Bab 50

BAB 50

DARI tadi senyuman Luqman tidak lekang dari bibir sebaik saja kami selesai memeriksa kandunganku yang kini sudah berusia enam bulan. Gambar skan 3D ultra-bunyi itu ditenung oleh kami. Tangan Luqman mengusap perutku sambil berbual-bual dengan anak kembar kami yang bakal lahir tidak lama lagi. Ya, anak kembar. Semasa kandunganku berusia dua bulan lebih, Luqman sendiri yang memeriksa kandungan aku dan dari situlah kami dapat tahu yang aku mengandung anak kembar. Sungguh kami tidak percaya.

Tiga bulan saja lagi, aku akan melahirkan mereka. Seronok melihat mereka berdua sewaktu pemeriksaan skan ultra-bunyi tadi. Syukur kerana kedua-dua mereka dalam keadaan sihat dan sangat aktif terutama di waktu malam. Luqman lah yang menjadi mangsa sekiranya aku tidak dapat tidur. Semua serba tidak kena. Sekaligus mereka tendang, terasa senak sangat sampai meleleh air mata aku.

"Sayang, jom pergi makan. Rasanya diaorang dah sampai dekat kafe tu," ajak Luqman sambil menggenggam tangan aku erat.

Aku menganggukkan kepala. Serentak kami masuk ke dalam perut kereta dan Luqman memandu menuju ke kafe yang dimaksudkannya tadi.

*****

"SUPRISE!"

Terkejut aku, sebaik saja masuk ke dalam kafe itu. Penuh dengan belon dan hiasan. Mata aku terpaku pada perkataan yang dicetak di atas kain baner.

'Baby Shower Dr. Alyna & Prof. Luqman'

Aku tersenyum. Sehingga ke hari ini, aku tidak sangka yang aku akan mendapat gelaran doktor itu. Selepas aku habis menjalani latihan industri itu tiga bulan lepas, aku terus diserap masuk untuk menjadi doktor permanen di hospital itu. Bukan senang nak diserap masuk, mereka terlalu ketat dalam penilaian. Bukan disebabkan aku berkahwin dengan seorang professor, sewenang-wenangnya aku dapat masuk. Dalam masa seminggu penilaian mereka, akhirnya aku diterima menjadi doktor pakar puan.

"Ya Allah, korang ni. Terkejut akak...," ujar aku sambil ketawa. Luqman di sebelah turut tersenyum melihat kejutan mereka ini. Tak dijangka langsung.

"Selalunya Prof belanja kami makan, hari ini kami akan belanja Prof. Luqman dan Dr. Alyna makan!" Sorak mereka semua dan kami hanya tersenyum gembira. Terharu dengan sikap mereka yang sudi membuat kejutan ini untuk bayi kembar kami.

"Prof! Doktor! Apa jantina baby twins?" soal Andra dan Isha serentak. Teruja betul mereka.

"Insya-Allah, sepasang."

Mereka semua tercengang.

"Wah! Terbaiklah, Prof!" sorak Firdan dan Nazrif secara tiba-tiba.

"Wahh!"

Luqman menganggukkan kepala sambil tersenyum. Tangannya merangkul pinggang aku sambil mengusap sisi perut aku yang sudah memboyot.

*****

"SAYANG...."

Aku mendongakkan kepala memandang wajah Luqman yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik kerja aku. Fail yang aku semak tadi, ditutup kemudian ditolak ke tepi.

"Malam ni kita balik rumah ibu dan ayah. Diaorang cakap ada pekara nak dibincangkan."

"Oh, boleh. Esok cuti kan? Bolehlah kita bermalam dekat sana..."

Luqman menganggukkan kepala.

Sudah dua bulan kami berpindah ke rumah sendiri setelah Luqman membeli sebuah rumah yang sederhana tidak terlalu besar. Sesuai untuk kami sekeluarga. Rumah itu pun tidak terlalu jauh dengan tempat kerja. Hanya mengambil masa 10 minit saja sudah sampai melalui jalan singkat.

"Abang rasa ayah nak cakap pasal Yazid..."

Dahi aku berkerut memandang wajah Luqman.

"Ya... pasal Yazid. Polis tak ada bagi apa-apa info pasal dia ke? Dia menghilang macam tu je?"

Luqman menganggukkan kepala.

"Dia menghilang macam tu tanpa tinggalkan jejak tapi polis masih lagi mencari dia. Sebab dia ada rekod membunuh sama seperti ayah, kan?"

Aku terdiam seketika sebelum menganggukkan kepala.

