Bab 19
Malam
itu adalah Khamis malam Jumaat. Hujan turun mencurah-curah lebatnya di luar.
Adam melihat kawasan diluar jendela dengan wajah yang sayu. Kilat sabung
menyabung. Cahaya dari sabungan kilat tersebut menyilaukan mata Adam. Dia
akhirnya terpaksa mengalah dan menarik semula langsir jendela biliknya.
Adam mundar mandir di dalam
biliknya. Lalu ditatap jam dinding kayu yang tergantung berhadapan dengan meja
tulisnya. Jam menunjukkan tepat pukul lapan malam. Adam bercadang untuk ke
bilik Arissa. Dia harus berbicara dari hati ke hati dengan Arissa. Wanita itu
kemungkinan masih lagi bersisa sedihnya atas perkara yang berlaku pagi tadi.
Adam nenyelinap keluar dari
biliknya. Ternyata semua isi rumah dengan hal mereka yang tersendiri. Dia
mengetuk beberapa kali kamar Arissa. Tiada jawapan. Dipanggil beberapa kali
nama isterinya itu, namun masih tiada jawapan. Lalu Adam memulas tombol pintu.
Kosong! Arlisa tiada di bilik tersebut. Kemanakah wanita ini pergi?
Adam kemudian menapak ke bilik
anaknya. Apabila dia semakin mendekat, kelihatan Mak Jah sedang
terbongkok-bongkok mengintai ke bilik Ameera. Apa pula Mak Jah tengah buat tu?
Kalau nak masuk, masuk sajalah. Ni duduk terhendap-hendap.
“Mak Jah…” Adam menguis bahu Mak Jah
perlahan.
Kuisan itu membuat Mak Jah
hampir-hampir melatah. “Opocot mak ekau..! eh..” Mak Jah cepat menutup
mulutnya. Takut-takut kedengaran orang lain. “Encik Adam.. terkejut Mak Jah..”
Mak Jah bercakap dalam bisikan sambil mengurut dadanya. Lalu diisyaratkan Adam untuk
diam sambil meletakkan jari telujuk kanan di bibirnya.
“Ada apa ni Mak Jah?” Adam bertanya
dalam nada bisikan.
“Dengar tak Encik Adam..”
“Dengar apa?” Adam mengerutkan dahi.
Keliru.
“Kat dalam bilik Ameera..dengar
tak?” Mak Jah menyuruh Adam memicing telinganya betul-betul.
“Kejap.. kejap..” Adam mendekatkan
telinganya ke pintu kamar puteri tunggalnya. Belum sempat dia mendengarkan
apa-apa. Pintu itu dibuka dari dalam. Adam yang sedang melekap di pintu
tersebut hampir-hampir jatuh kerana kurangnya imbangan. KEDEBUSH! Adam
terjelepuk mengiring di hadapan wanita yang siap bertelekung.
“Adam? Mak Jah?” Arlisa terkejut
melihat perbuatan dua orang manusia ini. Mengendap!
“Puan.. ahh.. ahh Mak Jah tadi..”
Mak Jah tercari-cari alasan yang sesuai sambil tergaru-garu serkup tudungnya.
Manakala Adam pula cuba untuk bangun
dengan perlahan sambil menggosok-gosok pinggulnya yang sakit akibat hentakkan
di lantai.
“Aduhh.. Arissa. You buat apa kat
bilik Ameera ni?” Adam memadang ke arah Arlisa sambil melirik ke Mak Jah.
“Korang berdua buat apa?” Arlisa
bertanya semula kepada Adam dan Mak Jah.
“Ni tadi I tengok Mak Jah
terhendap-hendap dekat bilik Ameera, so datang tengok kenapa. Mak Jah buat
apa?” Kedua-dua pasangan itu memandang ke arah Mak Jah.
Mak Jah menelan air liur. Dia cuba
untuk mencari kata-kata yang sesuai untuk jawapan kepada pasangan suami isteri
itu.
