Home Novel Cinta Dia Bukan Arissa?
Dia Bukan Arissa?
Syaida Ilmuna Ismail
30/1/2013 16:05:03
211,305
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

Bab 12

Gadis tersebut sedang sibuk menggariskan eyeliner di bahagian atas pelepuk matanya. Dia mempunyai bentuk badan yang menggiurkan. Dia berumur juga dalam lingkungan 20an. Setelah siap bersolek, wanita itu menuju ke ruang tamu miliknya. Kelihatan seorang lelaki sedang membaca surat khabar yang menutupi hampir separuh dari badannya.

“Sayang? I dah siap ni..” kata gadis itu. Lalu dia berjalan perlahan ke arah lelaki tersebut dan menarik surat khabar yang menutupi wajah si lelaki. Kamal tersenyum sinis menatap liuk lentuk gadis di hadapannya itu.

“Yes dear? Dah siap? Jom. Your parents must be waiting…” Kamal bangun dan memperbetulkan pakaiannya.

“Make sure tau you cakap you keje modeling macam I jugak. I tak mahu my parents reject you. I sayang you…” jelas Sofea.

Kemudian pasangan tersebut keluar dari kondo yang mereka tempati. Semenjak Kamal meninggalkan Pulau Pinang, dia tinggal serumah dengan Sofea. Sofea yang dia kenali semasa bekerja di Kuala Lumpur adalah anak seorang yang berpangkat Datuk. Mereka pertama kali bertemu semasa Kamal menghantarkan barang di syarikat Datuk Zahari yang merupakan bapa kepada Sofea. Kamal telah membantu Sofea yang pada ketika itu terkandas di dalam lif akibat rosak.

Sejak daripada itu, kedua-dua mereka dilamun cinta. Namun Sofea tidak pernah memberitahu ibu bapanya bahawa Kamal hanya bekerja sebagai kelindan lori. Dia juga berusaha untuk menjadikan Kamal seorang model sepertinya oleh kerana Kamal juga boleh tahan kacak orangnya. Susuk tubuh Kamal yang berketak dan kulit sawo matang Kamal itu sudah cukup memberikan tiket percuma untuk Kamal menjadi seorang model yang tampan dan diminati gadis-gadis. Oleh kerana peluang yang baik itulah Kamal meninggalkan Arlisa. Namun takdir bakal mempertemukan mereka lagi di suatu masa nanti.

****

SEPERTI yang dijanjikan, Arlisa akan membawa Ameera keluar pada petang ini. Mereka berdua bersiap-siap untuk keluar. Arlisa memilih pakaian yang mebih santai iaitu t-shirt baby blue berlengan paras siku yang bercorak abstrak dan jeans berwarna hitam. Ameera pula seperti biasa memakai meksi berwarna hijau dan dipadankan dengan cekak berwarna putih.

Arlisa turun ke garaj untuk bertemu dengan Pak Mat. Dia mahu meminta pertolongan Pak Mat untuk membawa dia dan Ameera keluar. Al maklumlah, Arlisa tidak tahu jalan-jalan di Kuala Lumpur. Dia juga tidak pandai memandu.

“Pak Mat? Pak Mat sibuk ke? Saya nak minta tolong Pak Mat sikit…” tanya Arlisa.

“Tolong? Puan nak mintak tolong apa?” Pak Mat menggaru-garu kepalanya. Tak pernah pulak Puan Arissa minta tolong. Kali ini ada apa?

“Bawa saya dan Ameera keluar?”

“Eh? Puan kan selalu bawak kereta sendiri… setahu saya Puan tak suka saya bawakkan kereta Puan..” Pak Mat terasa pelik. Dulu mau dijerkahnya aku kalau sentuh kereta dia.

“Eh ye ke? Saya rasa malaslah hari ni Pak Mat.. Pak Mat tak kisah kan bawak saya keluar dengan Ameera?” Alahai! Arissa rupanya bawa kereta sendiri. Macam mana ni! Aku dengan tak ada lesennya. Mana reti bawa kereta!

