Bab 36

BAB 36

"ALY..."

"Apa yang akan cakap ni ayah harap Aly boleh realisasikan impian Aly..."

"Ayah ada call Luqman tempoh hari tapi ayah tak nak Luqman beritahu Aly...."

Aku memandang Luqman sekilas sebelum memandang ayah semula. Mungkin hari yang dia mendapat panggilan itu dari ayah dan sehari suntuk itu dia berbincang dengan ayah.

"Ayah restu hubungan Aly dengan Luqman. Ayah nak Aly bahagia dengan insan yang Aly cintai dan ayah juga setuju Aly nak berkahwin dengan Luqman."

Kata-kata ayah membuatkan jantung aku bagaikan terhenti seketika. Adakah ini mimpi? Ayah restu hubungan aku dengan Luqman? Ya Allah...

"Ayah... betul ke apa yang ayah maksudkan?" soal aku bagaikan tidak percaya.

Ayah hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.

"Ya Allah... ayah..." Air mata aku berjuraian laju. Tidak percaya.

Laju aku mendakap tubuh ayah erat. Terlalu erat.

"Terima kasih ayah. Terima kasih...," ucap aku teresak. Ayah membalas pelukkanku sambil tangannya naik membelai rambut aku.

"Ayah harap Aly dapat maafkan semua kesalahan ayah dan ibu..." Laju kepala aku mengangguk. Mereka ibu dan ayah aku, yang bersusah payah demi aku. Berkorban untuk membesarkan aku. Masakan aku tak boleh memaafkan kesalahan mereka terhadap aku dulu.

"Ayah... Aly sayang ibu dengan ayah. Semestinya Aly sentiasa memaafkan ibu dan ayah. Aly pun banyak kesalahan dengan ibu dan ayah. Banyak dosa. Ampunkan semua dosa Aly, ayah... ibu...," esak aku. Ayah dan ibu memeluk aku erat.

"Luqman...," panggil ayah sambil menghulurkan tangannya. Luqman teragak-agak mahu menyambut.

Aku tersenyum lebar saat ayah memeluk bahu Luqman. Kami seolah-olah seperti satu keluarga. Bahagianya aku tika itu tak dapat diungkapkan. Luqman memandang aku sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya lebar.

*****

"ABANG...."

Luqman yang sedang termenung di halaman belakang rumah aku agak terkejut saat aku memanggilnya. Dia meraup wajahnya sebelum melorekkan senyuman ke arah aku.

"Ya sayang..." Aku tersenyum malu apabila dia memanggil panggilan mesra itu.

"Abang jauh termenung? Ada masalah? Ke kerja abang banyak lagi tak siap?" soal aku sebaik saja melabuhkan punggung di sebelahnya. Dia menggelengkan kepala.

"Tak. Abang cuma teringatkan arwah mama dan papa abang."

Aku terdiam seketika. Sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk disoal mengenai arwah mama dan papanya.

"Boleh Aly tahu, arwah mama dan papa abang meninggal dunia sebab apa?"

"Arwah mama meninggal dunia sebab kanser payudara. Tiga tahun selepas itu, arwah papa meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya. Masa tu papa selalu sibukkan diri dekat makmal dan abang sibuk belajar."

Aku hanya menganggukkan kepala sambil tangan mengusap bahunya lembut.

"Sabar ya abang. Aly tahu betapa sakitnya hilang kedua-dua orang tua kita. Kita sebagai anak hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka," kata aku untuk memberikan dia sedikit semangat. Aku bukanlah bijaksana dalam hal agama, tapi serba sedikit yang mana aku tahu dan selalu aku dengar ceramah agama di Youtube.

"Terima kasih sayang. Terima kasih sebab selalu ada dengan abang tika abang dalam susah dan senang," ujarnya sambil mengusap lengan aku.

"Tak perlu terima kasih abang... Aly yang patut berterima kasih pada abang sebab abang banyak berkorban untuk Aly..."

