Bab 37

BAB 37

"SERIUSLAH?"

Luqman ketawa sambil menganggukkan kepalanya.

"Hai kenapa? Tak suka dapat kahwin awal. Dapat berkepit dengan kesayangan?" soal ayah.

"Kan pekara yang wajib bagus dipercepatkan. Nak tunggu lama-lama buat apa?" celah ibu.

Aku sudah tersengih malu. Luqman mahu mengadakan majlis pernikahan kami tiga minggu dari sekarang. Siapa yang tak terkejut? Awal betul! Siapa yang tak sabar sebenarnya ni? Aku ingat aku yang angau sangat tak sabar nak kahwin, rupanya dia dua kali ganda tak sabar dari aku.

"Bukan. Bukan Aly tak suka. Aly cuma terkejut je. Yelah, tiga minggu dari sekarang..." Sengih aku sambil mengusap leher.

"Abang tak nak majlis mewah sangat. Biasa-biasa saja. Janji abang dan Aly sah menjadi pasangan suami isteri. Betul tak?"

Ayah dan ibu serentak menganggukkan kepala. Betul-betul kamcheng mereka dengan Luqman sekarang ni. Rasa macam tak percaya je.

"Aly okey je. Tak kisah kalau itu keputusan si bakal suami," ujar aku sambil tertawa kecil. Luqman tersengih suka.

"Nanti cuti kita pergi beli barang yang patut..."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Dalam hati sudah tak sabar nak menjadi suri hati Prof. Luqman Rafhael ni.

"Aly, ayah dengan ibu nak beritahu sesuatu."

Segera aku memandang ke arah ayah kemudian menganggukkan kepala.

"Ibu dengan ayah nak Aly akan ditukarkan lokasi bertugas di hospital tempat Aly praktikal sekarang. Jadi rumah ni, ibu dan ayah akan jual dan beli rumah di sana dalam masa terdekat."

Aku tersenyum suka. Ayah dengan ibu akan berada dekat dengan aku selepas ni. Kalau rindu bolehlah datang rumah ayah dengan ibu.

"Wah! Yeke ayah, ibu? Seronoknya! Lepas ni tak adalah Aly menangis sebab rindu ibu dengan ayah, boleh balik rumah ibu dengan ayah bila-bila je kan?"

Ibu tersenyum manakala ayah menganggukkan kepala. Luqman turut tersenyum melihat aku yang begitu gembira.

*****

AKU masuk ke dalam bilik kerja Luqman sebaik saja kami selesai membuat latihan di bilik pembedahan tadi. Luqman pula meminta diri untuk ke tandas sebentar, jadi hanya aku dan Firdan saja yang berlalu masuk dahulu ke dalam bilik kerja Luqman. Aku perasan Firdan seperti kurang sihat. Mukanya agak pucat dan dari tadi dia terbatuk-batuk. Datang hari ni pun siap pakai topeng mulut.

"Fir, awak okey tak? Hari tu kenapa awak tak datang lepas tu tak maklumkan dekat Prof?" soal aku sebaik saja melabuhkan punggung di atas sofa berdekatan dengan meja kerja Luqman.

Firdan menghenyakkan tubuhnya di atas sofa bersebelahan dengan aku. Aku menjarakkan sedikit jarak kedudukkan kami. Tak manis pula, aku ni bakal isteri Luqman nanti ada pula orang yang salah faham.

"Oh... erm... hari tu telefon aku rosak tak boleh nak hidup, masa tu jugaklah motor aku buat hal. Tak boleh nak hidupkan enjin. Aku nak beritahu macam mana, terpaksalah. Lagipun aku demam, ni pun demam aku datang balik. Tak tahu lah kenapa...," jawabnya dengan lemah. Belikatnya disandarkan ke kusyen sofa dan mata dipejamkan buat seketika.

"Lah, kenapa tak ambik surat mc? Muka awak pucat tu...," ujar aku sambil memeluk tubuh. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri. Firdan hanya tersenyum kecil dan matanya masih lagi terpejam.

"Care jugak kau dekat aku, eh?"

Aku hanya tersenyum kecil.