“Mak Jah tadi lalu depan bilik
Ameera.. tiba-tiba Mak Jah terdengar ade suara orang mengaji. Tu yang Mak Jah
hendapkan tu. Takkanlah si Ameera tu pulak kan? Tak sangka suara Puan boleh
tahan sedap. Bagus jugaklah Puan ambil masa ajarkan Ameera tu Al-Quran..” Mak
Jah tersenyum meleret. Dia mengagumi suara Arlisa yang didengarinya tadi. Kali
ini dia percayakan kata-kata Puan Murni, wanita ini bukan Arissa tetapi orang
lain. Wanita ini juga baik budinya. Seperti seorang calon isteri yang sesuai
untuk Encik Adam.
“Mana ada Mak Jah.. biase je lah..”
Arlisa mengukir senyuman. Dia kemudian memandang wajah Adam yang kelihatan
masih dalam kekeliruan. “Adam? You okey?” tanya Arlisa.
“Yeah. I’m fine.. you mengaji ke
tadi?” kata Adam yang masih dalam kebingungan. Tadi pagi dia menangis, malam ni
pulak dia mengaji.. pelik.. tapi benar!
“Yes.. you nak join sekali ke?”
Arlisa mengajak lembut. Walaupun dia tahu Adam pasti menolak kerana tidak
pernah sekali dia melihat Adam mengerjakan solat.
“Tak! It’s okey. I masuk bilik
dulu..” Wajah Adam memerah menahan malu. Dia malu apabila dia berhadapan dengan
orang lebih tinggi ilmu agama dari dirinya yang jahil. Kemudian Adam berlalu
pergi.
Mak Jah masih lagi tercegat di situ.
Ada sesuatu yang ingin diperkatakan olehnya kepada Arlisa.
“Puan.. saya suka dengan apa yang
Puan buat ni. Teruskanlah! Moga-moga semua oang dalam keluarga ini akan ikut..”
Selajur mengatakan itu, Mak Jah pun berlalu dengan membawa hati dan berita yang
senang kepada Puan Murni.
****
MAK
Jah terkocoh-kocoh berlari dan terus memasuki bilik Puan Murni tanpa
mengetuknya terlebih dahulu. Puan Murni yang sedang khusyuk membaca buku
tersentak dan cepat-cepat menutup buku miliknya sambil menurunkan cermin mata
kecil ke bawah.
“Apa halnya Mak Jah?” kata Puan
Murni.
“Puan! Sekarang saya percaya.. saya
percaya!” jawab Mak Jah sambil mengangkat sumpah.
“Percaya apa pulak ni?” Puan Murni
berkerut dahinya. Apa pulak si Mak Jah ni??
“Saya percaya.. saya percaya semua
kata Puan. Memang bukan dia!” Mak Jah masih lagi tidak menjelaskan butir
bicaranya pada Puan Murni.
“Kamu bercakap tentang siapa ni Mak
Jah??! Jangan sampai buat saya naik angin!” Puan Murni sudah tidak boleh
bersabar. Sudah masuk bilik tak berketuk, lepas tu.. saya percaya.. saya
percaya. Percaya apanya?
“Puan Arissa! Puan Arissa tu bukan
Puan Arissa! Saya percaya semua cakap Puan! Memang bukan dia. Dia bukan
Arissa!” kata Mak Jah dengan wajah penuh keyakinan. Hari ini barulah dia
mengakui kata-kata Puan Murni yang dia sangka dulu sekadar berhalusinasi.
“Arissa!” Kata-kata Mak Jah memang
menarik perhatian Puan Murni. Lalu dia bangun dari katilnya dan mendekat. “Apa
yang dia buat kali ni?” kata Puan Murni dengan nada gembira.
“Dia mengaji. Dia mengajarkan cucu
Puan mengaji. Encik Adam pun ada sekali masa saya terdengar perempuan tu
mengaji. Memang betul dia bukan Puan Arissa. Jauh panggang dari api!” kata Mak
Jah beriya-iya.
