Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 2

 

“Masuk,”jawab Faries lemah.

 

Aliffmemulas tombol pintu bila diarah berbuat demikian. Dia mengerutkan dahinyamelihat Faries terbaring di atas sofa chesterfieldnya. Faries tidak sihat kah?

 

“Kausakit?,” tegur Aliff lalu duduk di atas sofa bertentang dengan Faries yangsedang berbaring.

 

“Shielaberhenti kerja,” jawab Faries lalu meletak lengan di atas kepalanya.

 

Aliffketawa kecil bila melihat keadaan Faries seperti orang sedang sakit tenat hanyakerana pembantu peribadinya berhenti kerja.

 

“Akutak boleh hidup tanpa Shiela,” jawab Faries lalu mengelengkan kepalanya.

 

Alifftersenyum bila Faries berkata demikian. Bukan kerana Faries cintakan Shiela.Tapi kerana dia tidak boleh berfungsi tanpa bantuan Shiela. Shiela begitumemahami kehendak dan keperluan Faries. Tanpa Shiela, Faries seperti patah sayap.

 

“Sudahlahtu Ries, Shiela dah buat temujanji untuk pembantu baru kau, kau pilih sahaja manayang kau berkenan pasti ada yang macam Shiela,” jawab Aliff memujuk Faries.Selaku manager Faries dia turut patah sayap jika Faries tidak ada mood untuk bekerja.Hanya Shiela yang pandai memujuk dan menambat hati Faries. Dia tidak dapatmemujuk Shiela untuk terus bekerja kerana Shiela akan mengikut suaminyaberpindah kerja di Australia dan tinggal di sana.

 

“Iwant Shiela…, kau telefon dia, suruh dia kerja dengan aku balik, aku sanggupbayar berapa yang dia mahu,” ujar Faries lalu bangkit dari sofa. Dia menarikjaket putihnya yang ternaik dan kelihatan sedikit renyuk bila dia baring diatas sofa tadi. Faries mengenakan butang di jaketnya. Dan mengebas seluar putihyang dipakainya dengan tangan. Dia mencapai berus kasut lalu memberus loaferskulit putih dari Tods. Dia membetulkan lengan kemejanya agar ia kelihatan rapi.Dia menuju kearah cermin berdekatan lalu merapikan rambutnya yang kelihatanberselerak. Faries tidak suka kelihatan selekeh dan tidak terurus. Dia seoranglelaki yang mahu senantiasa kelihatan kemas dan bergaya. Setelah berpuas hatidengan penampilannya. Dia berjalan menuju kearah pintu. Faries  memberhentikan langkahnya, bila menyedari Aliffmasih lagi berada di sofa dan tidak berganjak.

 

“Shallwe go?,” ujar Faries.

 

“Pergimana?,” soal Aliff bila Faries tiba-tiba hendak keluar.

 

“CariShiela,” jawabnya dengan wajah selamba.

 

“Ries,Shiela dah pergi Australia, there’s nothing you can do, I’m sure there someoneout there that can be as good as Shiela,” terang Aliff bila Faries masihberdegil mahu mencari Shiela.



**********



Akumengeluh kecil bila melihat timbunan surat-surat merah. Atau lebih di kenalisurat Amaran dari pihak bank untuk bil-bil yang tertunggak. Kepalaku peningmemikirkan bagaimana hendak melunaskan hutang-hutang tersebut. Hendak harapkangaji kerja tetapku ia hanya dapat melunaskan bil bulanan dan keperluanharianku. Aku terpaksa mendapatkan kerja sambilan untuk membayar bil-biltersebut walaupun hanya dapat membayar bunganya sahaja. Allah sahaja yang tahubetapa perit dan getirnya hidup yang aku lalui sekarang. Hanya kerana cinta akusanggup lakukan apa sahaja.

 

Akusedar tiada gunanya aku terus mengeluh dan mengharap Rizal akan kembali kepangkuanku. Kakakku Liza dan teman baikku Raudah sudah berkali-kali memberiamaran agar berhati-hati dengan Rizal kerana mereka tahu akan perangai Rizalyang sebenar. Kerana terlalu cinta dan percayakan Rizal aku tidak pernah ambilendah akan amaran mereka. Sudahnya inilah akibatnnya. Aku terpaksa menanggunghutang-hutang kad credit yang Rizal gunakan untuk kepentingan dirinya sendiri. Rizallangsung tidak ambil peduli atau membantu aku untuk melunaskan hutangnya.Sebaik sahaja aku sedar akan sikap boros Rizal. Aku mengambil keputusan untukmembatalkan kad creditnya. Rizal mula dingin denganku apabila aku berbuatdemikian. Malah dia terus menjauhkan diri dan meninggalkan aku tanpa pesan.Ternyata Rizal tidak seperti lelaki yang aku harapkan. Seorang lelaki yang akuboleh jadikan sebagai pasangan hidup. Ternyata Rizal hanya berpura-pura. Sejakkami berpisah banyak perkara yang tidak enak aku dengar mengenai perangai Rizal.Rizal simpanan Datin, Rizal ramai teman wanita, Rizal ini. Rizal itu. Aku sedaraku sudah tertipu. Rizal hanya mahu kesenangan. Mataku hanya dikaburi olehketampanan Rizal dan kata-kata manisnya. Ternyata Rizal tidak pernah sayangkanaku selama ini. Hendak dikesalkan sudah terlambat. Semuanya sudah berlaku. Kiniaku mendapat balasannya dengan hutang-hutang yang tak mampu aku lunaskan.

 

Akumenyelak akhbar dan mencari ruangan mencari kerja. Aku meneliti satu persatuiklan ruang kosong dari pembantu restoren hinggalah ke pembantu peribadi.Mataku tertangkap pada iklan yang ringkas tapi dapat menarik minatku.

 

Perlukan Pembantu Peribadi Segera.

Gaji lumayan.

Sila hubungi : Aliff Sofian -  013 558 2236

 

Tangankupantas mendial nombor yang tertera di iklan tersebut.

 

“Hello,”

 

“Selamatpagi, boleh saya bercakap dengan Encik Aliff Sofian,” ujarku sebaik sahajapanggilan di sambut.

 

“YesAliff Sofian, speaking,” jawabnya ringkas.

 

“Saya-,”

 

“Awakdatang jam 2.00 petang untuk temuduga, jumpa saya di Marriot Hotel, Bilik 202,”

 

“Tapi-,”ujarku tanpa sempat bertanya lebih lanjut talian telefon terputus. Atau sengajadi putuskan.

 

Akumengetap bibir menahan rasa. Geram di perlakukan begitu. Aku terpaksa menelansemua itu hanya kerana aku perlukan pekerjaan ini kerana ia menjanjikan gajiyang lumayan.


 


 


 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.