“Kisah tu memang saya tak kisah Puan… tak apalah Puan tunggu di dalam dulu. Saya datang bawak kereta keluar,” kata Pak Mat.

Arlisa tersenyum. Pak Mat mesti terasa pelik. Tapi tak apalah. Yang penting aku dapat bawa Ameera keluar hari ini. Dia kemudian masuk ke dalam rumah.

Sementara itu di halaman rumah, Adam baru saja pulang dari kerja. Dia terserempak dengan Pak Mat yang baru menghidupkan enjin kereta.

“Pak Mat nak bawak sapa keluar?” tanya Adam.

“Bawak isteri tuan dengan Ameera keluar..” jawab Pak Mat.

“Isteri saya tak memandu Pak Mat?” Adam buat kesekian kalinya curiga. Eh Arissa tak memandu?

“Katanya dia malas.. dia suruh saya bawak kereta ni,” jawab Pak Mat sambil memgelap tingkap kereta.

“Tak pe Pak Mat, simpan kereta tu. Saya bawak mereka keluar,” kata Adam. Dia kemudian terus masuk ke dalam rumah.

Arlisa dan Ameera berada di ruang tamu. Mereka masih menantikan Pak Mat menyiapkan kereta. Adam kemudian masuk ke ruang tamu dan menegur Arlisa.

“Rissa? You nak keluar?” tanya Adam.

“Adam? You dah balik? I nak keluar berjalan-jalan dengan Ameera.”

“Nak pergi mana?” tanya Adam lagi.

“Entahlah.. I pun tak tahu,” Arlisa menggelengkan kepalanya. Dia pun masih samar-samar ke mana arah tuju perjalanan.

“Tak tau?” Adam mengerutkan dahinya. Pelik.. pelik… Dah bertahun-tahun duduk KL pun tak tahu.

“Apa kata kalau kita tanya Ameera? Meera nak pegi mana?” Arlisa cuba mencari alternatif lain. Habislah kau Arlisa. Adam dah buat mimik muka pelik dia.

“Nak pegi The Curve! Nak pegi the Girls mama! Meera nak beli pencil case,” jawab Ameera. Dia sangat teruja hendak berjalan-jalan.

“The Curve?” Arlisa cuba memikirkan di bahagian mana The Curve itu berada. Kenapalah aku tak pernah ke KL sebelum ni. Dulu masa belajar diploma pun dekat Melaka. Aduhai!

“Tak apalah kita pergi sama-sama. I drive okey?” Adam tersenyum melihat gelagat Arissa, isterinya. Macam tak tahu je mana The Curve tu. Padahal tu lah tempat dia paling suka pergi.

****

KAMAL dan ahli keluarga Sofea sedang menjamu selera. Kedatangan Kamal ke rumah keluarga Sofea mendapat sambutan yang baik apabila ahli keluarga Sofea menerima Kamal dengan tangan yang terbuka. Apa sahaja yang disukai anak mereka Sofea bakal juga menjadi kesukaan mereka. Sofea merupakan anak tunggal Datuk Zahari dan Datin Halimah. Mereka tidak mahu Sofea bersedih dan lari rumah oleh kerana permintaan anak gadis itu dihalang.

Hal ini demikian kerana Sofea penah mengugut untuk melarikan diri suatu ketika dulu kerana permintaannya untuk berkahwin dengan seorang mekanik ditolak. Datin Halimah tidak mahu perkara ini berlaku sekali lagi. Oleh kerana itulah mereka menerima Kamal yang mereka sebenarnya tidak tahu latar belakang lelaki tersebut.

“Maafkan saya lah nak bertanya, Kamal ni kerja apa ya?” Datuk Zahari memulakan bicara.

“Saya.. saya..” Kamal teragak-agak menjawab.

“Dia model macam I jugak abah!” pintas Sofea.

“Oh model..” Datuk Zahari mengangguk. Model? Tapi kenapa dia tak jawab sendiri soalan aku?

“Kamal ni duduk mana sekarang?” Datin Halimah pula bertanya.

“Saya duduk… dekat..” Kamal tergagap-gagap untuk menjawab. Dia tinggal bersama Sofea.

