Home Novel Cinta From Boss with Luv
Bab 11

AKUduduk tersenguk-senguk di sofa. Mengantuk mata bila duduk tidak berbuatapa-apa. Aku mengerling kearah jam di tangan. 10.55 malam. PA Zarina tidak kelihatan duduk di sofa berdekatan. Mana dia pergi?Ah malas hendak fikir. Eh diaorang ni tak reti nak balik ke? Aku menoleh kearahtempat duduk Faries dengan Zarina. Mereka masih berada di tempat yang samasedang sibuk berbual.


 Yang aku masih berada di sini kenapa eh? Lupapulak nak tanya masa kerja aku dari pukul berapa hingga ke pukul berapa dariAliff tadi. Aduh! Kenapa lah aku ni selenge sangat. Aku mencapai handphone lalu menelefon Encik Aliff.


“Ah Nasha kenapacall ada emergency lagi?,” tanya Aliff sebaik sahaja menjawab pangilantelefon dari Nasha.


“Ni lupa naktanya..waktu kerja saya dari pukul berapa hingga pukul berapa?,” tanyaku lalumenguap kecil. Mengantuk lah sangat.


“Eh??? 9 to 6lah seperti waktu pejabat..tapi kalau schedule Faries awal awak kena datangawal lah atau ada emergency seperti tempohhari..no choice kena datang..kenapaawak tanya?,” soal Aliff merasa pelik bila Nasha bertanya waktu bekerja.


“AstarfirullahAl Azim..Kenapa Encik Aliff tidak beritahu saya awal-awal,” keluhku perlahan.


Kirakan aku nisudah terlebih masa bekerjalah. Boleh claimovertime tak? Hampeh betul. Kalau aku tahu, taklah aku tercongok seperti budakbongok di restaurant ini. Issk EncikAliff ni memang sengaja hendak menyusahkan hidup aku.


“Kenapa??? Awakdi mana sekarang?,” tanya Aliff bila Nasha beristifar panjang.


“Di Cellini's Italian restaurant, Dorsett,”jawabku ringkas.


“Apa you buat kat sana?? Faries ajak you fine dining sama?,” ujar Aliff lalutetawa kecil.


Dia tahu Fariesada dinner appointment dengan Zarina co-actress yang akan bekerja samadengannya untuk filem terbaru mereka. Faries suka berkenalan dengan pelakonwanita yang akan berlakon dengannya untuk sesuatu filem kerana Faries mahumelihat keserasian mereka untuk berlakon bersama. He’s just being professional.


“Ketawa..ketawalah lagi ye Encik Aliff..nanti saya berhenti kerja baru you tahu nasib you,”ujarku dengan perasaan sebal.


Jika aku tahu,aku habis waktu kerja jam 6.00 petang tadi. Tak adanya aku hendak mengekorFaries sampai ke sini. Si Faries ni pun satu, bukan dia hendak beritahu aku.Senyap aje. Seronok eh ada orang menjaganya. Aku PA dia bukan bodyguard dia.


“Eh awak nisikit-sikit nak ugut saya..tak coolmacam ni..I’m sorry ok, pergilahbalik dah lewat ni..esok kena datang kerja lagi,” pesan Aliff.


“Memang nakbalik pun dah penat duduk sini, sudah naik kematu punggung saya ni, ok bye,” jawabku lalu mematikan telefon.


Aku menghantarpesanan ringkas kepada Encik Faries, yang aku hendak balik. Aku menyimpan handphone semula ke dalam bag tanganlalu bangun dari sofa. Handphone akuberdenting menandakan aku menerima pesanan ringkas.


Please wait for me. We are finishing soon.


Tunggu dia? Akumengerutkan dahi lalu menoleh kearah Faries. Aku kembali duduk di sofa tempataku duduk tadi. Aku rasa PA cik Zarina sudah lama pulang. Aku yang setia sangatmasih berada di sini.


Ok..see you next week..kita jumpa di ‘Set’,” ujar Faries lalu tersenyum.Mereka berdiri di hadapan tempat aku menunggu.


You mean I boleh jumpa you di ‘set’ sahaja..hari-hari lain takboleh jumpa ke?,” ujar Zarina lalu tersenyum mengoda.


Dia menghulurkantangan untuk berjabat tangan dengan Faries. Hendak tak hendak Faries terpaksamenyambut huluran tangannya.


Aku menjelingbila Zarina berkata demikian. ‘Gatal’. Awak tu sudah bertunang. Sudah bertunangbuat hal, dah tunang jangan nak mengatal dengan boss aku. Tadi masa duduk boring di sofa aku sempat google tentang Zarina. Zarina sudahbertunang dengan seorang Engineer.Boleh tahan handsome juga tunangnya.Mereka bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.


