Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 33

Untuk tidak mahu sakit hati. Aku mengambil keputusanuntuk tidur. Bukankah itu plan aku tadi. Hendak tidur sepanjang perjalanan keAuckland, New Zealand. Aku meminta pramugari sleeping eye pad bertujuan supayaaku dapat melelapkan mata dengan aman. Nasib baik si Rizal itu tidak buatmasalah. Kalau dia mula aku tidak teragak-agak meminta pramugari untukpindahkan dia dari tempat duduk kami. Aku tidak hendak tukar tempat duduk sebabbukan aku yang buat masalah tapi dia. Sedap pulak bantal yang di sediakanpesawat Emirates. Hmm bestnya. Aku tersentak bila bantal itu seakan bergeraksedikit. Eh sejak bila pulak bantal boleh gerak ni? Aku menarik eye pad ke ataslalu menjeling kearah kiri. Oh fish head curry!! Opss I did it again! Sesedaprasa sahaja aku memeluk lengan Ehsan dan tidur menyandar di bahunya. Aduh! Akumemberanikan diri memandang ke wajahnya. Lelaki itu terlena dan tidak sedarkandiri. Fuh nasib baik dia tak sedar kalau tidak apa aku hendak buat di situasijanggal begini. Perlahan-lahan aku cuba melepaskan tanganku dari memeluk lenganEhsan. Aku tidak mahu lelaki itu terjaga dari tidur.

 

Aku tersentak bila terdengar seseorang berdehem. Akumenoleh kearah kanan spontan. Hampir hendak terkeluar biji mataku bilamenyedari orang yang berdehem itu Encik Faries. Ah mati aku! Dia nampak akumemeluk lengan Ehsan tadi. Die!..Die!

 

“Encik Faries!,” ujarku terkejut wajahku pucat sertamerta. Kalau di tarah dengan pisau pasti tidak akan berdarah.

 

Faries memandangku tanpa expresi jadi aku tidak tahusamada dia marah, sedih atau geram gila dengan aku. OMG!!! Encik Faries tidakberkata apa tapi aku tahu Encik Faries marah pada aku. Suami mana yang tidakakan baran bila melihat isterinya sewenang-wenangnya memeluk lelaki lain dihadapannya. Lainlah aku pelakon dan sedang melakonkan watak dalam filem di manaaku di kehendaki berbuat demikian. Ini bukan lakonan.


Faries masih tidak berkata apa bila dia pergimeninggalkan aku dan berjalan menuju kearah belakang semula. Oh No! He’s angrywith me. Aku segera menanggalkan seat belt. Nasib baiklah hampir ke semuapenumpang di pesawat sedang tidur termasuk si Rizal. Aku sempat menjeling ketempat duduk asalku. Puteri Ernisa juga sedang tidur. Good. Aku berjalan pantasmendapatkan Encik Faries kerana lelaki itu tidak menuju ke arah seatnya malahmenuju kearah belakang.

 

“Abang..,” tegurku lalu menarik tangan Faries.  

 

Faries menoleh bila rasa tangannya di tarik daribelakang.

 

“Here you go Mr. Faries,” tegur pramugari dari hadapanEncik Faries lalu menyerahkan sebotol evian kepada lelaki itu.

 

“Thanks,” jawab Faries ringkas lalu membuahkansenyuman.

 

“My pleasure..,” jawabnya lalu tersenyum.

 

Tahulah aku kenapa Faries datang ke tempat aku tadimungkin dia mahu meminta air evian dari aku tadi. Tapi memandangkan aku tidurlena tadi dia mengambil keputusan untuk meminta sahaja dari pramugari bertugas.

 

Faries menoleh kearah Nasha. “Kenapa tak sambung tidurlagi,” ujar Faries dengan wajah selamba seolah-olah perbuatan Nasha tadi tidakmemberi kesan apa-apa ke atas dirinya. Tujuannya ke tempat Nasha tadi keranadia tidak dapat tidur dan ingin berbual dengannya dan juga kerana semua krewlain sudah lena ia memberinya kesempatan untuk berbual dan bermanja denganNasha. Tapi bila menyedari wanita itu sedang terlena di atas bahu lelaki lain.Perasaan cemburu mula terbit di hatinya. Dia benar-benar tidak dapat mengawalperasaan cemburunya melihat Nasha bersama Ehsan. Namun dia cuba untukmenyembunyikan perasaan cemburunya dari pengetahuan Nasha.