Kami sama-sama tersenyum.

"Aly... abang rasa sampai masanya abang beritahu apa yang berlaku selama tujuh bulan kita berpisah dan abang tak mahu Aly marah dekat ayah Aly. Boleh?"

Aku terdiam. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala. Jantung aku mula berdebar semula. Apa kena mengena dengan ayah? Janganlah cakap ayah yang memisahkan aku dengan Luqman selama tujuh bulan itu, tapi kalau betul, kenapa ayah buat macam tu?

Luqman mula menceritakan hal yang berlaku. Aku memasang telinga dan mendengar dengan teliti setiap butir kata yang keluar dari mulutnya. Memang terkejut. Sangat terkejut mendengar cerita yang sebenar dari mulut Luqman sendiri. Aku tak sangka, Luqman sanggup menyakitkan hatinya sendiri demi aku supaya aku tak berkahwin dengan Doktor Yazid.

Tanpa sedar, air mata aku berguguran dengan sendirinya. Perasaan aku ketika ini sangat sebak. Sebak mendengar seorang lelaki yang tak aku tak pernah jangka akan menjadi hero aku.

"Aly...? Kenapa menangis ni?" Jari Luqman menyeka air mataku. Aku menundukkan wajah sambil menggelengkan kepala sekali.

"Aly cuma sebak... seumur hidup Aly... Aly tak pernah terfikir, wujud seorang hero dalam hidup Aly yang sentiasa melindungi Aly walaupun terpaksa mengorbankan segalanya." Teresak aku.

"Sayang... abang buat semua tu ikhlas. Janganlah menangis. Pada abang itu hanya pekara yang mampu abang buat lagi, sedaya upaya abang untuk melindungi Aly. Walaupun apa yang berlaku, abang akan tetap melindungi Aly. Kerana apa? Kerana Aly ibarat nyawa abang."

Sungguh aku terkedu mendengar setiap bait kata-katanya. Terharu. Aku tak tahu macam mana aku nak balas semua tu. Aku tak tahu macam mana aku nak respons.

"Aly... abang cintakan Aly seikhlas hati abang. Abang tak boleh tipu diri abang lagi. Setiap kali Aly berjauhan dari abang. Abang rasa tak tenang. Ada saja benda negatif yang abang fikir tapi abang cuba abaikan. Abang selalu berdoa supaya Aly dalam keadaan selamat," ujarnya sambil memegang kedua-dua belah lenganku.

"Hari-hari abang fikir, kalau boleh abang nak jadi Aly permaisuri abang secepat mungkin. Lebih mudah abang nak melindungi Aly."

Aku mendongak memandang wajahnya dengan air mata masih lagi mengalir. Cukup terharu aku dengan semua ayat yang diungkapkannya.

"Abang... terima kasih. Aly tak tahu macam mana Aly nak balas semua pengorbanan abang. Maafkan Aly sebab Aly marahkan abang..."

Laju dia menggelengkan kepala. Dia mengusap air mataku lembut menggunakan jarinya.

"Abang tak ambil hati pun sebab abang tahu yang Aly tak tahu apa-apa pasal semua ni. Abang yang salah dan memang patut pun abang kena marah sebab sakitkan hati Aly tanpa Aly tahu apa sebabnya. Kali ni abang betul-betul janji yang abang takkan ulang pekara macam tu lagi. Abang akan tetap bersama dengan Aly."

Aku tersenyum dalam tangisan. Kepala dianggukkan.

"Terima kasih. Aly sayang abang sangat-sangat."

"Sama-sama sayang. Abang sayangkan Aly lebih dari segalanya. Tanpa Aly, jiwa abang hilang..."

Aku hanya tersenyum kecil. Tak sangka. Pekara ini akan berlaku dalam hidup aku. Allah mengirimkan aku seorang lelaki yang betul-betul ikhlas menyayangi dan mencintai aku. 


Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.