Home Novel Cinta Dia Bukan Arissa?
Dia Bukan Arissa?
Syaida Ilmuna Ismail
30/1/2013 16:05:03
211,317
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

Bab 2

SUASANA restoran di Hotel Grand Dorsett hari ini sedikit bising. Suara orang sana sini bercakap dicampur dengan alunan muzik jazz yang sederhana kuat menambahkan suasana menjadi sedikit kalut. Adam masih bingung dengan apa yang terjadi di rumah tadi. Manakala pula Arissa menikmati makan malam seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Saya nak minta sesuatu dengan awak..” Adam memulakan bicara.

“What Adam?” Arissa menyumbatkan spaghetti carbonara ke dalam mulutnya dengan rakus.

“Tolonglah jangan bergaduh lagi dengan adik saya…” pujuk Adam.

“Bergaduh? What bergaduh? Siapa yang bergaduh? Siapa yang cari gaduh?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Arissa. Dia tidak suka dipersalahkan kerana dia selalu BENAR.

“I mean.. tolong jangan curahkan minyak ke api.. You tak boleh ke bersabar sikit?” Adam mulai naik angin. Memang Arissa dari awal perkahwinan lagi tidak boleh ditegur.

“Api, minyak, apa ni? Sudahlah! I malas tau bila kita keluar, kita mesti kena gaduh,” rungut Arlisa.

“Hmm.. lagi satu. Hari tu Arman ada cerita dengan I. Dia nampak you dengan lelaki mana tah..” Adam mula berpaling wajah dari Arissa. Marah. Dia tak mahu memikirkan benda buruk mengenai isterinya. Namun bila aduan datang bertubi-tubi, dia sudah tidak dapat menahan perasaan lagi.

“Adam! Can you please??” Arissa menjatuhkan garpu ke atas pinggan makanannya. Spagetti Carbonara ditolak ke tepi. Adam memang tak faham-faham kan?

“Okey fine!” Adam menolak kerusi yang didudukinya ke belakang lalu bingkas bangun menuju ke kamar kecil. Makin tensi dirinya dengan sikap Arissa yang suka berselindung dan mengambil hal dengan ringan. Fikir diri sendiri je, tak pernah fikir orang lain!

Arissa memandang gerak tubuh Adam dengan tajam. Dia tersenyum sinis lalu mencapai Iphone 4s miliknya. Paparan telefon pintar itu menunjukkan beberapa mesej Whatsapp masuk. Mesej dibuka dan tertera ayat “You di mana?” dengan jelas sekali. Nama pemberi mesej tersebut adalah Zikri.

Arissa dengan pantas menekan nama pemberi mesej untuk dihubungi. Bunyi deringan bergaung di talian sebelah sana.

“Hello.” Arissa mula bersuara.

“Hello babe, you sibuk?” Zikri menjawab.

“I dekat Grand Dorsett dengan si dungu ni.”

“Mana dungu tu? Sebelah you ke?”

“Matilah I kalau dia duduk sebelah dan I call you.” Buat-buat tak tahu pulak si Zikri ni!

“Kenapa ni babe? You macam sedih je?”

“You tahukan masalah I. I dah makin tak tahan tau asyik kena dengar leteran dia, family dia.. Oh my god! Lama-lama I boleh jadi gila!” Arissa mulai merungut lagi. Setahun perkahwinannya bersama Adam bagaikan hidup di dalam penjara.

“Come on.. ingat tak apa yang kita dah plan?”

“Plan?”

“Yeah.. You lupa?”

“Oh.. you rasa menjadi ke? I think macam ridiculous je!”

“No.. you kena percayakan I. Semua yang kita plan pasti akan berjaya.”

“Okay.. But what if..” Kata-kata Arissa terhenti apabila dia melihat Adam berjalan menuju ke arah mejanya.

“Babe?” Zikri tertanya-tanya mengapa Arissa tiba-tiba berdiam seribu bahasa.

“I kena letak sekarang. Dia dah datang,” Arissa cepat-cepat meletakkan telefon pintarnya ke bawah lalu memperbetulkan kedudukannya di kerusi. Adam sudah kembali ke tempat duduknya dengan wajah yang merah padam.

****

KEDENGARAN suara tangisan Arlisa yang sayup-sayup dari dalam bilik. Makcik Sue menekapkan telinganya ke pintu bilik anak saudaranya itu. Lalu dia menggelengkan kepala.

“Arlisa.. buka pintu ni nak..” Dia cuba memujuk.

Sebaik saja mendengarkan suara Makcik Sue, Arlisa pantas mengelap airmatanya. Tangisannya pun mulai reda. Dia memusing tombol pintu dan kelihatan wajah Makcik Sue yang dalam kerisauan.

“Kenapa ni Lisa? Menangis?” Berkerut dahi Makcik Sue melihat mata Arlisa yang merah dan berair itu. Apa yang sudah terjadi?

“Kamal, Mak Sue..” Arlisa menunduk dan mengetap bibirnya kuat sambil menahan sebak di dada.

“Awatnya dengan si Kamal tu?” Loghat Pulau Pinang Makcik Sue terkeluar dengan spontannya apabila dia marah.

“Dia dah putuskan hubungan kami..”

“Ya Allah! Kenapa dengan si Kamal tu?” Makcik Sue mula mencekak pinggangnya. Wanita yang berumur 40an ini masih lagi cantik dan kelihatan muda seperti berusia 30an. Wajahnya putih ala-ala Pakistan, namun dia menjanda sejak sembilan tahun yang lalu kerana suaminya meninggal dunia akibat sakit jantung.

