah. Kalau ayah ada mesti ayah gembira. Dia dah jadi atok." Ibu tersenyum segaris sambil menganggukkan kepala.

"Mesti. Mesti ayah gembira sangat. Dapat cucu sepasang. Comel sangat. Ibu dah tengok tadi masa dekat bilik bayi. Luqman tengah ambil tu. Sekejap lagi Aly tengok. Arissa sebiji Aly masa kecil. Putih. Bulu mata lentik dan rambut dia keperangan hitam. Adam pula memang sebiji ikut Luqman. Handsome," ujar ibu sambil tertawa kecil. Aku tahu dia cuba untuk menghiburkan aku.

"Ye ke, ibu? Tak sabar Aly nak tengok diaorang..."

Ibu menganggukkan kepala. Serentak kepala kami menoleh ke arah pintu masuk saat ternampak pintu terbuka dari luar.

"Mama, Adam dengan Arissa nak jumpa mama ni...," kata Luqman.

Ibu membantu aku bersandar pada kepala katil. Luqman duduk di tepi birai katil sambil meletakkan Adam di lengan kanan aku manakala Arissa di belah kiri lenganku. Air mata aku jatuh saat menatap wajah mereka yang putih kemerahan itu. Apa yang ibu cakap memang betul. Adam mewarisi wajah Luqman manakala Arissa mewarisi wajah aku. Tapi sekali imbas memang nampak muka mereka sama. Dah nama pun kembar, mesti ada iras-irasnya memandangkan mereka berlainan kantung.

"Abang nak iqamatkan diaorang. Sini...," kata Luqman, mengambil Adam dan Arissa dari gendonganku. Terdengar suara rengekkan mereka berdua membuatkan aku tersenyum gembira.

Hari ni bermulalah hidup aku sebagai seorang mama kepada Adam Rizqin dan Arissa Rizqina. Anugerah untuk aku dan Luqman yang tak ternilai harganya. Tak sangka aku akan menjadi seorang mama di usia muda begini.

*****

HAMPIR genap dua bulan, aku berpantang di rumah ibu dan ayah. Luqman mengambil cuti sama seperti aku untuk menjaga aku. Ibu sekadar membantu kami menjaga si kembar tu saja. Adam dan Arissa tidak banyak meragam. Mereka menangis saat mereka lapar atau lampin pakai buang mereka sudah penuh.

"Bulan depan nanti kita bawak Adam dengan Arissa pergi check-up. Sayang sekali. Abang dah beritahu Marissa."

Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Sesudah menyusukan Arissa, aku meletakkan si kecil itu di sebelah abang kembarnya yang sedang lena tidur didodoikan oleh Luqman.

"HachuuuHachuuu!" Sudah beberapa kali Luqman bersin tak berhenti. Kadangkala terdengar dia terbatuk-batuk. Ni mesti efek tak cukup tidur. Setiap malam dia berjaga kerana si kembar. Masuk waktu malam saja, si kembar itu akan kuat merengek dan sentiasa mahu didodoikan kalau tidak menangislah mereka. Manja betul rupanya mereka berdua ni.

"Abang nak demam ke? Rehatlah. Aly boleh jaga diaorang. Lagipun diaorang dah tidur," suruh aku sambil mengusap pipinya. Matanya sembap dan berair. Hidung pun sudah merah.

"Betul boleh? Kalau diaorang bangun, kejut abang. Jangan bangun. Sayang tu masih dalam pantang."

"Ya abang. Tidurlah. Aly tak bangun... jangan risau..."

Luqman merebahkan dirinya di sebelah aku yang sedang bersandar pada kepala katil. Tangannya merangkul pinggang aku dari tepi sambil memejamkan mata. Aku membelai rambutnya lembut. Sesekali memandang ke arah si kembar yang lena diulit mimpi, tiada rengekkan lagi.

"Kesian papa Adam dengan Arissa, penat sangat sampai demam. Ni lah kali pertama mama nampak papa sakit. Papa banyak berkorban untuk kita. Sayang mama, nanti dah besar hargai papa tau. Papa buat apa saja untuk korang berdua dan juga mama. Sikit pun dia tak bagi mama buat kerja sikit. Walaupun hari ni dah hari ke-40 mama berpantang," kata aku sambil kepada si kembar. Pipi mereka aku elus lembut.

Aku perlahan meleraikan rangkulan Luqman dan membetulkan posisi baringnya. Sedikit pun dia tidak tersedar saat aku mengalih tangannya. Nampak sangat dia terlalu penat sehingga tak sedar. Perlahan-lahan aku mengangkat Adam kemudian diletakkan di dalam katil bayi kemudian giliran Arissa aku letakkan di sebelah Adam. Butang auto buai aku tekan dan perlahan katil mereka berhayun ke kiri dan ke kanan perlahan.

Sesudah memastikan si kembar lena dan tiada rengekkan dari mereka. Aku merebahkan diri di sebelah Luqman sambil tangan aku mengusap wajah lesu Luqman itu. Tersenyum aku di saat menatap wajah Luqman itu.

"Aly sayang abang sangat. Beruntung sangat Aly dapat suami seperti abang... maafkan Aly sekiranya Aly bukan seorang isteri yang sempurna untuk abang. Aly cuba sedaya upaya nak jadi yang terbaik. You're my love, Mr Professor..."


Previous: Bab 55
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.