Bab 8
ARLISA
masuk ke dalam bilik yang bakal dihuninya untuk setahun. Segala barangan dalam
bilik ini kelihatan kemas dan tersusun. Ada beberapa bingkai gambar kakaknya
yang tergantung di dinding bilik dan ada juga yang diletakkan di meja solek.
Arlisa meneliti ruang bilik tersebut
dan membuka almari baju. Tiada sehelai pun baju lelaki yang tergantung di
dalamnya. Ternyata bilik ini bilik untuk dirinya seorang. Dia melihat Siti yang
sedang giat mengemas baju-bajunya dari bagasi besar milik Arissa. Semua
baju-baju Arissa kelihatan sangat seksi dan pilihan warnanya sangat menggoda.
Arlisa kurang berminat terhadap baju-baju tersebut. Cuma ada segelintir sahaja
baju yang kelihatan baik untuk dipakai. Tidak begitu seksi dan mengeksploitasi
bentuk badan.
Siti kemudiannya beralih ke meja
solek Arlisa. Dia mengeluarkan sebuah kotak logam. Kotak tersebut dibuka dan
isinya adalah batang rokok. Kemudian Siti mengeluarkan lighter dari laci meja
solek tersebut. Dia menghulurkan kepada Arlisa. Arlisa keliru dengan tindakan
Siti itu. Merokok? Arissa merokok? Tidak! Aku tak mampu dan aku tidak boleh
melakukan kejahatan. Ini prinsipku.
“Puan? Rokok?” Siti bertanya sambil
mengukir senyuman. Dia seakan-akan tahu apa kesukaan dan kebencian Arissa.
“Tidak. Saya sudah berhenti
merokok.” Arlisa bangun dan terus menuju ke meja solek. Dia mengambil bekas
berisi rokok serta lighter dari tangan Siti lalu mencampakkan kedua-duanya ke
dalam bakul sampah. Once and for all!
“Puan! Puan serius?” Siti terkejut
dengan tindakan Arlisa. Dia tidak pernah menyangka Arissa setegas ini.
“Ya. Mulai sekarang saya tidak
merokok lagi,” jawab Arlisa. Tegas.
“Baiklah, puan ada apa-apa lagi?”
Siti jadi kecut perut melihat tingkah laku Arlissa. Pelik benar perangai Puan
Arissa kali ini.
“Tunggu, saya nak tanya. Macam mana
keadaan rumah ni masa saya tak ada? Ada apa-apa yang berlaku?” tanya Arlisa.
Aku perlu tahu sedikit sebanyak mengenai hal rumah ini. Siti adalah sumber
informasi aku yang utama. Gadis ini nampak seperti pengampu baik Arissa.
“Oh.. tak ada apa sangat yang
berlaku Puan. Semua macam biasa.”
“Encik Adam? Dia okey?” Arlisa cuba
mengorek satu-satu.
“Baik-baik saja Puan. Tapi hari tu
dia ada bertengkar dengan Cik Fida.”
“Bertengkar?” Fida? Siapa dia?
“Ya, adik Encik Adam tu memang macam
tu lah Puan. Dia hari tu marahkan Ameera. Sebab budak tu main masa tengah
makan. Katanya bising sangat. Dia ada mengutuk Puan tau,” Siti cuba menambahkan
pedas dalam ceritanya. Biar Puan Arissa dan Cik Fida bertengkar. Barulah Cik
Fida tu tahu siapa yang lebih berkuasa.
“Dia kata apa tentang saya?” Arlisa
cuba lagi mengorek cerita.
“Dia kata Puan dan suami Puan tak
reti jaga anak. Si Ameera tu jadi buas macam tu sebab Puan tak pernah bagi
kasih sayang cukup dekat dia,” kata Siti yang setia bercerita.
“Iya ke saya begitu Siti?” Suatu
pertanyaan yang menimbulkan kecurigaan Siti.
“Puan? Kenapa Puan tanya saya macam
tu?” Puan Arissa semakin pelik perangainya!
“Tak.. tak ada apalah..” Arlisa cuba
menutup kesalahannya. Dia tersalah tanya. Arissa mengapa kau rosakkan budak
itu. Kasihan dia, tak cukup kasih sayang rupanya.
“Lagi satu Puan! Semalam saya
curi-curi dengar Puan Murni berbincang dengan Encik Adam.” Siti separuh
berbisik. Takut-takut Encik Adam terdengar.