“Alhamdulillah.. akhirnya ada juga
orang nak ajarkan cucu saya tu mengaji. Tapi.. kita tak boleh bagitahu hal ini
pada orang lain tau Mak Jah. Ini rahsia kita. Saya suka perempuan tu. Kita
tengok apa pulak dia nak buat lepas ni..” balas Puan Murni dengan seukir
senyuman.
“Tapi walaupun Encik Adam?”
“Ya terutamanya, Adam.” Puan Murni
memberi pengkhususan kepada perkataan ‘terutamanya’. Dia merasakan jikalau
anaknya itu tahu akan hal sebenar sudah tentu perempuan itu akan dihalau keluar
atau dilaporkan kepada pihak polis.
“Tapi.. saya risau. Mana perginya
Puan Arissa yang sebenar Puan? Lagi satu, kita belum tentu lagi yang perempuan
tu betul-betul bukan Puan Arissa. Mana tahu kalau dia dah berubah?” tanya Mak
Jah yang dihurung kekeliruan. Tiba-tiba kepercayaannya tadi jadi goyah.
“Tentang Arissa, Allah saja yang
tahu di mana dia. Tapi saya yakin Mak Jah, Arissa mesti ada pelan disebalik
semua ni. Kita tunggu dan lihat apa yang dia nak buat lepas ni. Yang penting
sekali saya yakin yang perempuan dalam rumah kita sekarang, bukan Arissa. Dan
saya juga yakin dia perempuan yang baik,” jelas Puan Murni. Wanita kemudian
beralih tatapan ke jendela yang dibasahi air hujan yang lebat.
“Kalau macam tu baguslah. Nampaknya,
Puan dah jumpa calon menantu.” Mak Jah sengaja mengusik Puan Murni.
“Calon menantu…” kata Puan Murni
sambil ketawa kecil.
****
ARLISA
bangun awal pagi untuk bersiap-siap ke pejabat. Hari ini ada perbincangan
penting untuk projek koleksi fesyen terbaru dari Fashionista. Arlisa yang
berbaju kemeja biru air laut dan dipadankan dengan seluar ‘high waisted’
berwarna hitam menuruni tangga dengan perlahan. Dia menuju ke ruang makan. Mak
Jah yang terlihatkan kelibat Arlisa menuruni tangga, cepat-cepat ke ruang makan
untuk mengambil arahan dari wanita itu.
“Assalamualaikum Mak Jah,” ucap
Arlisa terlebih dahulu apabila dia terlihat susuk tubuh Mak Jah mula mendekati
meja makan.
“Waalaikumussalam Puan. Puan nak
apa-apa ke? Saya boleh siapkan.” Mak Jah melayan Arlisa jauh dari kebiasaan.
Selalunya Mak Jah agak tegang bila bertutur dengan Arlisa, namun hari ini lain
pula ceritanya.
“Aii Mak Jah happy semacam je saya
tengok? Tak ada apelah kot. Saya buat sendiri nanti.” Arlisa kemudian hendak
mencapai teko berisi air kopi berdekatan dengan tangannya. Namun cepat-cepat
Mak Jah mengambil teko tersebut dari tangan Arlisa.
“Tak pe tak pe Puan. Panas ni.. biar
saya tuangkan,” jelas Mak Jah. Arlisa yang melihat kerenah Mak Jah berasa
pelik. Apa kena pulak dengan Mak Jah hari ni? Baik semacam je.. Selalunya macam
harimau nak terkam aku.
“Terima kasih Mak Jah.” Arlisa
meleretkan senyuman.
Kemudian Adam bersama Puan Murni
masuk ke ruang makan. Mereka masing-masing menduduki kerusi masing-masing yang
mana Adam duduk di hujung meja sebelah kanan manakala Puan Murni duduk di
hujung meja belah kiri. Arlisa yang melihatkan Puan Murni baru saja duduk di
kerusinya, dia terus bangun dan menuangkan secawan kopi buat Puan Murni dan
juga Adam.