“Dia tinggal dekat Bangsar abah. Dah la tu ma.. bah.. orang tengah makan kan?” Sofea tidak menyukai sikap ibu bapanya yang terlalu suka mengambil tahu soal Kamal.

“Mama dengan abah just nak tahu sikit sebanyak tentang orang yang kamu nak kahwin sayang… bukannya..” Belum sempat Datin Halimah menghabiskan ayatnya, Sofea terus bangun meninggalkan meja makan. Datin Halimah jadi takut. Takut kalau Sofea buat hal lagi.

****

ADAM dan Arlisa serta Ameera berjalan-jalan sekitar The Curve. Inilah kali pertama dia menjejakan kaki ke The Curve. Banyak kedai yang ada di sini, tidak kurang juga orang-orang yang mengunjunginya. Adam mengajak Arlisa untuk ke kedai pakaian kegemaran Arissa iaitu Dressing Paula. Namun Arlisa menolak. Dia tak pernah ke kedai sebegitu. Dia juga tidak pernah memakai baju semahal itu. Dia cuma mahu bersederhana. Arlisa tidak mahu dicop sebagai pengikis. Apa yang dia sedang lakukan ini adalah untuk Arissa, Makcik Sue dan kesejahteraan hidup keluarga Adam. Bukan untuk dirinya. Bukan untuk kesenangan dirinya. Dia datang untuk sementara, jadi buatlah cara orang datang menumpang.

Hari sudah menjelang Maghrib. Arlisa mengajak Adam pulang. Dia tak mahu terlepas solat Maghrib. Adam pula hanya menurut walaupun jauh di sudut hatinya dia tidak begitu rela. Tapi tak apalah, demi Arissa dia akan pulang.

Kereta Mercedes SLS milik Adam di bawa laju membelah kota Kuala Lumpur yang semakin sesak. Di waktu sebegini, memang kesesakan tidak dapat dielakkan. Arlisa yang hanya diam sepanjang perjalanan meneliti bahagian dalam kereta Adam yang unik. Pintu ditolak ke atas dan bukannya seperti kebiasaan ditolak ke tepi. Dalam penelitiannya, mata Arlisa tertancap pada kad nama Adam yang bertulis “Adam Farhan Iskandar CEO Fashionista Sdn Bhd”. Ia memberi suatu inspirasi kepada Arlisa untuk memecah kesunyian di antara mereka bertiga.

“Adam, hows the company?” tanya Arlisa dengan penuh keyakinan.

“The company?” jawab Adam. Soalan ini tidak pernah ditanyakan Arissa kepada dirinya.

“Yes.. okey ke?” Arlisa masih lagi tidak mengalah. Dia mahu tahu segalanya.

“Not so good actually.” Adam menjawab berbasa-basi.

“Kenapa?” Tahap keinginan untuk lebih tahu pada hari ini sangat tinggi.

“Sebab tahap penjualan pakaian semuanya menurun. Orang dah kurang suka apa yang fashionista design. Lagi satu, disebabkan kerugian ni, syarikat dah tak dapat nak menggaji pekerja.” Adam menjawab lemah. Dia sangat sedih dengan keadaan Fashionista buat masa kini.

“Designers yang bekerja kat situ dah lama ke? Dah berapa tahu dia orang bekerja kat syarikat you?” tanya Arlisa lagi.

“Hehehe.. dia orang dah bekerja sejak I kecil lagi. Kira dah lama lah kan?”

“Oh my god.. patutlah orang dah tak suka design Fashionista lagi..” Arlisa menggelengkan kepalanya. Fesyen mesti dah berkurun ni.

“Why you say so?” Adam melihat Arlisa dengan penuh tanda tanya.

“Sebab syarikat you perlukan orang baru untuk design fesyen-fesyen yang lebih segar… orang-orang baru yang lebih faham tentang dunia fesyen sekarang. You should start selecting new fashion designers Adam..” kata Arlisa dalam memberi pendapat bernasnya.

“New fashion designers? I never think about that before. I thought that.. you know by asking them to do more sensual and sexy clothes, lebih ramai orang akan suka.” Adam pula memberi pendapatnya.