"Kawan kan mestilah kena ambil berat. Tak akanlah saya ni kejam sangat nak tengok je bila kawan sakit..."

"Tak apalah, aku dah biasa. Nanti kebahlah. Ada benda lagi sakit dari semua ni. Dari dulu sampai sekarang sakitnya tak pernah hilang."

Dahi aku berkerut mendengar ayatnya itu. Tak faham. Apa yang cuba dia cakapkan?

"Ehemm..."

Serentak aku dengan Firdan menoleh ke arah pintu masuk, kelihatan Luqman baru saja melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya sambil menyingkapkan rambutnya ke belakang.

"Penat?"

Aku mengangguk manakala Firdan menggeleng. Dah sakit pun tak ada rasa penat ke dia ni?

"Kamu tak sihat ke, Firdan?" tanya Luqman saat dia merenung Firdan dengan tempoh yang agak lama.

"Sikit je, Prof. Biasalah badan ni. Serba tak kena," jawab Firdan sambil meraup wajahnya beberapa kali.

"Nak surat mc ke? Pucat tu, pergilah balik berehat..."

Laju Firdan menggelengkan kepalanya.

"Tak payahlah, Prof. Lagipun Alyna ada dekat sini, semangat sikit saya nak buat sebarang latihan," balas Firdan.

Serentak anak mata aku dan Luqman bertembung. Ayat Firdan tu macam ada serba tak kena. Lain macam. Apa maksud dia, ada aku baru dia semangat sikit nak buat kerja? Dia suka aku ke? Aduh... aku ni kenapalah kuat sangat perasan.

"Hmm.. kalau macam tu tak apalah. Latihan kita tadi dah cukup untuk hari ni. Selebihnya saya bagi awak latihan untuk dijawab. Tak banyak. Hanya 10 soalan, lepas tu bolehlah berehat," beritahu Luqman. Aku hanya menganggukkan kepala manakala Firdan diam tidak memberi sebarang respons.

*****

"FIRDAN..."

"Apa?"

Aku tersenyum kecil sebelum mengajukan soalan kepadanya. Latihan yang diberikan oleh Luqman sudah aku siapkan. Luqman pula keluar ke bilik mesyuarat seketika.

"Awak ada someone special tak?" soal aku sambil tersengih. Firdan ketawa.

"Tak ada. Tapi crush tuh adalah. Aku ni mana layan sangat cintan-cintun ni..."

Aku menganggukkan kepala sambil mulut aku dibuat bentuk 'o'.

"Crush? Kenapa awak tak berkenalan dengan dia? Mana tahu cinta awak berbalas...," ujar aku sambil memutar-mutarkan pen di tangan.

"Dia dah memang kenal aku cuma aku je tak luahkan lagi. Aku kena selesaikan strategi aku dulu. Baru boleh luahkan perasaan dekat dia dengan tenang."

"Strategi? Strategi apa?"

Firdan tersenyum senget sambil menggelengkan kepalanya sekali.

"Privasi. Hal peribadi aku dan tiada siapa pun yang tahu kecuali orang yang berkaitan dengan aku tu..."

Aku mengerling ke arah Firdan dengan perasaan pelik. Tak faham. Sejak-sejak ni dia selalu cakap sesuatu yang tersirat. Yang aku sendiri pun tak tahu apa yang dimaksudkan di sebalik ayatnya itu.

"Kau single..."

"Alyna... tolong saya sekejap..."

Belum sempat Firdan menghabiskan ayatnya, daun pintu bilik terkuak luas dan suara Luqman kedengaran memanggil aku.

"Kejap eh, Fir. Nanti saya datang balik." Segera aku berlari anak mendapatkan Luqman yang sedang menunggu aku di hadapan pintu.

Firdan mengemamkan bibirnya. Tangan kanannya digenggam kuat. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Kacau daun betul!" bentak Firdan. Dia menghempas buku modul yang dibaca ke meja. Panas sungguh hatinya saat itu.

"Tak apa, tak lama lagi. Dia akan tahu juga isi hati aku dan dia tak boleh tolak aku sewenang-wenangnya. Dendam akan kembali tak lama lagi..." 


Previous: Bab 36
Next: Bab 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.