Puan Murni hanya tersenyum melihat
tingkah laku Arlisa. Iya, mungkin benar cakap Mak Jah. Wanita ini calon menantu
yang baik. Tetapi bagaimana dia mahu mengahwinkan anaknya dengan wanita ini?
Lagipula dia tidak kenal siapa sebenarnya wanita yang menyamar menjadi
menantunya, Arissa. Adam pula sudah semestinya tidak boleh diberitahu. Nanti
mesti wanita ini akan dihalau keluar. Berserah sajalah. Hanya waktu yang bakal
menentukan segalanya.
Adam melirik pada Arlisa. Isterinya
dahulu tidak pernah begini. Begitu rajin, begitu pandai. Begitu berbeza dengan
apa dirinya sebelum ini. Buat sejenak waktu, Adam termenung.
“Mama
nak apa-apa saya buatkan? Roti dengan kaya?” tanya Arlisa pada Puan Murni.
“Boleh juga,” jawab Puan Murni
ringkas.
Adam turut mencelah. “I pun nak
jugak.”
“Okey..” Arlisa tersenyum sambil
ketawa kecil dihujung kata.
Fida masuk ke ruang makan dengan
emosi yang panas. Dia mengerling pada Arlisa yang sedang menyapu mentega pada
roti. Fida kemudiannya menuangkan kopi panas. Lalu bangun mendekati Adam.
“Haiii Adam. Rajin pulak isteri kau
hari ni,” sindir Fida. Namun Arlisa tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia
kemudian menghidangkan roti-roti yang telah disapukan mentega dan kaya kepada
Adam dan Puan Murni.
“Fida…” Adam mula menegur cara
halus. Dia tidak suka Fida cuba menyindir isterinya.
“I cakap benda baik pasal isteri you
lah! Bukan benda jahat pun kan? Kalau I cakap yang jahat…” Fida mula mengacah.
Dia terganggu dengan kediaman Arlisa. Kenapa perempuan ni macam tiada reaksi?
Penat aku cuba buat dia marah.
“Fida sudah!” Puan Murni masuk
campur. Dia cuba melindungi si penyamar Arissa itu. Tambahan pula, wanita ini
tidak bersalah.
“Oh mama sekarang pun dah sebelah
kan dia? I just tak fahamlah! Kenapa semua orang dalam rumah ni sayangkan dia
ye? What potion does she put to all of you?” Fida meningkah kata ibunya. Dia
sudah tidak tahan lagi. Mengapa dia dipersalahkan? Padahalnya, dulu Puan Murni
yang beriya-iya menyokongnya dari belakang.
“Fida mama tak suka kita bergaduh
depan rezeki. Lagi pun apa salahnya si Arissa kali ni?” Puan Murni cuba
mengawal keadaan walaupun dalam nada yang dituturkannya itu agak kasar.
Fida mendekati Arlisa. Lalu
dicurahkan air kopi panas yang berada di tangannya itu ke lengan kiri Arlisa.
“INI SALAHNYA!” kata Fida sambil menuangkan kesemua air kopi tersebut.
AHH! Arlisa mengerang kesakitan. Dia
cuba untuk mengelak dari curahan air kopi tersebut tapi tidak sempat. Sakit
terkena air panas itu bukan kepalang. Air panas itu pula terkena pada bahagian
lengannya yang tidak bertutup. Memang kecelakaan itu disengajakan. Secara
tiba-tiba lengannya bertukar merah menyala.
“Arissa!” jerit Adam. Dia yang
melihat keadaan berkenaan bingkas bangun untuk cuba melindungi Arlisa.
