Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 12

“AWAKni nak cari nahas ke apa? Buat seperti itu pada Encik Faries kita? Dia tu celebrity terkenal awak senang-senangtegur dia seperti adik-adik awak eh?,” ujar Aliff bila Nasha memberitahunyatentang kejadian semalam dimana dia terlepas kata menegur kelakuan Faries.


“Encik Aliff you are not helping me ok…, I rasa bersalah sangat dengan EncikFaries, I tidak bermaksud hendaksakitkan hati dia,” aku berbisik perlahan. Aku berada di study room menanti Faries keluar dari biliknya. Aku cuba untuktidak melakukan kesilapan lagi hari ini. Aku mahu menjadi pembantu peribadibaik untuk Faries.


I don’t know…pandai-pandailah you pujuk dia nanti,” jawab Aliff sambillewa sengaja hendak menakut-nakutkan Nasha.


“Pujuk??Macamana nak pujuk dia? Beritahulah Encik Aliff,” ujarku ingin tahu.


Hisshsusah betul kalau tak ada handbookni. Mesti PA lamanya ada tulis cara-cara untuk memujuk dan menambat hati EncikFaries.


“Dulu Shiela adatulis dalam handbook..but too badhandbook tu dah hilang..so youkenalah cuba cari idea bagaimana hendak memujuknya ok..saya hendak gerak dahni..jumpa nanti,” ujar Aliff lalu mematikan telefon.


Aku mendengusgeram. Tak guna punya Encik Aliff. Bukan hendak membantu aku. Tak apa. Hari inihari dia. Esok-esok hari aku pulak. Fikir Nasha..Fikir. Bagaimana cara hendakaku tambat hati Encik Faries supaya dia tidak marah pada aku.


Aku berjalanperlahan menuju kearah pintu bilik Faries lalu menekap telinga kananku di pintunyaingin tahu samada dia sudah bangun dari tidur atau belum. Kalau sudah pasti diake kamar mandi. Bila dia ke kamar mandi aku akan cepat-cepat sediakanpakaiannya. Hari ini dia ada shootingdari 11.00 pagi hingga malam. So akutahu pakaian yang sesuai untuk Encik Faries. Dan bila sudah sediakanpakaiannya, aku akan hubungi Fiza untuk menyediakan sarapan pagi untuknya. Jadidia tidak perlu menunggu lagi. Yes!!Bisikku dalam hati lalu berdiri tegak dan memusingkan badanku. Hampir sahajaaku terpeluk orang yang berdiri di hadapanku. Orang itu siapa lagi kalau bukanEncik Faries.


“AstarfirullahAl Azim,” ujarku terperanjat. Hampir hendak gugur jantungku bila mengetahui adaorang berdiri di belakangku.


“Cari siapa?,” tanyanyadengan wajah selamba bila dia mendapati Nasha berdiri di hadapan pintukamarnya.


“Err cari EncikFaries..awalnya Encik Faries bangun..shootingstart pukul 11.00 pagi,” jawabku tergagap-gagap kerana tidak bersedia untukberdepan dengan Faries.


“Erm,” ujarnyasambil lewa lalu membuka pintu bilik tidurnya dan masuk kedalam. Pintu di tutuprapat.


Ermm aje.Merajuk lagi lah tu. Haizz..parah aku di buatnya. Dia dah merajuk..Aduh bagaimanahendak pujuk ni? Aku mengetuk pintu biliknya perlahan beberapa kali. Tiadajawapan yang aku dengar dari dalam. Ok..ini bermakna dia sudah berada di dalamkamar mandi. Aku memulas tombol pintu perlahan dan dalam masa yang samamengetuknya lagi. Perlahan-lahan aku membuka pintu biliknya sehingga pintu ituterbuka luas. Yes! I’m right he is nothere. Aku segera menuju ke walk-inwardrobenya. Sekali lagi aku merasa teruja melihat keindahan walk-in wardrobenya.


Encik Fariesanak orang berada. Dan dia berlakon hanya untuk suka-suka..lebih kepadahobi..kalau Encik Faries tidak bekerja, dia masih boleh hidup selesa dan mewah sebegini.Maklumat ini semua aku terima dari Encik Aliff. Hendak bertanya atau berbualdengan Encik Faries, lambatlah. Dia malas hendak melayan pertanyaan aku.Lagipun apa kelas, dia hendak bersembang dengan aku kan..sedar diri tu sikitNasha.


Hmm..sementaraEncik Faries berada di kamar mandi tu. Bolehlah aku kepo-kepo sikit melihatkoleksi pakaiannya. Haha. Apa tak sukanya seperti berada di boutique pakaian. Aku mencapai salahsatu suit hitamnya. Aku merasa materialyang digunakan untuk membuat suit hitam itu. Wah very nice material. Aku membelek label suit tersebut ‘ErmenegildoZegna’. Wah patutlah semuanya berjenama.


Kalau EncikFaries pakai suit ni, mesti dia tampak lebih kacak. Ala-ala James Bond gitu. Aku tersenyum sendirimembayangkan boss aku memakai suit hitamitu. Aku menyangkut semula black suititu ke rak-rak koleksi suitnya. Aku mencapai suit hitam yang tergantung disebelahnya pula. Suit berkenaan tersimpan di dalam transparent suit bag untuk mengelakkan dari kotor dan berhabuk. Wah!! tailored ‘Savile Row’ dari Boutique Anderson & Shepperd, London.Aku terpegun seketika. Yelah Encik Faries punya Exquisite taste.


I tak attend awards hari ini untukpakai suit,” ujar Faries bila Nasha mengeluarkan his best tailored ‘Savile Row’ suit dari Anderson & Shepperdyang di tempah semasa dia bercuti di London dahulu. Belum pernah dia memakaisuit itu. Tidak tahu bila dia berpeluang untuk memakainya.


Aku terlompatterkejut bila Encik Faries menegurku tiba-tiba. Aduh kantoi lagi! Apasal akuboleh tidak terperasan dia sudah keluar dari kamar mandi. Aku menoleh ke wajahnyalalu tersenyum kambing. Malu gila bila di tangkap aku tengah leka membelek koleksibajunya. Aku meletak suit itu ketempatnya semula.


“Itulah..salahrak pulak,” jawabku selamba lalu menuju kearah rak casual wearnya. Aku melihat sekali lalu sahaja kerana tidak sempathendak memilih lagi. Aku mencapai shirt kotak-kotak berwarna maroon dan menuju kearah rak seluar danmencapai jeans berwarna hitam dari Zara. Aku membuka laci di bawah lalumencapai sapu tangan berwarna hitam. Aku kembali ke rak kasut lalu mencapai ‘Gucci’ loafers berwarna hitam lalukembali kepada Encik Faries dan menyerahkan kesemua barang yang aku ambilkepadanya.


Thanks,” jawab Faries lalu tersenyum.


Uikk! Dia dah okke dengan aku?? Senyum manis gitu.


“Kembali,”jawabku membalas senyumannya. Iskk Encik Faries ni senyum-senyum seperti itutak bagus tau. Tahulah dia tu handsome tothe max. Jangan senyum begitu, aku takut terjatuh hati pula pada dia. Silly me! Jangan hendak bermimpi cikNasha oii. Aku segera keluar dari biliknya sebelum dia sound aku lagi.


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.