Bab 55

BAB 55

"TAHNIAH!"

Kedengaran suara Isha dan Nazrif mengucapkan ucapan tahniah kepada Firdan dan Andra selepas majlis bersanding tamat. Ramai tetamu sudah bersurai pulang ke rumah masing-masing. Aku dan Luqman sengaja pulang lewat mahu berbual-bual dengan pasangan suami isteri itu.

"Tahniah Firdan dan Andra...," ucap aku dengan senyuman lebar di bibir. Gembira hati aku melihat senyuman yang terukir lebar di bibir Firdan serta Andra. Mereka sangat kacak dan cantik mengenakan busana pengantin. Berseri-seri muka Andra dengan hanya disolekkan dengan solekan nipis. Tidak terlalu menyerlah.

"Terima kasih korang...," balas Firdan sambil memeluk tubuh Luqman dan Nazrif sekaligus. Aku memeluk sekejap tubuh Andra dan juga Isha. Aku sudah menganggap mereka seperti adik-beradik aku sendiri.

"Dua minggulah aku keseorangan tak ada kawan nak menyakat... kawan aku pergi honeymoon...," sakat Nazrif sambil menumbuk kecil bahu Firdan. Tertawa si Firdan dibuatnya.

"Kalau rindu tataplah gambar aku. Nantilah hilang rindu kau tu," seloroh Firdan. Pecah gelak tawa kami kecuali Nazrif yang sudah menayangkan wajah geli-gelemannya itu.

"Kau ni mau si Isha rejek aku sebab dia nanti dia aku ni suka sama sejenis. Gila kau! Cepat balik! Oleh-oleh aku jangan lupa!" ujar Nazrif sambil memeluk bahu Firdan.

Selepas puas berbual, Isha dan Nazrif meminta diri untuk pulang. Aku pula tunggu di lobi dewan sementara menunggu Luqman yang mahu ke tandas.

"Alyna..."

Terkejut aku saat tangan aku ditarik seseorang sehingga aku berpaling tubuh ke belakang.

"Firdan, terkejut saya. Kenapa?" soal aku sambil melorekkan senyuman di bibir. Firdan turut tersenyum.

"Aku sebenarnya nak ucapkan ribuan terima kasih dekat kau. Aku rasa kalau tak kerana kau, aku takkan rasa kebahagiaan ni bersama Andra. Aku gembira sangat yang sekarang aku dah ada keluarga. Sama macam kau. Terima kasih Alyna. Kau sahabat aku selamanya..."

Aku tersenyum, menganggukkan kepala.

"Tak perlu berterima kasih, Firdan. Saya hanya bantu awak yang mana saya mampu. Saya selalu doakan agar awak bahagia bersama Andra. Kalau awak dah ada anak suatu hari nanti, kebahagiaan itu semakin lama semakin bertambah. Jangan pernah sakitkan hati, Andra. Kerana kebahagiaan seorang suami bergantung pada perasaan seorang isteri," pesan aku.

"Baiklah, Aly. Aku akan ingat pesanan kau. Terima kasih sekali lagi. Ni bila due date kau?"

Aku tertawa kecil sambil mata mengerling ke arah perut aku yang sudah memboyot. Memang besar memandang aku mengandung kembar. Nak membawa pun memang termengah-mengah dibuatnya.

"Insya-Allah tak lama lagi. Tunggu hari saja ni. Esok nak pergi check-up. Luqman nak tengok babies."

Firdan menganggukkan kepala sambil tersenyum.

"Kak!" jeritan Andra yang datang dari belakang membuatkan aku dan Firdan menoleh terkejut.

"Andra, terkejut akak. Kenapa?" Andra tersengih sambil menghulurkan satu hamper barangan bayi.

"Untuk Adam dan Arissa."

Aku ketawa kecil, tangan menyambut hamper tersebut.

"Cantiknya. Banyak betul. Susah-susah je, Andra."

Andra laju menggelengkan kepala.

"Tak adalah. Abang Firdan dengan Andra memang dah niat nak bagi hadiah dekat twins. Kan abang?"

Firdan memeluk bahu Andra sambil menganggukkan kepala.

"Kak, doakan Andra dapat mengandung kembar macam akak jugak. Mesti seronokkan?"

"Memang seronok tapi Firdan kenalah banyak berkorban." Ketawa aku.