"Abang... kalau ayah nak serah diri. Macam mana dengan ibu? Dia mesti tak setuju. Aly pun tak nak ayah masuk penjara. Aly tak sampai hati...," ujar aku dengan nada sayu. Sungguh hati aku berasa sebak saat memikirkan ayah. Anak mana yang sanggup tengok ayah dia masuk ke dalam penjara walaupun memang salah ayahnya sendiri.

"Ya... abang faham sayang. Ayah kena serahkan diri, sayang. Kalau tak lagi teruk hukuman yang ayah kena. Abang dah lantik seorang peguam yang boleh membantu meringankan hukuman ayah. Lagipun, ayah bersubahat. Yang bunuh arwah mak Firdan tu, Yazid. Dia yang tak merawat arwah mak Firdan."

"Maksudnya?" soal aku kerana tidak berapa faham.

"Memang ayah cemburu dengan Firdan begitu juga dengan Yazid. Tapi idea untuk mengabaikan arwah mak Firdan itu datang dari Yazid sendiri dan ayah bersubahat. Fail laporan kesihatan arwah mak Firdan ada pada Yazid, jadi dia yang kena ambil tahu semua perkembangan pesakit dia. Sekarang ni polis tengah siasat semula insiden macam mana arwah mak Firdan meninggal dunia. Sama ada diabaikan di dalam wad ataupun Yazid mencabut alat bantuan pernafasan."

Terangguk-angguk kepala aku mendengar olahan ceritanya.

"Tapi kan, kalau difikir secara logik. Tak akan tak ada doktor atau jururawat lain yang masuk dalam wad tu dan periksa arwah mak Firdan..."

"Tu abang tak pasti. Tapi kalau abang yang fikir secara logik, sama ada Yazid yang kawal semua keadaan ataupun hospital tu memang bermasalah. Sebab, hospital tempat lama ayah kerja tu, teruk perkhidmatan diaorang. Ada yang komplain, pesakit diherdik oleh doktor dan jururawat. Tiada layanan mesra dari mereka. Abang pernah ditawarkan untuk masuk ke situ sebelum abang mengajar di kolej Aly. Tapi abang tolak. Abang akan kaji dulu dalam-dalam pasal hospital tu sebelum terima atau tak."

Aku menganggukkan kepala.

"Abang... nanti Aly bersalin. Aly nak berpantang dekat rumah ibu dengan ayah boleh?"

Laju Luqman menganggukkan kepalanya.

"Boleh je sayang... ibu mesti kesunyian bilamana ayah dah menyerah diri. Kita kena bantu ibu. Kuatkan semangat dia. Dia perlukan sokongan. Insya-Allah ayah akan dihukum penjara saja kalau semuanya rancangan kita dipermudahkan."

Aku tersenyum kecil sambil menganggukkan kepala.

"Aamiin..."

"Sayang, dah fikir nama untuk twins?" soal Luqman sambil menarik aku duduk di atas sofa berhampiran dengan meja kerja aku. Bahu aku dipeluk dan tangannya mengusap perutku.

"Erm. Ada tapi abang ada jugak ke?" soal aku kembali. Mana tahu dia pun ada nama. Boleh bergabung dengan nama pilihan aku.

"Ada. Untuk baby boy, Rizqin dan baby girl, Rizqina."

Tersenyum aku mendengar nama pilihan Luqman. Ni mesti dia ambil huruf 'R' sempena nama belakang dia, Rafhael.

"Sayang?"

"Hmm... untuk baby boy, Adam dan baby girl, Arissa."

"Wow! Sayang... cantik sangat bila bergabung..."

Serentak kami ketawa. Seronok bila anak kembar kami sudah mempunyai nama.

"Adam Rizqin dan Arissa Rizqina. Papa dengan mama tak sabar nak sambut kelahiran kamu berdua, sayang. Papa tak sangka yang papa akan jadi papa kepada kamu berdua. Gembira tu papa tak dapat ungkapkan dengan kata-kata. Papa dah tak sunyi lagi, seronok ada keluarga besar. Papa doakan Adam dan Arissa jadi anak yang soleh dan solehah."

Tersentuh aku mendengar ayat Luqman itu. Hampir saja empangan air mataku pecah. Mujur masih boleh ditahan.

"Terima kasih sayang, sebab sudi terima baik buruk abang. Abang sayangkan sayang..."

"Terima kasih dekat abang juga sebab sudi terima baik buruk, Aly. Aly pun sayang sangat dekat abang..."

Luqman tersenyum lalu perutku dikucup lembut.


Previous: Bab 49
Next: Bab 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.