Bab 34

BAB 34

"ABANG!"

"Eii! Abang ni! Tunggulah!"

Dia menghentikan langkahnya kemudian memalingkan tubuh memandang aku yang berada jauh di belakangnya. Seronok dia ketawakan aku. Aku sudahlah lama tak berjogging, tiba-tiba angin monsun mana pulak dia nak ajak aku membuat aktiviti sihat pagi-pagi cuti ni.

"Alahai sayang abang ni! Lambatnya! Terkedek-kedek macam kura-kura, tengok abang laju macam arnab! Laju je!" ejeknya. Sengaja nak buat aku panas hati ditambah pula dengan panas pagi dek sinaran matahari.

"Tak apa! Ejek orang eh!" balas aku. Mengekek dia ketawa lalu mendekati aku.

"Okeylah. Marahnya dia..." Tangannya laju mencuit hidung aku.

"Aip! Nak sentuh-sentuh kena kahwin dulu! Haram!" Dia mencebikkan bibir lalu mendekatkan wajahnya ke wajah aku. Secara refleks aku menolak wajahnya sehingga terteleng ke tepi.

"Tahu takut! Abang dah bersedia nak kahwin, Aly tu yang tak nak."

Aku tersengih tanpa sengaja. Agaknya pipi pun sudah merona merah.

"Uii! Pipi merah dah ni! Mesti tengah berangankan bila dah berkahwin dengan abang nanti?" usik dia.

Laju saja tangan aku memukul bahunya beberapa kali. Dia ketawa kemudian lari meninggalkan aku. Aku mengejarnya dari belakang.

"Aduhhh!" jerit aku saat tersadung batu dan tergolek jatuh ke atas rumput.

"Alyna!"

"Ya Allah, Aly maafkan abang... sakit tak?"

Aku menganggukkan kepala perlahan. Sengaja sebenarnya, tak adalah sakit mana pun cuma kaki terseliuh sikit saja tapi nak berlagak macam cedera parah. Nak buat dia rasa bersalah. Padan muka dia!

"Sakit mana? Ya Allah, maafkan abang..." Dia membelek kaki aku perlahan. Aku hanya menahan senyum terukir di bibir.

"Sakit kat sinilah abang...," ujar aku sambil menyentuh dada aku sendiri. Dia mendongak memandang aku dengan wajah tak puas hati.

"Oh! Pandai eh! Kenakan abang balik!"

Mengekek aku ketawa melihat wajah cemberutnya.

"Saja!"

"Dahlah jatuh macam buah nangka...," sindirnya dengan nada perlahan tetapi aku masih boleh dengar dengan jelasnya.

"Apa abang cakap? Jatuh macam buah nangka? Nak samakan Aly dengan buah nangka?" Aku memuncungkan bibir sambil memeluk tubuh. Dia mengurut sedikit pergelangan kakiku.

"Tak cakap pun. Dah tak mahu buat mulut macam tu. Tu macam mintak kiss dari abang je."

Laju aku menoleh memandang ke arahnya.

"Eii! Miangnya...," ejek aku.

"Alah, abang miang dengan kesayangan abang je. Nanti dah kahwin, Alyna sepenuhnya milik abang. Masa tu Alyna kena layan abang, tak boleh pergi mana-mana."

Pecah ketawa aku mendengar percakapannya itu. Nampak sangat tak sabar nak kahwin dengan aku. Dia menarik tangan aku untuk bangun kemudian kami jalan bersama-sama beriringan sekitar taman permainan itu.

"Abang... Aly nak tanya boleh?"

Dia menganggukkan kepala. Pandangannya dihalakan ke hadapan sambil kedua-dua belah tangannya diselukkan ke dalam poket seluar.

"Kalau kita kahwin, abang masih boleh beri keizinan untuk Aly merealisasikan impian Aly?"

Dia menoleh sambil tersenyum. Kepala dianggukkan.

"Mesti abang izinkan, Aly. Selagi Aly nak buat pekara yang terbaik untuk diri Aly, abang sentiasa izin malah abang akan bantu dan sokong Aly dari belakang. Ke mana saja Aly pergi, abang sentiasa ada dengan Aly...," jawabnya dengan senyuman di bibir.

Terharu hati aku mendengar jawapannya. Aku rasa aku sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama dengan lelaki yang aku cintai ini.

