Bab 59

BAB 59

LAMUNAN aku terpadam di saat telinga aku menangkap bunyi pintu yang terkuak dari luar. Aku dapat rasa Luqman sedang melangkah mendekati aku. Terus aku memejamkan mata, buat-buat tidur. Tak lama itu, terasa tubuh aku didakap erat dari belakang. Telinga aku dapat mendengar esakan Luqman.

"Abang minta maaf, abang tak ada niat nak buat sayang terluka. Sumpah, abang tak ada apa-apa dengan Marissa, sayang. Hati abang hanya untuk sayang. Silap abang sebab terlalu rapat dengannya sampai berlaku pekara macam ni. Abang tak nak, tak nak kehilangan sayang lagi. Cukuplah dulu... abang merayu. Maafkanlah abang...," esak Luqman.

Aku turut mengalirkan air mata. Sungguh aku berasa serba salah dengan Luqman. Aku tak patut buat dia macam tu. Tapi aku terlalu ikutkan kata hati. Emosi aku tidak stabil. Mana tidaknya, asyik-asyik nama Marissa yang terpacul pada mulutnya.

"Abang janji lepas ni abang tak rapat dengan Marissa macam tu lagi. Abang cuma anggap Marissa kawan abang sebab dia selalu tolong abang bila abang tak sempat nak selesaikan satu kerja tu. Abang ingat sayang tak terasa tapi abang silap. Abang terlampau sibuk dengan kerja dan rapat dengan Marissa sehingga abang abaikan perasaan sayang.."

Aku masih diam membisu. Air mata aku laju mengalir membasahi bantal.

"Sayang... abang tak boleh hidup tanpa sayang dan anak-anak. Abang mohon, maafkan abang. Abang tahu sayang belum tidur."

Perlahan aku memalingkan tubuh menghadap Luqman yang sudah merah mukanya, menangis. Aku menyeka air matanya yang masih lagi mengalir laju. Dia terus memeluk tubuh aku erat dan menyembamkan wajahnya ke dadaku. Aku mengusap lembut rambutnya kemudian mengucup dahinya lama.

"Maafkan Aly juga. Aly terlalu ikutkan emosi. Ikutkan hati. Hati Aly sakit bila setiap kali Aly nampak abang bermesra-mesraan dengan Marissa sampaikan Adam dan Arissa pun tak habis-habis tanya dia. Hati siapa yang tak sakit, kalau orang yang dia sayang sibuk menyebut nama orang lain yang sebelum ni tak pernah muncul tapi tiba-tiba muncul. Aly tak pernah halang abang nak berkawan dengan sesiapa, tapi jangan melampau. Sampai abang tak makan masakan yang Aly masak untuk abang. Anak-anak kita tak habis-habis sebut nama dia terutamanya Arissa. Hiba hati Aly...," luah aku semuanya. Terhinjut-hinjut bahu aku menangis. Tak dapat tahan lagi perasaan sedih yang menggunung.

"Sorry, sayang. Sorry. Patutnya abang beritahu sayang semua ni. Abang minta maaf. Sebenarnya Marissa rindu dengan arwah anak perempuan dia dan arwah suami dia. Mereka meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Dia cuma nak ada teman untuk meluahkan perasaan rindunya. Sebab tu dia rapat dengan Arissa," cerita Luqman. Berkerut dahi aku mendengar ceritanya. Perlahan aku menolak bahu Luqman dan menatap wajahnya yang basah dengan air mata.

"Habis tu, abang nak jadi suami dia ke? Macam tu? Kalau pasal Arissa, Aly boleh bertolak ansur lagi. Aly tak kisah. Tapi, kalau arwah suami dia dah meninggal. Abang nak jadi pengganti ke? Macam tu?"

Laju kepala Luqman menggeleng. Dia menggenggam tangan aku erat lalu dikucup beberapa kali.

"Tak. Tak. Abang tak pernah terfikir macam tu. Abang cuma tolong jadi pendengar luahan dia. Abang tak ada niat selain tu cuma cara abang silap. Sayang, jangan salah faham. Abang tak ada terfikir sampai ke tahap itu. Bukan...," nafi Luqman bersungguh-sungguh.

Aku menghelakan nafas. Susah untuk aku terima semua ni selepas mendengar cerita Luqman. Marissa yang kematian suami dan anak. Menarik perhatian Luqman hanya semata-mata nak meluahkan perasaannya. Tak akan ada perasaan selain itu?