Makcik Sue atau namanya Sue Liza tidak mempunyai anak. Manakala ibu Arlisa dan Arissa, Sue Lina merupakan adiknya. Oleh sebab itulah, Makcik Sue menjaga Arlisa dan Arissa sampai sekarang. Sudah ditakdirkan pula, dia dan suami tiada anak. Kedatangan sepasang kembar ini telah menyinari hidup Makcik Sue dan suami. Cuma dua tahun kebelakangan ini hidup mereka tak sebahagia dulu oleh kerana sikap Arissa.

“Mak Sue, saya pun tak tahu kenapa sebenarnya dengan dia tu.. dia dah banyak berubah. Semenjak dua menjak ni dia asyik sibuk je. Lisa perasan dia jadi macam ni lepas balik dari KL minggu lepas,” Arlisa meluahkan perasaan yang terkandung di dadanya. Sudah lama dia pendam perasaan curiga ini.

“Mak Sue bukan nak cakap apa. Dari dulu lagi Mak Sue tak berapa berkenan dengan dia. Kalau dia tu suka dengan kamu Lisa, dah lama dah dia meminang. Ni haa dah dekat lima tahun berkawan. Macam tuuu jugak la!” Makcik Sue pun mula sudah syak akan sikap pelik Kamal. Memang dasar lelaki hidung belang. Tak bersedia memanjang. Makcik Sue tak kisah walau apa pun kerja si Kamal itu. Walaupun sekadar pemandu lori biasa, asalkan dia boleh menjaga Arlisa dengan baik.

“Kenapa Mak Sue tak cakap sebelum ni?” tanya Arlisa.

“Sebab aku tengok.. kau bahagia dengan dia. Arlisa, kau ni cantik.. pandai..” Makcik Sue menatap wajah anak saudaranya ini. Sungguh jelita Arlisa ini. Saling tak tumpah seperti wajah ibunya, Sue Lina. Kalaulah kau masih hidup Sue Lina, mesti kau bangga ada anak perempuan macam Arlisa. Rajin, cantik dan pandai orangnya. Bukan macam Arissa.

“Siapa yang nakkan Lisa, Mak Sue? Lisa ni ada apa je..” Arlisa mengeluh. Dari dulu lagi dia ini asyik saja menyendiri. Cinta selalu terkandas di tengah jalan!

“Haiii.. kau jangan cakap macam tu sayang. Orang yang tak mahu kau tu bodoh. Tak tahu nak menilai yang mana permata, yang mana kaca… Bagi Mak Sue, kau dah cukup sempurna. Kakak kau pun tak dapat tanding kau..” Makcik Sue berkalih dan memandang ke luar tingkap rumah. Suasana malam yang sayu. Bila menyebut mengenai Arissa, hatinya jadi rawan seketika.

“Kakak? Mak Sue.. kakak kat mana ya agak-agaknya sekarang?” Arlisa tertanya-tanya. Sejak peristiwa dua tahun lalu, kakaknya menghilang entah kemana.

“Dia tu marahkan Mak Sue. Bukan Mak Sue tak bagi dia pergi ke KL tu. Tapi kat sana bahaya. Macam-macam boleh jadi Lisa. Orang jual orang. Orang bunuh orang macam bunuh ayam!” Mak Sue jadi sedikit emosi. Mengimbau perkara lalu bukan suatu kegemaran buat dirinya.

“Mak Sue! Mana sama bunuh ayam dengan bunuh manusia! Mak Sue buat lawak pulak..” Arlisa ketawa kecil. Makcik Sue ni sempat buat jenaka saat-saat pilu macam ni.

“Tak betul ke apa Mak Sue cakap?? Kau pergi tengok paper tu.. naik pening kepala aku ni tengok. Kalau si Arissa tu, pandai macam kau tak apa. Kalau nak pergi mana pun aku bagi. Ni belajar pun takat SPM. Result fail!” Marah mula membuak-buak di dada Makcik Sue. Arissa pergi meninggalkan mereka pada waktu malam. Degil sangat hendak ke Kuala Lumpur. Entah apa yang dicarinya. Setelah dimarahi sehari semalam, Arissa mengambil keputusan untuk lari dari rumah.

“Sudahlah Mak Sue.. perkara lalu tak payah nak diungkit..”

“Arlisa, kalaulah dulu kau terima je tawaran sambung belajar kat UiTM tu, sekarang ni kau dah dapat degree agaknya.” Makcik Sue menggelengkan kepala. Arlisa pun degil juga. Tapi degilnya bertempat.

“Mak Sue, kan Lisa dah kata dulu.. Lisa nak tolong Mak Sue.” Arlisa tersenyum dan memeluk bahu Makcik Sue dari belakang.

“Arlisa, dengar cakap Mak Sue. Kau berhak dapat lelaki yang lebih baik dari si Kamal tu. Doa banyak-banyak kat Tuhan. InsyaAllah, kau mesti kan jumpa laki yang sayangkan kau.. yang dapat jaga kau baik-baik. Hati aku pun senang nanti kalau nak lepaskan kau..” kata Makcik Sue sambil berlalu ke dapur meninggalkan Arlisa keseorangan di jendela.

Arlisa cuma mengeluh panjang. Termenung mengingatkan masa lalu dan masa hadapan yang dia masih belum tahu apa yang terhampar buat dirinya. Dia juga teringatkan kakaknya, Arissa yang entah di mana gadis itu sekarang berada.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.