"Kenapa Aly tanya macam tu?" soalnya sambil duduk di atas buai kemudian dihayunkan perlahan. Aku turut mengikut jejaknya, duduk di buai bersebelahan dengannya kemudian dihayun sedikit laju. Sudah lama tidak bermain dengan buaian. Rindu zaman kanak-kanak aku.

"Aly dah bersedia nak berkahwin kalau abang pun dah bersedia," jawab aku sambil tersenyum.

"Serius?"

Aku menganggukkan kepala.

"Terima kasih, Aly. Itulah jawapan yang abang nanti-nantikan dari mulut Aly sendiri. Abang gembira sangat! Abang sayang Aly...," ucapnya sambil tertawa kecil.

"Aly sayang abang lebih dari segalahnya...," balas aku.

"Abang... tapi..."

Dia memandang aku dengan kerutan di dahi.

"Ayah dengan ibu Aly boleh terima ke kita nak kahwin?" soal aku dengan serba salah. Dia hanya mengukirkan senyuman.

"Setiap perancangan pasti ada jalannya. Insya-Allah, abang akan usahakan. Abang minta Aly doakan semuanya berjalan dengan lancar."

Aku tersenyum.

Dzztt...Dzztt...

Serentak kami memandang sama satu lain saat terdengar bunyi getaran telefon bimbit yang kedengaran dari dalam kocek seluar Luqman. Segera dia mengeluarkan kemudian berkerut merenung skrin telefon bimbitnya itu.

"Sekejap. Ada orang call abang." Dia bangun kemudian menjauhkan jaraknya sedikit dari aku.

Aku menghayunkan buaian laju sehingga terasa angin menyapa tubuhku. Terbit rasa rindu pada ibu dan ayah. Sudah beberapa bulan aku dekat sini, kali terakhir aku menghubungi mereka sewaktu aku baru sampai di sini. Nampak sangat dah lama aku tak telefon mereka. Rasa serba salah pula. Seolah-olah aku menjauhkan diri dari mereka sedangkan aku terlalu sibuk dengan tugas latihan industri.

"Aly..."

Aku menoleh ke arah Luqman yang berdiri di tepi.

"Abang kena gerak ke satu tempat. Abang hantar Aly ke rumah ya. Sebelum tu kita bungkus dulu makanan untuk kita sarapan."

Aku menganggukkan kepala tanpa banyak tanya.

*****

AKU menghenyakkan punggung di atas sofa sambil memegang semangkuk salad buah-buahan. Malam-malam macam ni memang syok makan salad sambil menonton drama Korea. Dah banyak aku tertinggal episod drama kesukaan aku ini sejak berpindah ke sini. Aku mengerling ke arah telefon bimbitku, Luqman dari pagi tadi selepas hantar aku langsung tak hubungi aku atau WhatsApp aku semula. Sibuk betul.

Hati aku dah rasa lain macam bila dia buat perangai macam ni.

Satu suap, dua suap, tiga suap....

Aku tekad untuk hantar perbualan aku melalui aplikasi WhatsApp. Sungguh aku rasa tak tenang bila dia tak ada hubungi aku langsung.

Seusai menekan butang hantar, aku meletakkan semula telefon bimbit di atas riba. Salad tadi sudah licin aku kerjakan tanpa sedar. Air yogurt buah-buahan campuran aku teguk beberapa kali dengan nikmatnya.

Ting!

Laju tangan aku mencapai telefon bimbit lalu membaca perbualan Luqman yang baru saja dia balas sebentar tadi. Aku tersenyum kecil. Lega sedikit rasa hati bila dia balas. Siap ada emoji love di hujung perbualannya.

I love you, my Mr. Professor.

Aku tertawa kecil saat mengungkap ayat itu. Nampak sangat dah angau.

Haih... macam ni ke rasanya bila dilamun cinta? Dulu waktu sekolah, aku hanya menyaksikan drama cinta yang dilakonkan oleh kawan-kawan aku tetapi sekarang aku sendiri yang menjadi pelakon di dalam sebuah drama cinta aku sendiri. Sungguh aku tidak sangka, aku akan menjumpai cinta aku di waktu usia muda aku ini.

Aku harap hubungan aku dengan Luqman akan direstui oleh ayah dan ibu. Aku tak minta banyak, itu saja yang aku harapkan...


Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.