 

Nasha sukakan Ehsan? Semasa di set dia selalu lihatEhsan berbual dengan Nasha bila babaknya tidak diperlukan. Dia tahu Nasha turutsenang dengan lelaki itu kerana Nasha kelihatan selesa dan mesra bila berbualdengannya. Adakah Nasha turut cintakan Ehsan? Faries tidak mahu memikirkantentang perkara itu. Nasha miliknya. Walaupun dia belum mampu membuatkan wanitaitu cinta dan sayangkannya. Nasha tetap miliknya.

 

Aku cuba mengawal perasaan sedih bila Encik Fariesberkata demikian. Aku tahu Encik Faries marahkan aku tapi dia cuba untuk tidakmenunjukkannya kepadaku. Tapi kenapa? Adakah kerana dia takut jika krew filemtahu bahawa hubungan kami lebih dari PA dan boss? Sampai bila Encik Farieshendak rahsiakan hubungan kami? Aku sayangkan Encik Faries. Ye aku sedar akusayang dan cintakan Encik Faries. Aku baru menyedarinya bila aku merasa cemburubila setiap kali aku lihat Puteri Ernisa mesra dengannya. Tapi aku tidak mampuberterus terang pada Encik Faries kerana aku takut dia tidak dapat membalascintaku kembali. Aku tidak kisah jika dia memarahiku kerana aku tahu akubersalah walaupun aku tidak tersengaja berbuat demikian.

 

“Abang maafkan Nasha.., Nasha tidak sengaja,” ujarkucuba menahan sebak. Aku mahu Faries mengerti bahawa aku tidak sengaja berbuatdemikian.

 

“Go and sleep,” ujar Faries lalu mencium pipi Nashaperlahan dan tanpa menoleh kearah Nasha dia berlalu menuju kearah seatnya.Faries duduk di seatnya lalu memasang seat belt. Dia mengalihkan pandangankearah luar tingkap. Walaupun tiada apa yang dapat di lihat selain kegelapanmalam dan kepulan awan putih.

 

Seketika kemudian Ernisa menyandarkan kepalanya dibahu Faries. Faries tersentak dia menolak bahu Ernisa perlahan agar kepalawanita itu berada diseatnya semula, selimut yang terlurut dan hampir terjatuhdi lantai di tarik perlahan hingga ke bahu Ernisa. Sekali lagi Ernisa menyandarkankepalanya di bahu Faries dan tangannya memeluk lengan Faries mesra sepertimanayang aku buat pada Ehsan ketika tertidur tadi. Kali ini aku tahu Puteri Ernisasengaja kerana ketika dia berbuat demikian dia sedar. Dia sengaja memeluklengan Faries erat dan percaya Faries tidak akan berbuat apa-apa jika diaberbuat demikian kerana menyangka dia benar-benar tidur dan tidak sedar bilamelakukannya. Seperti apa yang di jangka Faries membiarkan sahaja dia memeluklengannya. Dia hanya mampu membiarkan Ernisa berbuat demikian sehingga diaterjaga.

 

Aku perhatikan semuanya dengan perasaan sebak. Barukini aku tahu akan perasaan Encik Faries bila dia melihat aku tidur sambilmemeluk lelaki lain. Aku sendiri tidak sanggup melihat Ernisa berbuat begitupada suamiku. Hendak sahaja aku mengejut wanita itu agar dia tidak lagi tidurmenyandar di bahu Faries dan memeluk lengannya. Tapi aku tidak mampu berbuatapa-apa. Hatiku benar sebak. Aku tahu Faries kecewa dengan sikapku. MaafkanNasha abang.

 


 

Previous: Bab 32
Next: Bab 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.