Adam
menolak adiknya ke tepi sehingga cawan yang berada di tangan Fida jatuh pecah
mengenai lantai. Sementara itu, Mak Jah dan Siti yang terdengar akan kekecohan
di ruang makan tersebut bergegas keluar untuk melihat. Manakala Puan Murni
mendekati anak daranya yang membuat onar di pagi hari itu.
“Ya Allah Fida! Apa yang kau buat
ni!” Puan Murni menjerkah ke arah Fida.
“Mama, abang dan semua orang dalam
rumah ni sama saja!” tingkah Fida.
“Eh kau dah gila ke hah?” jerit Adam
pula. Dia mengusap-usap tangan Arlisa lalu mengarahkan Mak Jah mengambil ais di
dapur.
“Isteri kau tu yang buat semua orang
gila!” Fida mendekati Arlisa dan kemudian menampar pipi gadis itu.
Aduh! Arlisa serta merta mengalirkan
airmata. Apalah dugaannya di rumah ini. Sudah terkena air panas sekarang
ditampar pula. Ya Allah ampunilah dosa-dosa hambaMu ini!
Puan Murni menarik bahu Fida yang
cuba melarikan diri untuk ke kamarnya. Lalu diberi suatu tamparan sulung buat
anaknya. “BIADAP!” kata Puan Murni.
Tamparan yang mengenai pipi mulus
Fida itu telah membuatkan gadis itu menggosok pipinya berulang kali. Lalu
airmatanya mengalir deras. Dia tidak pernah menyangka Puan Murni menampar
wajahnya hanya disebabkan perempuan murahan itu. Fida terus berlari anak naik
ke atas kamarnya.
Manakala Arlisa masih menahan
kesakitan. Di pipi dan juga kesakitan yang paling menyengat adalah di lengannya
yang sudah hampir melecur. Adam mengambil ais dari besen yang dihulurkan Mak
Jah dan dilalukan ais itu ke tangan Arlisa. Dia kemudian mengumpalkan ais
bersama kain dan ditekapkannya ke bibir Arlisa yang bengkak akibat ditampar Fida.
Puan Murni bimbang melihat keadaan
Arlisa. Sesekali dia mengerling kepada Mak Jah memberi isyarat yang dia sangat
kecewa dengan apa yang berlaku. Tidak pernah Puan Murni menyangka bahawa puteri
tunggalnya itu mampu berkelakuan sebegitu. Mungkin dia sudah salah ajaran atau
dia kurang memberi perhatian pada Fida sejak akkhir-akhir ini.
“Adam.. apa kata kamu bawak Arissa
ke klinik. Mama risau tengok tangan Rissa yang melecur ni…” saran Puan Murni.
“Meeting hari ini macam macam mana
Adam?” tanya Arlisa pula. Dia tidak mahu pekerjaan tergendala akibat dirinya.
“I bawak you pergi klinik. Lepas tu
you rehat kat rumah. Pasal meeting tu jangan risau. Kami akan teruskan tanpa
you. Nanti you bagitahu I apa usul you okey?” kata Adam. Lantas dia terus
bangun mendapat kunci kereta dan memimpin Arlisa keluar. Puan Murni dan Mak Jah
pula menghantar mereka hingga ke pintu utama.
Puan Murni sempat bermonolog di
dalam hatinya, ‘Sempat lagi dia berfikir
pasal kerja dekat office… siapa perempuan ni sebenarnya?’. Puan Murni
menggelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam rumah.
****
DOKTOR
Fazrin menganalisa tangan Arlisa yang melecur di samping melihat kesan lebam di
pipi mulus gadis itu. Dia memberi reaksi curiga pada Adam dan kemudian berkalih
pada Arlisa.
“Puan, maaflah kalau saya bertanya.
Tapi saya harap Puan jawab dengan jujur. Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya
Doktor Fazrin sambil melirik tajam pada Adam.
Adam merengus keras. Dia telah
mengagak. Mesti doktor ini menganggap dia seorang lelaki yang kejam terhadap wanita.