"Boleh. Untuk Andra apa saja boleh," jawab Firdan begitu yakin. Andra sudah tersenyum-senyum simpul.

"Sayang..."

Aku menoleh ke arah Luqman yang sedang mendekati aku.

"Dah sudah, abang?"

Luqman menganggukkan kepala sambil memeluk bahu aku. Dia tersenyum memandang ke arah Andra dan Firdan.

"Korang bagi hamper ni ke? Terima kasih...," ucap Luqman sambil mengambil hamper dari tangan aku.

"Sama-sama abang Luqman."

"Eh, abang dengan akak nak balik dulu. Kakak korang ni sarat, tak larat dia nak berdiri lama-lama. Karang bengkak kakinya..."

Andra tertawa sambil menganggukkan kepala manakala Firdan tersenyum kecil.

"Baiklah, hati-hati memandu tu. Nanti kalau akak dah bersalin, beritahu kitaorang tau!" pesan Andra.

"Baik! Tak ada masalah...," jawab Luqman sambil melambai ke arah mereka.

*****

"ABANG... perlahan-lahan sakit..." Berkerut-kerut aku menahan sakit di saat Luqman mengurut-urut kaki aku yang sudah membengkak tu. Aku tak boleh tidur. Kaki aku berdenyut-denyut sakit ditambah pula si kembar terlampau aktif. Tak tahulah apa yang diaorang bermain bersama-sama.

"Okey, dah. Kurang tak?" soal Luqman sambil menarik tubuh aku perlahan bersandar pada dadanya. Tangannya mengusap perut aku lembut.

"Okey... terima kasih abang..."

"Sama-sama. Sakit dekat mana-mana lagi?" soal Luqman sambil dahiku dikucup lembut.

Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala. Dengan adanya suami di samping, sakit tu akan pergi dengan sendirinya. Luqman bagaikan kekuatan untuk aku, tanpa dia aku rasa jiwa aku hilang.

"Abang sayangkan Alyna... cinta hati abang...," ucap Luqman tiba-tiba.

Aku mendongak memandang wajahnya sambil tersenyum.

"Aly sayang abang lebih lebih lebih!"

Serentak tertawa aku dan Luqman. Dia mengucup beberapa kali wajah aku sehingga membuatkan aku terasa geli. Mengekeh aku ketawa menahan geli.

"Aduh..."

Aku menyentuh perutku yang tiba-tiba rasa menegang. Terhenti kucupan Luqman lalu mengusap perut aku.

"Kenapa sayang?"

"Abang... kenapa rasa sakit sangat ni?" soal aku terketar-ketar. Perut aku bagaikan dicucuk-cucuk dengan pisau. Kaki dan tangan aku sudah kesejukkan. Peluh dingin mula membasahi wajah aku.

Luqman menyelak sedikit hujung kain baju tidurku. Basah dan ada darah yang mengalir dari celah kelengkangku.

"Ya Allah, sayang nak labor ni. Kejap-kejap, abang ambil beg baju, sayang..."

Luqman menyandarkan aku pada kepala katil dan laju dia bangun lalu menolak pintu slaid almari. Tangan mencapai beg pakaian yang sememangnya aku siap kemas tempoh hari. Dia menyarungkan kardigan pada tubuh aku selepas meletakkan beg di dalam but kereta.

"Kenapa ni, Luqman?" soal ibu yang tercegat di hadapan pintu bilik kami.

"Aly nak bersalin, ibu. Ikut sekali, ibu," ajak Luqman.

Laju ibu menganggukkan kepala lalu segera dia berlari ke bilik dan tak berapa lama itu muncul semula dengan mengenakan jaket.

"Sabar, sayang. Kita pergi hospital. Ingat apa yang abang ajar. Jangan panik. Take a deep breath."

Aku menganggukkan kepala dan cuba menahan rasa sakit itu. Luqman mencempung tubuh aku lalu diletakkan di tempat duduk penumpang. Seat direndahkan sedikit dan memakaikan tali pinggang keledar untuk aku. Ibu yang duduk di belakang, mengusap-usap bahu aku lembut sambil memberikan aku semangat.

Luqman terus masuk ke bahagian pemandu dan memecut laju ke hospital. Aku memejamkan mata sambil mulut terkumat-kamit menyebut kalimah suci. Aku berdoa agar aku dapat melahirkan kembar dengan selamatnya.


Previous: Bab 54
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.