"Abang... jujur dengan Aly. Abang ada perasaan dengan dia ke?"

"Ya Allah, sayang. Tak. Sumpah! Abang tak ada perasaan dekat dia...," nafi Luqman lagi.

"Susah Aly nak percaya. Abang dah rapuhkan kepercayaan Aly. Takkanlah tak ada sekelumit perasaan pada dia ataupun perasaan dia pada abang. Sudahlah abang terlalu prihatin dengan dia. Siapa yang tak suka bila seseorang tu ambil berat pasal dia? Aly pernah rasa semua perasaan tu, abang," sebak aku.

"Tak sayang. Betul abang tak ada perasaan dekat dia. Jangan macam ni, sayang. Abang tak nak sayang berjauhan dengan abang macam ni. Lepas ni abang akan sentiasa bersama dengan sayang. Please... beri abang peluang kedua."

Aku melepaskan keluhan panjang. Memejamkan mata cuba mengusir semua perasaan buruk aku terhadap Luqman dan Marissa.

"Aly, maafkan abang. Maafkan Aly juga...," ujar aku perlahan.

"Terima kasih, sayang. Abang tak akan sia-siakan peluang yang sayang bagi dekat abang. Kalau sayang masih ragu-ragu dengan abang, esok kita jumpa Marissa, dengar dari mulut dia sendiri. Dia pun tadi nak jumpa dengan sayang..."

Aku sekadar mengangguk. Kepala aku terasa berat dan mata berbalam-balam.

"Aly nak tidur. Kepala Aly sakit...," kata aku.

"Tidurlah sayang. Abang urut kepala sayang. Rehat ya, abang sayangkan sayang sangat-sangat."

Luqman mengucup dahi aku lama sebelum dia mengurut kepala lembut. Aku terus memejamkan mata.

*****

PAGI itu, aku dan Luqman duduk di kafe hospital sementara menunggu Marissa datang untuk berbincang bersama-sama. Aku hanya mendiamkan diri sambil bermain dengan jari-jemariku.

"Sayang... masih marahkan abang ke? Abang rindu nak dengar suara, gelak tawa sayang. Senyuman sayang...," pujuk Luqman perlahan. Aku mengangkat wajah menoleh memandangnya yang berada di sebelah aku.

"Ya abang. Aly tak marahkan abang pun," balas aku dengan senyuman kecil terukir di bibir.

Luqman menarik tangan aku lalu di usap lembut.

"Alyna.. Luqman..." Aku mendongak memandang ke arah Marissa yang baru saja sampai. Aku mempelawa dia untuk duduk.

"Alyna... sebelum saya cerita ni. Terlebih dulu saya nak minta maaf. Luqman dengan saya tak ada apa-apa hubungan cumanya kami silap kerana terlalu rapat sehingga melukakan hati Alyna. Saya minta maaf sangat-sangat. Silap saya juga kerana terlalu inginkan seorang kawan untuk meluahkan perasaan memandangkan Luqman yang saya kenal sebelum saya mengenali awak dulu. Maafkan saya, Aly."

Aku hanya tersenyum kecik sambil mengangguk.

"Lepas ni saya tak akan ganggu Luqman lagi cumanya izinkan saya berjumpa dengan Adam dan Arissa. Jangan risau, diaorang rapat dengan saya macam mana sekalipun, mereka tetap memerlukan awak. Apa-apa diaorang akan cari awak sebab awak mama mereka bukan saya. Saya cuma nak hilangkan rindu pada arwah anak saya. Boleh kan?" Tangan aku ditarik oleh Marissa lalu diusap beberapa kali.

"Saya tak sekejam itu untuk menghalang awak rapat dengan anak-anak saya. Saya tak kisah kalau awak nak berkawan dengan Luqman tapi jaga batas saja. Saya tak halang Luqman nak berkawan dengan sesiapa. Saya pun ada kawan rapat dengan lelaki," kata aku.

"Terima kasih Alyna... terima kasih. Maafkan saya."

Aku tersenyum lalu bangun, memeluk tubuh Marissa. Belakangnya aku usap perlahan sambil memberi kata-kata semangat. Teresak-esak Marissa menangis, sesekali menganggukkan kepalanya. Luqman hanya memerhatikan kami dengan wajah sayunya itu.

Aku mengulum senyum kepada Luqman. 


Previous: Bab 58
Next: Bab 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.