Memukul isterinya sehingga meninggalkan kesan yang mendalam. Maaf! Dia bukan
kaki pukul. Malah tidak pernah sekali pun mendera Arissa. Malah dia amat
menyayangi wanita itu.
“Doktor, air panas tu terjatuh dekat
atas tangan saya..” Arlisa membalas pertanyaan Doktor Fazrin dengan senyuman.
“Puan tak menipu saya bukan? Lebam
kat pipi tu kenapa pulak?” tanya Doktor Fazrin lagi sambil mengerling tajam
pada Adam.
Adam yang tidak tahan dengan
kerlingan Doktor Fazrin cuba hendak bangun dari kerusinya dan menumbuk wajah
doktor tersebut. Namun tindakannya pantas dihalang Arlisa dengan menggengam
erat lengan Adam. Dia tidak mahu Adam disalahertikan.
“Tak ada apa doktor.. lebam ini pun
sebab kesan saya terjatuh ke lantai.”
“Puan.. saya faham Puan cuba untuk melindungi
suami Puan, tapi..” Kata-kata Doktor Fazrin pantas ditingkah Arlisa.
“Maafkan saya Doktor Fazrin. Tapi
bukan suami saya yang buat semua ni. Suami saya seorang lelaki yang penyayang
dan dia tidak pernah sekalipun menyakiti saya. Jikalau dia ada berkelakuan
sedemikian, saya berjanji di lain hari saya pasti akan melaporkan.. bukan pada
doktor tapi pada polis,” tegas Arlisa.
Adam mengalihkan pandangannya kepada
Arlisa sebaik sahaja wanita itu habis bertutur. Kata-kata Arlisa menusuk ke
kalbunya. Dia sedang memuji dan membela dirinya. Ternyata Arissa masih
sayangkannya. Hati Adam tersenyum.
“Baiklah. Awak boleh ambil ubat awak
di luar.” Wajah Doktor Fazrin memerah. Dia terasa malu dengan tindakannya yang
melulu menuduh suami pesakitnya. Namun dia masih tidak percaya dengan
penjelasan kesan lebam di pipi Arlisa. Kesan lebam tersebut merupakan kesan
tampar.
Mereka keluar dari bilik doktor
tersebut. Adam masih lagi terpana dengan kata-kata Arlisa sebentar tadi. Dia
memimpin Arlisa ke kerusi berdekatan sambil memandang wajah wanita itu dengan
perasaan gembira yang tidak terkata.
“Arissa, thanks for backing me up. I
mintak maaf pasal adik I..” kata Adam dengan nada kekesalan.
“It’s okey Adam. Untuk apa you ada
seorang isteri kalau bukan untuk menyokong suaminya?” kata Arlisa sambil
tersenyum. Namun hatinya sedang berduka. Mengapa dia bukan Arissa? Ya Allah!
Tolonglah hambaMu ini. Kuatkanlah imannya. Amin.
Demi mendengar kata-kata Arlisa,
Adam terus melebarkan senyuman dan mengucup dahi wanita itu. Tindakan Adam itu
membuatkan Arlisa tersentak. Dia tidak dapat melakukan apa-apa dan hanya
membatu dan membiarkan dirinya dikucup di dahi oleh Adam.
****
MAKCIK
Sue, Nida dan Fisya berada di sebuah klinik. Masing-masing sedang menyalahkan
antara satu sama lain akibat musibah yang menimpa mereka.
“Tu lah aku dah kata kat hang Nida,
jangan main hujan.. jangan main hujan! Haa tengok sekarang dah deman! Hish!”
bebel Makcik Sue.
“Alaaa Makcik Sue ni.. semalam mana
main hujan. Ni semua sebab Fisya la, dia bawak kita jalan-jalan shoping dekat
Jalan TAR masa hujan!” kata Nida yang mula meletakkan kesalahan pada Fisya.