“Adam?! Haha.. syarikat you pernah buat research?”

“Research? Now you’re talking like a scholar Arissa! Tak pernah dan buat apa?” kata Adam. Dia tak pernah tahu atau diberitahu sebelum ini Arissa pernah menjejakkan kaki ke menara gading. Tapi cara percakapan wanita di hadapannya sekarang ini seperti seorang pemegang ijazah sarjana.

“Adam… I just cakap apa yang ada dalam fikiran I. Sebenarnya, research tu penting tau Adam. You can’t aspect that everyone loves sexy clothes and all those stuff. Sekarang kan fesyen muslimah tengah naik. Semua orang nak pakai pakaian yang tutup-tutup dan have a decent look. Artist sekarang pun banyak bertudung kan? Supposedly, you kena buat research. Tengok apa orang cakap mengenai syarikat you, apa yang you perlu baiki.. dan apa fesyen terkini..” Panjang lebar penjelasan Arlisa membuatkan Adam tergamam. Dari mana datangnya idea-idea bernas tersebut dari kepala Arissa? Setahu dia Arissa cuma pandai menyolek dirinya dan meminta wang bila perlu. Kemudian Arissa juga pernah mengatakan dahulu bahawa dia tidak minat dalam perniagaan dan tidak pernah mahu turut serta dalam apa sahaja perbincangan mengenai syarikat. Tetapi hari ini, berbeza pula lagaknya.

“That’s a lot of idea Arissa..” Adam tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Tetapi apa yang dikatakan Arissa itu benar belaka.

“You want me to help you? I boleh buat proposal or presentation masa mesyuarat kat office nanti..” kata Arlisa. Proposal dan pembentangan kertas kerja merupakan perkara yang telah lama dia tinggalkan dulu sejak zaman diploma. Sebenarnya sebelum Arlisa bekerja sebagai cikgu di taska dan bekerja di Crown Pastries, dia pernah melanjutkan pelajaran di UiTM dalam jurusan Komunikasi dan Pengajian Media. Namun selepas dia tamat pengajian diplomanya, dia tidak berkesempatan untuk sambung ke tahap sarjana muda.

Makcik Sue sangat marah dengan tindakan Arlisa. Namun apa yang dilakukan Arlisa itu bersebab. Pada ketika itu, Makcik Sue seorang sahaja yang bekerja dan Arissa pula menganggur. Dia tidak mahu menyusahkan Makcik Sue. Dia juga tidak mampu untuk bekerja luar dari Pulau Pinang kerana beberapa bulan selepas itu Arissa melarikan diri dari rumah. Jadi, sampai setakat itu sahajalah perjuangan Arlisa di dalam dunia pendidikan. Walaupun sudah lama dia tidak melakukan kerja-kerja seperti proposal dan lain-lain, namun perkara itu sudah cukup melekat di mindanya dan dia sangat berminat untuk membantu Adam dalam menyelesaikan masalah syarikatnya.

Adam yang mendengar tawaran Arlisa terdiam seketika. Benarkah ini Arissa? Adakah Arissa pernah belajar di universiti? Kenapa lagaknya macam orang berpelajaran? Mungkin Arissa ada menyorokkan beberapa hal mengenai dirinya dari dia. Mungkin juga baru sekarang Arissa mahu mempamerkan kepandaiannya. Mungkin.. mungkinlah!

“You sure you can do it?” Adam mencari kepastian.

“Just give me one or two days. I janji I akan siapkan!” Arlisa tersenyum. Akhirnya, ada juga kerja lain yang boleh dia lakukan di rumah ini.

“Okey.. kita tengok nanti macam mana. You will present your ideas this Wednesday. And I akan ajak mama dan yang lain untuk turut serta dalam mesyuarat tu. Make sure you do the best,” kata Adam. Kali ini, dia pula ingin menguji Arissa. Setakat mana wanita ini boleh membuktikan bahawa perubahan dirinya adalah suatu kebenaran dan bukan kerana agenda lain yang Arissa telah rangkakan tanpa pengetahuan dirinya.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaida Ilmuna Ismail