“Hari lain I sibuk, schedule I pack, tak percaya tanya my PA Nasha,” jawab Faries jujurlalu tersenyum.


Aku tergelakdalam hati. Padan muka..haha dia ingat bossaku hendak layan perempuan ‘itchy’ sepertidia tu.


Ok..see you, goodnite,” ujar Zarina lalumelepaskan tangan Faries yang di pegang sedari tadi. Sengaja hendak memegangtangannya lama.


Aku menghulurkanbotol hand sanitizer kepada EncikFaries sebaik sahaja Zarina pergi. Faries membuka penutup lalu menuangkansedikit hand sanitizer di tapaktangannya lalu meratakan di kedua belah tangannya. Kali ini aku tidakmenuangkan hand sanitizer di tapaktangannya seperti biasa. Dia yang menuangnya sendiri. Aku tersenyum.


“Encik Faries your take away,” ujar pelayanrestaurant lalu menghulurkan bungkusan kepada Faries. Faries menyambut.


Thanks,” jawab Faries ringkas lalumenghulurkan bungkusan itu kepada Nasha.


“Untuk siapa?,” tanyakuhairan bila Faries menyerahkan bungkusan take-awaykepada ku.


Your dinner,” jawabnya ringkas lalumengatur langkah menuju kearah lif.


Dia menekanbutang lif mengunakan sikunya kerana dia tidak mahu menyentuh butang lifmengunakan jarinya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kami berdua masuk ke dalamperut lif. Kali ini aku yang menekan butang lif untuk ke lobby.


Dinner..you mean steak yang tadi ke?? I lupa hendak collect,” ujarku.


Aiikk..baiksungguh boss aku ni. Ingat juga diapada aku. Tadi memang aku ada serahkan steakitu kepada pelayan restaurant untuk ditapaukan steak yang tidak di sentuh Faries. Aku terlupa langsung hendakmengambil dari pelayan itu.


Steak tadi dah sejuk dan I takut dah contaminated, I dah suruhdiaorang dispose..ni yang baru,”ujarnya lalu melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka.


“Kenapa EncikFaries suka membazir??? Encik Faries tahu tak membazir tu amalan syaitan,” ujarkukerana tidak percaya steak yang akusuruh bungkus tadi di suruh buang kerana menyangka steak itu sudah tercemar.


Faries memandangwajah Nasha bila wanita itu tiba-tiba memarahinya. Dia benar-benar terperanjatdan tidak percaya Nasha begitu berani menegurnya. Pembantunya Shiela pernahmemarahinya beberapa kali kerana tidak tahan dengan perangainya, tapi Shielatidak seperti Nasha yang berani menegur kesilapannya.


Gulp.Aku menelan air liur bila terlepas kata. Lancang sangat mulut aku ni. Akuhendak kerja lama dengan Encik Faries. Adui matilah aku kena pecat dengan EncikFaries nanti. Ampun Encik Faries. Aku tidak sengaja.


FYI…, I tak buang steak tadi..I suruh mereka heat kan untuk awak, saya cuma bergurau sahaja dengan awak tadi,”ujar Faries mendatar cuba mengawal perasaannya lalu menyerahkan kad valet kepada pekerja hotel.


Bergurau??? Aduh!Lain kali boleh beri signaldulu..cakap saya hendak bergurau ni, Nasha. Awak jangan over terlepas kata pulak..Ini tidak. Jadi aku benar-benar ingatdia  serioussemasa dia cakap tadi. Serba salah aku dibuatnya bila melihat air wajah EncikFaries berubah dan dia kelihatan terasa dengan teguran aku tadi. Isskk! Tadirekod aku baik sahaja. Ni dah kena blacklistedgara-gara mulut celupar aku. Sorry Encik Faries.


Kereta CayenneFaries berhenti di hadapan kami. Faries berjalan lalu membuka pintu kereta. Akumasih berdiri tercegat di tempat tadi. Aku tahu Encik Faries marahkan aku. Daririak wajahnya, aku sudah dapat merasakan bahawa dia benar-benar terasa bila akumenegurnya tadi. Hanya boss aku itutidak menunjukkannya kepadaku. Dia cuba mengawal perasaan marahnya. Great! Well done Nasha, kau telahmenyakitkan hati boss pada hari keduakau bekerja dengannya.


Aku tersentak bila Faries membunyikan hon kuat. Ok..diadah mengamuk. Aku segera menuju kearah keretanya lalu membuka pintu di tempatpenumpang. Aku duduk lalu memasang tali pinggang keledar. Tidak berani menoleh,mahupun bersuara.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.