“Eh.. eh.. kau ni salahkan aku
plak!” Fisya menepuk paha rakannya dan berkata, “Kau tu kalau aku tak bawak
berjalan semalam.. mulalah nak menangislah, merajuk la… betul cakap Makcik Sue,
kau ni degil. Sekarang ni satu keje pon tak siap!” kata Fisya yang pada masa
yang sama mengejek-ngejek tingkah laku Nida.
“Hek’eleh.. kalau saya ni Makcik
Sue, tak paksa Fisya pegi Jalan TAR semalam.. tak delah Makcik Sue nak beli
tudung ala-ala Siti Nurhaliza tu sampai 10 helai! Jadi… eh… tu macam kenal je
tu??” Nida yang sedang sibuk membebel itu tiba-tiba berhenti berbicara. Matanya
tertancap pada satu pasangan suami isteri yang berada di kaunter dispensari.
“Kenapa Nida?” tanya Fisya yang cuba
mengalihkan matanya ke arah bahagian yang ditenung tajam Nida.
“Tu.. tu… Makcik Sue nampak tak tu…”
Tangan Nida menuding ke arah sepasang suami isteri yang sedang membuat bayaran
di kauter.
“Yang mana?” kata Makcik Sue yang
belum dapat melihat siapa yang Nida cuba tunjukkan.
“Makcik Sue tengok perempuan yang
pakai kemeja biru tu.. tu bukan… Arlisa ke? Tapi gayanya macam Arissa. Eh
tapi.. entahlah!” kata Nida yang kekeliruan.
“Ah dia.. dia tu.. Makcik Sue
nampak… jom kita pegi tanya dia.” Makcik Sue terus bangun namun dia kemudian
ditahan Fisya.
“Tunggu korang tunggu! Kita tak tahu
yang mana satu dorang kan? Arlisa ke tu, ataupun Arissa ke? Apa kata kita
hendap dulu tengok,” kata Fisya yang memberi cadangan.
“A’ah jomlah.” Makcik Sue dan Nida
bersuara serentak.
Mereka mula mendekati pasangan itu
tetapi dari jarak jauh. Kemudian mereka bertiga menyorok di sebalik dinding
yang membataskan pasangan tersebut dari terlihat akan mereka. Arlisa dan Adam
bergandigan keluar dari klinik tersebut.
Sebaik
sahaja Arlisa dan Adam keluar dari klinik itu, mereka bertiga keluar dari
tempat persembunyian dan mendekati pintu masuk berkaca klinik tersebut. Adam
membuka pintu keretanya dan memimpin Arlisa masuk ke dalam kereta. Kemudian
kereta tersebut meluncur keluar dari perkarangan klinik.
“Makcik
Sue… tu Arlisa kan?” tanya Nida kehairanan.
“Tak
mungkinlah! Tapi kalau bukan Arlisa.. mestilah dia Arissa kan?” telah Makcik
Sue.
“Tapi
Makcik Sue… gaya dia jalan, gaya dia bercakap macam bukan Arissa! Dia Arlisa
lah Makcik Sue!” tegas Nida pula.
“Betul
jugak cakap kamu tu! Tapi kenapa Arlisa tiba-tiba boleh jadi macam tu..” Makcik
tergaru-garu kepalanya mencari penjelasan.
Tiba-tiba
Fisya bersuara. “Lelaki tu hensem…”
“Hensem?”
Makcik Sue dan Nida bersuara serentak.
“Iyalah..
aku kenal laki tu,” kata Fisya yang mempamerkan wajah serius.
“Kau
kenal?!” kata Makcik Sue dan Nida serentak lagi.
“Aku
pernah kerja kat tempat dia dulu… nama dia Encik Adam Farhan Iskandar.
Perempuan yang dengan dia tu isteri dia, Puan Arissa Rahman,” jelas Fisya lagi.
“APA?!!!”
jerit Makcik Sue dan Nida serentak dalam keadaan tercengang-cengang.