“Apa yang awak dengar?” Arlisa
begitu berminat untuk mengetahui hal mengenai Puan Murni. Perempuan itu
digambarkan oleh Arissa sebagai penyibuk dan manusia yang paling dia benci.
“Puan Murni cakap..” Belum sempat
pun Siti bercerita, tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Lalu Siti membukanya.
Kelihatan Adam diluar bilik. Lelaki itu mengarahkan Siti meninggalkan dia dan
Arlisa bersendirian di bilik.
Arlisa menggeletar seketika. Dia
takut Adam ingin berbuat yang bukan-bukan. Dalam hatinya, dia asyik berselawat
dan memohon perlindungan dari Allah. Tolonglah jauhkan dirinya dari sebarang
kemaksiatan.
“Arissa.. you sibuk ke?” tanya Adam.
“I baru nak berehat,” kata Arlisa.
Dia terus bangun dari birai katil.
“Oh.. I see. I ada perkara nak
dibincangkan dengan you.” Adam mendekat kepada dirinya.
“Apa dia? Cakaplah Adam, I
mendengar..” Arlisa menjauhkan dirinya. Dia kini menuju ke jendela.
“Sebenarnya malam ini.. I ada buat
makan-makan sikit. I ada jemput Arman dengan Paty sekali. I nak gatherkan semua
orang, berbincang pasal mama. I fikir mama rindukan anak-anak dia berkumpul
semua sekali. I juga bercadang nak ajak dia turun makan malam dengan kita. Dah
lama dah mama tak makan dengan kita semua,” jelas Adam. Matanya bercahaya. Dia
benar-benar ikhlas dalam kata-katanya. Arlisa sangat terpegun mendengarkan
penjelasan Adam. Lelaki ini sangat menyayangi ahli keluarganya. Namun dapat
juga dia rasakan seperti ada perkara lain yang ingin disampaikan Adam kepada
dirinya.
“Okey, that’s good Adam,” jawab
Arlisa dengan lembut. Dia tersenyum. Wajah Adam sangat menenangkan jiwanya.
“You are okey with it?” Adam hairan
dengan sikap Arissa. Begitu mudah dia menerima cadangan si suami hari ini.
“Yes I’m fine Adam. Kenapa?” Arlisa
mengerut dahinya. Suatu idea yang baik. Mengapa harus ditanya-tanya lagi?
“Tak.. beginilah, I tahu you suka
cakap benda straight to the point kan? I nak mintak dengan you… supaya
janganlah melawan or nak bertikam lidah lagi dengan Arman. If dia cakap buruk
tentang you, you diamkan je. And kalau Fida cakap apa-apa yang you tak setuju,
you can always leave the table and go upstairs or somewhere. I just tak nak
bergaduh lagi. Kalau you dengar cakap I kali ini, I janji I belikan you beg LV
yang you tengok hari tu,” kata Adam. Arissa baginya harus disogok dengan
materialistik supaya dia mengikut arahan. Kalau tidak wanita ini akan
memberontak. Adam hanya mahukan makan malam hari ini berlalu dengan lancar.
Arlisa terkejut mendengar kata-kata
Adam. Beg LV? Adakah ini suatu sogokan? Sampai begitu sekali. Arissa.. Arissa..
kenapa kau menyusahkan hidup suami kau? Aku malu Arissa. Malu menjadi adik kau!
“Adam, it’s okey. You tak payah beli
beg LV tu. I promise that I will be in my best behavior. You jangan risau.
Everything will be fine dan I janji your mother akan turun makan malam bersama
kita malam ni,” janji Arlisa. Dia tak mahu membebani hidup Adam sekeluarga
lagi. Arissa yang mereka kenal sudah tiada. Kini Arissa sudah berubah, dia
tidak sama seperti yang dahulu.
“Are
you sure? Thanks my dear, thanks!” Adam kelihatan sangat gembira. Buat pertama
kalinya, dia merasakan Arissa sedang berubah. Tetapi dia tak tahu sampai bila
dan sampai mana.
Adam
sekali lagi melakukan kejutan. Dia mencium pipi kanan Arlisa secara tiba-tiba.
Keadaan tersebut membuatkan Arlisa tergamam seketika. Dia buat lagi! Aku harus
lebih lagi berjaga-jaga. Arghh!