Bab 15
MAKCIK
Sue sedang menggunting hujung sebuah bantal miliknya. Di dalam bantal tersebut
terkandung barangan emas serta duit simpanan yang disimpan olehnya
bertahun-tahun lamanya. Nampaknya barangan emas ini perlu digadaikan. Dia
perlukan wang untuk ke Kuala Lumpur. Dia hendak mencari Arlisa dan Arissa.
Kedua-dua orang kembar itu perlu ditemukan.
Wanita yang berusia dalam lingkungan
40an ini berhajat untuk membeli tiket esok. Dia bercadang nak membawa Nida
bersama sebagai peneman. Kata si Nida, dia ada seorang kawan yang tinggal di
Kuala Lumpur. Nanti bolehlah mereka tumpang berteduh di sana buat dua tiga
hari.
Sekarang ini apa yang membimbangkan
Makcik Sue ialah di mana kedua-dua beradik itu berada? Di mana dia hendak
mencari mereka? Kuala Lumpur itu bukan sekecil Tanjung Tokong ataupun Taman Tun
Sardon. Kuala Lumpur bandar besar, ada banyak kereta dan bangunan
tinggi-tinggi. Tak kurang juga seribu satu macam perangai manusia.
Mungkin itu semua tidak penting.
Yang penting sekarang ke sana dahulu. Insya Allah, kalau ada jodoh dia pasti
menemukan kedua-dua orang kembar tersebut. Jikalau ia memerlukan masa yang
lebih panjang, Makcik Sue juga bercadang untuk tinggal di Kuala Lumpur dan
bekerja di sana buat sementara waktu. Selagi Arlisa mahupun Arissa belum
ditemui, dia tidak akan pulang ke Pulau Mutiara ini!
****
“SOFEA,
macam mana dengan kerja yang you cakap you tawarkan I tu?” soal Kamal yang
sedang menyuapkan kentang goreng Mc Donald ke dalam mulutnya.
“I belum tanya kawan I lagilah
sayang,” jawab Sofea.
“Bila you nak tanya?” soal Kamal
lagi. Dia sudah terasa malas asyik berlenggang di rumah.
“Esoklah.”
“Esok? Kalau I ikut boleh?”
“Tak payahlah.. I tanya kawan I tu
dulu. Lagipun I tak sure la dengan keadaan syarikat dia tu..” Sofea mula
mendekati Kamal dan mengambil kentang goreng dari tangan Kamal.
“Kenapa pulak dengan syarikat dia?
Nak bankrupt?” Kamal resah. Jangan-jangan si Sofea ni nak kenakan aku.
“I dengar macam tu lah. Tengoklah
macam mana.”
“I tak nak kerja kat tempat yang nak
bankrupt.. you jangan main-mainkan I…” Kamal berasa tidak puas hati dengan
jawapan Sofea. Main-main pulak!
“I tak main-mainlah.. Fashionista tu
syarikat besar tau! Tapi sejak akhir-akhir ni kurang bagus sikit..” kata Sofea.
“Hmm ye lah! But esok kalau I nak
ikut you boleh?” tanya Kamal sambil tersenyum.
“Mestilah boleh sayang!” Sofea
mencuit dagu bakal tunangannya. Sampai sekarang mereka masih berkesedudukan.
Perkara ini pula masih belum diketahui ibubapa Sofea.
Oleh sebab itulah Kamal perlukan
pekerjaan dangan secepat mungkin. Dia mahu menyewa di rumah yang lain. Walaupun
Sofea bertegah supaya Kamal tinggal sahaja dengan dirinya, namun lelaki yang
berasal dari Pulau Pinang ini kurang senang. Dia tidak mahu dihurung masalah
jikalau mereka ditangkap basah nanti kerana tinggal serumah dengan bukan
muhrim. Habis punah harapannya nak bermertuakan Datuk Zahari.
****
PAGI
itu Nida berkunjung ke rumah Makcik Sue. Dia datang hendak memberitahu bahawa
tiket bas sudah ditempah. Kemungkinan mereka bakal bertolak pada hari Rabu.
“Terima kasih banyaklah Nida sebab
belikan tiket ni,” ucap Makcik Sue sambil melipat tiket bus Plusliner dengan
kemas.
“Sama-sama Makcik.. jangan simpan
merata pulak tiket tu. Nanti hilang susah.. hehe,” kata Nida sambil tertawa
kecil. Dia seronok melihat Makcik Sue gembira. Kalau tidak bermuram durja saja
memanjang.
“Ni kira kita bertolak Rabu pagi lah
kan? Kamu dah mintak cuti dengan boss kamu tu?” tanya Makcik Sue.
“Sudah Makcik. Mak saya pun tak
kisah. Dia cakap nanti jangan lupa belikan dia tudung kat Jalan TAR,” jawab
Nida. Itu sebenarnya tujuan utama dia ke KL. Nak memborong…
“Eh sempat ke nak ke Jalan TAR tu
semua? Bila masa pulak nak mencari Arlisa?” Makcik Sue jadi risau. Tujuannya ke
sana nak cari adik-beradik kembar itu.
“Sempatlah Makcik. Kawan saya kat
sana tu kenal Kamal! Dia cakap dia boleh bawak Makcik Sue jumpa Kamal. Mana
tahu Lisa dengan Kamal,” jawab Nida. Relakslah Makcik Sue. Ni Nida! Memang dah
pandai dalam hal-hal pencarian ni.
“Oh kalau macam tu baguslah!” Makcik
Sue tersenyum. Akhirnya, dia akan berjumpa dengan Arlisa.